Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

"Pertandingan Yang Ditunggu-tunggu oleh Kita Semua, Tetapi Jarang Sekali Berpeluang"

Cerpen sebelumnya:
Lukisan Berdarah Rafah
Cerpen selanjutnya:
Pari pari susu pekat manis.

Pengacara Majlis:

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, ibu-ibu, bapak-bapak dan adik kakok sekelian! Seperti yang semua maklum, pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Oh! Ye, lebih baik saya ulang semula syarat-syarat alias kaifiyat pertandingan ini.

Penonton 1:

Berapa kali nak ulang daa!! Aku dah tak tahan nak menonton ni! “Berrrkkg!!!”(terbelahak sehingga memuntahkan seekor cacing pita betina)

Pengacara Majlis:

Sabar semua! Sabar! Saya perlu mengulangi syarat-syarat pertandingan sebab saya lihat, masih ramai lagi peserta yang sedang mendaftar di meja urusetia. Lagipun, peserta-perserta perlu mengetahui dengan tepat bagaimana pertandingan ini di jalankan dan bagaimana ia akan diadili.

Penonton 2:

Err…maafkan saya tuan pengacara..

Pengacara Majlis:

Iye? Ada apa?

Penonton 2:

Boleh saya tanya…..err…emmm………awak ni …..dah kawin ke belum? He he..

Pengacara Majlis:

Hadooiiii!!! Maaflah ye…saya ada banyak lagi perkara yang nak dibuat sekarang, daripada menjawab persoalan yang teruk macam tu. Baik..nampaknya para juri pun sudah mengambil tempat masing-masing.

Penonton 3:

Kenalkanlah juri-juri tu dulu!! Kami nak kenal jugak! Apa kelayakan diorang tu semua!!!

Pengacara Majlis:

Eh! Empkh! (bercakap dengan ajk majlis)

Emm…baiklah! Saya akan memperkenalkan juri-juri yang akan mengadili pertandingan hari ini. Yang pertama; Encik Putiandi bin Cahanindi, beliau merupakan bekas juara pertandingan mengunyah sirih peringkat antarabandar negeri Perak. Johan mencungkil gigi peringkat antara estet negeri Kedah dan naib Johan pertandingan mencarut peringkat sekolah-sekolah khas pelajar nakal. Sila berikan tepukan yang ikhlas! Yeah!!

Penonton 4:

Apa jenis hakim daa…tak berjenis aku tengok!!  Tepuk tangan jugaklah!!

Pengacara Majlis:

Ok! Baik-baik! Juri yang kedua ialah,  Cik Langsuirnita binti Po’longan. Beliau berkelulusan PhD daripada Universiti Otspot, mengkhusus di dalam bidang mencaci maki dan menepuk meja. Seorang yang senang tersenyum, juga senang menyumpah. Silakan memberi tepukan yang meriah!

Penonton 5:

Inilah juri yang kita mau! Yeah! Otspot!! Otspot!!!

Pengacara Majlis:

Hadirin sekalian, juri yang ketiga, yang juga merangkap ketua  juri ialah; Tuan Haji Rayasakanno bin Haji Posayangyuk. Beliau merupakan satu-satunya anak kampung kita yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD di dalam bidang Mengampu. Tahniah! Dengar kata, bulan hadapan beliau akan dianugerahkan pingat emas di dalam pertandingan Naik Pangkat di ibu negeri kita ini.

Penonton 6:

Sila tepuk!!! Yeah!!

Pengacara Majlis:

Baiklah! Tanpa membuang masa, saya akan membacakan senarai hadiah. Baik; Tempat ketiga akan menerima hadiah seutas jam murah tajaan Imam surau dan seminggu pakej belajar mengaji percuma dengan beliau.

Penonton 7:

Bestnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pengacara Majlis:

Tempat kedua, akan menerima sebungkus baju kotor yang mahal-mahal belaka juga hebat-hebat jenamanya, tajaan Persatuan Janda Berkarat kampung kita, dengan motto, “Berkarat tapi hebat!”

Penonton 8:

Janda tu….!! Dahsyat tuuuuuuu!!!

Pengacara Majlis:

Johan…..ye..ye!!! sabar!! Sabar!! Johan akan membawa pulang sebalang gas methane yang dikumpulkan oleh semua penduduk kampung, hasil sisa kompos masing-masing daripada pelbagai sumber; juga seketul piala pusingan yang berupa seekor biawak komodo berbaring yang disalut emas palsu 916. Yeahh!!!

Juri 2:

Mengagumkan!!

Pengacara Majlis:

Baiklah! Jika semua peserta sudah bersedia, kita mulakan PERTANDINGAN MELUDAH dan MENAMPAR sekarang!!!!!!!!!!!

Penonton 9:

Wah!!!! Phui!!!!

 

 

Cerpen sebelumnya:
Lukisan Berdarah Rafah
Cerpen selanjutnya:
Pari pari susu pekat manis.

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
3 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3246 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3150 bacaan
Min patah hati. | 2616 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9687 bacaan
Misi penting | 9046 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9685 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2478 bacaan
Mak! dah bulat! | 2948 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4563 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2843 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya "Pertandingan Yang Ditunggu-tunggu oleh Kita Semua, Tetapi Jarang Sekali Berpeluang"
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik