Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Lelaki yang mencetuskan bau citrus

Cerpen sebelumnya:
Dia Sesat Di Tempat Itu
Cerpen selanjutnya:
KASIH AMIR

Peah bukan perempuan. Dia lelaki tulin. Tapi kawan-kawan panggil dia Peah. Kononnya dulu ada gedebe pernah jumpa cd Rafeah Buang dalam kereta Ford Laser hitam dia yang garang tu. Sejak itu semua orang panggil dia Peah. Ikutkan dia tak berkenan. Tapi apakan daya, dia insan yang lemah dan hanya mampu berserah. (macam lagu Rohana Jalil).

 

Dulu hati dia pernah hilang. Kena ragut dengan perempuan yang dagu macam Raja Farah.Jadi waktu tu dekat tengah-tengah dada dia ada jurang macam black hole yang seluas Dubai. Kosong tak ada hati. Dia pernah try masukkan kaberator wira aeroback yang ada sound system gempak, tapi tak muat. Lalu dia nekad pakai hati unta buat sementara waktu.

 

Lama dia kembara. Cuba bunuh rasa masyghul. Lepas habis layan semua lagu kompilasi jiwa kacau, dia dapat semangat baru. Perlahan-lahan dia bangun merai hidup. Tapi dalam proses itu ada benda ganjil jadi . Dia perasan setiap kali dia suka dengan mana-mana perempuan, badan dia mencetuskan bau citrus. Mulanya dia rasa itu ilusi dia semata. Kebetulan pulak dia memang minat gila dengan band Ilusi. Tapi bila orang keliling dia pun ikut hidu bau sama, dia tahu ini real.

 

Awalnya dia rasa pelik. Macam-macam teori konspirasi dia buat. Dia syak mungkin dia mangsa eksperimen sulit kerajaan untuk mentransformasikan rakyat yang anti ameno menjadi buah bagi memastikan objektif meraih undi majoriti dua pertiga masa PRU 13 termakbul. Kejap dia rasa mungkin dia terkena santau orang yang jaki dekat dia. Tapi bila dia fikir balik, macam tak masuk akal. Apahal orang nak dengki dekat dia? Dia bukan Khairul Fahmi Che Mat. Sudahnya dia fedap. Dan belajar terima hakikat.

 

Nak jadikan cerita satu malam tu Peah yang tiba-tiba jadi melankolik curahkan perasaan dekat satu awek gotik. Kisah dia, perempuan yang dagu macam Raja Farah dan hati unta. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh cerita semua tu dekat awek ni. Awek tu pun dengar dengan sabar. Sambil sesekali dia membenam pandang ke dada Peah yang leper. Dia tahu ini bukan pickup line. Dia nampak ada kelibat duka sedang menyelinap dipinggir nubari. Dia faham bahasa patah hati.

 

Sebaik Peah usai bermonolog, dia langsung menyeluk tangan mulusnya ke dalam dada. Mengeluarkan separuh daging berona pink yang sewangi bunga lily lalu disuguhkan ke Peah. “U amik ni buat ganti hati u yang hilang”. Terlongo Peah sekejap, bungkam terkesima. Antara percaya dengan tidak. Dia mula syak yang awek ni mungkin ada kena mengena dengan Criss Angel. Jantung Peah berdenyut neves. “Kenapa, tak percaya ek?”soal awek tu. “Tapi kenapa?”balas Peah gubra sambil menatang rapi hati tadi dengan telapak tangan. Awek tu senyum memperagakan ke dalaman lesung pipit. Sambil mendekat. Rapat. Sampai bibir mungilnya bersilaturrahim dengan telinga Peah.Dalam risih dia berbisik:

 

“coz sharing is caring”.

 

Malam itu seantero cakerawala didominasi bau citrus.

Cerpen sebelumnya:
Dia Sesat Di Tempat Itu
Cerpen selanjutnya:
KASIH AMIR

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.4
7 Penilai

Info penulis

ganjil

Formula ganjil yang diperkaya dengan DHA. Kini dengan perisa tiruan!
ganjil | Jadikan ganjil rakan anda | Hantar Mesej kepada ganjil

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ganjil
Tragedi Luvia | 2137 bacaan
Awak yang selalu saya rindu | 2197 bacaan
Buat lu yang selalu mekar mewangi dalam relung hati gua | 2008 bacaan
Puisi terakhir buat gadis leukimia yang mongel | 3066 bacaan
Dilusi cendawan konkrit tengah-tengah playground | 2472 bacaan
Bila lunar bicara sendiri | 2178 bacaan
Engkau yang terpuruk dalam koma | 2651 bacaan
Momen magik dekat kolong bawah jambatan | 2939 bacaan
Bainun kini gadis manis 17 | 3338 bacaan
Bilik kosong yang pintunya rona merah berbentuk hati | 2611 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Lelaki yang mencetuskan bau citrus
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik