Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Aku Dan Kamu; bahagian I

Cerpen sebelumnya:
Budak Yang Degil
Cerpen selanjutnya:
Malam Pertama ke Bulan atau Bintang?

Bawa aku lari dari sini, dari dunia yang tidak punya apa-apa,
Bawa aku lari dari sini, dan pimpin tanganku ke syurga.

Aku tersenyum membaca tulisan itu. Nota atas kertas berwarna biru tu diselit oleh si dia tiap-tiap hari. Sampai sekolah setiap pagi, mesti ada saja kata-kata jiwang yang diberinya. Aku membaca nota tu sekali lagi dan menjeling ke arah tempat duduknya di hujung kelas. Dia tersenyum nakal. Aku terus bangun dan berjalan ke luar kelas sambil menyandang beg galasku. Aku terus berpusing ke taman di belakang sekolah dan mengikut jalan keluarku. Aku bersandar ke tembok di situ dan mengira daun di pokok mangga dihadapanku. Pokok mangga itu mandul. Dulu, daunnya rimbun. Boleh juga duduk-duduk berehat di bawah pokok itu. Tapi sekarang, daunnya dah menipis. Semuanya kerja aku. Setiap kali aku buat kerja ni dengan dia, aku akan memetik sehelai daun pokok mangga itu.

Dia menyelinap ke tepiku dan menggenggam erat tanganku. Aku merenung dalam-dalam mata gadis kacuk ini. Dia menguntum senyum dan memetik sehelai lagi daun pokok mangga itu. Aku memimpin tangannya menuju ke tempat itu sebaik sahaja daun pokok mangga itu ku selitkan ke rambutnya. Tempat itu tempat kami. Kami panggil tempat itu syurga. Mungkin bukan syurga bagi orang lain. Hanyalah satu taman permainan yang telah lama ditinggalkan bersama-sama dengan padang hijau yang terbentang luas. Tapi, tetap syurga bagi kami. Hampir setiap hari aku akan berbaring atas ribaannya, memandang langit. Pernah satu ketika dahulu, kami menilik nasib masing-masing menggunakan awan. Bila aku memberitahunya yang nasibku akan membawa aku jauh dari dia, dia terus merajuk.

Tiga hari aku memujuk. Susah betul nak mengambil hati si dia. Akhirnya, aku setuju untuk mengajarkannya Bahasa Melayu, bahasa ibu dan bahasa aku. Ibu si dia juga Melayu, tapi ibunya tak nak mengajarkan pun bahasa ini. Aku mengajarnya bersungguh-sungguh, supaya bahasa ini menjadi bahasa kami berdua. Rakan-rakan yang lain tak mungkin tahu. Mereka tak mungkin tahu bahasa ini dan mereka tak mungkin tahu aku. Entahlah… mereka itu jijik mungkin melihat kulit sawo matangku, melihat rambut dan melihat mataku yang hitam. Atau pun sememangnya orang Asia sepertiku tidak menarik perhatian mereka.

Si dia yang menyelamatkan aku. Mahu saja rasanya aku terus tidak pergi ke sekolah. Lebih seronok bagi aku merayau-rayau di sekitar bandar. Ketika merayau-rayau itulah aku terjumpa syurga ini. Tidak jauh rupanya dari sekolah. Dia pun menjumpai aku di sini, pada suatu hari ketika aku sedang nyenyak tidur. Cara dia mengejutkan aku… nakal. Habis mulutku disumbat-sumbatnya dengan daun kering. Aku ingatkan dia sama saja seperti kawan-kawan lain di sekolah, selalu mainkan aku dengan lawak-lawak bodoh. Keesokannya, aku berlakon sakit, terlantar sendirian di rumah. Dia datang… waktu petang sambil membawa biskut hasil buatan tangannya sendiri. Itulah salam perkenalan kami.

Mulai dari hari itu, aku mula melangkah semula ke sekolah. Dia sahaja yang menjadi temanku. Selalu juga kami bertekak, bertengkar, bergaduh dengan yang lain. Kadang-kadang, bosan dengan bergaduh, kami lari pula ke syurga. Menghabiskan masa di sana berdua. Seperti hari ini. Tapi hari ini lain. Hari ini, aku perlu membawa berita buruk. Dia pula, masih lagi terus tersenyum riang atas buaian usang itu, tidak tahu apa-apa. Aku menghampiri dan menutup matanya dari belakang. Dia hanya tersenyum dan meleraikan tanganku dari kelopak matanya. Aku mengeluh berat dan mengusap rambutnya. Buaian itu ku berhentikan, membolehkan aku melutut di hadapannya.

Aku membuka mulut ingin memberitahunya. Lambat-laun dia akan tahu juga. Dia akan tahu yang aku terpaksa pulang. Pulang ke tanahair yang aku panggil Malaysia. Kalau boleh aku tak mahu balik. Tujuh tahun aku di sini, sukar untuk aku melangkah pergi, dari sini dan darinya. Tetapi, terpaksa mungkin. Ayah menyeru kami balik. Setelah bertahun-tahun mereka bergaduh, entah kenapa ayah dan ibu kembali bersatu. Aku menjelaskan satu-persatu padanya. Dia hanya tunduk, membisu. Dan terus mendiam. Sampailah aku menghantarnya semula ke depan pagar rumah. Dia terus melangkah masuk tanpa menoleh kepadaku. Kalau nak difikirkan, itu kali terakhir aku melihatnya sebelum sampai di lapangan terbang ini.

Rasa-rasanya, aku dah memberitahu yang aku akan bertolak seminggu sahaja lagi daripada waktu petang di buaian dulu. Tapi, mana dia pergi? Daripada tadi aku tertinjua-tinjau dalam orang ramai ini. Mencari wajahnya. Wajah kesayangan hamba. Takkanlah sampai begitu sekali rajuknya pada aku. Aku mundar-mandir di ruang menunggu itu. Mataku tak lepas-lepas daripada pintu masuk. Ibuku entah di mana, bersembang dengan rakan-rakannya. Seorang lagi perempuan mendekati ibuku. Aku merenung perempuan itu lama-lama. Macam biasa dilihat wajahnya. Iras-iras ibu si dia. Tiba-tiba bahu aku ditepuk.

Si dia berdiri sambil tersenyum hambar di belakangku. Aku memimpinnya ke tempat duduk paling dekat. Aku mengeluarkan sebuah kotak kecil dan beberapa helai kertas dari dalam begku. Ada alamat, nombor telefon dan emailku di situ. Aku mengeluarkan sepasang subang dari kotak kecil itu dan ku kenakan kemas-kemas ke telinganya. Dia kelihatan seperti hendak menangis. Aku cepat-cepat memujuk, berjanji akan menghubunginya, berjanji akan kembali satu hari nanti. Aku merenung jauh ke dalam matanya, menunggu jawapan. Mungkin lama lagi baru aku dapat merenung mata kelabu ini. Dia mengeluarkan sehelai kertas dan menulis dia atasnya,

“Kalau kau pergi, siapa nak jaga syurga kita?”

Belum sempat aku membalas, pengumuman penerbanganku dibuat. Ibuku dan ibunya menghampiri kami. Aku bersalam dengan ibunya. Si dia tunduk, tak mahu memandang aku. Aku meminta maaf daripadanya dan terus beredar ke balai pelepasan. Tak berapa lama kemudian, dia mengejar dan merangkul pinggangku. Aku terkejut. Takkanlah di depan kedua-dua ibu kami. Tak manis. Aku meleraikan tangannya dan berpusing menghadap mukanya yang basah dibasuh air mata. Ibunya cuba untuk memujuk tetapi dia terus-terusan menggeleng. Pengumuman dibuat sekali lagi. Aku terpaksa pergi. Dia menarik pergelangan tanganku dan membuka mulut,

“Aku cinta padamu!”


**********


Kenapalah aku asyik teringat kat dia je dua tiga menjak ni. Dah sepuluh tahun berlalu. Aku dah berubah, mungkin dia pun dah berubah. Aku dah terputus hubungan dengannya. Tak tahulah macam mana itu terjadi. Aku dah bagi alamat, nombor telepon ngan email sekali. Dah berpucuk-pucuk surat aku bagi, satu pun tak terbalas. Tiap-tiap hari aku bukak email, pun takde apa-apa jugak. Akhirnya, tahun kedua aku di Malaysia, aku terus putus harapan. Aku matikan si dia dari hidupku. Tak guna menunggu. Tak lama lepas tu, aku dapat jugak satu surat dari bumi United Kingdom itu. Tapi bukan dari si dia yang aku tunggu, datang dari mak si dia. Mak dia jelaskan semua yang aku betul-betul mahu dan perlu tahu.

Mak dia mengucapkan terima kasih padaku. Terima kasih sebab menjadi teman pada anaknya. Tujuh tahun si dia berkawan denganku, dia menjadi lebih ceria. Itu kata emaknya. Mak si dia juga mengkhabarkan yang si dia masih lagi merajuk. Dia membuat perangai lamanya. Perangai yang menyerang selepas tragedi itu berlaku. Tragedi itu berlaku setahun sebelum aku sampai ke United Kingdom, di waktu-waktu ayahnya masih ada. Suatu hari, rumahnya dmasuki pencuri. Entah bagaimana ayahnya bergelut dengan pencuri itu dan ditikam berulang-ulang kali di depan matanya. Si dia trauma mungkin daripada kejadian itu, tu yang dia terus tak bercakap-cakap. Doktor pun tak tahu nak buat apa, hanya menasihatkan untuk menunggu.

Aku mengeluh berat sewaktu membaca surat yang panjang berjela-jela tu. Dari dulu lagi aku ingatkan si dia itu bisu sebab masalah kesihatan ke, sejak lahir ke… rupa-rupanya, trauma. Mahu terkejut beruk aku waktu dia ucapkan kata-kata terakhir tu. Hmmm… kalaulah aku yang menyebabkan dia boleh bercakap balik, patutlah dia still lagi merajuk. Biarlah, nanti dah habis merajuk sure dia akan contact aku balik.

Biar punya biar, sepuluh tahun berlalu. Aku pun dah hampir lupa tentang dia. Yer r… sibuk mungkin dengan kehidupan aku kat sini. Dulu, aku anak tunggal. Sekarang, aku dah ada adik tiri dua orang yang lain mak dan lain bapak. Sorang laki, sorang pompuan. Dua-dua perangai macam budak kecik. Tapi, aku kesian jugak kat diorang ni. Semenjak mak diorang meninggal, akulah yang kena jaga diorang.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tengok tu, baru je cakap dah muncul. Tak boleh tengok aku senang langsung. Aku membuka pintu bilik. Ridzwana tersengih, “Bang! Mak abang ajak turun makan.” Aku mengangguk sambil memuncungkan mulut ke arah seluar pendeknya. Dia terus berlalu, malas nak dengar aku membebel kot. Tak serik-serik adik aku yang sorang ni. Dah berapa kali aku tegur, perangai tu cubalah elok-elok sikit. Dia tu perempuan. Tapi aku tegur macam mana pun, still ngan perangai merepek dia. Biarlah.


**********


Aku memandu secepat mungkin. Satu rumah bangun lambat hari ni. Gila betul. Lepas hantar Ridzwana ke sekolah tadi, aku terus patah balik, terkocoh-kacah nak pergi tempat kerja aku pulak. Dahla ada meeting ngan client pagi ni. Hmmm… lapar dalam perut ni kena tahankan ajelah. Aku ajak client tu makan kang, orang lain cakap benda lain pulak. Pasrah ajelah.

Masuk-masuk bangunan biru itu, aku terus menekan butang lif yang terdekat. Baru aku perasan hari ini yang lif-lif kat bangunan ni lembap rupanya. Atau mungkin aku yang tak berapa sabar. Sampai je salah satu, aku terus menerjah masuk. Tak beragak, siap boleh terlanggar lagi sorang pompuan yang tengah nak keluar daripada lif tu. Aku mengucapkan sorry cepat-cepat dan terus menutup pintu lif, naik ke tingkat enam.

Sebaiklah setiausaha aku, Cik Mary, dah susun semua work file yang aku perlukan. Dia siap belikan breakfast lagi. Macam tau-tau je yang aku ni lapar. Aku mengerling jam… damn… dah lewat sangat tak sempat nak makan. Meja aku yang berserabut menambahkan celaru kat otak aku ni. Aku terus mencapai apa-apa yang patut. Dalam kelam-kabut tu, tiba-tiba sekeping kertas berwarna biru jatuh dari atas meja. Amendelah pulak Cik Mary ni? Appointment lagi ke? Aku membaca kuat-kuat.

“Syurga kita dah roboh, aku datang untuk membinanya semula bersama kamu.”

Aku rasa macam jantung aku terhenti kejap. Macam mana pulak si dia boleh sampai kat sini? Hantu ke aper? Aku membawa kertas biru itu keluar sekali dengan bebarang yang penuh kat tangan, “Mary… saper letak ni atas meja saya?” Cik Mary mengangkat bahu, “Bukan awak yang letak?” aku menyoal lagi, tak puas hati. Takkanlah tiba-tiba je menda ni boleh muncul. Magic betul.

“Ntahlah bos, manalah saya tahu. Lepas saya letak makanan ngan file-file tu tadi, takde pon orang masuk.”

“Owh…” aii, malas aku nak layan misteri pagi-pagi hari ni, “Takpelah Mary, terima kasih,” aku senyum sekilas padanya dan terus berlalu keluar dari pejabat itu.

Jam berdenting-denting menandakan sudah pukul sebelas pagi, sudah hampir tengah hari. Aku baru sahaja merasa suapan pertama makanan yang dibelikan Mary. Pemberi kertas biru itu masih lagi mengganggu otak aku tapi… biasalah, hati lelaki aku ni betul-betul malas nak melayan. Banyak lagi benda yang aku kena fikirkan. Sejak ayah dan ibu tiri aku meninggal tiga bulan lepas, aku yang kena jaga family kat rumah tu. Aku kena cari college yang bagus untuk Saiful. Tulah budak tu, aku suruh belajar betul-betul tak nak. SPM berterabur, aku jugak yang susah. Yang Ridzwana pun sama. SPM tahun ni pun tak sedar-sedar diri lagi. Main je kerjanya.

Tambah lagi, aku makin-makin risau pasal mak aku. Sejak ayah meninggal ni, mak macam serba tak tentu je. Macam putus harapan nak hidup. Selalu je sakit. Risau. Sedih aku tengok dia. Kalau boleh aku nak luangkan lagi banyak masa dengan dia, tapi aku terpaksa kerja, nak sara hidup.

Mak… tersentak aku. Tension badak aku dengan handphoni ni, tak boleh duduk diam-diam ke?, “Hello!”

“Abang!” suara Saiful macam dengar tak dengar daripada hujung belah sana. Ni sure merayau-rayau kat bandar lagi la ni. Bising semacam je, “Abang… E-pul tak nak la masuk college yang kat selayang tu.”

“Lah… apasal pulak? College tu dah bagus dah kan,” macam-macam ragam lah budak ni. Kalau dia tu top student takpelah jugak, ni nak apply masuk satu college pun susah. Aih.

“Alah bang… E-pul tak nak.”

“Sebab apa tak nak ni?”

“Kat college tu banyak yang tu-tu…”

“Yang tu apa?”

“Yang tulah…”

“Amende Saiful ni? Cakaplah betul-betul.”

“Banyak laki lembut lah bang. Yang patah-patah tu. Yang Mr ‘G’ semua. Tak nak la. Eeii… seram Saiful nak pergi.”

“Kalau ada back-up yang alright, abang tak kisah. Tapi kalau takde, takkan E-pul tak nak belajar kot?” Elok-elok aku habis cakap je, line putus. Bertuah punya adik, dia buat lagi perangai memilih tu. Dua tiga minit lepas tu, handphone aku berbunyi lagi.

“Saiful… abang dah…”

“Hello!” suara halus seorang perempuan terdengar dari hujung sebelah sana. Aku terdiam, ingatkan Saiful tadi. Siapa pulak ni?

“Hello. Siapa ni?”

“Aku ni…”

“Ha?! Siapa?” macam tak pernah dengar suara perempuan ni. Nak kata Cik Mary, bukan. Aku menunggu-nunggu jawapan tapi yang aku dapat hanyalah soalan.

“Kau dah dapat kertas biru yang aku bagi hari tu?” Aku tersentak. Si dia ke ni? Macam mana dia dapat nombor phone aku ni? Aku terus terdiam, kehilangan kata-kata, “Kau sudi nak jumpa aku tak?” soalnya lagi.

“Erm…” aku sendiri tak tau jawapan soalan tu.

“Please… aku perlukan kepastian dari kau,” ish… ni yang aku lemah ni, orang merayu-rayu ni. Aku menjawab tanpa berfikir-fikir lagi, “Kat mana?”

 

bersambung...

Cerpen sebelumnya:
Budak Yang Degil
Cerpen selanjutnya:
Malam Pertama ke Bulan atau Bintang?

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3554 bacaan
Wahyu | 2231 bacaan
Kata Penjual Susu | 2528 bacaan
The Ragged Doll | 3408 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4157 bacaan
Dari Langit | 2389 bacaan
Kepada Arman | 2552 bacaan
Bisu | 2919 bacaan
Terbang | 2523 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3060 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Aku Dan Kamu; bahagian I
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik