Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SuperZack

 

“Tolonggg!!!tolong!!!ada api!!!”

“Hah? Api?Ish,kacau betul la aku nak rehat petang-petang ni,”ngomel Zack.

“Takpelah.Tolong jelah kejap.Aku kan Super,”bisik Zack sambil tersenyum sendirian.

Masa yang diambil untuk tiba di tempat kejadian hanyalah 30 saat.Zack tiba dengan pakaian supernya.Tanpa melengahkan masa Zack terus meluru masuk ke dalam rumah satu tingkat itu.

Sementara di luar ,seorang makcik menjerit-jerit memanggil nama anaknya yang tertinggal kat dalam.Pihak bomba yang baru tiba kelam-kabut menyediakan peralatan untuk memadam api yang marak itu.

“Tolong!!anak aku kat dalam tu..selamatkan dia!!Aku taknak anak aku mati..tolonglahhh..selamatkan anak aku…”rintih makcik yang tak berapa nak tua tu.

“Adik..dikk!!adik kat mana!!Jom keluar..Panas ni dik..Cepatlah jangan main sorok-sorok..Abang datang nak selamatkan adik ni,”jerit Zack memanggil-manggil anak makcik yang dia sendiri tak tahu samaada lelaki atau perempuan dan dimana anak makcik yang dimaksudkan itu.

“ADIKK!!Oii..jangan lah main-main..Panas ni..Ishh..aku nak selamatkan dia,dia main-main pulak.Panas ni kot,” Zack makin panas kerana panggilannya tidak bersahutan.Bahang api yang kian marak menambahkan lagi rasa panas dihati.

“Takkan aku nak tinggalkan budak ni kat dalam pulak.Mati jugak budak ni.Ish..tak boleh jadi ni..Aku kan super..Kena selamatkan jugakn budak ni”

Api yang kian marak membantutkan Zack untuk terus mencari.Mukanya berpeluh kerana bahang kepanasan.

Zack melangkah perlahan keluar dari rumah yangb terbakar itu.Wajahnya sungul menampakkan kekecewaaan kerana tidak menjumpai anak makcik itu.Muka nya berpeluh-peluh.Sut supernya basah kerana berpeluh.

Selepas lima langkah dari rumah terbakar itu,air siraman bomba dihalakan pada mukanya.Zack terundur beberapa langkah.

“Oi apa ni!Basahlahh..”

“Haa…memang lah basah.Ni kan air..Kalau api terbakar dah kau.Dahh..Bangun..Asar dah ni..Mak dok panggil kau dari tadi,tak menyahut pun rupanya dok tertido kat sini,”Kata maknya sambil berlalu ke dapur.Ditangan emaknya terdapat satu gayung.Air menitis dari gayung itu.

Tahu lah Zack yang dia sedang bermimpi.Bajunya basah kerana tidak membuka kipas dan mukanya basah kerana disimbah emak.

“Alaaa..mak ni..Kacaulahh..Orang baru nak jadi superhero tadi”

“Tak de maknanya nak jadi superhero kalau dok tido je sampai petang.Dah..Bangun.Ayah dah nak balik dah tu..Pi mandi.Pastu solat Asar.Nanti tolong mak.Nak jadi hero sangat kann,”Jawab maknya dari dapur.

“Yelahhh..,”balas Zack.

“Hehe..akukan super,”bisik Zack lalu bangun untuk mandi.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kurangkan ending rupa2nya mimpi. anti klimaks. teruskan menulis! yeah!

Cerpen-cerpen lain nukilan harith

Read all stories by harith