Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Satu Perasaan Yang Tak Terungkapkan

 


Hari ini Yasmin pulang dari kolej dengan satu perasaan yang tak terungkapkan. Sudah lama dia mengimpikan perasaan ini singgah di hatinya. Akhirnya...akhirnya... Rasa mahu melompat bintang pun ada juga. Lagu Twist And Shout dendangan The Beatles tak boleh berhenti dari kepala otaknya. Bibirnya juga berkomplot menghasilkan satu senyuman paling menawan yang Yasmin pernah hasilkan di bibirnya.

Ah...hidup ini indah juga, ya, katanya di dalam hati.

Sambil-sambil dia menunggu bas yang akan datang setiap satu jam, Yasmin pun duduklah di perhentian bas dan cuba merenung masa depan. Namun dia gagal kerana dia merasakan selagi bas-bas di Malaysia selalu tiba setiap satu jam (kadang-kadang sampai dua jam), masa depannya susah mahu cerah. Yasmin tidak dapat pastikan apa kena-mengena kedatangan bas dengan masa depannya, tetapi nalurinya mengatakan kalau beginilah bas selalu datang lewat, kemungkinan besar masa depannya tidaklah sehebat Selena Gomez. Bahkan bukan sahaja masa depannya yang terjejas, kemungkinan besar boleh merebak ke masa depan penduduk Malaysia yang lain umumnya dan khasnya kepada penduduk Malaysia berumur sekitar 22 tahun ke bawah sepertinya.

Cuma hari ini Yasmin rasa mahu memaafkan kelewatan bas-bas seluruh Malaysia kerana seperti yang telah diberitakan pada awal cerita tadi, ada satu perasaan tak terungkapkan berlaku di dalam dirinya.

Sambil-sambil dia menunggu bas yang akan datang setiap satu jam, Yasmin pun duduklah di perhentian bas dan kali ini tidak cuba merenung masa depan. Di tangannya dia merenung empat keping kertas yang sangat berharga itu. Kertas-kertas itulah punca dia mengalami satu perasaan yang tak terungkapkan.



Baucar Buku 1Malaysia.


Syukur kepada Tuhan kerana mengurniakan negara Malaysia dengan sebuah pimpinan yang banyak berjasa, pemurah, baik hati, tabah lagi ikhlas membantu rakyat marhaen sepertinya. Semoga negara Malaysia yang sentiasa aman dan permai ini terus-menerus menerima pimpinan berjiwa rakyat sehingga ke akhir hayat.

Ah...Yasmin seperti berada di alam fantasi pula.

Satu perasaan yang tak terungkapkan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kama ni ada saja idea kreatifnya...
  • 2) baucer! baucer! aku tak dapat dah! he he..Kama memang tau!
  • 3) ohoh. baucar berharga gila kot!
  • 4) 1. yay sy komen ni dr smartphne prtama yg br saya bli smlm. x biasa lg taip. 2. yasmin jgn duk bli novel cinta je ya. 3. jo, td aku login dr page ni tp dia load mainpage psttu.
  • 5) 1. yay sy komen ni dr smartphne prtama yg br saya bli smlm. x biasa lg taip. 2. yasmin jgn duk bli novel cinta je ya. 3. jo, td aku login dr page ni tp dia load mainpage psttu.
  • 6) Terima kasih kerajaan 1malaysia
  • 7) nice kak! isu macam ni pun boleh olah dengan kreatif. suka!
  • 8) lain macam bunyi dia...kehkehkeh

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia