Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Raya Terakhir

Cerpen sebelumnya:
Tutup
Cerpen selanjutnya:
"Macam ni sajalah.."

          Abah sedang memasang langsir. Emak pula sibuk menjahit baju kami yang tidak siap lagi. Angah sibuk di dapur mengacau rendang. Adik di sebelah merengek meminta coklat. Tangan kanannya memegang bunga api yang sedang menyala. 

          Sayup-sayup kedengaran takbir raya memecah sunyi malam. Aku berhenti menyalakan pelita yang memagari laman rumah kami. Esok raya. Aku tersenyum sendiri.

          Aku bangun dari tangga rumahku sambil mengibas-ngibas baju melayu kelabuku, membuang habuk. Buku Zombijaya aku letakkan di tangga. 

Ting! Tong!

          Di sebalik gril pagar, aku ternampak seorang lelaki sedang tersenyum. "Karpet dah penuh lah dekat rumah ni. takpelah, terima kasih," rajin betul bangla ni jual karpet malam raya. Die menggeleng perlahan.

          "Eh, apa ke karpet pulak ni. Kau ni, pakcik sendiri pon dah tak kenal. Aku cekik kau nanti," 

          "Oh, pakcu!" pakcu yang tua hanya tiga tahun dari aku itu merupakan teman sekerja di Kasino Millenia tempat aku bekerja dahulu. Aku tersenyum dan mendekatinya.

"Masuklah," pakcu senyum.

***

          Keesokannya, penduduk Taman Sri Murni digemparkan dengan kematian keluarga Encik Hassan. Mereka mati dalam keadaan yang sangat ngeri.

          Encik Hassan ditemui tergantung di ruang tamunya. Cangkuk-cangkuk langsir kelihatan bersepah-sepah di lantai. Sebahagiannnya melekat di badan Encik Hassan, seperti dicucuk. Secebis kertas ditemui di dalam mulut mangsa dengan tulisan tangan, 'Dendam aku sudah terbalas'

          Isterinya, Puan Hasnah, kelihatan terbaring di sebelah mesin jahit. Mulutnya terkatup rapat. kesan jahitan jelas kelihatan di mulutnya. Matanya pula luas terbuka. Beberapa jarum peniti tercacak di kedua-dua matanya. secebis kertas dijumpai juga di mulut mangsa. Tertulis, 'Semua rahsia kau dah pecah'

          Anak perempuan En. Hassan, Julia dijumpai terbaring di dapur. Sudip terpacak tegak di perutnya. Mukanya hancur melecur kerana disimbah minyak yang panas. Kertas di dalam mulut mangsa pula tertulis, 'Kougar kini sudah rebah'.

          Anak bongsu En. Hassan, Ali, terbaring di atas tangga. Badannya penuh dengan kesan terbakar. Dipercayai dicucuh dengan bunga api. kerongkong mangsa juga melecur teruk. Mulutnya penuh dengan bunga api. Secebis kertas ditemui di tangannya yang digenggam erat. Tertulis 'Tabu dalam masyarakat'

          Anak sulung En. Hassan, Arif ditemui hangus terbakar berdekatan dengan pintu pagar rumah. Bau minyak tanah kuat. Pelita berdekatan jatuh rebah ke tanah. Sepucuk surat terletak kemas di atas mayat. Surat itu berbunyi, 'Maaf. Kau termasuk jerat aku'

Kedengaran sayup-sayup takbir bergema.



 

Cerpen sebelumnya:
Tutup
Cerpen selanjutnya:
"Macam ni sajalah.."

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
3 Penilai

Info penulis

Arep Zul

Meluahkan rasa hati dalam bentuk satira. Kadang kala suspens :)
ArepZul | Jadikan ArepZul rakan anda | Hantar Mesej kepada ArepZul

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ArepZul
Elemen | 3556 bacaan
Hilang | 9544 bacaan
Pimpin | 2343 bacaan
Lacur | 15125 bacaan
Filem | 2593 bacaan
Serang | 2172 bacaan
Pontianak | 5100 bacaan
Bisik | 2554 bacaan
maulud nabi | 2975 bacaan
Tutup | 4414 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

17 Komen dalam karya Raya Terakhir
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik