Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Dia, Bidadari Perjalanan

Cerpen sebelumnya:
"Macam ni sajalah.."
Cerpen selanjutnya:
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas.

Dia, Bidadari Perjalanan.

 

Bukan susah nak cari pun. Dimana-mana pun dia ada. Maksudnya, dalam gerabak ini. Sama sahaja, pusing terbalik, naik turun bendanya tetap satu. Walau beribu hentian wajib.

 

Payah hendak lari dari khayalan, ini bukan pertama kali. Bagaikan imaginasi walau untuk seminit, sejam mahupun setahun. Bidadari ini merangkul tubuhnya setiap kali ada cubaan untuk bangkit dari sini.

 

Bidadari ini takkan lepaskan dia.

 

"Aah, celaka..aku mahu pergi!!"

"Duduklah dahulu untuk seminit lagi..Lagi pun Ridwan dah janji, kan?" 

 

Tak terdaya untuk bangun mahupun melawan. Kakinya mengeras tak boleh untuk bangkit. Ini alam nyata yang berpaksikan mimpi. Segala doa tak menjadi. Bagaikan beribu tahun tanpa hentian masa dia disini.

Dia pasrah untuk keberapa kalinya.

 

Sepatutnya ini hanyalah perjalanan yang ringkas. Dari satu stesen ke stesen yang berikutnya. Destinasi mudah, sepatutnya kalau ikut jadual perjalanan.

 

Selasa pagi,

Dia seperti biasa bersiap ringkas awal pagi. Diniatkan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat,selepas solat subuh, untuk pergi bekerja, mencari rezeki.

Dia bukan tiada kenderaan, cuma selesa berposak-posak dicelah umum mengunakan perkhidmatan keretapi ketempat kerja. Jimat perbelanjaan.

Namun atas siulan yang terlaknat, perjalanan menaiki keretapi ke tempat kerja kini menjadi transit sesal dan syurga-neraka bergerak.

 

"Awal kau datang hari ini" tegur abang kaunter tiket.

"Takut lewat lah bang. Ada banyak kerja tak siap kat pejabat." Balas Ridwan.

 

"Tak pernah-pernah abang jual tiket tu tegur aku.." kata Ridwan sendirian selepas meninggalkan kaunter tiket.

 

Awal pagi, belum ada pun orang datang menunggu keretapi. Ridwan duduk dibangku stesen, menunggu.

 

Bunyi hon yang kuat, menandakan keretapi sudah hampir tiba. Dia menoleh kiri-kanan.

Belum ada orang lagi. Sedikit hairan, tapi apa peduli

 

Keretapi tiba, pintu gerabak dibuka dan dia masuk lalu duduk ditengah-tengahnya. Lapang tanpa sesiapa kecuali seorang gadis berbaju kurung putih dihujung kanannya.

 

"Awak hendak ke tempat kerja, ya?" Tegur gadis manis berbaju kurung putih yang kini duduk disebelahnya.

Laju pula dia bergerak, hatinya tertanya.

"Aah," Dia balas dengan senyum pendek disaat mindanya menjadi sedikit mengantuk.

"Sejuk juga ya pagi ini." Seakan mahu ajak berbual.

"Iyalah, lagipun tak ada orang pun dalam gerabak ni, mungkin suhu aircond jadi rendah." Jauh pula dia membalas kali ini. 

 

Tak terperasan langsung yang keretapi ini bergerak dengan perlahan sekali. Ada lebih kurang sepuluh stesen harus direntas sebelum dia tiba ke destinasi. Untuk pagi ini, lima belas minit berlalu tanpa menempuh stesen yang kedua. Dia langsung tak menyedarinya.

 

"Saya Asmara." Dia menghulur tangan, salam perkenalan.

"Haa? err saya Ridwan" balas pendek seraya menyambut salam perkenalan itu.

 

"Ridwan? ermm nama malaikat penjaga Syurga. Indah kan?" senyum gadis tersebut.

"Err, iya.. Nama Asmara pun apa kurangnya.." Ridwan balas sambil tergelak kecil.

 

Di pandangnya Asmara dari bawah keatas. Manis sungguh rupawan ini. Terlihat sungguh keayuan Asmara. Bak wangian kasturi, kulit yang putih bersih, rambut lurus panjang ke bahu, dan ya..buah dada yang terhias cantik dibalik baju kurung putih. Akal Ridwan mula menjadi sedikit nakal, dek terdorong dengan tiupan nafsu awal pagi.

 

Selanjutnya, mereka berdua hanyut dalam perbualan panjang. Cerita tentang macam-macam. Dari laut hingga kedarat. Langit tinggi hingga turun kebumi. Lupa Ridwan pada tujuan asal mahu ke tempat kerja. Tak dihiraunya lagi tentang gerabak yang dinaikinya kini, tak pernah singgah dimana-mana stesen. Hanya bergerak, cuma kini makin laju.

 

Asmara yang berada disebelahnya senyum manis. Bak bidadari, ulang hati Ridwan banyak kali. Jatuh cinta dia untuk perkenalan yang sekejap ini.

 

"Seronok saya dapat berborak dengan awak, Asmara" Kata Ridwan.

"Saya pun, kalau boleh tak payah berhenti ya?" balas gadis tersebut dalam bentuk pertanyaan ikhlas.

"Iya, kalau boleh saya tak mahu turun dari keretapi inilah..hahaha" Ridwan tergelak sedikit tanpa menyedari sedikit pun yang tangannya sudah pun mengenggam erat tangan gadis tersebut.

 

"Betulkah, Ridwan?" Senyum balas gadis tersebut bagaikan mengiyakan suatu akad, persetujuan antara dua insan.

"Iya Asmara. Walau untuk seminit pun tak mahu saya keluar dari gerabak ini."

 

 

********************

Biasanya dia datang duduk bersebelahan. Pakai Baju kurung putih, celak yang agak tebal. Bila dia tegur, jawap hanya sepatah. Jangan sesekali memanjangkan perbualan. Kau takkan dapat menghidu siapa dia pada awalnya, namun dalam hati akan ada bisikan mencengkam, "Jangan..jangan berbual dengan dia.." Setelah itu terjadi, bisikan nafsu mencelah, "Apa salahnya berkenal-kenalan"

 

Itulah silap yang kau takkan dapat tebus walau mohon rayu untuk meminta kembali jiwa yang telah terbeli dalam akad yang tidak sah.

 

Akibatnya, kau takkan dapat meninggalkan gerabak ini walau untuk seminit sekali pun. Hidup mati sampai kiamat, hanya untuk memandang tingkap melihat pohon-pohon dan bangunan-bangunan, bersilih ganti dalam gerabak yang takkan berhenti.

 

"Temankan Asmara untuk seminit dua, ya?"

Cerpen sebelumnya:
"Macam ni sajalah.."
Cerpen selanjutnya:
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas.

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
3 Penilai

Info penulis

26life

Mengada-ngada, merengek dan menyusahkan
26life | Jadikan 26life rakan anda | Hantar Mesej kepada 26life

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya 26life
Si Paris bayar zakat | 9364 bacaan
Billy dan Serina jadi rakyat | 2500 bacaan
Berlumba ke Bulan | 2875 bacaan
Monolog orang yang ada rasa bersalah | 2889 bacaan
Dia suka pada Milah | 20733 bacaan
Khayalan bernombor | 3075 bacaan
PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers | 3437 bacaan
Pra Ramadhan : Alam aku | 3006 bacaan
Cerita Bergambar : Aku Pulang | 5786 bacaan
PCB#5: Kegembiraan untuk 45 minit | 3813 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Dia, Bidadari Perjalanan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik