Hati Untuk Disedekah

  • 6
  • gelap
  • 8 years ago
  • 3,499
  • FREE

 

"Bro, ko ada kenal perempuan yang masih 'single' tak? Hati aku ini untuk disedekahkan. Kalau ada, kau berikan dia kotak hitam ni."

Lelaki itu terus berpaling dan melangkah pergi. Aku yang masih terkejut akibat disapa secara tiba-tiba tidak mampu berkata apa-apa. Hanya sepasang mata yang terus terkebil-kebil merenung kotak hitam di hadapanku. Aku masih terpinga-pinga. Sebentar kemudian, aku melilau mencari kelibat lelaki tadi. Yang pasti, dia sudah ghaib. Agak pelik lelaki tadi itu, soalan yang ditanya padaku juga belum sempat dijawab. Wajahnya juga aku ingat-ingat lupa.

Aku melihat kotak hitam yang ditinggalkan lelaki itu. Hati aku diserang perasaan gementar apabila teringatkan pesanan dia sebentar tadi. Antara takut dan ingin tahu, perasaan aku berperang. Sesekali aku melihat di sekelilingku, mungkin ada kawan-kawanku di sini yang boleh menemani aku di saat aku ingin membukanya. Tiada sesiapa, melainkan pelanggan warung ini sahaja. Aku perbetulkan tempat dudukku. Kotak hitam itu aku dekatkan dengan depan dadaku. Agak berat. Apakah isi di dalamnya? Keinginanku untuk membuka kotak itu semakin membuak. Aku membuka penutup kotak hitam itu dengan perlahan, berhati-hati. Pandangan aku berpinar. Segumpal darah, mungkin seketul hati, dengan lelehan darah yang masih merah dan pekat mengalir di setiap lubang yang terbuka. Lubang yang seakan-akan di toreh, atau mungkin dikelar. Dan di setiap sudutnya, tertancap berbilah mata pisau cukur. Aku pitam. Terbungkam.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow terpana kejap...betul2 hati tu..

  • (Penulis)
    2) hehehe...betul2 hati atau hati2 betul...?
  • 3) ok, ada siapa2 ahli kapasitor yg nakkan hati tu?
  • 4) eksperimen yang berjaya, gelap.

    ok, pitam. T_T

  • (Penulis)
    5) heheehe...sempat lagi offer kt owang lain...
    aku tak nak...tak buang jauh2 hati ni...

    thanks kosong
  • 6) hehe bila masuk bab soal hati, memang banyak liuk teka-teki..

Cerpen-cerpen lain nukilan gelap

Read all stories by gelap