Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dudi ikut Majis

 

Waktu itu, azan Zohor baru sahaja selesai dikumandangkan. Seperti biasa, ada beberapa kerat ahli kariah kampung yang bergegas menuju surau untuk solat berjemaah. Tak jauh daripada pintu pagar surau(lebih kurang 5 meter), kelihatan dua sosok tubuh lelaki sedang berteduh di bawah sebatang pokok ketapang yang sering menggugurkan buahnya. Wajah mereka tidak jelas kelihatan. Ini adalah kerana, sinar matahari yang terik melanggar daun-daun pokok ketapang, lantas menghasilkan bayang-bayang yang tebal menggelapkan rupa bentuk dua lelaki berkenaan.  Akan tetapi, jikalau kita mendekatkan diri ke bawah pokok ketapang tersebut, nescaya kita akan dapat mencirikan dengan jelas, siapakah mereka yang sedang berteduh itu. Mereka itulah Majis dan Dudi. Dua orang sahabat yang sering bersama ke mana-mana.

“Jis, kau tak nak masuk surau ke? Kita solat jemaah la sama-sama dengan yang lain!”

“aduhh!! Bukan aku tak nak! Tapi….”

“tapi kau malu? Sebab kau tak reti baca Al-Fatihah?”

“bukanlah tongong! Aku ada hal penting nak dibuat sekarang!”

“Apa dia?!!”

Majis meletakkan jari telunjuk kanannya ke atas bibirnya yang sedikit dimuncungkan. Seolah dia mengatakan kepada Dudi agar berhenti bercakap. Seolah mengerti juga, Dudi segera menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

“emmm…”

“apa yang emmm???”

“takde..tangan aku ni….masih ada bau nasik kerabu..”

Majis merasa kecewa dengan sikap Dudi, maka terus dia berkata,

“bila masa kau makan nasik kerabu? Apasal tak ajak aku?”

“mak aku yang masak pagi tadi…sebelum subuh..takkan aku nak ajak kau..nanti mak aku marah!”

Majis hanya mampu menelan air liurnya sebanyak 35 mililiter ke dalam tekaknya yang kering. Selepas itu mereka berdua terdengar suara bilal melaungkan iqamah. Serentak dengan itu, Majis memberi isyarat ‘let’s go!’ dengan tangan kirinya kepada Dudi. Mereka berdua terus bergerak berjalan meninggalkan pokok ketapang di tepi surau. Semakin lama semakin jauh mereka meninggalkan surau dan pokok ketapang. Perjalanan yang ditempuh di bawah terik matahari hampir-hampir tidak dirasai oleh Dudi. Dia seolah terpukau dengan langkah Majis di hadapannya. Sedar-sedar, Dudi mendapati yang Majis sudah menghentikan langkahnya.  Setelah melihat-lihat di sekeliling barulah Dudi sedar yang mereka sebenarnya sedang berdiri di hadapan loji takungan kumbahan di hujung kampung.

“eh! Jis! Apasal kau ajak dating sini?”

“Dating??!!!”

“sebenarnya aku cakap DATANG! Tapi kau tahu sajalah, Microsoft Word memang macam ni!”

“Aku ada hal penting nak mintak kau tolong aku kat sini ..”

Majis berjalan terus menuju ke pintu pagar loji kumbahan tersebut. Dudi sedikit gementar dan teragak-agak. Dudi sebenarnya amat gementar.

“jis! Aku takutlah…ni first time kali pertama aku datang sini tau! Takde orang marah ke ni?”

Majis tidak menjawab, Dia terus saja melangkah. Sebaik saja sampai di hadapan pintu pagar loji berkenaan, dia terperanjat kerana mendengar satu jeritan yang amat dahsyat.

“EEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKGHHHHHHKKKIIIIIIIKKKKKK!!!!!”

“kau ni apahal Dudi! Menjerit macam hantu tak cukup sifat je! kenapa?!!!”

“takde la…kenapa pintu pagar dia..tak berkunci?!!!”

Kalau saya yang jadi Majis, dah tentu-tentu saya bagi penampar Siam kat telinga Dudi. Tapi Majis seorang yang penyabar. Dia hanya mengeluh.

“huh! Manalah aku tau kenapa diorang tak kunci! Jom masuk!!”

Seperti awalnya Dudi tetap akur membontoti Majis. Kini, mereka sudah berada di dalam lingkungan dua buah kolam takungan kumbahan di kawasan loji. Dua kolam takungan tersebut masing-masing satu di kiri dan kanan mereka berdua. Kedua-duanya sedang membuak-buak dengan aturan mesin yang sedang menyelenggara. Majis menelan air liurnya dan berkata,

“dudi, kita ada misi penting. Kita mesti..”

“mesti apa? Mesti tutup hidung? Kau tak bau busuk ke?”

“bagi aku cakap habis dulu…Kita mesti terjun ke dalam kolam taik ni !!”

“ok….ok….hah??!! .KAU DAH GILAAAA??!!!”

“rileks la Dudi!! Dengar aku cakap dulu…aku belum gila lagi!!’

Dudi mula meradang. Dia mulai mundar-mandir sambil merengus-rengus.

“janganlah marah Dudi…biar aku jelaskan dulu..”

“nak jelaskan apa? Kau nak kita terjun dalam air taik ni kan! Nak jelas apa lagi?!”

“ye…ada sebabnya..dengarlah dulu..”

“Jis, aku kawan dengan kau bukan baru..kau buat apa semua aku ikut..tapi ni…nak masuk kolam taik!! Isshhhh!!!  Kau memang dah gila!! “

Majis mula gelisah. Dia mula menggaru-garu kulit kepalanya.

“dengar sini Dudi, aku nak kita terjun kolam taik ni sebab…semalam aku tertelan cincin emas nenek aku!!!”

Dudi masih tak berapa nak faham. Dia terus menjerit.

“arrrrrrrrrrrrrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! “

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) he he....
  • 2) akut ak tahu sebab apa aku baca..adakah ni tulisan spontan en kuru?aku baca sangat spontan dan tan tan tan..aku dirasuk syaitan pada penghujung cerita..grrr
  • 3) cerita ni memang keji...! tiba-tiba teringat watak Jamal dalam Slumdog Millionaire yang terjun lombong najis sebab nak kejar Amitabh Bachchan.
    adakah dengan tejun kolam taik, cincin emas kembali semula? adeh...
  • 4) haha adeh. pak kuru pak kuru.

    paling cannot go; %u201Csebenarnya aku cakap DATANG! Tapi kau tahu sajalah, Microsoft Word memang macam ni!%u201D
  • 5) lawak MS Word tu memang bongok!! hahaha.. aku mula ingat ko tak perasan typo dek MS word tu.. sekali kau jenakakan terus

    majis ni satu hal la. dah telan cincin tu jangan la berak dalam jamban. berak la atas kepingan zink yang terlantar di belakang rumah. lepas dah jumpa semula cincin, cuci.

  • (Penulis)
    6) Isu pokok cerita ini ialah tentang PEMIMPIN dan yang DIPIMPIN. Awal2 lagi, si pemimpin (Majis) sudah berpaling daripada panggilan agama (solat zohor berjemaah), walaupun ditegur oleh yang dipimpin (Dudi). Malah si pemimpin mengajak yang dipimpin untuk melakukan perbuatan yang mengarut atas dasar keduniaan (mencari cincin emas). Walhal yang dipimpin ada ilmu (tahu baca Al-Fatihah, tahu yang loji najis itu kotor), tapi tetap ikut juga. Namun di hujung cerita, Dudi (yang dipimpin) kelihatan ada juga otaknya..walaupun hampir tidak memahami. He he..ada kupasan konon!!!
  • 7) ooo...bagus abg kuru!

  • (Penulis)
    8) he he...harap2 jelas ye..

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa