Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bisik

 

Angka 3 terpampang di jam digital yang terletak di atas almari, bertentangan dengan katilku. Panas betul malam ni. Selimut yang membalut tubuh, aku alihkan ke tepi. Pandangan aku lontarkan ke luar tingkap. Pemandangan kota raya Kuala Lumpur terbentang luas di hadapan. Jalan-jalan di bawah masih sibuk dengan kereta. Masing-masing menjadi kelawar kala malam.

                Kata orang, jam tiga pagilah waktu di mana hantu-hantu dan jin-jin keluar berjimba. Tapi aku tidak takut akan mereka. Aku lebih takutkan angka tiga itu sendiri. Kerana pada waktu beginilah...

                “Jadi kau dah bangun,” satu suara yang dingin menyapa telingaku.

                “Haha. Kau masih terkejut mendengar suara aku? Bukankah sudah seminggu kita bergebang?” Badanku menggigil. Suara perempuan ini mungkin kedengaran merdu bagi sesetengah orang. Namun tidak bagi aku.

                “Kau sejuk? Kenapa kau menggigil?” suara itu membisik lagi.

                “A..aa.. ke.. keluar dari rumah aku!” aku menjerit walaupun aku tidak nampak kelibat perempuan itu.

                “Apa kata kau ya? Aku sudah beri masa pada kau ni,”

                “Err.. aku tak.. takkan! Aku takkan beri roh aku pada kau!” manik-manik peluh semakin galak keluar dari badan aku. Sumpah aku takut.

                “Janganlah begitu. Aku sudah lama tidak makan. Sangat lama. Jadi aku lapar. Tidak kesiankah kau pada aku?” suaranya mula memujuk. Dia sangat pandai memujuk. Aku. Aku rasa dia perlu diberi makan. Aku.. Aku akan berikan rohku ini. Ya.

                “Argh! Tidak! Jangan sesekali kau buat begitu lagi! Aku takkan berikan roh aku pada kauu! Argghhhhh!”

                Seraya dengan itu aku berlari pergi ke dapur. Dua bilah pisau pemotong daging aku ambil dan mencucuk-cucuk kedua belah telinga aku. Cucuk. Cucuk. Aku tak nak dengar suara kau lagi. Tak nak! Cucuk. Cucuk. Darah merah pekat mengalir jatuh turun membasahi baju aku.

                “Akhirnya. Aku dapat lari dari kau! Hahahahahaha!” aku terbaring lemah. Mataku separa terbuka. Aku senyum.

                “Kau tahukan yang kau tak boleh lari dari aku? Hahahaha,”

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) em, aku mcm pernah terbaca penamat yg sebegitu..

  • (Penulis)
    2) dekat mana weh?
  • 3) terasa ngilu part cucuk telinga tu.. aku rasa mcm telinga aku plak yg kena... huhu

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul