Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Beruang Tedi Maisarah

Cerpen sebelumnya:
Bisik
Cerpen selanjutnya:
Pontianak
Maisarah masih belum mampu melelapkan matanya, berbaring memandang syiling seolah olah telah berjaya menembusi atap rumah melihat bintang bintang yang bertaburan di langit. Sampai bila Maisarah harus menunggu? bisiknya perlahan. Tunggu siapa? tanya satu suara kecil. Maisarah bingkas memandang sekeliling, cuba mencari pemilik pertanyaan tadi. Di tepi katil, ada satu beruang tedi berwarna coklat dengan mata hitam bulat yang bersinar dibias cahaya lampu meja sedang berdiri, tersenyum memandang Maisarah. 

  Oh beruang tedi, Maisarah ingatkan siapa tadi, kata Maisarah sambil tersenyum. Diambilnya beruang tedi itu dan diletakkan ke sebelah. Maisarah tunggu siapa? beruang tedi itu mengulang kembali soalannya tadi. Maisarah tengah tunggu orang yang Maisarah sayang, kata Maisarah sambil melepaskan satu keluhan perlahan, seolah olah sudah penat menunggu. Harap harap orang yang Maisarah tunggu itu berbaloi lah untuk ditunggu ya Maisarah, balas beruang tedi itu. Maisarah tidak menjawab, sekadar tersenyum mendoakan kata kata beruang tedi itu . Lama terdiam, masing masing menunggu jika ada di antara mereka yang mahu menyambung perbualan. 
 
  Sampai bila harus menunggu? tanya beruang tedi. Maisarah melontarkan pandangan kosong sebelum mengangkat kedua dua bahunya ke atas. Maisarah, kata beruang tedi perlahan. Penantian itu sebenarnya adalah satu bentuk penyiksaan yang halimunan. Kita mungkin rasa bahagia menanti, apatah lagi apabila sekali sekala kita terlihat sinar harapan dalam penantian itu. Tapi apa yang kita tidak sedar adalah rasa bahagia itu cuma sementara dan selebihnya adalah derita. Akan sampai satu peringkat yang kita sepatutnya sudah terlalu penat untuk menunggu tapi seringkali, rasa lelah itu kita sendiri kaburkan dengan senyum tawa yang dibuat dibuat. Hakikatnya, sama macam beruang tedi, kita cuma sentiasa tersenyum untuk menceriakan hati orang orang sekeliling dan dalam masa yang sama cuba menipu hati kita sendiri. Konon kononya kita benar benar gembira. Sudah lah, tamatkan penantian itu segera, agar kita boleh lekas bahagia. 

  Bagaimana? Setelah lama menunggu tiba tiba mahu lupakan macam tu saja? Tak semudah itu. Maisarah mulai sebak. Beruang tedi itu menggosok gosok tangan Maisarah, cuba menenangkan hati gadis itu. Maisarah, bukan lupakan, tapi selesaikan. Letakkan satu garis penghujung kepada penantian itu, berdiri atas garisan itu dan lihat samada yang ditunggu ada disitu atau tidak. Kalau tidak ada, teruskan kehidupan, mulakan perjalanan baru. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan menanti sesuatu yang tidak pasti. 

  Terus Maisarah peluk beruang tedi erat erat dengan air mata yang berlinangan, membawa mereka ke dalam satu kenangan di sebuah bilik merah jambu sepuluh tahun yang lepas, iaitu pada saat kali terakhir beruang tedi itu dipeluk Maisarah yang berusia 12 tahun yang sedang menangis teresak esak.


"Beruang tedi, Maisarah janji, cuti nanti Maisarah balik dari asrama Maisarah peluk beruang tedi lagi. Tunggu Maisarah tau!

 

Cerpen sebelumnya:
Bisik
Cerpen selanjutnya:
Pontianak

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
1 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik. | 3714 bacaan
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 2783 bacaan
Siri bercakap dengan maggi. | 391 bacaan
Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam. | 2264 bacaan
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk. | 5854 bacaan
Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat. | 2568 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2322 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 3664 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 13218 bacaan
Pari pari susu pekat manis. | 3082 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Beruang Tedi Maisarah
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik