Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

kopi, adele dan bubur ayam mcd..

Cerpen sebelumnya:
atas nama cinta
Cerpen selanjutnya:
Ustazah Dangdut!

                Lagu ‘Someone Like You’ bergema sebaik aku melangkah masuk ke dalam apartment yang aku kongsi dengan Ked. Adele. Never a good sign.

                Aku masuk dengan agak senyap. Perhati rumah jap. Kemas. No… extra kemas. Damn, otak dia serabut. Bila otak dia serabut, dia mengemas.

Aku perhati dia dari jauh yang duduk kat meja hujung ruang tamu, mengadap laptop. Masih pakai baju sama yang dia pakai semalam – oversized t-shirt warna hitam yang ada katun setan tersengih kat tengah-tengah, tertera “God is busy – Can I help you?” juga boxer shorts kotak-kotak. Rambut pendeknya tak terurus, konpem belum mandi. Dengan spek bulat dia tu, dari jauh sebijik macam Harry Potter. Kalau panjang sikit rambut tu, jadik John Lennon dah.

                Serius, kekadang rasa macam aku duk serumah ngan budak jantan.

                Bila dia perasan aku baru balik, cepat-cepat dia seka airmata yang tadinya mengalir perlahan. “Yo,” dia tegur, sambil teguk air Nescafe aisnya. Hasil kondensasi dah mula menitik ke meja kayu murah yang kitorang beli sama-sama tu dulu.

                Tak payahlah nak berlagak macho ngan aku. Mata tu dah macam kacuk panda dengan rakun. Dengarlah lagi lagu Adele tu. Membantu sangat.

                “Tak gi keje ke?” tanya aku.

                Biasalah, orang Melayu. Suka tanya soalan obvious. Dah dia tercongok kat sini kul 2 petang, gi keje hapenye. Aku ni yelah, keje odd hours.

                “MC,” balasnya ringkas.

                Tak perlu kot aku nak tanya sakit apa. Baru tadi aku baca tweet dia – Jiwa Kacau is an illness. Bukan susah nak tahu isi hati dia. Tak Twitter, Facebook. She has resorted to that now. Fasa berborak dengan aku pasal jiwa kacau dia dah berlalu. Kali terakhir kalau tak silap aku, seminggu lepas. Masa tu gaya dah macam acceptance. “Apalah ada kat dunia ni pun. Esok, lusa mati gak,” kata dia. Biasalah, orang putus chenta memang jadi ahli falsafah tak bertauliah.

Sebelum tu, messed-up giler. Keje kitorang memang dok sembang kat balkoni malam-malam sampai la ke Subuh. Aku layankan je. Aku pun pernah jiwa kacau. Situasi mungkin berbeza, tapi sakitnya tu sama. Woman to woman, I get it – so I listen. Ada orang rasa sesi heart-to-heart ni tak perlu – tak selesaikan masalah. Ada orang rasa masalah putus chenta ni bukan masalah dunia pun – kita yang suka exaggerate.

Memang masalah putus chenta bukan masalah dunia. Tapi bila putus chenta, dunia tu sendiri satu masalah. Entah, susah aku nak jelaskan.

Kadang-kadang bila dia bercerita, dia nangis. Kadang-kadang dia lengai. Kadang-kadang dia gelak. Kadang-kadang aku simpati. Kadang-kadang aku bagi tough love. Kadang-kadang aku tumpang gelak. Lebih kurang 3 minggu macam tu, sebelum dia masuk fasa acceptance ni.

Acceptance la sangat.

Aku tahu dia belum betul-betul pulih. Cuma mungkin dia dah lelah bercakap. Ataupun mungkin dia rasa bila dia tak borak pasal benda tu, benda tu seolah-olah tak wujud.

Ataupun sebenarnya dia tak nak bebankan aku lagi dah.

Yang last tu buat aku rasa bersalah. Bersalah sangat-sangat. Benda tu jadik seminggu lepas la. Masa dia dok borak ngan aku. Malam tu aku penat. Seharian aku keje, bos pulak bagi attitude PMS sepanjang hari, dengan aku pun tengah kitaran aku sendiri jugak. Jadi, bila dia borak ngan aku…

“Dia kata dia tak tahu nak pilih siapa.”

“Dah tu? Ko cakap apa?”

Dia diam.

“Ko cakap apa, Ked?”

“Aku cakap aku boleh bagi dia masa. Supaya dia pikir masak-masak.”

Giliran aku pulak diam.

“Aku tahu. Mesti ko nak kata aku bangang, kan?”

“Bangang tu taklah. Cuma kalau aku, takdenya aku nak buang masa ngan mamat ni.”

Dia diam kejap. “Aku… nak kena pikir gak kalau-kalau benda ni salah aku. Mungkin sebab aku tak cukup feminin? Aku boyish sangat kot… I don’t know…”

“He cheated on you. Dah macamana benda ni boleh jadi salah ko pulak?”

                “Mesti ada sebab dia stray away kan. Mungkin aku ada buat salah gak. Kot ada benda yang tak kena ngan aku. Ben dulu pun kes stray away gak. Something wrong with me maybe.”

                “You’re looking too much into it la.”

                Dia diam. Ayat aku bagi tu memang disengajakan sebagai ayat pemati. Malam ni terasa malas sangat nak dengar luahan hati dia. Aku pun ada masalah sendiri gak. Tiap-tiap malam nak dengar masalah dia, hidup aku nak jalan bila?

                Tapi, bila tengok dia terkulat-kulat sorang-sorang macam tu, kesian la pulak.

                “Dia cakap apa bila ko kata ko nak bagi dia masa?”

                “Dia cakap thank you. Dia akan gunakan masa tu sebaiknya…”

                Terlepas gelak dari mulut aku. Serius aku tak sengaja. Tapi dah terlepas, nak buat macamana. “Tu maknanya, dia nak dua-dua! Ko tengah bagi dia peluang main dua-dua.”

                Dia diam jap. “Taklah weyh. Aku rasa… memang dia akan betul-betul fikir…”

                “Ked, aku tahu ko worship mamat ni gila babi. In your eyes, he can do no wrong. Tapi sebenarnya dia ni loser, Ked. Sama je macam Ben, macam Tariq dulu. Takde bezanya. Cuma mungkin, dia ni loser kelas tinggi. Tapi masih dalam kategori loser. Ko kena faham tu.”

                Aku nampak dia tergamam, tapi dia cuba berlagak cool. Lepas tu… “Yeah, I know.”

                Mulut kata tahu, kata faham. Hati kata tak tu. Aku tahu sangat-sangat.

                Malam tu berborak lagi dengan dia. Sampai pukul 3 pagi. Tu yang keluar ayat acceptance last-last tu. Lepas tu… takde dah sesi heart-to-heart.

                Dia tweet lebih kerap sekarang. Update status kat Facebook kalau bukan lagu patah hati, tak sah. Aku tahu jiwa dia dok kacau lagi. Cuma dia dah tak bercerita dengan aku. Dia dah dapat beberapa orang kawan kat Twitter - aku suspek dia banyak bercerita dengan kawan-kawan tu. Terasa gak, tapi biarlah. Mungkin dia lebih selesa macam tu. Dengan kenalan baru, kita boleh jadi orang lain.

                Bila dia nampak aku datang dekat ngan dia, dia katup laptop. Great. Dah main sembunyi-sembunyi dah pulak ngan aku. Tapi aku buat selamba. Hati di dalam sakit la jugak. Aku berkawan ngan dia bukan sekejap. Sepuluh tahun, beb. Tak pernah tak kongsi apa-apa ngan aku.

                “Dah mandi belum?” tanya aku.

                Dia geleng. Sengih macam kerang busuk.

                “Hish! Pegilah mandi. Kita gi lunch,” ajak aku.

                “Bubur ayam McD, leh?”

                “Ceh, mentang-mentang MC. Nak makan pun makanan orang demam,” kata aku.

                Dia capai tuala yang tergantung kat balkoni dan gerak ke bilik air untuk mandi. Aku duduk di tempat dia duduk tadi. Gile panas… subur minah ni. Bongok betul mamat tu buat kawan aku patah hati – kalau tak dah leh dapat anak sedozen.     

                Aku cilok sikit Nescafe ais dia. Aku terpandang laptop dia. Aku kerling pintu bilik air yang tertutup rapat. Aku bukak laptop dia yang masih on. Ada satu file Word Pad kat situ. Di atasnya tertera IM – bererti conversation Yahoo Messenger yang dia simpan.

                Aku baca. Perbualan tu antara aku dengan dia. Lima tahun dulu. Waktu tu aku study kat oversea. Patutnya dia pun pergi. Tapi mak dia sakit, dia sambung belajar dalam negara je.

 

Hara-kiri:            

Memang the one lah mamat ni. Aku dapat rasa. Soulmate.

Skem_Queen:   

Aku pun rasa. Tak pernah aku tengok ko macam ni. Flustered satu macam.

Hara-kiri:            

Kan?? Dengan Ben, Tariq dulu… ko tengok aku macamana?

Skem-Queen:    

Ngan Ben, aku tak sempat tahu sangat. Dengan Tariq dulu, macam ada tak kena. Tapi dengan dia ni…

Hara-kiri:            

Itu la pasal. Fall deep dah aku ni. Naya.

Skem_Queen:   

Apahal lak naya? Baguslah.

Hara-kiri:            

Rasa kuat sangat ni…

Skem-Queen:    

Not good?

Hara-kiri:            

If it’s too deep, when it cuts… it cuts deep too. Nanti hidup ko jugak yang aku susahkan kalau aku meraung sakan nanti.

Skem_Queen:   

Merepeklah. Ko mana penah susahkan aku.

Hara-kiri:            

Mana ko tau, ko tak pernah tengok aku putus chenta. Dengan Tariq dulu aku yang mintak break, jadi aku okaylah.

Skem_Queen:   

Yang ko konfiden sangat mamat ni akan break ngan ko apahal! Stat pun belum lagi, dah pikir nak break. Merenglah ko ni!

Hara-kiri:            

Takdelah. Pikir worst-case scenario je. Worst-case mestilah dia yang dump aku.

Skem_Queen:   

Mana tau, kot ko yang dump dia.

Hara-kiri:            

… Mustahil =)

Skem_Queen:   

You really love him, don’t you?

Hara-kiri:            

So much. I can’t even explain.

 

                Aku berhenti baca. Shit.

                Dah 5 tahun. Dia dah couple ngan mamat tu dah 5 tahun.

                Lepas tu aku gi panggil mamat tu loser. Nice.

                Aku tersentak dengar bunyi pintu bilik air terbukak. Dia dok keringkan rambut, jadi dia tak perasan aku tutup balik laptop dia.

                “Ko tau… Adele punya album sales tu kan… dah kalahkan Beatles, beb,” dia bukak topik.

                “Impressive,” aku melayan.

                “Crazy shit eh? What a heartbreak can do to a person,” kasual bunyinya.

                Aku pandang dia. Luar senyum, tapi kat dalam… “Yeah. Crazy shit.”

Cerpen sebelumnya:
atas nama cinta
Cerpen selanjutnya:
Ustazah Dangdut!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
6 Penilai

Info penulis
kapasitor.NET roks!
neddo | Jadikan neddo rakan anda | Hantar Mesej kepada neddo

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

5 Komen dalam karya kopi, adele dan bubur ayam mcd..
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Rising Tides

Of the three brothers, it was Ethan who shared his father\s passion for the Maryland ...
Price: RM 8.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik