Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ayuh! rapatkan saf (Bahagian 1)

  • 2
  • toti
  • 12 years ago
  • 3,848
  • FREE

 

“Kita tak wajib terikat pada mazhab. Sebab hal ini akan menimbulkan sikap fanatik yang akhirnya membuatkan kita bertaklid buta pada sesuatu pendapat”.

“Sebagai contoh Qunut ketika solat subuh. Di sini ramai yang mengira subuh tanpa qunut akan mengugat kesempurnaan solat. Padahal ianya tidak pernah pun disyariatkan”.

Dani dan Imran bersila sambil sedikit menyandar pada sisi papan cantik berukir bunga tebuk timbul yang menutup gelegar wakaf tua milik ummi. Masing-masing sedari awal setia mendengar hujah Syahmier yang sungguh bersemangat itu. Walaupun ada beberapa sudut  yang aku kurang bersetuju tapi aku lebih tenteram memilih diam sambil fokus dalam pembacaan.  Lagipula hal-hal khilafiyyah seperti ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana telah disepakati oleh ulama silam sejak ratusan tahun dulu untuk saling bersetuju untuk tak bersetuju(agree to disagree).

“Bila kita kata bersentuhan dengan isteri dalam keadaan berwuduk tak batal, orang kata sesat. Padahal semua ini ada petunjuknya dalam hadis nabi yang sahih”.

“Sekarang nak ikut siapa? Imam Mazhab atau nabi?”.

“Mestilah nabi” tegas Imran.

Aku pandang wajah Syahmier sekilas sebelum kembali menatap isi berita akhbar yang aku ulit sedari tadi. Cuaca petang yang redup berangin itu ternyata gagal mententeramkan jiwaku. Ucapan Syahmier tadi benar-benar membuat aku terganggu. Mungkin dia ikhlas tapi perkataannya itu sangat tergesa-gesa dan kurang cermat. Tidakkah dia sedar bahawasanya kebenaran dalam perkara furuk itu berbilang-bilang? Dan mengikut mazhab itu bukan bererti taksub kepada pandangan akali mereka, kerana pandangan mereka itu juga yang didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

“Kau baca apa tu Man? Khusyuk semacam jer?”.

Pertanyaan Dani itu sedikit mengejutkan aku. Mungkin dia perasan yang aku bungkam sejak tadi.

“Berita pasal rancangan serangan Israel ke atas Iran”.

“Kau rasa jadi ke?” soal Imran skeptikal.

 “Segalanya berkemungkinan”.

Aku melipat akhbar dan meletakkan ke sisi. Syahmier yang berada disebelah kiri aku segera mencapainya. Sedang Dani dan Imran yang duduk bersetentang rusuh merinci tajuk berita yang terpampang di muka depan. Sudah agak lama juga tidak bersua muka kerana masing-masing sibuk dengan mengurus kerja dan keluarga. Jadi bila ada kesempatan pulang ke kampung, wakaf tua Ummilah yang sering menjadi markas tempat kami berkumpul.

“Kalau jadi pun bagus, biar runtuh kerajaan Syiah Iran yang sesat tu”, ungkap Imran selamba.

Khabarnya lagi Hamas pun enggan bantu jika Iran diserang atas alasan perbezaan akidah dan ideologi”, ujar Dani pula.

“Ya la, Hamas itu sunni sedang Iran negara Syiah Rafidhah. Lagipun kita memang ditegah terlibat dengan ahli bidah”,sampuk Syahmier tak mahu ketinggalan.

Aku diam sejenak sambil menyeluruhi wajah mereka. Aku tidak terkejut dengan apa yang aku dengar. Penyakit fanatisme sektarian ini memang telah lama membarah dalam diri kebanyakkan umat sehingga merugikan agama itu sendiri. Mereka lebih disibukkan setiap harinya bertengkar untuk mempertahankan diri atau kelompok dalam masalah-masalah juz'iyah atau khilafiyyah sedang disisi lain melalaikan perjuangan yang lebih besar dalam melawan onar musuh-musuh Islam yang dengki, benci dan jelas tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya.

“Nanti dulu, Kita jangan melulu. Hal seperti ini perlu dilihat dari sorot pandang yang lebih luas”.

“Pertamanya kita dilarang bersekongkol, membela atau berasa redha dengan kaum kufar yang memusuhi sebahagian orang Islam. Ini kerana semua mukmin itu adalah bersaudara. Makanya kita diperintahkan untuk saling bahu membahu dalam urusan kebaikan yang dapat membenihkan takwa dan meninggalkan perkara-perkara yang menghadirkan dosa serta permusuhan. Allah SWT telah mengingatkan kita dalam surah al Anfal ayat 73 yang bermaksud”:

“Adapun orang-orang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah itu, niscaya  akan terjadi  kekacauan  di  muka bumi dan kerusakan yang besar”.

“Oleh itu, tidak ada cara yang lebih besar mashlahatnya selain mengajak umat bersatu dibawah panji Islam dengan menerima pakai kaedah al-Manar  adz-Dzahabiyyah iaitu tolong-menolong sesama ahli kiblat secara bersepadu dalam menghadapi kekuatan musuh-musuh Islam”.

Dani dan Imran serius mendengar sambil matanya memandang tepat ke wajah ku. Manakala Syahmier seakan memikirkan sesuatu dalam benaknya. Riak air mukanya jelas menunjukkan ketidak puasan.

“Bagaimana kita dapat tolong menolong dengan ahli bida’ah sedangkan bermajlis sahaja telah dilarang oleh Nabi seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Al-Anjuri :

“Janganlah engkau duduk-duduk (bermajelis) dengan ahlul ahwa! karena duduk-duduk bersama mereka membuat hati(mu) menjadi sakit”.

“Untuk memahami permasalahan ini adalah molek kiranya kita merujuk kepada pendapat orang yang ahli dalam bidang ini serta dikurniakan oleh Allah SWT kefahaman yang mendalam. Menurut Sheikh Dr. Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi dalam fatwa kontemperorinya yang bertajuk Tentang kaedah kita bantu membantu dalam masalah yang kita sepakati dan bersikap toleren dalam masalah yang kita perselisihkan, katanya:

“Adapun masalah bagaimana kita  akan  tolong-menolong  dengan ahli-ahli  bid'ah  dan  para penyeleweng, maka sudah dikenal bahawa bid'ah itu bermacam-macam dan bertingkat-tingkat.  Ada bid'ah  yang  berat  dan  ada  yang  ringan, ada bid'ah yang menjadikan pelakunya kafir dan ada pula  bid'ah  yang  tidak sampai  mengeluarkan  pelakunya  dari  agama Islam, meskipun kita menghukuminya bid'ah dan menyimpang.

Tidak  ada  larangan  bagi  kita  untuk  bantu-membantu  dan bekerjasama dengan sebagian ahli bid'ah dalam hal-hal yang kita sepakati dari pokok-pokok agama dan kepentingan  dunia, dalam menghadapi orang yang lebih berat bid'ahnya atau lebih jauh kesesatan dan penyimpangannya,  sesuai  dengan  kaidah:"Irtikaabu  akhaffidh  dhararain" (memilih/melaksanakan yang lebih ringan mudaratnya)

Bukan hanya bid'ah, kafir pun  bertingkat-tingkat,  sehingga ada  kekafiran  dibawah kekafiran, sebagaimana pendapat yang diriwayatkan dari para sahabat dan tabi'in. Dalam hal ini tidak ada larangan untuk bekerja sama dengan ahli kafir yang lebih kecil kekafirannya demi menolak bahaya kekafiran  yang lebih  besar. Bahkan  kadang-kadang kita perlu bekerja sama dengan sebagian orang kafir dan musyrik - meskipun kekafiran dan kemusyrikannya sudah nyata demi menolak kekafiran yang lebih  besar  atau  kekafirannya  sangat  membahayakan  umat Islam”.

Khali sejenak.

“Tapi kenapa Hamas yang sekian terkenal sebagai musuh utama zionis Israel mengeluarkan kenyataan bahawa dia enggan membantu Iran jika diserang Israel dan sekutu jahatnya Amerika?”  soal Dani gusar.

“Betul tu”sokong  Imran seraya mengangguk-anggukkan kepala.

“Tentu diorang lagi arif dalam permasalahan yang semacam ni?”, tambah Syahmier seakan menyindir.

“Sebagai muslim kita sepatutnya perlu kritis dan berhati-hati dalam menerima sesuatu berita. Hal ini telah diperingatkan oleh Allah SWT dalam surah Al-Hujaraat  ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

“Perkhabaran ini jika diteliti benar dari satu sudut, dan batil dari sudut yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, Hamas merupakan sebuah organisasi politik dan dalam masa yang sama ia juga merupakan badan ketenteraan bagi membela hak seluruh warga Palestin yang telah dicabul dengan rakus oleh zionis Israel. Jika diperhitungkan secara adil, ternyata kemampuan Hamas masih sangat terbatas baik dari sudut logistik, perisikan dan persenjataan jika dibandingkan dengan musuh yang didukung sekutunya”.

“Jadi persoalannya sekarang, bagaimana mungkin Hamas yang dibebani dengan pelbagai konflik serta kekuatan militer yang serba kurang dapat membantu Iran sedang untuk mempertahankan diri sendiri sahaja masih tak mencukupi? “

“Ini dapat dilihat dari kenyataan Mahmoud Zahar selaku pemimpin senior yang menasihatkan semua pihak agar tidak melebih-lebihkan kemampuan Hamas kerana mereka sendiri berada dalam posisi di duduki, dikepung dan masih menderita  dari dua perang sebelum ini”.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Aku mengaku aku adalah salah seorang peminat karya toti. Semasa pemilihan jeneral perang, nabi melebihkan khalid berbanding yg lain krn ketangkasan beliau dlm berperang lebih baik berbanding sahabat yg lain walaupon khalid itu kejam orgnye. Aku bukan ahli dlm mana2 pegangan ideologi tp aku percaya umat Islam patut menjadikan ilmu dan muamalat sbg jihad berbanding berita2 tabloid.

  • (Penulis)
    2) syukran

Cerpen-cerpen lain nukilan toti

Read all stories by toti