Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hatinya Terluka

 


Gambar di tangannya dikeronyok dan dilemparkan ke dalam sungai. Hatinya sayu remuk seperti jua keadaan gambar yang dilemparkan ke dalam sungai tadi. Dia tidak cepat-cepat pergi, dia masih berdiri di pinggir sungai itu melihat refleksi bayangan bulan di permukaan air sungai itu. Bulan pada malam itu sungguh indah; bulan penuh. Cahanya memancar megah menghasilkan lukisan indah di muka sungai itu, seketika dia terlupa bungkam di hatinya.

Dia terkejut. Bahunya ditepuk seseorang. Lantas dia berpaling. Seorang lelaki berdiri dibelakangnya, tiada reaksi. Hanya menatap mukanya.

"Err, hai brader.." dia menegur lelaki yang menepuk bahunya. "Aku cuma berdiri kat sini jer.. takde niat nak terjun pun.."

Lelaki tadi masih diam.

"Nama aku Azlan" dia memperkenalkan diri kepada lelaki di depannya itu.

Masih tiada jawapan, lelaki itu masih diam. Matanya tajam melihat Azlan yang berdiri di pinggir sungai itu.

"Baiklah Azlan, kau boleh berdiri kat situ.."
"Nama aku Madi.. ini untuk kau" lelaki yang bernama Madi itu menghulurkan sesuatu kepada Azlan yang masih tertanya sebab kehadiran Madi.

Dalam samar-samar Azlan menerima benda yang diberikan oleh Madi. Dia tidak dapat memastikan benda apa yang diberikan oleh Madi, dia hanya dapat merasakan sesuatu yang basah dan lembik. "Urghhhh,Apakah ini.." kata itu hampir terluah dari mulutnya, tapi dipendamkan sahaja.

Madi berlalu pergi.

Azlan melihat tangannya. Dengan bantuan cahaya bulan dia dapat mengenal pasti benda yang diberikan oleh Madi; gambar yang telah dikeronyok dan basah.

"Brader!! melepak tu boleh!!"
"Tapi, jangan la suka-suka buang sampah merata-rata..!!"
"Sayangilah sungai kita!!"
Madi menjerit dari jauh.

Azlan yang terpinga-pinga termalu sendiri. Digenggamnya gambar yang basah itu erat.

Dilihatnya Madi sedang asyik memancing bersama seorang lagi lelaki tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia memandang kosong dan tersenyum.

Dia berjalan longlai menuju ke sebuah tong sampah yang terletak bersebelahan dengan sebuah tiang lampu. Perlahan dia membuka penutup tong itu dan membuang gambar yang basah dan itu keronyok ke dalam tong itu dan menutup kembali penutup tong sampah itu.

Bersemadilah gambar itu di dalam tong sampah itu bersama dengan sampah-sampah yang lain di dalam gelap yang berbau reput. Itu yang dihajatinya, agar segala kenangannya bersama gambar itu turut sama mereput dan meninggalkan jiwanya.

Hatinya luka.
Benar-benar terluka.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) susunan ayat dah cantik, cuma cerita mendatar. cubaan yg bagus . Hi Sisengal!
  • 2) citer kemas la jgk. bagus bahasa dye. tapi pjg sgt ayat utk satu2 benda nak citer tu.

Cerpen-cerpen lain nukilan sisengal

Read all stories by sisengal
No stories.