Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

misteri perumahan lama

 

“Joe, malam ni jangan lupa”. Hairi bersandar pada kereta iswara hijaunya sambil jari telunjuk dan tengahnya menjentik sedikit, membuang abu rokok . Joe yang sedang mengelap-ngelap motornya menoleh, sambil membuat member muka masam. Dia cukup tidak suka manusia yang mengingatkan sesuatu kepadanya seperti dia bodoh.

“Ye , aku tau lah! Jangan lupa ingatkan adam!”. Keras kedengaran suara joe. Hairi mengangguk sambil mencebikkan bibirnya dia sendiri meluat dengan perangai joe. Jika bukan kerana kerja kursus bodoh yang professor ishak yang memakan 40% markah, sumpah , sampai bila pun dia tidak akan membuat kerja berkumpulan dengan joe. Baginya joe seorang ketua yang mengamalkan pemerintahan kuku besi, semuanya ideanya sahaja ingin di dengar, segala darinya adalah bernas. Suara orang lain umpama angin kentut sahaja.Baunya ada tapi tidak rupanya.

“Aku blah dulu!”. Hairi berlalu masuk kedalam keretanya, enjin di hidupkan segera dia meninggalkan perkarangan rumah sewa joe. Joe memerhatikan dari hujung mata , beliakkannya sahaja cukup menakutkan. Segera dia tersenyum sendiri. Tiba-tiba suatu suara nguapan keluar dari rumah sewa tersebut,

“arghhhhhhhhhh”. lelaki tersebut berseluar pendek boxer tidak berbaju, kesan air liur basi masih kelihatan. Matanya tersepet-sepet menahan dari di robos oleh cahaya tengahari. Rambutnya yang berminyak sedikit di garu-garunya. Matanya mengelilingi garaj rumahnya, kosong yang hanya ada motornya sahaja. Satu suara memecah suasana .

“joe, baru bangun ke?”. Kakak jiran sebelah rumah joe bersuara sambil mengangkut bakul berisi barangan dapur barangkali. Joe yang termalu sendiri segera menyorok sedikit dari pintu, hanya kepalanya kelihatan.

“ye kak”. Kakak jiran tersenyum dan masuk ke dalam rumahnya sendiri. Joe bergumam bersuara, siapa yang datang tadi? Tadi dia ada dengar suara-suara orang bercerita. Erm.. mungkin mimpi butanya sahaja. Dia mendesah sedikit nafasnya dan bercekak pinggang. Matanya ralit menatap kotor pada motornya, penuh dengan lumpur. Sekali lagi dia mendesah malas melihat motornya kotor sebegitu. Segera dia bawanya langkah kakinya ke dalam rumah.

Malam menjelang, salakkan anjing kedengaran. Sayup-sayup bersahutan. tiga susuk tubuh kelihatan duduk di dalam kereta sambil terjenguk-jenguk melihat ke luar tingkap kereta. Kawasan perumahan  sunyi yang hampir 4 tahun di tinggalkan di tumbuhi semak samun. Rumput di setiap rumah dua tingkat perumahan tersebut setinggi lelaki dewasa,,menambahkan rasa seram lagi di kawasan tersebut.

“kenapa mesti pilih nak rakam hantu?”. Bicara adam berbisik seolah-olah takut di dengari makhluk lain , matanya meliar melihat kiri dan kanan tempat duduknya. Memandangkan dia seorang saja duduk di tempat duduk belakang. Joe yang sedari menopang pipi duduk di sebelah pemandu leka melihat kawasan sekeliling di hadapannya.

“nak tarik hati prof, kita kena cari tajuk pelik-pelik sikit.” Hairi bersuara sambil menjentik sedikit rokok yang di hisapnya. Matanya beralih melihat joe. Joe masih mendiamkan diri, kemudian perlahan dia melihat jam di tangannya. Tepat jam 11. Misi bakal bermula.

“ sediakan peralatan. Kalau hantu tak keluar, biar aku yang jadi hantu! Kamu dua rakam.” Putusnya sendiri. Hairi dan adam berpaling saling berpandangan. Adam mula berasa cuak, mula berfikir, betul ke jalan yang di ikutinya sekarang atau berpatah balik lebih baik?. Dia mula berfikir yang bukan-bukan suara hatinya mula bermain sendiri, kata orang tua-tua. Jika hati mula tiada kata putus, dua tiga lebih baik jangan teruskan. Hairi menarik nafas dan sedutan terakhir rokoknya di ambil kencang-kencang lalu di hembusnya , jengkel sifat joe, tetapi di pendamnya sahaja di dalam hati.

Mereka bertiga mula menapak keluar dari perut kereta. Adam dan hairi mula menghidupkan camcorders sewaan mereka.

“ready?”. Tanya joe. Mereka berdua hanya mengangguk malas berbalah. Diri yang cukup seram akur membuat mereka berdiam diri dari memberontak tidak setuju dengan apa yang di lakukan sekarang. Infra red segera di hidupkan. Suasana gelap dan sunyi dengan hanya di iringi bunyi cengkerik, salakan anjing cukup membuat mereka bertiga berasa ‘segan’, segera menelan air liur sendiri. Joe memakai topi yang di atasnya torchlight Kristal putih cukup-cukup menyuluh di hadapannya sahaja. mereka mula berjalan joe di hadapan, adam dan hairi di belakang kiri dan kanan sibuk merakam rumah yang tidak berpenghuni. Jalan raya besar yang hanya dapat memuati dua buah  kereta keluar dan masuk segera mereka selusuri. Kiri dan kanan rumah dua tingkat usang di mana pintu dan tingkapnya habis di kopek.Hanya tinggal jeriji besi pintu masih terkuak lagi pada setiap rumah.  Joe berhenti dan berdiri di hadapan kamera adam. Minda mula bermain-main dengan kata-kata.

“Sekarang kita berada di kawasan perumahan yang namanya di rahsiakan. Perumahan ini di bina pada tahun 1990 di lengkapi hampir 200 buah rumah di kawasan ini. Di istiharkan tutup kerana rumah-rumah ini tidak selamat untuk di duduki”. Joe menunding memutarkan jarinya ke sekeliling tempat tersebut. “dari sumber yang boleh di percayai, kawasan ini sering kelihatan kejadian pelik-pelik atau lebih di kenali dengan kejadian supernatural.” Tiba-tiba angin menderu kuat melimpasi mereka bertiga. Adam mandang hairi sekilas.

Hairi terdiam dan menjenguk melihat sekeliling, bulu roma mereka mula tegak berdiri. Orang tua-tua pernah berpesan, kalau cakap pandang-pandang, benda-benda ni ada telinga. Kita tak Nampak mereka tapi mereka Nampak kita. Joe menyambung semula langkahnya dan mula memasuki sebuah rumah. Jeriji besi di tarik, keriuk karat besai jelas kedengaran. Joe berjalan masuk di bontoti oleh hairi dan adam. Adam mula mengeluarkan peluh sejuk. Jantungnya berdegup  laju terbayangkan segala macam hantu yang pernah di tontonnya di tv.

“hairi ko pegi naik atas”. Joe bersuara mengarahkan hairi. Hairi memandang adam.

“alah joe, rumah ni mesti tak selamat nanti aku  naik atas alih-alih turun pakai simen lah pulak”. Alasan hairi mula berkumandang, jiwa takut dan seram mula menguasai, dia memandang muka joe melalui skrin camcorder tersebut.

“kenapa ? takut?”. Joe tersenyum sambil matanya memandang tajam ke arah cam hairi. Kesan  infra red terpampang di skrin cam coder tersebut, oleh kerana sekelilingnya gelap, kesan pada skrin tersebut menjadi hijau dan  mata hitam joe seolah berkilat apa bila di pandang. Adam menelan air liur.

“aku… takut. Bukan anak jantan lah kalau takut”. Joe menunjuk muka nya sendiri dan membalas kata-kata sindiran joe sambil berlalu mencari tangga di sayap kanan rumah tersebut. oleh kerana mereka sudah menjenguk rumah tersebut dahulu seminggu sebelum ke sana segala-galanya menjadi mudah. Adam bergumam sendiri.

“ish ..mulut capui”. Adam menjeling marah, tidak suka hairi berkata begitu. Adam mula menatap kembali screen cam codernya, joe tiba-tiba hilang dari pandangan. Dia berpusing mencari joe melalui skrin cam. Tiba-tiba susuk tubuh berbaju putih bertopi berlalu masuk ke dapur.

“joe tunggu!”. Adam membontoti susuk tersebut ke dapur. Dia menapak ke dapur.

Hairi perlahan-lahan menaiki tangga, mulutnya terkumat kamit membaca surah yang di hafalnya, matanya masih mengawasi jalan yang di naikinya, tertahan-tahan nafasnya. Otaknya mula memberi signal ketakutan pada system sarafnya. Jaket di sarung tidak lagi terasa panas, peluh sejuk mula menitik. Di kanan  tingkat atas tersebut ada sebuah tandas dan ada tiga buah bilik. Hairi menarik nafas , tangannya di hulur masuk ke dalam tandas tersebut dan kepalanya di paling ke arah kiri dan matanya di tutup. Takut di ‘jenguk’ benda yang bukan-bukan. Segera dia berlalu ke dalam bilik-bilik tersebut jugak dengan cara yang sama.Segera kakinya ingin beralih turun tangga, tiba-tiba tekaknya minta di isi rokok. Nafas di tarik-tarik melalui mulutnya, kecur liur. Ketagihan sesuatu yang menyusahkan! Dia terhenti masih di tingkat atas tersebut , tangan kanannya menopang cam tersebut menghala tangga secara menurun dan tangan kirinya mengorek poket seluarnya.

“ishhh ..rokok aku ni”. Kepalanya di tunduk menjenguk poket seluarnya. Bayang-bayang putih di dalam poket membuatkannya tersenyum, segera di bukanya dan di tariknya sebatang di bawakannya ke mulut dan di tariknya lagi lighter. Hairi menyedut rokok dalam-dalam kakinya ingin melangkah turun tiba-tiba matanya membeliak, di skrin camnya betul betul di hadapannya sosok berbungkus putih yang hampirnya satu langkah mendongak memandang dekat pada camcorder tersebut. rokok tersepit pada bibirnya di gigit sekuat hati. Tiada lagi rasa pahit di rasainya. Tanpa membuang masa, hairi membuang camnya entah ke mana dia tanpa kesedaran melompat turun , seperti terbang. Untuk menjerit pun dia telah lupa, segala-galanya dia telah lupa. sementara adam di bawah terkial-kial membontoti joe.

Adam masih lagi merakam joe , adam mula merasa pelik, joe yang di ikutinya ini langsung tidak menoleh ke kiri ke kanan. Dia masih mengikuti joe meredah samun bahagian belakang rumah dan selepas semak tersebut dia masuk semula ke sebuah rumah dari bahagian belakang.sebuah lagi rumah terbiar.

“joe kau cakap sebuah rumah je kite investigate”. Tanya adam. Matanya meliar melihat rumah tersebut

“ikut je lah”. Joe berbisik perlahan. Tanpa menoleh. Adam mengangkat bahu, ikut jeeeelahhhh. Tiba-tiba telefon adam berbunyi kokokan ayam. Dia terkejut sendiri.

“kejap joe”. Joe terhenti dan masih membelakangkan adam. Tangannya tidak beralih mengangkat cam dan fokus kepada joe.

kejap lagi aku sampai-joe

Tersirap darah adam. Kepalanya perlahan-lahan menoleh memandang skrin. Joe hilang! Otaknya mula bermain teka-teki. Siapa tadi? Siapa yang di rakamnya tadi.? Adam dengan ketakutan berlari keluar melalui pintu belakang yang di masukinya tadi. Terasa jauh melepasi semak samun tersebut, dia seolah-olah bermain di taman Maze. Rumah yang di masuki mula-mula dahulu tidak di jumpai. Dia seperti tersesat. Air mata jantan adam mula merembes. Suara perempuan trtawa kecil mula berkumandang. Seperti ketawa yang di tahan oleh tangan.

“hairiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii”. Adam menjerit ketakutan.

 

Bersambung  ……

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hihihi besnya cerita suspens.. dah ada sambungan?? akak x sbr ni..

  • (Penulis)
    2) tengah nak cari ilham bagi seram lagi ni....^______^
  • 3) idea dan cubaan yang baik. tak banyak cerita macam ni dekat sini. plot agak meleret. banyak boleh solidkan.
  • 4) Lama dah tak baca cerita genre ini di sini :)

Cerpen-cerpen lain nukilan kimi_71

Read all stories by kimi_71