Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat.

Cerpen sebelumnya:
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar.
Cerpen selanjutnya:
Malaon cuba memahami

Waktu menunjukkan jam 7 petang, saat pintu pintu masjid terbuka dan pintu pintu rumah pula ditutup - kononnya mahu elak setan. Aku buka tingkap dan sliding door biar ternganga luas luas, agar angin senja masuk, biar sang setan merasuk. Meraba segala kemungkinan, memergoki peristiwa peristiwa lampau saat ketawa gadis cantik bermuka baik itu dia tumpahkan di tengah tengah jalan pandangan aku. Bangsat, sekarang juga aku pergi rumah kau.  

Pintu rumah flat itu aku ketuk bertalu talu sampai ada beberapa ekor anai anai jatuh ke lantai sebelum aku pijak pijak dan tonyoh sampai mampus. Seorang dewa berkain pelikat membuka pintu, tersenyum dan mengucapkan selamat petang cinta. Menjemputku masuk tanpa sedikit pun ragu ragu akan niat aku ke situ. Bersila atas lantai, aku katakan padanya hati aku terpatah dua lalu aku mahu tuntut waranti 5 tahun yang dia berikan pada aku dulu.
 
  Senyum dan dia bertanya, engkau selingkuh? Aku geleng. Engkau berubah hati? Aku angkat bahu. Masih sayang dia? Aku angguk laju laju. Babi, banyak tanya. Aku genggam kolar baju polo merah jambu dewa berkain pelikat, aku tanya lagi sekali, waranti 5 tahun aku mana? Dia tergagap gagap, ma ma maa naa aad ada. Mana ada apa? aku tanya lagi, herdik sampai bersembur air liur dekat muka dia. Mana ada waranti dalam bercinta! Kali ini lancar pula dia cakap. Rupa rupanya dalam diam tangannya sudah memegang punat telefon 991, sambung ke talian khas masalah dewa dewa. 

  Tak tunggu lama, aku pergi cari busur cinta dia simpan belakang almari televisyen, aku panah kepala dia guna pisau ajaib aku jumpa dalam sinki senja tadi. Matanya terbeliak, darah berwarna merah jambu membanjiri lantai. Lepas ini jangan pandai pandai berjanji itu ini, pesan aku walaupun aku tahu dia telah pergi.
 
  Malam ini aku merenung bintang bintang, mengenangkan yang maghrib tadi aku telah lakukan dua dosa, pertama aku bunuh Q-pid si dewa cinta. Kedua, aku dah tak percaya cinta. hey hey hey aku tak percaya cintaaaa... aku tak percaya cintaaaaa... Aku tak percaya

  C.
 
  I.
 
  N.
 
  T.
 
  A!

 

Cerpen sebelumnya:
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar.
Cerpen selanjutnya:
Malaon cuba memahami

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
3 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik. | 3500 bacaan
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 2552 bacaan
Siri bercakap dengan maggi. | 136 bacaan
Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam. | 2113 bacaan
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk. | 4360 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2156 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 3395 bacaan
Beruang Tedi Maisarah | 2242 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 12139 bacaan
Pari pari susu pekat manis. | 2903 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Good Wives

Amy looked relieved, but naughty Jo took her at her word, for during the first ...
Price: RM 3.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik