Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk.

Cerpen sebelumnya:
Sepucuk Surat Pada Musim Tengkujuh Untuk Sahabat Khayalanku
Cerpen selanjutnya:
Semalam....
Perut lapar, aku pandang bungkusan kuaci yang berselerak tepi tilam. Nak kurus la konon makan kuaci malam malam, tapi tak juga mengecil perut ni. Silap silap minggu depan aku bangun pagi dengan tubuh badan seekor hamster. 

  Tiba tiba tingkap bilik diketuk kuat. Aku bangun selak langsir, entah siapa ketuk tingkap bilik malam malam begini. Rupa rupanya seorang makcik memakai baju kurung kedah putih dengan selendang kuning sambil mengendong sebakul penuh karipap gemuk gemuk. Dik, karipap dik? tanya makcik tersebut. Aku pandang karipap gemuk gemuk dalam bakul merahnya dengan penuh minat. Aku buka tingkap, ni karipap inti apa ni? Makcik tersebut tersentak, tak takut ke makcik ke nak? Tengok muka makcik ni, tak takut? Aku pandang muka makcik itu, tarik nafas dalam dalam dan berkata, 

  Makcik, makcik, makcik. Sebenarnya memang saya perasan yang muka makcik dah reput, malah ada ulat yang bergantungan di pipi makcik. Saya juga perasan yang kaki makcik tak kelihatan. Dan saya juga perasan, yang cerita makcik jual karipap ketuk pintu bilik malam malam ini juga adalah satu cerita hantu yang klise. Saya perasan semua tu, tapi ada beberapa benda yang makcik tak perasan tentang saya. 
Makcik tersebut garu kepala, apa yang makcik tak perasan? 

   Saya seorang lelaki yang baru lepas putus cinta makcik. Tak percaya tengok dada saya. Makcik perasan tak dada saya? Dada saya ni makcik, berlubang. Tak ada organ organ yang menjalankan fungsi fungsi vital seperti jantung, paru paru dan hati. Nampak tak? hati pun tak ada makcik. Jadi makcik, secara logiknya, kalau sekarang saya tidak ada hati untuk untuk mengawal aras glukosa dalam darah, menyahtoksik bahan bahan beracun dalam badan dan untuk melayan perkara perkara yang berlaku disekeliling saya, makcik rasa saya ada hati untuk takut kepada makcik? 

   Makcik karipap geleng geleng kepala. Aku tersenyum, terus sambung soal - so ni karipap ni kira macam mana? Seringgit dapat empat ke seringgit dapat tiga?

 

Cerpen sebelumnya:
Sepucuk Surat Pada Musim Tengkujuh Untuk Sahabat Khayalanku
Cerpen selanjutnya:
Semalam....

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
9 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik. | 3336 bacaan
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 2380 bacaan
Siri bercakap dengan maggi. | 2694 bacaan
Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam. | 1988 bacaan
Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat. | 2256 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2033 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 3240 bacaan
Beruang Tedi Maisarah | 2075 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 11452 bacaan
Pari pari susu pekat manis. | 2778 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Unwritten

Novel cinta selamba yang tak rugi kalau membacanya.
Price: Percuma


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik