Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fiona

  • 7
  • Choco
  • 12 years ago
  • 5,151
  • FREE

 

Fiona
terciptalah irama cinta ini,
hanya untukmu.
Semoga kau dapat memahami
perasaan hatiku.

 

Fiona sayang, kau amat aku rindui. Setiap degupan jantungku mengalirkan cintamu ke seluruh sistem badan aku. Mungkin tanpa darah di dalam badan ini, aku mampu terus hidup dengan adanya cintamu Fiona. Tanpa cintamu, darah yang mengalir tidak mampu menghidupkan hariku.

 

Kau ingat tak sayang, ketika di sekolah dahulu kau pernah beritahu aku yang kau tidak dapat keluar denganku kerana kau mahu mengulangkaji pelajaran. Waktu itu rambut ikal kau diikat kemas gaya pony tail, membuatkan kau tampak cantik dan comel. Mulut kau tak pernah lekang senyuman. Ah, bertambah comel gadis pujaan aku dengan senyuman itu tapi senyuman itulah yang membuatkan aku tidak lena tidur.

 

Pada malam itu, aku cuba menghubungi kau. Zaman itu manalah kita ada telefon bimbit jadi berbekalkan nombor telefon rumah yang pernah kau beri waktu kita pertama kali belajar di kelas yang sama, aku cuba menghubungi kau. Dengan suara ceria aku menelefon. Aku sangat teruja kau tahu! Namun, perasaan itu tak lama. Abang kau memberitahu aku yang kau keluar bersama Farid.

 

Farid.

 

Ya, Farid yang sangat aku benci. Bukan sahaja dia merampas gadis pujaan aku tapi dia turut menyebabkan aku menghadap Cikgu Rosli yang garang di bilik disiplin beberapa kali gara-gara fitnah yang Farid taburkan. Mungkin Farid dengki kerana aku rapat dengan kau dan kita selalu pulang lewat kerana mengulangkaji pelajaran bersama. Aku kan pandai dalam mata pelajaran Matematik Tambahan jadi aku sering kau jadikan tempat rujukan tatkala buntu menyelesaikan masalah Matematik Tambahan. Mana mungkin Farid dapat menggantikan tempatku, sedangkan Matematik Moden pun dia tidak mahir, apatah lagi Matematik Tambahan!

 

Saat aku meletakkan ganggang telefon pada malam itu, aku resah memikirkan Farid yang berjaya melihat senyuman kau yang cantik itu. Entah apa lagi yang bakal Farid buat kepadamu Fiona. Farid memang bukan orang yang jujur dan baik. Bukan seorang dua yang pernah menjadi mangsanya dan kau menambahkan lagi senarai mangsanya yang sudah sedia panjang. Syabas aku ucapkan!

 

Fiona
berikan daku setitis kasihmu
agar hilang dahaga rindu.
Bawalah ku ke alammu
Fiona gadisku.

 

Kini sepuluh tahun berlalu. Perasaan aku terhadap kau masih lagi sama. Sejak kejadian malam itu kau menghindari aku, dan hubungan kita terputus tanpa aku rela. Mengapa kau buat aku begitu Fiona? Aku juga punya perasaan sayangku. Apa? Kau sudah lupa kejadian tersebut? Mari aku cerita.

 

Selepas aku mendapat tahu kau keluar bersama Farid malam itu, kerisauan mendesak aku keluar mencarimu. Hampir sejam aku mencari, akhirnya aku terjumpa kau dan Farid, duduk berdua dalam kegelapan malam. Bukan susah mencari Farid, sudah namanya buaya, tentu ada port tertentu yang dia biasa bawa mangsa-mangsanya dan aku, dendam sering mengheret aku untuk mengekori Farid sekali-sekala.

 

Pada mulanya aku tidak tahu patut aku lihat dari jauh atau patut aku terus menampakkan diri, tetapi melihatkan jari-jemari Farid sudah berlegar di sekitar pinggangmu, aku jadi resah dan terus meluru ke arah kau dan Farid. Kau terkejut melihat aku di situ. Ah, aku menganggu kau ke? Kau mungkin seronok diperlaku begitu oleh si kacak yang terkenal di sekolah kita tu. Aku tak salahkan kau Fiona. Farid yang salah kerana menggoda kau. Aku sudah tangani Farid sewajarnya. Dia tidak akan menganggumu lagi sayang, jangan risau ya?

 

Kau tahu tak, aku sangat rindukan kau selama sepuluh tahun ini. Aku kepingin kau cintai aku dan senyuman cantik kau sering menganggu bukan sahaja lenaku, malah jagaku. Kau memang kejam kerana buat aku begini tapi kekejaman yang kau lakukan terhadapku sungguh indah, dan aku rela menanggung kekejaman kau sepanjang sepuluh tahun ini. Cuma kali ini, aku sudah tidak sanggup Fiona.

 

Aku sangat mahu merasa jari-jemariku di pinggangmu dan memegang erat tanganmu. Kini aku dapat rasakannya dan ianya cukup indah. Dan hari ini, kau akan berikan aku titisan kasih sayang kau kepadaku. Aku tak minta banyak Fiona, sekadar cukup untuk menghilangkan dahaga aku terhadap cintamu selama ini.

 

Fiona
Suaramu bak buluh perindu
Cukup untuk membuatku resah

 

Suara kau yang merdu memanggil namaku dengan manja sering terngiang dalam benakku. Suara kau jugalah yang biasa memujuk aku walau aku keberatan melakukannya tetapi hari ini sayang, aku tak sanggup memakan pujuk rayu kau kerana aku rindu!

 

Sebetulnya aku selamanya tidak sanggup membiarkan lelaki lain mendengar suara manjamu kerana itu aku resah apabila kau bercakap dengan lelaki lain terutamanya si Farid buaya tu! Tapi aku tak perlu risau lagi, dia sudah tak mampu mendengar suara merdumu kan sayang?

 

Fiona
Cintaku adalah milikmu selamanya!

 

Wahai Fiona yang sangat aku sayang. Kau sudah menghilangkan dahaga cintaku terhadapmu. Mari kita bergandingan tangan menyelusuri taman-taman cinta di alammu. Aku sudah cukup berani untuk melakukannya kerana cintaku adalah milikmu selamanya.

 

Hari ini aku bahagia. Tiada apa yang dapat memisahkan kita lagi.

 

I love you.

-------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu langit cerah, burung berkicauan, rama-rama megah menunjukkan kecantikannya, lebah pula sudah mula bekerja. Amir berdiri di depan gerai menjual surat khabar. Dia mengambil akhbar yang sering dibelinya di rak majalah, menyeluk poket mencari duit syiling untuk membayar. Seusai membayar harga surat khabar, Amir membelek-belek surat khabar. Matanya tertumpu kepada berita sebuah tragedi yang berlaku di Pasir Penambang.
 

20 MEI, PASIR PENAMBANG - Seorang lelaki dijumpai mati di sebuah rumah usang di tepi sungai dengan pisau tertusuk di dadanya. Di dalam rumah yang sama, mayat seorang wanita berusia 27 tahun turut dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati. Di sisinya terdapat sebuah gelas berisi sisa darah, sebuah perakam suara dan lirik lagu ‘Fiona’ yang ditulis tangan.

 

Walaupun polis masih belum dapat mengenalpasti motif kejadian tersebut, pihak polis percaya kes tersebut ada kaitan dengan kematian anak seorang ahli perniagaan terkemuka negara, Farid bin Datuk Kamarulazaman lima hari yang lalu. Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini sila hubungi pihak polis di talian 03-3345 6789.

Selesai membaca, Amir menggelengkan kepala. Manusia makin ramai yang gila.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kemain saiko ini cerita.
  • 2) Dulu masa PCB#5 tak hantar karya! hihi.
    Eh, emm.. kenapa lepas 10 tahun baru dia bunuh eh? Kan? Eh ke saya yang salah baca
  • 3) bak kata ntah siapa, saya tak ingat pulak; "tak ada cinta yang tak gila". tapi lain orang, lain definisi cinta dia...hmmm
  • 4) kepala tu putus sebab banyak gantung CD kat leher
  • 5) isy2 isy2 isqh!
  • 6) sori Huda, comment no. 4 salah tempat.Ia tersedut ke dalam black hole

  • (Penulis)
    7) Caha: Apabila marah dan dendam dibiar melarat, tidak diubati, 10 tahun dah sampai kemuncak. Berdasarkan apa yang dibaca dalam buku Prof Muhaya, dengan berdendam badan kita menghasilkan racun yang boleh beri kesan negatif kepada badan dan psikologi seseorang.

    Masa PCB #5 ada tulis cerita lain tapi tak siap then komputer rosak habis hilang. Huhu!

Cerpen-cerpen lain nukilan Choco

Read all stories by Choco