Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jika Kamu Seorang Penulis yang Mendengar Lagu Ketika Menulis

 

Aku seorang penulis. Bagi aku, perkataan 'penulis' tak boleh difahami secara terus. Tak semestinya seorang penulis perlu tulis ceritanya menggunakan pen dan kertas. Macam aku, aku lebih suka menaip menggunakan komputer riba. Lebih mudah, lebih cepat dan lebih produktif. Tapi itu tak membuatkan aku seorang 'penaip'.

Walaupun pendahuluan cerita aku ini agak bodoh, tapi itu bukanlah isi pentingnya. Apa yang aku bakal kongsikan dengan kamu adalah sesuatu yang lebih serius. Sesuatu yang aku rasa bukan aku sorang saja yang mengalaminya.

Aku bukanlah penulis sepenuh masa. Malah apabila rajin saja aku akan menulis. Tapi kalau nak tunggu aku rajin, memang perlu tunggu. Oleh itu, aku biasakan diri paksa diri supaya jadi budak rajin. Kerana hidup aku lebih fokus untuk mencari duit. Aku tak berminat dengan benda yang tak boleh mendatangkan duit. Kamu boleh panggil aku materialistik sebab kamu pun hidup di dunia yang sama aku hidup. Apa yang aku rasa, kamu rasa. Kamu tak hipokrit. Cuma aku terlebih jujur. Atau kamu anak orang kaya.

Aku seorang kuli di hotel mewah yang terletak di tengah-tengah perut Kuala Lumpur. Kerja aku ikut syif. Jika aku bernasib baik, aku dapat syif pagi. Aku paling benci kalau diletakkan di bawah syif petang atau malam sebab idea aku untuk menulis selalunya datang apabila matahari dah tak ada.

Hingga tiba satu hari yang bertuah. Aku kerja syif pagi. Sepanjang aku kerja, muka ada senyum. Biar orang ingat aku gila, jangan mereka bawa aku ke pusat gila sudah. Pandangan menjengkelkan sikit pun tak boleh buat aku calar, apatah lagi mati. Waktu aku tak ada mood dan buat muka serius, sibuk pula suruh aku senyum. Manusia, manusia. Hanya Sang Pencipta dan diri sendiri yang faham.

Malam itu lepas bancuh air suam dengan ketul ais, aku duduk atas kusyen empuk taraf ekonomi. Malam yang panas minum air sejuk belum mampu buat badan sejuk. Jadi, aku halakan kipas duduk ke arah aku dan tarik punat di belakang badannya. Aku hidupkan komputer riba, raba-raba 'trackpad' dan klik pada ikon OpenOffice.org yang aku letakkan di 'dock'. Serentak dengan itu, aku tekan butang 'Play/Pause' atas butang nombor lapan dua kali. Lagu rambang mula aku dengar dari fon kepala yang aku pakai. Kepala, kaki dan tangan aku juga bergerak secara rambang.

Kepala aku terus ingat lirik lagu yang tengah berkumandang. Mulut aku laju menyanyi setiap bait lagu dengan merdu. Waktu pukulan dram dan 'gorengan' gitar, bibir aku kemam sambil angguk-angguk kepala. Tapi mata aku masih menatap kanvas putih yang dipaparkan di skrin. Otak aku sempit sekarang ni. Penuh dengan lirik lagu. Tak ada ruang untuk idea menyelit.

Sedang aku 'naik syeikh' tiru suara penyanyi kumpulan The Rasmus mendendangkan lagu Guity, aku dengar suara bisikan. Betul-betul menusuk gegendang telinga. Aku berhenti menyanyi. Sekarang Lauri Ylonen tengah nyanyi sorang-sorang. Bisikan itu masih ada, tapi tak jelas. Aku tak dapat tangkap apa yang 'dia' cuba sampaikan. Apabila aku amati betul-betul, rupa-rupanya itu suara orang mengikut. Mengikut apa yang penyanyi tu nyanyi. Sebiji macam apa yang aku tengah buat sekarang ni.

Pantas, aku cabut fon kepala dari kepala. Aneh bunyinya. Anyway, bisikan itu hilang bersama-sama suara Lauri Ylonen. Aku pakai fon kepala semula sebab aku mula dah rasa lain macam. Aku cuba menghayati lagu itu. Ternyata, bisikan tu kembali. Aku buka semula. Beberapa kali selepas aku mengulangi perbuatan bodoh itu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk maki orang yang bertanggungjawab untuk memuat naik lagu ni kat Internet. Kalau dia muat naik lagu berkualiti tinggi, tak adalah aku dengar bisikan-bisikan jahanam yang buat aku takut tak tentu fasal tengah-tengah malam buta ni.

Selepas tiga minit 47 saat berlalu, lagu pun bertukar ke lagu Purest of Pain. Lirik dah siap dalam kepala otak juga. Mata aku masih di skrin. Muzik pendahuluannya cukup syahdu. Buat aku tenang semula. Tiba-tiba satu kepala muncul di sebelah kanan aku.

"Bang, main lagu Guilty lagi sekali boleh?"

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kepala siapa pulak tu :(
  • 2) Kepala rakan imaginasikah itu?

  • (Penulis)
    3)
  • 4) Agak keji kepala tersebut. Imaginasi makcik karipap mula bermain. Jilaka!
  • 5) serius harommmm kepala tersebut. adek! nice to have you back
  • 6) lagu Anak Kampung satu!
  • 7) Alamak.
  • 8) kepala tu putus sebab banyak gantung CD kat leher

  • (Penulis)
    9) Rearrange & Uculer: lol.

    Kamalia: xde.

    Cahatomic: asal? Asal?

    Kurusawa: erk!
  • 10) eh jemputlah baca cerita kita pulak

  • (Penulis)
    11) Ok insya-Allah, Uculer. (:
  • 12) Cantik ending dia. haha.

    Aku dulu selalu juga ada kepala request lagu, kepala member yang dok katil atas. hehe

  • (Penulis)
    13) Itu salah satu kepala jugak tu.

    Tapi kepala ni dengar apa yang aku dengar pakai headphone.

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa