Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Cari

Cerpen sebelumnya:
tentang kamu
Cerpen selanjutnya:
Beruang Itu Tak Bersalah!

(Sebuah cerpen tribut Search dan MAY)

Gadis bertudung putih. (MAY)

“Kak, topup maxis 5 ringgit satu,” pinta saya. Seorang gadis di dalam kaunter menekan butang pada mesin. Lincah. Saya perhatikan jarinya menekan butang mesin itu dengan laju.

Kemudian saya pandang wajah dia. Dia pandang wajah saya. Kami bertentang mata seketika, kemudian saya sunyum dan dia membalas senyum saya. Cantik.

Tak patut betul saya panggil dia akak.

Saya hulur not lima ringgit malaysia padanya, dia sambut. Kemudian gadis penjaga kaunter itu hulur sekeping kertas, saya capai lalu simpan di dalam poket.

Selesai urusan jual beli kad tambah nilai tadi, saya berpaling ke arah pintu mahu melangkah keluar. Di muka pintu saya lihat seorang gadis. Dia berjalan laju lalu di sebelah saya, sepertinya saya tidak wujud di tempat saya berdiri ini.

Saya berpaling, gadis itu sudah membelakangi saya.

Cantik.

Ya. Sungguh cantik. Sebelum gadis ini, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan ada seorang gadis yang boleh buat saya berpaling untuk melihat dia.

Akak kaunter tadi memang cantik, tapi gadis itu buat saya rasakan sesuatu. Cinta mungkin. Entahlah. Mungkin saya sudah lama kehilangan perasaan itu.

Saya berdiri di hadapan rak buku dan melihat-lihat majalah yang dipamer. Kemudian saya capai sebuah majalah bertema kerohanian.

Sebaik saya letak majalah itu ditempatnya, gadis tadi sudah di kaunter berdepan dengan akak kaunter. Akak kaunter mengalih pandanganya pada saya yang sedang memerhati gadis itu. Sekali lagi kami bertentang mata, kemudian akak kaunter senyum.

Cis, kantoi!.

Saya balas senyum akak itu, sambil dia kembali melakukan urusniaga. Gadis itu capai plastik berisi barangnya di atas meja. Dia melangkah berlalu, lalu di hadapan saya.

“Cantik,”

Wattafak!. Macamana boleh keluar suara. Dem.

Gadis itu berhenti di muka pintu, pergerakannya saat tangannya menolak pintu. Dia pandang saya, saya balas kembali dengan merenung wajahnya.

Fak! Macamana boleh terlepas.

Saya diam saat kami bertentangan mata tidak mampu membuat sebarang reaksi. Dia berpaling dan terus keluar dari kedai itu.

“Memang cantik pun.”

Saya mengalih pandang pada pemilik suara. Akak kaunter tadi sedang tersenyum. Mungkin dia nampak kejadian tadi.

Cis. Kantoi! Dua kali kantoi.

Saya balas senyum akak kaunter. Termasuk ini sudah tiga kali kami berbalas senyum. Kemudian saya berpaling dan terus berlalu.

Malu gila, rasa macam nak seret muka atas tar depan kedai ini juga. Dem!.

Saya berdiri di kaki lima, hadapan kedai serbaneka itu sambil tersenyum sendiri. Saya teringat kata seseorang, entah siapa yang berkata pada saya.

Saat kita terlalu kagum pada sesuatu, kadang-kadang kita hilang kemampuan mengawal diri, macam kita tengok kebesaran tuhan, sudah tentu kita memuji kebesarannya tanpa fikir.”

Di hadapan kedai saya memerhati sekeliling, mencari gadis itu. Mana tahu dia masih ada di sekitar. Entah berapa kali saya mengalih pandang. Si gadis cantik yang buat suara saya terlafaz sendiri sebentar tadi sudah tiada.

Saya cabut kopiah di kepala lalu membetulkan rambut yang kusut di balik kopiah. Kemudian saya tepuk-tepuk sedikit kopiah itu membetulkan kedut di permukaannya dan pakai semula.

Saya terus berlalu menuju ke kereta, sambil tangan mengeluarkan kunci di dalam poket seluar.

Enjin kereta saya hidupkan. Baru sahaja tangan mahu menolak batang gear, telefon bimbit dalam poket bergetar. Saya lepaskan tombol gear dan keluarkan telefon bimbit dalam poket. Ada SMS.

“bro, ada mana? Datang kedai ngeteh”

SMS itu tidak saya balas, telefon bimbit saya letakkan di ruang konsol brek tangan. Terus sahaja saya masuk gear undur.

Cantik.

HON!!!!!!!!!

Peh.

Saya palingkan kepala ke belakang, melihat dari cermin belakang. Sebuah kereta putih betul-betul di belakang kereta saya.

Dem. Buat hal pula.

Saya neutralkan kembali gear. Baru sahaja mahu buka pintu kereta, kereta putih di belakang kereta saya tadi sudah berlalu.

Alhamdulillah. Peh, cantik punya pasal la ni sampai hilang Bismillah masa tekan minyak tadi.

Saya istighfar beberapa kali.

Tuhan, maafkan saya, silap saya terlupakan Kamu sedetik kerana mengagumi ciptaanMu yang Cuma seperti saya.

Cantik.

Gadis bertudung putih. Gadis yang membawa kembali rasa itu.

***

Laila namamu teratas. (Search)

Awak sudah bawa pergi rasa itu bersama. Saya tiada lagi rasa itu.

***

“Ma, macamana Laila,” terus sahaja saya ajukan pada ibu yang baru keluar dari bilik Laila.

Ibu cuma menjawab dengan senyum. Saya diam merenung wajahnya kelihatan yang tenang. Namun ketenangan pada wajah ibu itu masih belum mampu menjawab persoalan di fikiran saya.

Ibu kembali duduk di kerusi pelawat. Saya turut mengikut, duduk di sebelah ibu. Ibu masih mendiamkan diri. Saya turut diam. Seketika saya rasakan kesunyian, hanya bunyi angin yang menembusi telinga.

Seketika kemudian ibu Laila keluar, diikuti bapanya. Saya bangun terus menuju ke arah bapa Laila. Bapa Laila merenung saya. Saya tunduk, memilih untuk tidak bertentang mata secara terus.

“Pak cik, macamana Laila,”

Bapa Laila diam tidak menjawab, juga tiada espresi wajah. Dia berlalu menuju ke tingkap yang terbuka di hujung lorong di ruangan pelawat.

Saya sekadar memerhati langkah bapa Laila. Saya alih perhatian pada ibu dan ibu Laila di kerusi. Keduanya saya lihat tenang sahaja. Sikit pun tiada resah di wajah kedua mereka.

“Along nak tengok Laila pergilah,” suara ibu Laila yang duduk di sebelah kanan ibu menerpa telinga saya.

Saya pandang wajahnya, menunjukkan wajah memohon kepastian. Ibu Laili mengangguk.

Saya bangun menuju kearah pintu bilik rawatan Laila. Saya tolak daun pintu dan melihat sekeliling bilik itu. Di satu sudut saya lihat seorang doktor dan dua orang jururawat sedang bercakap-cakap. Saya lihat Laila di katil, di mukanya terpekap alat bantu pernafasan.

Terus saya menuju ke arah Laila di katil. Wajahnya pucat. Sekujur tubuh si gadis itu, kaku terbaring di katil.

Laila.

Saya berdiri di sebelah kanan gadis yang sedang berbaring kaku tidak sedarkan diri. Saat itu mahu sahaja saya memegang jari-jemari Laila, kemudian berbisik di telinganya dan katakan saya terlalu sayangkan dia. Tapi Laila. Saya menarik nafas panjang melihat keadaan Laila di katil.

Wajahnya pucat, bibirnya merekah. Saya sekadar merenung wajah gadis itu.

 Laila.

***

“Jadi, ini Laila,” saya lihat wajahnya yang sedang tunduk memerhati tanah. Di bangku kayu, bawah pokok mempelam, di hadapan rumah kayu itu, saya sedang duduk di sebelah seorang gadis.

“Laila... Laila...,” saya hulurkan tangan mahu mencapai tangannya yang bertongkat di atas papan bangku. Belum sempat tangan saya menyentuh tangannya, sekelip mata di menarik tangan kemudian letak di atas peha.

Saya bangun dari duduk dan berdiri di hadapan gadis itu.

“Laila,” dia mengangkat kepalanya yang sedari tadi menunduk dan bertentang mata dengan saya.

“Kau Laila, perempuan yang mama aku suka sangat tu,” terketar suara saya mahu berkata-kata pada kali pertama bertentang mata dengan gadis itu.

Laila. Berbaju kurung. Bertudung. Diam. Sopan. Gadis ini yang mampu memikat hati mama. Gadis kampung, yang jodohnya masih di tangan ibu bapa. Fak!

“Kenapa kau tak tolak,” suara saya masih bergetar pada soalan kedua itu.

“Pilihan di tangan abah,” gemersik suara gadis yang sedang duduk di hadapan saya itu.

“Kau ingat kau siapa? Apa hebatnya kau di mata mama?” barulah saya mampu bersuara dengan sedikit keyakinan lepas mendengar suaranya tadi.

“Maaf, semuanya di tangan abah, saya yakin abah dah buat pilihan terbaik untuk saya,”

Saya menghela nafas panjang. Dalam fikiran saya tertanya-tanya kenapa mama pilih perempuan kampung macam Laila ini? Ramai lagi anak gadis kawan-kawan mama sebaya saya.

Azlin anak Auntie Fauziah. Emma anak Auntie Irene. Semuanya senang berkawan dengan saya, dan paling penting ramai yang berterus-terang sudi menjadi isteri saya.

Ramai lagi. Semua saya kenal baik. Cuma saya, seorang lelaki gagal yang mahukan ibu yang memilih jodohnya.

Dem! Gila loser la kau, bini pun mak cari.

Hari kedua selepas pertunangan kami, majlis pertunangan yang saya sendiri tidak hadir, saya datang sendiri ke kampung ini mahu melihat bakal isteri yang menjadi pilihan mama. Bakal isteri yang langsung tak pernah saya kenal, tak pernah saya jumpa dan tak pernah saya lihat. Tapi mama sudah mahu tunjukkan gambarnya pada saya, cuma saya yang tak mahu lihat.

Saat ini seorang gadis sedang duduk tunduk melihat tanah di hadapan saya.

“Jadi, aku lebih senang berterus-terang, kau ada apa-apa nak bagitahu, bagitahu sekarang,” saya bersuara lebih tegas.

Dia kembali mengangkat kepala dan bertentang mata dengan saya. Saya lihat bibir gadis itu mengukir senyum dan saya tiba-tiba bergetar. Saya merasakan sesuatu. Entah apa perasaannya.

“Sebelum kita sah jadi suami isteri, saya masih di bawah tanggungjawab abah, jadi saya harap awak faham,” ujar gadis itu perlahan kemudian diam. Saya juga diam dan kami masih dalam situasi bertentangan mata. Seketika saya rasakan suasana sangat hening.

“Sebelum kita sah jadi suami isteri, saya harap awak boleh hormati saya sebagai wanita,” sambung gadis itu lagi lalu dia mengalih mata ke arah lain. Saya mengalih pandang, melihat apa yang dilihat gadis itu. Ibunya di muka tingkap sedang tersenyum.

***

Saya masih merenung wajah pucat si gadis yang terlantar di katil itu. Cuma dalam tempoh beberapa bulan saya mengenali seorang gadis bernama Laila, dia meyakinkan saya yang masih wujud seorang gadis yang saya nilaikan seindah hiasan terindah di dunia.

Laila, cuma dalam beberapa kali bertemu awak mampu buat saya mengikut arahan seorang wanita selain ibu saya.

Laila, kasih awak sangat tinggi, kasih yang lahir tanpa sentuhan. Tanpa ucap-madah kasih sayang, dan awak yang memberi nilai kasih awak.

Laila.

***

Hari itu, ketika redup hari saya duduk di bangku kayu tempat kali pertama kita bertemu muka, suara ibu di hujung talian telefon memberi khabar pemergian awak, perasaan itu sudah pergi bersama awak.

***

Gadisku. (Search)

Di ruang tamu, saya duduk di sofa bertentangan dengan ibu dan bapa. Entah apa penting sangat gayanya. Sudah lama juga keluarga kami tidak duduk sekali sekeluarga begini. Saya seorang anak tunggal yang kebosanan. Seorang anak tunggal yang tidak pandai berdikari dan masih hidup di bawah ibu dan bapa pada umur 25 tahun.

“Along macam sunyi,” ibu memulakan bicara. Bapa cuma diam di sebelah ibu.

Saya diam tidak menjawab.

“Along ingat Laila lagi ke?” soalan kedua ibu menerjah seluruh tubuh saya.

Saya masih diam memilih untuk tidak menjawab.

“Mama nak bagitau satu benda penting,” suara ibu kedengaran sedikit tegas.

“Em. Terus-terang, tak suka la intro panjang-panjang,” jawab saya. Ibu mengukir senyum.

“Ibu dah ada calon menantu,” ujar ibu sambil tersenyum. Saya menegakkan kepala dan bertentang mata dengan ibu.

“Along ok?”

“Ok, tapi mama dah bagi yang terbaik untuk Along sebelum ni, Along harap yang ini paling kurang pun sama tahapnya dengan Laila,” saya bersuara sedikit tegas.

“Ok, esok ikut mama kita pergi rumah dia,” kata ibu sambil tersenyum. Bapa juga tersenyum di sebelah ibu.

Peh, macam tu je.  

***

“Hei, menung lagi,” saya memusingkan badan serentak dengan kepala kebelakang, arah suara yang menegur.

Saya mengukir senyum bagi menjawab soalan tiba-tiba itu.

Seorang gadis, di tangannya memegang dulang berisi teko dan dua cawan. Dia menunduk sopan di hadapan saya dan letak dulang di meja di hadapan saya. Saya mengalih barang di atas meja ke tepi memberi ruang kepada dulang air.

Gadis itu menuang air ke dalam dua cawan yang tersedia. Dia duduk di kerusi di sebelah saya.

Saya pandang wajahnya, dia tersenyum. Cantik.

“Minum,” dia bersuara perlahan.

Saya mencebik, dan mengalih pandangan.

“Mengada, tak nak sudah,”

“Hehe,” saya tergelak kecil sambil mencapai cawan yang sudah berisi air di atas meja lalu minum.

Gadis itu mengambil komputer riba saya di atas meja tepi dulang lalu membukanya.

Dem!. Word tak sempat tutup.

“Hei, tengok ni, ada puisi baru,” suara gadis itu seperti teruja.

“Cari,” suaranya sangat perlahan, tapi saya masih mampu mendengar dan saya dengar perlahan suaranya membaca patah kata saya di perisian Word.

                Mencari.

Gadis bertudung putih,

                Laila namamu teratas,

                Gadisku.

                Rasa yang hilang dalam sedetik ketemu,

                hilang, dan mungkin tidak ketemu lagi,

                dan kau bawa rasa itu kembali.

                Gadisku.

***

“Jom naik,” seorang lelaki yang sudah agak berumur berdiri di muka pintu. Rasanya dia lebih tua dari Abah.

Abah sudah mendahului kami nak ke rumah dan bersalam dengan lelaki itu.

“Duduklah,” pelawa lelaki itu.

Saya dan Ibu duduk di satu kerusi. Abah di satu kerusi lain bersama lelaki itu.

“Ni Pak Cik Daud,” abah memulakan bicara. Saya bangun dan menghulur salam sambil tersenyum.

Pak Cik Daud membalas senyum.

Sebaik saya kembali duduk selepas bersalam, seorang gadis keluar dari muka pintu yang agak bertentang dengan saya. Saya terus memandang wajahnya. Gadis itu menghampiri kami perlahan dan menyusun air di atas meja. Pandang saya masih pada wajah gadis itu yang sedang separa duduk menyusun air.

Selesai menyusun air dia terus berlalu kembali ke muka pintu tempat dia muncul tadi. Saya ekor langkahnya hingga lenyap dari pandangan.

Saya kembali memberi perhatian kepada mereka bertiga.

Ibu, abah dan Pak Cik Daud, ketiga-tiga mereka sedang menghala pandang ke arah saya sambil tersenyum.

Dem! Kantoi lagi. Wattafak!!!

Cantik.

End.

Cerpen sebelumnya:
tentang kamu
Cerpen selanjutnya:
Beruang Itu Tak Bersalah!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
3 Penilai

Info penulis

Fiqri Fauwaz

Belajar jadi orang.
Sekopi | Jadikan Sekopi rakan anda | Hantar Mesej kepada Sekopi

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Sekopi
Sepuluh Ringgit | 3701 bacaan
Puisi untuk si cantik yang sering rindukan saya | 3475 bacaan
PCB#6 : Ramadhan di hati Borhan. | 3302 bacaan
Cerkas : Surat Khabar | 2810 bacaan
PCB#2 : Aku sebuah cerpen | 3231 bacaan
10 Hari Mencari Cinta | 3944 bacaan
Gua, Saiber dan Mistik | 2541 bacaan
Rempit | 5413 bacaan
Ini cerita rakyat - Mat Rempit | 4312 bacaan
Ikram dan Kg. Paya Rambai yang hilang. | 2546 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Cari
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik