Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lara Hannah 1

 

Desiran air mengalir di sungai di tepi hutan itu seakan menjadi saksi keresahan di hati hannah. Dia duduk dengan kaki dibengkokkan di atas batu besar dan meletakkan kepala di atas lututnya... matanya merenung jauh memandang ke awan biru yang berarak perlahan. Seekor burung Raja Udang yang sedari tadi diperhatikan berpusing-pusing di sekitar sungai, tiba-tiba meluncur tajam ke dalam sungai.... beberapa saaat kemudian burung itu muncul dengan seekor ikan yang cukup besar diparuhnya lalu terbang menghilang di balik pepohon.

Sudah hampir sejam gadis itu duduk di atas batu.. Mengenangkan nasibnya.. Dia masih runsing bagaimana caranya untuk dia menyampaikan berita ini kepada kedua orang tuanya yang dia telah berbadan dua dan yang paling tak guna, ayah kepada anak di dalam kandungannya telah lari meninggalkan dirinya. Hanya dengan berbekalkan sejumlah wang ringgit lelaki itu memintanya untuk menggugurkan kandungannya. Hurmm... Hannah mengeluh lemah memikirkan nasibnya. Dia yang hanya berkerja sebagai kerani di salah sebuah firma guaman begitu takut untuk mengugurkan kandungannya yang bermakna dia akan membunuh anaknya sendiri.. Dan dia tahu itu adalah dosa besar.. Hhhhhh.... gadis itu menghembus nafas yang panjang... seolah ingin melepaskan beban yang amat berat menghimpit nya..

Setelah lama berada di tepian batu di sungai itu dia berjalan meninggalkan sungai. Kaki yang beralaskan selipar jepun itu terus melangkah menyusuri jalan denai menuju hamparan bendang di kampungnya.. Dia terus berjalan menyusuri permatang sawah dan berhenti di sebuah dangau kecil yang dibuat daripada bambu. Dia mengemas bekas-bekas makanan yang dibawanya untuk ayahnya tengah hari tadi. Hari sudah menginjak Senja... Kawasan bendang semakin lama semakin sepi. Ayahnya pun pasti sudah pulang sedari tadi. Dengan langkah yang lemah, gadis itu kembali meneruskan perjalanannya menyusuri permatang sawah itu..

Di pertengahan jalan dia berselisih dengan shah... teman sepermainannya sejak kecil lagi...Shah tidak menyambung persekolahannya hingga ke Universiti. Selepas SPM dia memilih jalan untuk membantu orang tuanya bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakkan.. Kesian Shah.. sedangkan dia tergolong dalam budak yang pandai. Argh... Nasibnya tidak seburuk nasibku... keluh hatinya....

"Hannah... Ibu cari tadi.. Hannah pergi mana je, dah senja macam ni baru nak pulang.." Shah berjalan di sebelah Hannah sambilmemikul seikat rumput untuk makanan kambing ternakkannya.

"Takde pergi mana-mana pun Shah, saja je Hannah pergi ke sungai sana, dah lama tak pergi.."

Di separuh jalan, Shah membelok menuju ke rumanya, sementara Hannah tetap meneruskan perjalanan. Rumahnya masih jauh.. Dia harus melalui Balai raya dan Surau. Ketika dia menghampiri Balai raya, dia dikejutkan dengan Pakcik Halimi, Guru mengajinya sejak dia kecil..

"Hannah... malam karang datanglah ke surau ye.. Ada ceramah kerohanian dari anak pakcik yang baru tamat pengajian dari Universiti Islam Malaysia...

"Wah.. Iya ke Pakcik...? Insyaallah pakcik.. saya akan datang..

" Hannah memang tak pernah menolak setiap kali ada undangan kuliah ceramah dan acara keagamaan di tempatnya..

—–

" Asstaghafirullah alazhim... Kelakuan kamu memang sungguh memalukan ayah Han.. Ayah didik kamu dengan landasan agama yang baik di rumah... Tapi mengapa kamu melakukan perkara terkutuk itu!!.... Kamu tak takut sama azab ke, Han..!?

" Maafkan Hannah, Ayah.. Han Khilaf..." Hannah bersimpuh di kaki ayahnya sambil beruraian air mata..

"Sudahah abang, walau apapun yang terjadi, Hannah satu-satunya anak kita... lebih baik kita cari jalan penyelesaian supaya anak didalam kandungannya tidak lahir sebagai anak haram...." Ibu Hannah seperti biasa selalu akan menjadi Malaikat penyelamat didalam keluarganya..

"Tapi... Anak itu tetap anak haram, Mah... Sekiranya dia mempunyai ayah... itu hanya untuk menutub aib saja.. Di hadapan Allah tetap dianggap haram....." ucap lelaki yang separuh usia itu..

“ Assalamu’alaikum……. “ Seseorang mengetuk pintu rumah kami.

“ Waalaikumsallam..” Ibu menjawab dan membuka pintu.

“ Oh, Abang Mi…. Silakan masuk bang….” Ayah mempersilahkan Pakcik Halimi masuk, Pakcik Halimi datang bersama dengan anak lelakinya, Assraff.

“ Takpe Mail.. Di anjung ni je da cukup…. Saya cuma nak singgah sekejap je… Petang tadi saya ada undang Hannah untuk mendengar ceramah di surau tapi dia tak datang.. Dia dah balik ke Kuala Lumpur ke Mail?.."

"Eh... Taklah Bang Mi... Hannah ada kat sini lagi... cuma...." Ayah Hannah terdiam mati kata..

" Cuma apa Mail.. Kenapa dengan Hannah?.." Pakcik Halimi melihat tingkah laku yang pelik dari Ayah dan ibu Hannah.

" Masuk dulu la Bang Mi.. Nanti saya ceritakan di dalam..."

Dari dalam biliknya, Hannah sedang mendengar ayahnya bercerita tentang dirinya kepada Pakcik Halimi. Dia hanya mampu mengusap airmata ketika Pakcik Halimi mengucap Istighafar berulang ulang kali... Hannah semakin merasa berdosa... Air matanya semakin deras mengalir sehingga dia tak mampu mendengar perbincangan kedua orang tuanya dengan Pakcik Halimi dan anak lelakinya..

" Baiklah... Macam ni... Kita tanya dulu pada Hannah..Sebab segala keputusan terletak di tangannya.." Suara pakcik Halimi terdengar lagi..

Suara langkah kaki ibu memasuki biliknya dan meminta dia keluar berjumpa dengan Pakcik Halimi.. Ibu menyatakan keinginan Pakcik Halimi untuk membantu menyelamatkan bayi yang berada dirahimnya.. Anak Pakcik Halimi, Assraf mahu menikah dengannya paling tidak sehingga bayi itu lahir... Hannah sudah tiada pilihan selain menyerahkan nasibnya kepada orang tuanya.....

BERSAMBUNG......

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Erm. Takde yang komen lagi. Beginilah...saya cuba untuk komen2 bagi tips ye. Ayat tu dah menarik. Boleh menulis ni. Cuma...

    1) Buatlah perenggan. Penat mata nak membaca bila panjang2 macam ni semua dalam satu perenggan. Kalau copy paste drpd Word, editlah balik..

    2) Typo takde, tapi kata nama (contoh: nama hannah dalam baris kedua) tu letakkan capital. Hannah instead of hannah. Lebih cantik perkara asas macam ni dijaga.

    3) Cerpen, kalau nak dibuat bersambung, boleh. Tapi bagi saya personally, kalau nak sambung2 baik buat novel pendek. Cerpen, bagi saya, habis baca di situ. Pilihan masing2

    4) Continuation. Tadi Hannah sedang balik rumah, tiba2 kena marah? Tambah 1 2 ayat lagi untuk jadikan sambungan lebih menarik. Contoh: "Hannah terpana mendengarkan kemarahan Ayah selepas sahaja dia memberitahu hal sebenar tentang dirinya...."

    Lain-lain, takde apa. Teruskan menulis!
  • 2) cerita agak ok. tapi pemerengganan tu yang buat slack :-s
  • 3) siannyaa hannah

  • (Penulis)
    4) Salam 1Kapasitor..

    terima kasih atas komentator anda semua... alhamdulillah, dari segi pemerengganan (betul ke tak ayat aku neh) sudah diperbetulkan.. Oleh yang demikian untuk LARA HANNAH 2. sy akan pastikan kesilapan tak akan berulang... Almaklumlah.. sy ni takder basic langsung dalam bab penulisan... harap maaf semua...
  • 5) Dah cukup elok jalan ceritanya. Menarik untuk dibaca. Takpe, kita semua belajar sama-sama :)
  • 6) haaa kan elok tu! best2. boleh sambung baca no 2

Cerpen-cerpen lain nukilan shahnordin

Read all stories by shahnordin