Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Lara Hannah 2

Cerpen sebelumnya:
Lara Hannah 1
Cerpen selanjutnya:
Kerana terlalu takut..
Proses perjalanan Ijab Kabul secara sederhana telah dilaksanakan dengan sempurna. Tak ada satu kecurigaan yang wujud diatas pernikahan tersebut. Hannah tampak anggun dengan kebaya putih milik ibunya dan Assraf juga tampak gagah dengan persalinan baju melayu satin berwarna putih. Sedari awal sehingga berakhir majlis, Hannah tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Malah dia semunyikan segalanya di sebalik senyuman manisnya, Sejak kali pertama berjumpa hingga saat ini dia memang tidak pernah berbicara walau sepatah kata pun dengan Assraf yang kini sudah sah menjadi suaminya.
 
  Petang itu Hannah duduk di anjung rumahnya sambil makan mangga muda. Hari ini hari yang ketiga dia menjadi isteri Assraf yang sah. Hannah masih juga enggan membuka sebarang dialog dengan Assraf, hanya ayat-ayat pendek yang terpaksa dia lafazkan. Assraf pula kelihatan tidak mahu memaksa isterinya. Hinggakan sampai hari ini Assraf tetap tidur di ruang tamu. Kebetulan di depan tv ada tempat tidur yang memang selalu diguna oleh ayahnya tidur, dan sekarang Assraflah yang menggunakan tempat itu. pada sediap malam Hannah selalu mendengan suaminya itu mengaji.
 
  "Han, esok saya akan ke kuala lumpur.. Ada undangan ceramah. Kalau saya ajak Han ikut sekali nak tak..?" Itullah ajakan pertama Assraf sejak menjadi suami Hannah.
 
  Hannah memandang Assraf sekilas dan menggangukkan kepalanya. Biarlah dia ikut suaminya, pada masa yang sama dia dapat meghilangkan kebosanannya yang asyik berada di rumah sahaja.

  Keesokkan harinya, dengan memandu sebuah kereta proton, mereka berangkat ke Kuala lumpur yang mengambil masa selama 3 jam dari kampung mereka. ceramah keagamaan yang disampaikan oleh suaminya itu cukup mengagumkan Hannah. Banyak ilmu dan panduan yang dia dapat sebagai bahan renungan. Setelah selesai Ceramah disampaikan, Assraf memperkenalkan Hannah kepada teman-teman Assraf masa pengajian dulu. Sebagai teman kepada Assraf, mereka seolah tidak percaya yang Assraf sudah pun berkahwin.. Ada dikalangan teman Assraf yang bergurau mengatakan dahulu Assraf mempunyai teman wanita yang ramai... Hannah hanya mampu tersenyum sejenak menghapuskan lara dihatinya. Dia akui bayang-bayang Fozi masih belum pudar dari sirna matanya. Antara cinta dan benci bercampur didalam hatinya.

  Dalam perjalanan pulang, mereka berhenti di perhentian rehat dan rawat untuk singgah makan, tapi Hannah asyik merasa mual dan akhirnya muntah-muntah, dengan sabar Assraf membantu isterinya yang sedang hamil itu dengan memicit bahunya supaya pening dan mual boleh hilang.

  --

  Kehamilan Hannah sudah memasuki bulan yang ke sembilan, sejak dua bulan yang lalu Hannah tidak lagi pernah ikut Assraf menyampaikan ceramah yang diadakan sebulan sekali. Dia hanya duduk dirumah membuat persiapan sementara menunggu hari kelahiran anaknya. Assraf pula kelihatan sungguh bersemangat untuk menyambut kehadiran anak pertama mereka, kerana setiap kali Assraf pulang dari Kuala Lumpur ada saja barang yang dibelikannya untuk bakal anak yang lahir. Setiap kali selesai solat, dia selalu membacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran di depan perut isterinya yang membuncit dan selepas itu dia akan membelai halus dan memberikan ciumannya..

  Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Seorang bayi lelaki yang kecil dan comel menambahkan keahagiaan keluarga kecil itu. Assraf semakin giat berkerja, duit hasil upah ceramahnya dikumpul sedikit demi sedikit sehingga dia membina sebuah rumah yang selesa tak jauh dari rumah ayah dan ibu mereka.

  Sejak kehadiran cucu mereka juga, ayah dan ibu mereka akan datang setiap hari menjenguk cucu mereka Razey.. kadangkala mereka membawa Razey pulang kerumah mereka dengan alasan untuk menghiburkan hati mereka.. ahh.. Razey memang memawa sinar kebahagiaan didalam keluarga mereka..

  —–

  Suatu hari, Assraf meminta izin Hannah untuk pergi ke Semporna, Sabah. Dia akan berada di sana selama seminggu atas urusan kerja. Sebelum dia berangkat dia sempat mengucup kening isterinya dan mencium anaknya.
 
  Dan itulah kucupan yang terakhir bagi Hannah kerana sejak saat itu Assraf tidak pernah pulang. Entah apa yang telah terjadi kepada Assraf yang sehingga kini sudah 3 tahun menjadi suaminya. Hannah ada bertanyakan kepada teman-teman yang rapat dengan Assraf ketika zaman pengajian mereka dulu. Tetapi mereka hanya menjawab tidak tahu.
 
  Ayah mertuanya juga tidak mengerti mengapa anak lelakinya pergi begitu saja meninggalkan keluarganya. Sambil berjalan hannah memikirkan nasibnya ketika ini... Adakah ini pengakhiran dari kebahagiaan yang dia bina bersama Assraf? Adakah Assraf sudah merancang untuk meninggalkan dirinya? Hannah mengakui yang dia telah pun menyemaikan benih cintanya kepada Assraf. Dia telah membuat keputusan yang dia akan berusaha untuk melupakan segala kisah silamnya dan menerima Assraf dengan sepenuh ikhlas dihatinya... Tapi belum sempat dia melafazkan semua itu kepada Assraf. Assraf pula pergi meninggalkan dirinya....


Bersambung..... 

 

Cerpen sebelumnya:
Lara Hannah 1
Cerpen selanjutnya:
Kerana terlalu takut..

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis

Papa Q

Kapasitor rocks!
shahnordin | Jadikan shahnordin rakan anda | Hantar Mesej kepada shahnordin

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya shahnordin
Surat Terakhir Seorang Sahabat.... | 4135 bacaan
Lara Hannah (Akhir) | 2164 bacaan
Lara Hannah 1 | 381 bacaan
Simpang Kehidupan | 2021 bacaan
Semalam.... | 165 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Lara Hannah 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik