Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kerana terlalu takut..

 

Peluh dingin menitik laju ke dahi. Aku terus berlari meredah apa saja didepan. Malam yang pekat dengan angin kuat menyukarkan kaki aku melangkah. Sesekali kaki aku tersadung. Hampir terjatuh. Beg sandang aku ikat kuat-kuat di pinggang. 

Angin kuat masih menggila. Aku sapu peluh dengan sapu tangan. Mata aku melilau mencari arah. Arghh!! Aku kat mana ni???

Suasana gelap dengan bunyi cengkerik dan sesekali burung hantu bernyanyi cukup menaikkan bulu roma. Aku berlari lagi meredah pokok-pokok kecil. Penat berlari, aku sandar di batang pokok besar. Tercungap-cungap menahan nafas. Dum!! Aku berpaling ke kiri. Bunyi seperti benda besar jatuh ke tanah! Aku terus berlari lagi.

Dari jauh aku melihat cahaya berbalam-balam. Aku segera mengayun langkah ke arah cahaya itu. Kelihatan sebuah pondok usang terselindung di celah-celah pokok.

Kriikkk....aku menolak daun pintu. Ada sebuah pelita dengan api kecil dan sebidang tikar usang. Aku lihat sekitar pondok. Tiada orang! Ah! Lantaklah! Aku pun dah penat berlari tanpa arah tuju. Baik aku tidur di sini sementara menunggu hari siang. Fikir aku sendiri.

Beg sandang aku alas sebagai bantal. Malam itu aku tidur beralaskan tikar usang dan berbantalkan beg sandang. Bunyi unggas hutan menyebabkan tidur aku terganggu. Sekejap aku mengiring ke kiri. Sekejap ke kanan. Aku mengerekot menahan kesejukan malam. Angin kuat menghentam daun pintu yang sudah berlubang.

Tiba-tiba...Dum!! Sekali lagi aku terdengar satu benda besar jatuh ke tanah!

"Takkanlah! Bunyi ni serupa macam aku dengar tadi!" Aku bangun dan duduk di penjuru pondok. Lutut dirapatkan. Tangan aku memeluk tubuh sendiri menahan sejuk.

Mata aku tepat memandang ke arah pintu pondok. Kali ini pintu terkuak sendiri. Sesusuk tubuh berdiri kaku di depan pintu. Aku semakin rapat ke dinding pondok.

"Sapa pulak ni?" Aku cuba mengamati wajahnya. Tak nampak apa-apa.

Dalam kegelapan malam bertemankan cahaya pelita hanya cukup menerangi ruang dalam pondok. Aku tak dapat melihat dengan jelas gerangan tubuh yang tercegat di depan pintu.

"Kau siapa??" Aku beranikan diri. Beg sandang aku ambil dan diikat kemas di belakang. Bersiap sedia kalau-kalau makhluk itu cuba merapati aku.

Diam.

"Hoi! Kalau berani cakaplah!" Aku semakin berani.

Masih diam.

Tiba-tiba benda itu mula melangkah masuk ke dalam pondok. Bunyi dengusannya sungguh menyeramkan aku.  Aku segera bangun. Bersedia untuk lari.

Api pelita terpadam bila angin kuat dari luar menerpa masuk. Aku mula panik! Benda itu semakin dekat menghampiri aku. Aku segera berlari keluar menghayun langkah seribu. Kali ini lebih hebat dari tadi. Sesekali aku berpaling ke belakang. Benda itu masih di dalam pondok. Hujan renyai mula menitik. Aku teruskan langkahku berlari.

Gedebuk! Pap! Aku tersadung akar pokok besar dan terus terjatuh. Terasa sejuk muka aku bila aku raba sesuatu yang lembik. Baunya sungguh meloyakan. Aku cepat-cepat bangun. Benda lembik yang memenuhi muka aku tidak dihiraukan. Dalam hati, aku hanya ingat nak menyelamatkan diri saja.

Puas aku berlari tapi aku seperti berada di tempat yang sama. Pondok usang tadi aku jumpa lagi! Argh!!! Tak mungkin! Rasanya aku sudah berlari laju tadi kalau masuk pertandingan lari pecut, sah-sah aku boleh menang bergaya! Aku garu kepala yang mula basah dengan hujan rintik sebentar tadi.

 

*******************************************************************************************

 

AKU GENYEH MATA. Perlahan-lahan aku buka mata. Cahaya matahari sudah mula menerjah masuk ke celah-celah pokok. Aku lihat sekeliling. Rupanya aku tertidur di sebatang pokok besar setelah penat berlari malam tadi. Aku bangun perlahan-lahan.

Aku panjangkan tengkuk melihat arah pondok malam tadi. Masih ada. Aku terus meredah pokok-pokok menuju ke arah pondok. Hati aku membuak ingin tahu benda yang aku jumpa malam tadi yang juga mengacau aku tidur. Bila dekat dengan pondok, aku berjalan berdingkit-dingkit, takut benda itu tersedar.

Aku intai dicelah lubang pintu. Gelap. Kriikkk....aku menolak daun pintu yang sedikit terbuka. Aku terlopong! Tak percaya apa yang aku lihat! Aku genyeh mata berkali-kali!

"Aik! Malam tadi aku tengok lain!" Aku berkata sendiri. Aku beranikan diri masuk ke dalam pondok.

Aku raba pula benda lembik yang memenuhi muka. Aku calit sedikit dengan hujung jari telunjuk. Aku cium... Aku hidu..sah!

Aku mula ketawa sendiri. Aku lihat benda itu sedang enak tidur atas tikar usang. Aku getus daun di tepi pondok dan sapu benda lembik di muka.

"Man!!!!"

Aku berpaling. Adam sudah tercegat di belakang.

"Kau kat mana malam tadi? Puas aku dan Malik cari kau!"

"Aku sesat la bro!"

Tiba-tiba Adam ketawa terbahak-bahak. Jarinya menuding ke muka aku.

"Kenapa kau ketawa?"

Hahahaha!!! Adam masih ketawa. Terguling-guling.

"Mana kau dapat krim muka asli tu?" Adam ketawa berdekah-dekah.

Aku senyum. "Ni! Dari mamat ni!"

Aku tunjuk ke arah pomdok. Adam jenguk ke dalam pondok.

Ketawanya semakin menjadi-jadi! Aku senyum kelat!

"Oi! Man! Kau ni pagi-pagi dah buat lawak!" Adam menekan perutnya menahan ketawa.

"Malam tadi aku ingat aku jumpa makhluk asing! Tercegat depan pintu ni! Apa lagi, aku cabut la bila dia mula mendengus!!"

"Takkan kau tak boleh beza antara makhluk asing dengan lembu!!!" Adam masih ketawa.

Aku senyum lagi. Mungkin kerana terlalu takut.........

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Haha sebab terlalu fakut kita sering keliru :)

  • (Penulis)
    2) Ni sebenarnya kisah benar..masa kat sekolah dulu tapi watak tu aku tukar ler..hehehe..
  • 3) adakah benda lembik itu tahinya? :-s saya dulu sekolah dalam hutan juga. sebatu boleh kenal bau tahi lembu
  • 4) typo pomdok.

    Naratif yang bagus.

    Lepas menulis, berangan pula jadi editor. Maka kita dapat tukarkan perkataan biasa menjadi bunyi yang sedap bila menyebutnya.


  • (Penulis)
    5) cahatomic...ya betul..benda lembik tu tahi lembu..
    26life...thanks tolong jadi editor..hehehe
  • 6) Saya pernah belajar dari seseorang, katanya cerpen yang bagus kurang dialognya. Saya rasa dialog yang ada dalam cerpen ini cukup untuk pembaca faham & ikuti jalan cerita. :-) keep it up!

Cerpen-cerpen lain nukilan ciksal

Read all stories by ciksal