Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam.

Cerpen sebelumnya:
Kerana terlalu takut..
Cerpen selanjutnya:
UTERO

Petang itu angin bertiup sayu seiring dengan matahari senja yang berlalu. Berita pembunuhan seorang pemuda yang ditikam berkali kali dengan kejam sudah sampai ke telinga hampir setiap penduduk kampung. Semua kanak kanak dipanggil pulang ke rumah, pintu dan tingkap ditutup rapat malah ada yang sengaja memutuskan bekalan elektrik supaya lampu jalan tidak menyala untuk menyembunyikan kedudukan rumah rumah mereka malam nanti. 

 

Seorang lelaki tua berserban putih berkain pelikat dilihat sedang berjalan perlahan menuju ke sebuah bot tinggal berhampiran pantai. Sebelum memberikan salam, lelaki tua itu sempat melafazkan kalimah syahadah dalam hati, bimbang jika kedatangannya yang berjalan kaki itu berakhir dengan pulangnya dia dalam sebuah van putih bertulisan arab. Setelah salamnya dijawab dia melangkah masuk, melihat seorang lelaki kurus berbaju lusuh sedang berdiri menghadap laut. 

 

Mengambil nafas dalam dalam, lelaki tua berserban putih itu memberanikan diri bersuara "Mu ado bunying kaba anok Pok Mat ujong kapong tu keno bunuh Ilhe?"

 

Lelaki bernama Ilham itu tidak memberikan sebarang respon kecuali satu keluhan perlahan. Tepat lah telahan lelaki tua berserban putih itu mengenai siapa yang bertanggungjawab untuk pembunuhan di hujung kampung mereka. Sekali lagi dia mengumpulkan keberanian membuka mulut untuk bertanya,

 

"Ilhe, Tok Imey maghi ni nok tanyo, bakpo mu bunuh anok Pok Mat tu Ilhe?" Pertanyaan itu hanya dijawab oleh desiran ombak yang menghempas pantai. Selepas beberapa ketika, Ilham melepaskan pandangannya daripada laut, menuju ke arah meja buruk dengan sebuah laptop di atasnya sebelum memusingkan skrin laptop itu ke arah Tok Imam dan berkata,

 

"Bakpo Tok Imey tanyo? Ni, tengok ni. Ado ko patut dio atar rekueh suh ambo klik aplikeseng timeline remover hok ngarut te."

 

Tok Imam tersebut menggeleng gelengkan kepalanya. Serbannya dirungkaikan daripada kepala lalu menampakkan kewujudan sekotak rokok Surya di atas rambutnya. Dinyalakannya sebatang dan diletakkan ke bibir, satu hembusan penuh rasa kesal dimuntahkan bibirnya bersama kepulan asap putih. 

 

"Sungguh ko? Owoh, nate beghuk sungguh lo budok te" kata lelaki tua berkain pelikat dengan serban tersangkut di bahu itu. Dalam diam, Ilham sudah mencapai sebatang rokok Surya milik Tok Imam dengan niat untuk menyertai upacara pembakaran rasa kesal akan ketidakcerdikan arwah pemuda tersebut dalam berfesbuk.

 

Cerpen sebelumnya:
Kerana terlalu takut..
Cerpen selanjutnya:
UTERO

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik. | 3752 bacaan
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 2815 bacaan
Siri bercakap dengan maggi. | 441 bacaan
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk. | 6171 bacaan
Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat. | 2602 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2355 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 3713 bacaan
Beruang Tedi Maisarah | 2477 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 13444 bacaan
Pari pari susu pekat manis. | 3109 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik