Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat Terakhir Seorang Sahabat....

 

 

 

Deringan jam loceng melenyapkan mimpi Shah di pagi hari. Dengan tergesa-gesa dia bangun dari tempat tidur kemudian terus menuju kebilik mandi. Pagi itu dia ada pembentangan kertas kerja yang cukup pentng baginya, jadi sekiranya dia lewat segala yang diusahakannya selama ini adalah sia-sia. Selesai sahaja dia mandi, Shah terus bersiap mengenakan pakaian kerjanya dan terus mencapai briefcase kegemarannya yang selalu dia bawa ke pejabat. Shah sampai di pejabat dalam jam 9.10 pagi dan dia terus menuju ke bilik persentation yang berada di tingkat 3 sama tingkat dengan pejabatnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik itu dan terdapat beberapa orang penting sudah berada di ruangan itu dengan ekspersi wajah yang kurang menyenangkan. setelah dipersilakan duduk dia terus diarahkan untuk membentangkan kertas kerjanya walaupun pada malam tadi dia tidak langsung bersedia untuk membentangkan kertas kerja itu. Di pejabatnya, Shah dikenali sebagai seorang pekerja yang cukup peramah dan senang untuk berurusan.

 

Berbeza dengan hari ini... Sikap Bos kelihatan cukup berbeza dari hari hari yang seperti biasa, terutamanya kepada Shah. Terlebih ramah, dan tidak banyak komen semasa di bilik presentation itu yang membuatkan Shah merasa pelik. Tetapi Shah hanya mampu tersenyum....

 

*******

 

"Hari ini dunia ku akan berakhir....." ungkap Shah kepada teman-temannya yang keriangan selepas pembentangan kertas kerja itu tadi.

 

"Dah kenapa dengan kau ni Shah. Tak payah la fikirkan sangat pasal pembentangan tadi tu.." Fozi bersuara tegas dan Shah pula hanya mampu tersenyum dan  berganjak dari tempat duduknya. 

 

Selepas habis waktu kerja, Shah mengajak teman-teman sekerja yang rapat dengannya pergi makan di tempat biasa mereka lepak makan. 

 

Shah adalah seorang lelaki yang baik. Walaupun dia dibebani masalah yang banyak. Dia tidak pernah untuk menyusahkan orang lain.

 

Mereka menghabiska masa lepak makan bersama sehingga tidak ada yang sedar hampir 5 jam mereka berada di gerai makan itu.

 

Mereka pun kembali ke rumah masing-masing.

 

Keesokkan harinya, Shah dan teman-temannya berada di pejabat seperti biasa. Namun hari ini Shah pula yang kelihatan berbeza.. Dia banyak diam dan tak ingin bergerak kemana pun. Teman-temannya hairan melihat perubahannya itu..

 

Tapi perubahan itu tidak kekal lama, Shah bangun dari kerusinya dan memberitahu kepada teman-temannya yang dia nak ke bilik air...

------------------------------------

 

Beberapa minit kemudian, Handphone Fozi berdering..

 

Ibu Shah yang call..

 

" Hello.......!!!"

 

"Fozi... Makcik ni.." suara Ibu Shah kedengaran dari corong telefon.

 

"Ye makcik .. ada pe ye? Shah pergi toilet tadi...." Fozi bersuara lagi..

 

....................

 

Suasana seketika berubah jadi hening...

 

" Makcik... Kenapa? Ada apa? Kenapa menangis? tanya Fozi bertalu-talu..

 

"Shah sudah pergi?"

 

"Apa maksud makcik? Saya tak faham? kan Shah pergi ke toilet tadi?"

 

"Sekejap saya panggilkan.." 

 

"Fozi.. dengar cakap makcik ni dulu ok... tadi masa nak ke pejabat.. Shah kemalangan!!!!

 

Terdengar suara esak dan keadaan menjadi hening....

 

Talian telefon terputus...

 

- — - - - - -

 

Fozi yang tidak percaya dengan kejadian tersebut terus berusaha mencari Shah dan menyusulnya ke toilet, namum dia tidak menjumpai kelibat Shah. Fozi dan teman-temannya yang lain terus bergegas menuju kerumah Shah...

 

- - — -

 

Terdengar suara esakkan tanigs dan alunan ayat suci Yassin yang mematikan langkah Fozi dengan yang lain... Dengan perlahan-lahan Fozi dan teman-temannya melangkah memasuki rumah Shah dan melihat jasad dari tubuh sahabat yang memerka sayangi dan oleh orang-orang yang datang menziarah.

 

 

*****

 

Fozi, Ashraf, Sham, Alin, Bella, Ayu, Hannah dan Ida masih berada di rumah Shah setelah kembali dari tanah perkuburan petang tadi. Meerka terdiam didalam bilik Shah. Mereka menjumpai berberapa keping gambar yang berselerak diatas meja study Shah. Gambar - gambar saat kenangan manis mereka bersama di gerai makan sebelum Shah pergi meninggalkan mereka.. Juga sehelai kertas yang Shah tulis malam tadi.

 

 

Kuala Lumpur. 29 Mei 2012


Ya... Allah.. Malam ini aku sangat bahagia...

Terima kasih kerana telah menyayangi diriku..

Terima kasih kerana telah mengirim kedua orang tua ku dan sahabat-sahabat seperti mereka..


Ya Allah...

Jika malam ini adalah malam terakhir untuk ku tersenyum..

Jika esok aku tidak lagi berjumpa mereka. tolong sampaikan jika pada mereka yang aku cukup bangga memiliki orang-orang yang menyeyangi diriku seperti mereka...


Ya Allah....

Katakan pada mereka jika aku pergi bukan kerana aku tidak  inginlagi bersama mereka tetapi kerana Engkau yang telah memanggilku..


Ya... Allah...


Jagalah mereka untuk ku...

Jangan biarkan mereka menitiskan air mata bhanya kerana pemergianku..

Kerana aku akan merasa sangat bersalah sekiranya tangisan itu adalah untuk ku...


KHABARKAN LAH PADA MEREKA KERANA SAAT INI AKU CUKUP BAHAGIA....



Dariku...

Shah.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan shahnordin

Read all stories by shahnordin