Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Puisi untuk si cantik yang sering rindukan saya

 

Kicau burung yang bermain di deria pendengaran mengejut saya dari lena. Rasa dingin pagi bercampur hawa matahari yang menyelinap tembus di celah langsir sedikit menyegarkan.

Saya celik mata sedikit, imej siling rumah dengan efek fade in dimainkan di deria penglihatan. Saya gosok mata dengan tangan tergenggam. Perlahan-lahan imej kabur jadi sedikit terang. Saya meraba cermin mata di sebelah bantal.

Kemudian saya yan g masih berbaring meraba telefon bimbit di tepi tubuh. Entah di mana. Kemudian tubuh saya merasakan sedikit getaran. Saya bangun.

Satu mesej diterima.

                Rindu.

Saya tersenyum.

Saya biarkan mesej itu tidak dibalas.

Ah, si cantik ini sering rindukan saya. Biarlah. Hari-hari, setiap pagi mesej sama saya terima.

                Rindu.

                Rindu.

                Rindu,

dan saya tidak pernah tidak mahukan sepatah kata itu.

Di hadapan komputer riba terbuka saya diam, mencari patah kata mahu zahirkan rasa tiap kali saya terima dan baca sepatah kata itu.

Di sebelah komputer riba sekotak nikotin, ketagihan tertinggi dalam hidup entah tinggal berapa isinya saya renung sedetik. Sedetik selepas itu mata saya kembali ke muka paparan komputer riba dan jari-jemari terus bertari.

Saya mahu puisikan rasa itu. Rasa tatkala saya senyum sendiri membaca sepatah kata di muka paparan telefon bimbit.

Saya mahu gubah sejambak puisi untuk si cantik yang selalu rindukan saya.

                Tiap detik saat berlalu.

Tiada satu pun sesuatu yang mampu menampak rasa saya tiap kali membaca sepatah kata itu. Walau cuma sepatah kata dari si cantik saya.

Tiada kata sama.

                Sepatah kata, Rindu.

                Dari si cantik yang sering rindukan saya tanpa jemu.

Saya senyum sendiri. Sungguh begitu ringkas sepatah kata rindu itu dari kamu seorang yang sering rindukan saya, namun saya sendiri tak mampu menyusun patah kata lain untuk menampak rasa yang saya sangat tunggu sepatah kata itu.

                Sekuntum bunga mungkin?

Kemudian sekali lagi saya senyum untuk diri sendiri. Perasaan yang mampu menggubah senyuman tatkala membaca sepatah kata rindu dari si cantik yang tiap detik nafasnya rindukan saya dan saya cuma nilaikan dengan bunga.

                atau sejambak puisi?

Sudah nyata sejambak puisi ada banyak patah kata yang perlu di gubah untuk menjadikannya sejambak puisi. Bagaimana mahu dinilai dengan sepatah kata itu.

                Rindu.

                Dari si cantik yang sering rindukan saya.

Lama berfikir, mencari sesuatu, mahukan sesuatu untuk menyatakan perasaan saya tiap kali membaca sepatah kata itu.

                Rindu.

Akhirnya saya akur. Tiada apa. Fikir saya, tiada satu pun apa-apa yang boleh menyatakan parasaan tiap kali membaca sepatah kata itu. Sepatah kata yang terucap oleh seorang si cantik yang sering rindukan saya.

Saya capai telefon bimbit. Saya baca sekali lagi mesej dari si cantik saya.

                Rindu.

Kemudian saya balas mesej si cantik.

                Rindu.

Kemudian, sekali lagi saya hadiahkan sekuntum senyum dan katakan “sebanyak mana patah kata, seindah mana baris aksara, sepatah kata sudah cukup untuk kau senyum dan memulakan kehidupan” buat diri sendiri.

                Si cantik, dan sepatah kata “rindu”,

                Itu ketagihan tertinggi dalam detik nafas saya.

                Saya boleh untuk tiada sebatang nikotin tatkala sedar dari lena.

                Tapi saya tak boleh untuk tiada awak,

                si cantik, dan sepatah kata rindu.

Saya persembahkan sebuah susun kata pada kamu si cantik saya, “puisi untuk si cantik yang sering rindukan saya”.

Rindu,

dan saya tidak pernah tidak mahukan sepatah kata itu.

Tiap detik saat berlalu.

Tiada kata sama.

Sepatah kata, Rindu.

Dari si cantik yang sering rindukan saya tanpa jemu.

Sekuntum bunga mungkin?

atau sejambak puisi?

Rindu.

Dari si cantik yang sering rindukan saya.

Si cantik, dan sepatah kata “rindu”,

Itu ketagihan tertinggi dalam detik nafas saya.

Saya boleh untuk tiada sebatang nikotin walau seharian.

Tapi saya tak boleh untuk tiada awak sedetik,

si cantik, dan sepatah kata rindu.

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Stail cerpen ni. stail. ada unsur noir jugak.
  • 2) Sangat bergaya cerita ini. Bagaikan berpuisi utk muse.
  • 3) Puisi Panjang - Puijang?

  • (Penulis)
    4) Gila. Banyak kali banyak cerpen ni sendiri. Bapak lah jiwang diri ini rupanya. hish.

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi