Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

aku, penjara dan aku

 

Aku lahir dengan penuh harapan. Berharapkan kebahagian di dunia baru. Saat tercelik kebahagiaan hidup dirampas. Aku mula mengenal erti kesengsaraaan. Kasih sayang ibu tidak sempat terjamah. Kasih sayang bapa kemana entah. Ku mengharapkan setiap kejadian menjadikan aku tabah, tapi, semua harapanku punah. Satu persatu yang timbul, jiwa seperti tidak bercantum dengan badan, roh seperti menidakkan jasad. Aku terkontang kanting di dalam diri sendiri.

 

"Alep, kau tolong jaga parking kawasan sana tu, kau jangan cabut, aku belasah kau nanti" kata jergahan. Aku menjadi kutu di kota merayau mencari rezeki.

 

Dek tidak tertahan nafsu, aku menjadi mangsa lempias. Aku seorang budak lelaki yang lemah tidak tertanggung melawan tindak tanduk yang lebih dewasa. Lazimnya, aku menjadi mangsa memuaskan nafsu abang yang mengawasi aku. Aku diliwat beribu kali, menahan perit, enggan merelakan tubuh dijamahi kaum sejenis, aku cuma mangsa, aku tidak mencampakkan diriku kedalam lubuk nafsu. Aku cuma mangsa keadaan.

 

Aku enggan memboloskan diri, aku terpaksa menahan diri kerana hutang dengan abang tersebut. Hati dan badan mana tertanggung diperlakukan seperti binatang saban hari. Aku cuba mencari jalan. Pemikiran yang tidak matang, akal yang cetek menggalakkan aku untuk berpanjang tangan dengan cubaan memecah masuk rumah orang dengan harapan dapat membayar hutang. Aku pasrah, aku akur walaupun sedar tindak tandukku salah, aku ingin mengasingkan diri dari beban hutang dan beban yang tertanggung kerana hutang.

 

Terperangkap dengan perbuatan, aku di tahan. Disaat menjadi tahanan, aku tidak mendapat belaan. Siapa mahu membela insan hina yang menbenci jasad dan nyawa sendiri? Aku dipenjarakan. Aku tidak mengenal tuhan, tidak kenal erti kesyukuran, tidak kenal kekhilafan. Aku lega memikirkan nasib aku menjadi tempat lempias nafsu binatang akan terputus. Aku bersyukur sekur

Harapanku punah kembali angnya di penjara aku mendapat makan.

apabila tragedi malang berulang kembali, di penjara aku tetap menjadi tempat lempiasan nafsu. Menahan kesakitan saban hari penuhi kehendak nafsu syaitan. Tahanan yang lain tidak punyai pilihan untuk memenuhi kehendak nafsu melainkan dengan meliwat aku. Mata aku tidak lagi mampu mengeluarkan tangisan. Luka aku tidak mengenal erti pulih.

 

Satu hari ku rebah ke lantai, badan lemah tidak tertahan. Aku dibawa ke hospital, dan di situ kehidupan ku seperti dirobek dan dikoyakkan menjadi cebisan. Aku didapati dijangkiti HIV dan menghidapi AIDS. Hati runtuh, perasaan rapuh. Aku tidak lagi akan mengecapi kehidupan yang panjang. Punggung ku tidak boleh lagi rapat dek kerana nafsu serakah. Aku menjadi kosong. Begitu kehidupan aku berulang alik ke hospital mendapatkan rawatan.

 

Sesampai ajal aku tidak nampak sinar kebahagiaan. Hidup ku memang tidak pernah mengenal erti kebahagiaan. Aku sebati dengan kesengsaraan. Aku mati tidak menjamah keimanan. Aku akur. Itu kehendak tuhan. Aku adalah aku.

 

Inspirasi dari Kisah Benar, kisah yang menyayat hati aku dengar ketika melakukan sedikit kajian di Penjara Kajang.

Air mata masih mengalir mengenang nasib adik ni. Al-Fatihah. semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Al fatihah..sedih kisahnya..semoga Allah memberi kita kekuatan dlm menghadapi dunia yg semakin zalim..
  • 2) Cerita yang menusuk kalbu. Sedih.

    Mungkin lebih istimewa jika ditulis dalam bentuk diari, atau diperketatkan lagi gaya bahasa supaya menjadi lebih hebat; tapi itu semua teknikaliti.

    Tahniah! Teruskan menulis!
  • 3) Cerita yang sangat menarik dan dan sangat menginsafkan. Kalau diberi pemurnian, kesannya kepada pembaca akan lebih mendalam

    Semoga kita berjaya menemukan hikmahnya kehidupan sebegini. Ujian besar daripada Allah untuk beliau.
  • 4) Sedih :(

  • (Penulis)
    5) ciksal : Aminnn


  • (Penulis)
    6) rearrange: thanks, bakal di asah.

  • (Penulis)
    7) rearrange: thanks, bakal di asah.

  • (Penulis)
    8) rearrange: thanks, bakal di asah.

  • (Penulis)
    9) cahatomic and uculer: thanks

  • (Penulis)
    10) cahatomic and uculer: thanks
  • 11) Simpati btul begini hidupnya. Di luar kena kat dlm pon kena :( Semoga dipeliharalah kita hendaknya :(
  • 12) Nape ye nasib dye malang sangat....

Cerpen-cerpen lain nukilan kukumalu

Read all stories by kukumalu