Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Buntu Pertolongan

Cerpen sebelumnya:
aku, penjara dan aku
Cerpen selanjutnya:
Cerpen 01 : Pelaksana

Minda termangu mewujudkan persolan bagaimana hati yang terpaku didinding sepi, disangka utuh, menjadi rapuh kerana permainan perasaan dan jiwa. Disangkakan kesunyian yang menjadi kelaziman tidak buntu sedulang harapan dan pertolongan dari seorang insan. Selurus mana hati, jiwa, jasad dan nyawa tentang cinta yang wujud dari yang sonsang.

 

Pertembungan dua rakan yang bermula di laman sosial media menjadi perbualan orang sekeliling. Rakan-rakan mula mempersendakan perkenalan dan mempersoalkan persahabatan mereka. Kisah Abu dan Azim yang bermula di alam maya menular ke alam nyata. Pergurauan perjumpaan yang dijanjikan secara virtual menjadi kenyataan. Kisah persahabatan mereka diragui rakan-rakan yang lain yang dapat mencium bau kesongsangan didalam perhubungan. Abu, seorang lelaki normal berjambang halus sudah berkarier meneruskan kehidupan. Azim, seorang pelajar yang tidak lagi mempercayai insan bergelar perempuan dek kerana permainan cinta dulu kala yang mengecewakan harapan.

 

"Sejauh mana perhubungan aku dan Abu boleh pergi, apa kata ibu bapa, apa kata kaum keluarga, apa kata rakan, apa kata masyarakat" monolog Azim bersendirian.

 

Sikap Azim yang masih ragu-ragu tentang orientasi seksualnya, mencari sumber pertolongan. Bantuan itu enggan. Saat abu menceritakan masalah yang dibendung malah dia di pandang hina tanpa diulit dengan rasa kasihan. Dia yang memerlukan bantuan jiwa terkontang-kanting dalam pemikiran serata marhaen. Diri dirasakan picisan tidak mampu membentuk jati diri sempurna.

 

Dengan tanpa bantuan, hidup diteruskan dengan satu pilihan. Azim memilih untuk mengamalkan kehidupan songsang. Sering menyalahkan diri sendiri dan keadaan. Perjumpaanya dengan Abu yang pertama kali menerima diri seadanya membuat Azim yakin dengan pilihan. Di benak hati, masih mengharapkan pertolongan dari seorang teman yang mampu membendung diri dari melanggar fitrah yang ternyata satu kesalahan. Jati diri yang rapuh kerana kurang kesedaran dan termakan tohmahan perspektif dan pemikiran orang sekeliling.

 

"Hai sayang, sudah makan?" mesej harian Abu kepada Azim. Mesej yang dipandang jijik oleh segelintir insan, ditunggu-tunggu Abu setiap hari.

 

Percintaan di antara Abu dan Azim bergiat normal seperti percintaan diantara kaum adam dan hawa. Sering keluar berjalan meluangkan masa bersama seperti dua insan bercinta. Kasih yang dicurahkan membuat mereka bertambah sayang sehingga satu hari ke ranjang. Menyesal dengan perbuatan Azim mencari rakan luahan perasaan. Baru Azim sedar yang Abu hanya membuntukan kepuasan. Cinta dan sayang cuma satu kepura-puraan. Dalam ketidaksempurnaan, Fazly cuba menbantu Azim menemui jalan.

 

Fazly, seorang sukarelawan yang mengadvokasi Kesihatan Reproduktif sering membantu remaja dalam pembentukan jati diri dan seksualiti. Fazly menadah telinga saban masa mendengar luahan dan memberi perhatian kepada Azim dengan hati yang terbuka. Sikap Fazly disenangi Azim yang tidak menghakimi dan menerima dengan keterbukaan membuka hati Azim untuk berubah. nasihat demi nasihat dicurahkan dengan tanpa unsur paksaan membuatkan Azim merasa lebih mudah. Akhirnya, Azim menemui pangkal jalan dan dia mengambil keputusan membantu insan senasib yang terkontang kanting dalam mengenal seksualitas diri.

 

Sekian.

 

Kita sebagai manusia harus menerima manusia dan membantu, bukan membuat tohmahan dan bersikap prejudis tanpa menghulurkan pertolongan. Bukan semua manusia itu sempurna, dan ketidaksempurnaan adalah fitrah, siapa kita untuk melanggar fitrah.

 

"Treat a human like a human, believe me, whoever you're, you're still human"

Cerpen sebelumnya:
aku, penjara dan aku
Cerpen selanjutnya:
Cerpen 01 : Pelaksana

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
3 Penilai

Info penulis

mhaminuddin

kukumalu | Jadikan kukumalu rakan anda | Hantar Mesej kepada kukumalu

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya kukumalu
aku, penjara dan aku | 14386 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Buntu Pertolongan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik