Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerpen 01 : Pelaksana

  • 8
  • Erica
  • 12 years ago
  • 641
  • FREE

 

          Peluru itu meluncur laju membelah zarah oksigen dan lebih 4000 bahan kimia berbahaya yang baru dihembus dari mulut durjana sang pendusta. Dalam masa beberapa saat sahaja, peluru itu menembusi tulang kranium Azim. Rokok yang baru separuh dinikmati jatuh menimpa bumi – lebih awal dari sepatutnya.

          Masa itu penuh ironi. Kadangkala lama terasa, kadangkala pula terasa sebentar walhal masa yang berlalu sama.

          Silencer pistol itu Atiqa buka lalu dihadiahkannya sebuah ciuman. Misi tamat. Dunia tanpa silencer masih bingit seperti biasa, tetapi raung yang tidak didengari mudah sungguh diabaikan.

          Telefon dicapai. Aksara ditekan tarian jari-jemari runcing Atiqa. Terpapar di skrin – burung sudah terbang ke kawanan. Send.

 

          Zahir ukir senyum seribu makna apabila bungkusan baru tiba di muka pintu. Tugasan baru untuk cipta neraka sebenar buat mereka yang sudah sedia berada di landasan menujunya. Golongan yang tidak kenal erti hormat, yang rasa diri lebih tinggi dari segala.

          Seperti biasa, bungkusan itu hadir tanpa nama pengirim. Sama seperti bungkusan-bungkusan sebelumnya. Sama seperti bungkusan pertama yang diterima Zahir genap setahun sebelum hari ni. 

 

Setahun sebelumnya.

 

          Zahir sedang duduk-duduk bersahaja sambil membakar sepuntung rokok. Televisyen ditonton  separa minat. Bosan tanpa teman. Ruang legar itu kosong, namun jiwanya lebih kosong. Loceng rumah berbunyi tanpa diduga. Aneh! Baru seminggu Zahir berpindah ke bangle terpencil ini.

          Keanehan yang mula menjalar ditepis Zahir. Anak jantan harus berani, bisik suara dalam diri.

          Pintu dibuka penuh ragu. Tiada sesiapa dalam pandangan. Seolah-olah ada unsur mistik yang menanti dia sedari dulu. Karut. Hantu tak wujud, bisik hati kecilnya walau ketakutan mula merangkak.

          Satu bungkusan berada statik di muka pintu bertemankan sehelai kertas merah dengan tulisan berdakwat putih.

 

Muhammad Zahir Bin Zainal.

Mahukah kau jadi penghukum bagi yang tak mampu dihukum dunia?

Kelayakan kau tidak diragui setelah pemerhatian terperinci dilakukan.

Kami takkan pertikaikan apa-apa.

Kau akan jadi pelaksana.

Durjana mereka harus dinoktahkan.

 

          What a joke. Siapa lah yang main-mainkan aku ni? Desis hati kecil.

          Bungkusan dibuka Zahir tanpa membuang banyak masa. Sebuah gelas kaca berwarna hitam kelihatan. Sehelai lagi kertas merah menarik perhatian Zahir.

Kami tidak punya masa untuk bergurau.

Kalau kau berminat, penuhkan gelas ini dengan darah kau dalam masa setengah jam dari sekarang.

Kau boleh anggap ini jenaka – terpulang.

Tapi kau harus ingat, peluang datang hanya sekali.

Tempat durjana adalah Neraka, bukan dunia.

Setengah jam.

Masa sedang berjalan.

           Ah, apa semua ni?

          Jiwa Zahir berkocak antara kegilaan, curiga dan rasa ingin tahu. Dan seperti biasa, curiosity kills the cat.

          Bungkusan baru diterima wanita itu dengan senyum. Dibuka dan diteliti kandungannya bertemankan secangkir kopi sambil mindanya berputar laju memikirkan cara. Buku bakal bertemu ruas. 

 

         Pisau yang terselit di samping gelas hitam dicapai. Zahir mengikat lengannya menggunakan tali pinggang kulit miliknya. Mata dipejam. Mata pisau didekatkan ke lengan. Toreh. Darah mula terbit sambil jeritnya membingit. Cawan mula penuh sedikit demi sedikit. Dunianya mula kelabu – kelam.

          Entah berapa lama dia di dunia maya, dia sendiri tidak pasti. Sedar-sedar sahaja lengannya sudah berbalut. Ada sedikit kesan kekuningan di kain kasa – antiseptik mungkin. Balutannya kemas laksana disentuh bidadari. Oh, mungkin bukan bidadari, tetapi doktor yang berpengalaman. Ada kertas memo merah di sisi.

Kau sudah buktikan – kau tepat seperti jangkaan.

Selamat datang ke dunia adil dan saksama walau kotor dengan darah pekat manusia.

          Hari itu merupakan titik perubahan hidup Zahir – hidup sebagai pelaksana keadilan yang semakin hilang dari dunia dan ya, wang jadi habuan.

 

 

          Gambar itu ditatapnya penuh teliti. Wajah itu bukan wajah yang asing buat wanita itu. Wajah itu cukup dia benci. Wajah yang bawa memori yang titip indah dalam pentas dunia sementara. Hari ini, wajah itu hadir dalam bungkusan yang diterima saban waktu. Bungkusan hukum bunuh walau dengan apa cara. Bungkusan salam maut.

 

 

          “Hai Zahir,” Atiqa menyapa. Teman sedari zaman sekolahnya itu hanya ukir senyum hambar.

          “Hai, Tiq,”

          “Jom lepak port kita!,”

          “Jom!,”

           Panggilan dari Atiqa pagi itu sedikitpun tidak membuatkan Zahir terkejut. Wanita itu selang dua-tiga minggu pasti akan mengajaknya keluar – lari dari kebingitan kota yang penuh jerit-pekik dan raungan yang menyedihkan. Destinasi yang dituju pastinya sebuah sungai di pinggir bandar. Asing pada mata moden. Jauh dari semak dunia tetapi dekat pada hati mereka.

          Zahir sengaja meninggalkan Atiqa, berjalan laju-laju di hadapan. Atiqa dibiarkan penat supaya mudah segala urusan tanpa rontaan yang tidak diperlukan.

          “Zahir, tunggulah aku!,” sesekali Atiqa menjerit.

          “Catch me if you can, Tiq!,” tingkah Zahir.

          Pisau di sisi kasut dikerling Zahir sesekali apabila dia pasti Atiqa tidak melihat. Nafas wanita itu harus tamat ini hari. Dia sudah terlalu lama hidup di bawah atur pentas durjana dunia. Hidup sebagai penipu yang makan pada kenaifan manusia lain. Hidup bertuhankan kertas bernombor yang berwarna-warni.

          Ah, ironi. Zahir juga sama sebenarnya. Termenung dia seketika.

          “Maafkan aku, Zahir,”

          Mulut mungil itu atur kata sambil menghunus pisau Rambo ke leher Zahir – meletakkan arteri karotid sebagai target. Tindak balas refleks Zahid tidak dijangka. Tangannya ditepis dengan kekuatan luar biasa diikuti dengan satu sepakan di buku lalinya. Semuanya berlaku begitu pantas – dia kaget seketika.

          Cubaan kedua ditepis, tak kurang mudahnya. Zahir bingkas mengelak cubaan seterusnya. Dia duduk di atas perut Atiqa. Pergelangan tangan wanita itu digenggam kemas menggunakan hanya satu tangan. Dada Atiqa sedikit berombak-ombak.

          “Kau juga, Tiq? Pelaksana?,” Mata Atiqa berkelip sekali tanda mengiyakan.

          “Maafkan aku, Tiq, tapi salah seorang dari kita harus mati,”

          Atiqa tersenyum hambar. Dia masih tersenyum ketika Zahir menarik pisau dari sisi kasutnya dan menghunus senjata tersebut ke leher Atiqa.

          “Kenapa kau senyum, Tiq?,”

          “Kau takkan mampu bunuh aku, Zahir,”

          Senyum masih belum hilang dari wajah wanita itu. Mata bundarnya direnung Zahir. Tangannya dipegang lebih kejab.

          “Aku boleh bunuh kau dan tiada apa yang dapat menghalang aku sekarang. Maafkan aku sekali lagi, Tiq,”

          Atiqa membisikkan sesuatu. Zahir mendekatkan wajahnya. Mata itu ada cerita balik cerita. Sepasang mata yang punya banyak rahsia. Dan dua bibir itu bertaut – lama.

          “Apa kata kau hidup bersama aku, Tiq? Marry me,”

          Gelak tawa itu cerita segala.

 
Tamat
20 Jun 2012 - Sg Besi.

Nota penulis : Karya pertama yang banyak celanya rasanya. Ini gara-gara menulis kejar masa sebab ada tiga manusia ini (@rearrange, @AdamSanchez12, @SyasyaSanchez12) menunggu dan agak bising juga di tepi menanti siapnya karya ini. Cerpen hasil mengopi dan melepak buang masa. Happy reading!

Nota penulis 2 : Terima kasih kawan2 yang kenalkan saya dengan Kapasitor. Nak sebut nama ramai sangat. Hehe. Cheers!

2012-06-21 14:57:32

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Jalan cerita menarik tapi kalo x tergesa2 sgt mmbuatnya mesti jadi lg best. Tp ngape nk bunuh kat hutan pakai pisau tak pakai pistol bersilencer? Sang rakan2 twitter sila jgn la pressure lebih sgt ye :p

  • (Penulis)
    2) @jojo : Hehehe. Memang tulis nak cepat pun sebab ada 3 teman tengah tunggu. Well, kalau semua nak guna cara cepat, bosan jugak kan. Kill with knife is more satisfying I would say. Membunuh guna pistol, itupun dengan silencer - macam adalah agak boring. Dan kematian datang terlalu cepat. Hehehe.
  • 3) Haha! Jojo, takde pressure - tp Erica ni boleh masa lepak2, keluar buku nota dan terus menulis. Kitorang tengokkan aje...dan dalam sejam dia siap. Tiada cabaran, tiada hasutan.

    Aku tercabar, tahu!
  • 4) Wow... menulis dengan tergesa-gesa dah macam ni? Kalau menulis dengan tenang sambil lepak dekat gazebo tepi tasik???

    A la Mr. and Mrs. Smith sikit. Hehe.

    Nicee!
  • 5) cerita laki bini pembunuh upahan. 'tracing' yang menarik
  • 6) Kreatif.... kesian kerana kerjaya terpaksa terkorban..
  • 7) Sejam dah tulis mcm ni? Kalau lagi lama, lagi hebat.

  • (Penulis)
    8) @rearrange : Menulis tu seni. Dan seni boleh dizahirkan bila-bila masa. Itu yang I nak tunjuk hari tu sebenarnya.

    @cahatomic : Yeah, mmg influenced by Mr and Mrs Smith and a bit of KontrolHisteria (kontrolhisteria.blogspot.com).

    @26life : Planning to be one? LOL

    @uculer : Hopefully.

Cerpen-cerpen lain nukilan Erica

Read all stories by Erica
No stories.