Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

OH! TIDAK!

 

Aimi dongak ke langit. Matahari memancar terik atas kepala. Matanya disepetkan, tak tahan dengan silau cahaya yang terang. Dia pandang pula ke arah bangunan di depannya. Nampak sudah agak lama dengan cat yang semakin pudar. Namun di situlah dia akan menghabiskan minggu orientasi selama seminggu.

Selesai mendaftar, dia terus disuruh ke bilik di tingkat satu, blok A yang terletak atas bukit. Beg sebesar pemeluk diheret perlahan menaiki bukit yang agak tinggi menuju ke blok A. Aimi terus menapak perlahan. Tangan kanan mengheret beg besar, tangan kiri pula menjinjing beg kecil.  Sampai saja di bilik, dia melihat ada dua buah katil yang sedikit berhabuk. Diperhati sekitar bilik, nampaknya teman sebilik belum sampai.

Aimi rebahkan diri di atas katil. Penat mengheret beg tadi masih terasa. Sekali lagi dia melihat sekitar bilik. Ada dua buah almari pakaian dan dua buah meja belajar di letak di tepi tingkap. Memang sah bilik yang seluas bilik kecil di rumahnya hanya untuk memuatkan dua pelajar saja.

Tiba-tiba bunyi siren yang kuat dan diselangi dengan pengumuman menyuruh semua pelajar baru ke dewan makan dengan segera. Aimi bergegas keluar bilik dan terus menuju ke dewan makan yang terletak di sebelah blok B. Sekali lagi dia terpaksa turun bukit dan melangkah laju ke arah dewan makan.

“Hah! Kenapa lambat?” Seorang fasilitator menegur Aimi yang termengah-mengah menahan nafas.

Err..lambat ke?” Aimi pandang kiri kanan. Semua pelajar lain sudah siap beratur dalam barisan.

“Saya maafkan awak sebab ini kali pertama. Masuk barisan sekarang!”

Aimi  segera beratur di barisan paling dekat dengannya. Dia berdiri di celah-celah  pelajar perempuan. Masing-masing senyap. Kepala masing-masing tunduk seolah-olah ada raja zalim sedang bertitah di depan. Dia sempat jeling tag nama pada fasilitator yang menegurnya tadi. Wan Azman.

“Okey! Mulai hari ini kamu semua akan menjalani minggu orientasi selama seminggu. Proses pendaftaran sudah pun berakhir. Sekejap lagi  waktu makan tengah hari. Sila beratur masa ambil makanan nanti!” Wan Azman, dengan suara lantang memulakan mukadimah pengenalan minggu orientasi.

“Tapi sebelum tu, kami perkenalkan semua fasilitator di kolej ni..” Wan Azman berpaling kepada kawan-kawannya yang berada sama baris dengannya. Masing-masing mula perkenalkan diri.

“Okey! Dah kenal semua? Saya nak kamu semua hafal setiap nama fasilitator di depan ni!” Wan Azman senyum.

Semua pelajar baru mengangguk. Aimi pula cuba jenguk setiap tag nama pada setiap fasilitator. Huh! Nasib baik ada name tag! Buat apa nak hafal! Apa punya bodoh la ketua Fasilitator ni! Aimi gelak sendiri.

*****

 

 

HABIS makan, semua pelajar baru disuruh berehat di bilik masing-masing sambil mengemas mana yang patut.  Aimi mula menapak ke bilik.

Di bilik, Aimi mula mengemas. Pakaian dalam beg besar disusun kemas dalam almari pakaian. Novel kegemarannya pula disusun di rak depan meja belajar. Radio kecil yang dibawa bersama diletak tepi kiri meja belajar. Dia capai penyapu yang diletak di luar pintu bilik dan mula membersihkan lantai yang sedikit berhabuk. Di jeling pula jam loceng yang diletak atas meja belajar, sudah hampir tiga petang. Dia segera capai tuala dan terus ke bilik air yang terletak di hujung floor.

Selesai solat zuhur, Aimi menyambung semula mengemas mana yang patut. Patung beruang besar pemberian abangnya diletak di kepala katil.

“Siapa room mate aku ni?” Aimi berfikir sendiri. Dia pandang katil sebelah. Masih kosong. Sejak pagi tadi hinggalah sekarang, belum nampak batang hidung teman sebiliknya muncul.

 

MALAM itu, Aimi sendirian di bilik. Dia melihat sekitar bilik sambil memeluk patung beruang yang sama saiz badannya. Matanya liar memandang segenap penjuru bilik. Sesekali dia merenung katil kosong dan meja belajar kosong di sebelah. Masih tiada tanda-tanda penghuni lain di situ selain dirinya.

“Hmm..takkan aku tak ada room mate..aku tengok bilik lain semua berdua..agaknya belum sampai lagi kut..” Aimi berfikir lagi. Dia terus baring sambil memeluk patung beruang sebagai peneman tidur. Aimi lena bersama patung beruang yang erat dalam dakapannya.  

 

*********

 

AIMI genyeh mata. Dia tekan lampu kecil di jam loceng. Sudah enam pagi. Dalam keadaan gelap begitu,  dia segera capai tuala dan terus ke bilik air. Kelihatan pelajar baru lain sudah ramai beratur menunggu giliran untuk mandi dan buang air. Hampir lima belas minit baru gilirannya tiba. Hari itu dia hanya mandi ala kadar. Tak sampai lima minit, dia sudah keluar dari bilik mandi.

“Awak duk bilik mana?” Tanya salah seorang pelajar yang sudah tercegat di depan pintu bilik dekat dengan bilik air. Aimi terpaksa melalui beberapa buah bilik lain sebelum sampai ke biliknya.

“Bilik kedua hujung!” Aimi senyum.

Mereka sempat berkenalan.

Aimi meneruskan langkahnya menuju ke bilik sambil mengesat rambut basah dengan tuala.

Aik! Bila room mate aku sampai?” Aimi pandang katil yang sudah siap kemas dan meja belajar penuh dengan buku-buku kemas diatur di sudut kanan meja sebelah.  Almari pula penuh dengan pakaian berjenama.

“Ohh..anak orang kaya rupanya..patutlah daftar lambat!” Aimi intai almari sebelah.

Pagi itu, Aimi mengenakan baju kurung biru dan tudung putih bersulam bunga biru kecil di tepi tudung. Dia segera ke dewan makan untuk sarapan. 

“Di minta semua pelajar baru ke dewan makan untuk sesi pengenalan minggu orientasi!” Tiba-tiba suara dari pembesar suara bergema seluruh asrama.

Aimi mula menapak turun ke dewan makan. Ramai pelajar lain ke dewan makan berdua dengan room mate masing-masing. Dia hanya jeling. Mana room mate aku???

Tiba di dewan makan, Aimi segera beratur seperti yang diarahkan. Selesai ucapan dari ketua fasilitator, semua pelajar dibenarkan bersarapan.

“Awak! Mari sini!”

Aimi menoleh ke arah suara garau di sebelah kirinya. Wan Azman, ketua fasilitator sudah tercegat sambil cekak pinggang. Dia segera mendekati lelaki garang itu sambil membawa tray berisi nasi lemak.

“Mana nasi saya?”

Aimi tercengang. Aik! Tanya pulak! Ambik sendiri la! Rengusnya sendiri.

Err..ada kat sana..” Aimi tunjuk ke arah pelajar yang sedang beratur mengambil makanan.

“Saya tahu la! Maksud saya, bila saya tanya macam tu, awak kena ambil untuk saya! Faham!” Wan Azman masih cekak pinggang.

“Hah! Macam tu ke? Mana saya boleh tafsir kata-kata awak tu..” Aimi pandang Wan Azman dengan wajah cuak.

“Menjawab! Mari sini!” Wan Azman ambil tray Aimi dan diletak atas meja makan panjang.

“Awak nampak hujung sana tu?”

Aimi memandang ke arah jari telunjuk yang dituding Wan Azman. “Nampak!”

“Awak kira benda tu sampai habis! Kalau tak tepat, saya tak bagi tray nasi awak ni! Faham!”

Aimi garu kepala. Dia mula melangkah ke arah sudut yang ditunjuk ketua fasilitator tadi. Sampai saja di situ, Aimi garu kepala sekali lagi. Biar betul! Takkan aku kena kira benda ni! Adoiii!!

Dia jeling Wan Azman yang masih memandangnya tidak berkelip. Cepat-cepat dia mengira lalat yang melekat pada lidi yang telah dilumur dengan getah perangkap lalat. Bukan satu lidi tapi lebih sepuluh lidi tercacak di atas span.  OH! TIDAK!!!

***************

 

 

HARI menginjak malam, hari itu dia cukup geram. Geram dengan sikap Wan Azman yang membulinya pagi tadi hanya kerana tidak faham maksud kata-katanya tadi. Hari pertama minggu orientasi telah bertukar hari sakit hati! Dia lihat katil sebelah.

“Mana room mate aku ni?” Aimi mula bingung. Sudah dua hari dia di situ, kelibatnya belum nampak.

“Ah! Dia ada tu..mungkin dia lepak kat bilik lain..” Aimi terus capai tuala ke bilik mandi

Malam itu, Aimi menyambung kembali membaca novel kegemarannya. Minggu orientasi begitu, kelas belum bermula. Dia ada banyak masa untuk habiskan novel yang hanya tinggal suku lagi untuk sampai ke hujung cerita. Patung beruang dipeluk erat. Lagu dari corong radio berkumandang perlahan memecah keheningan malam.

Sesekali dia jeling jam di meja belajar. Sudah menghampiri sebelas malam. Dia mula menguap. Matanya terasa berat.

Aimi genyeh mata bila terasa bahunya disentuh. Rupanya dia tertidur masa baca novel tadi. Perlahan dia menoleh ke arah seseorang yang sedang tersenyum kepadanya. Seorang gadis cantik berkulit putih dengan lesung pipit di kedua belah pipi. Manis!

Err..awak sapa?” Aimi genyeh mata lagi. Dia mula bangun dan duduk di kepala katil sambil memeluk patung beruang.

“Saya Asha. Room mate awak.” Asha senyum sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

“Ohh..saya Aimi. Bila sampai?” Aimi pandang sekitar bilik.

“Baru tadi.” Asha senyum lagi sambil duduk di kerusi meja belajar.

Aimi jeling jam di meja belajar. Sudah lebih dua belas tengah malam. Dia minta diri untuk sambung semula tidur.

 

 *****************

PAGI-Pagi lagi Aimi bergegas ke dewan makan, takut terlambat. Tak fasal-fasal kena denda lagi macam semalam.

“Eh! Kenapa aku tak ajak room mate aku sekali?” Aimi baru tersedar yang dia terkocoh-kocoh keluar dari bilik tanpa menghiraukan teman sebilik.

“Ah..lantaklah! Nanti aku lambat, kena kira lagi benda tu! OH! TIDAK!!”Aimi melangkah laju.

Nasib baik pagi itu dia tidak kena denda. Dia jeling di sudut meja hujung, kelihatan semua fasilitator sedang menikmati sarapan. Mereka berbual sambil gelak-gelak. Menyampah!!

Selesai sarapan, semua pelajar disuruh berkumpul di dewan pelajar di sebelah dewan makan. Aimi bersama pelajar lain mula melangkah masuk ke dewan pelajar. Mereka disuruh duduk bersila mengikut barisan masing-masing. Lelaki dan perempuan diasingkan. Aimi bersama pelajar lain mula mendengar syarahan dari ketua fasilitator.

“Okey! Hari ini kami nak kamu semua perkenalkan room mate masing-masing!” Wan Azman mula bersuara sambil berpeluk tubuh di depan pelajar baru.

Aimi ternganga. Dia perhati semua pelajar di dewan itu. Matanya melilau mencari Asha. Tak ada! Hatinya mula resah. Mana Asha ni?? Haru la macam ni!! Aimi garu kepala lagi.

Dia jeling lagi. Seorang demi seorang pelajar mula memperkenalkan room mate masing.masing. Ah! Macam mana ni??? Aduhh!!! Aimi mula kelam kabut. Peluh mula menitik di dahi.

“Awak??”

Aimi mendongak. “Hah!!”

“Ya! Awak! Giliran awak perkenalkan room mate dan room mate awak akan perkenalkan awak pula.” Wan Azman senyum.

Haa..err…emm…” Aimi mula menggelabah.

“Apa haa..er..emm??? Mana room mate awak?” Wan Azman beliakkan mata. Minah ni selalu buat hati aku sakit!

“Se..sebenarnya..dia tak ada kat sini..” Aimi tunduk. Die jeling lagi pelajar di situ. Memang kelibat Asha tak ada!

“Tak ada? Mana boleh? Siapa nama room mate awak?”

“Asha!” Aimi pandang Wan Azman. Wajahnya mula pucat. Mampus aku! Mesti kena denda lagi ni! OH! TIDAK!!!

“Asha!!” Wan Azman mula panggil nama Asha dengan suara kuat. Bergema suara nyaringnya di dalam dewan itu.

Diam. Senyap.

Sekali lagi Wan Azman menjerit nama Asha. Senyap.

“Baiklah! Lepas ni awak jumpa saya di bilik fasilitator! Pelajar lain ikut arahan fasilitator lain!” Wan Azman mengarahkan Aimi ke biliknya.

 

 ***********

AIMI melangkah perlahan ke dalam bilik fasilitator. Wan Azman sudah siap menunggunya sambil memandang tepat ke arahnya. Dia berdiri macam patung di depan meja.

“Siapa nama awak?” Wan Azman berpeluk tubuh. Matany tepat merenung Aimi yang tunduk dari tadi.

“Aimi.” Aimi masih tunduk. Tidak berani memandang wajah lelaki yang mula meluat pada pandangan matanya.

“Mana room mate awak?”

Aimi masih tunduk. Aduh!! Macam mana aku nak cakap ni??? Asha pun satu! Mana dia pergi ni???

Err..malam tadi dia ada tapi pagi ni tak ada pulak!” Aimi masih tunduk.

“Saya tak faham! Sekejap ada, sekejap tak ada! Awak ni cakap apa?” Wan Azman bersuara tegas.

“Betul a..abang..” Aimi mula garu kepala. Tiba-tiba terpacul dari mulutnya perkataan ‘abang’

Wan Azman senyum. Lembut bila gadis itu panggilnya abang. Kembang hidungnya seketika.

“Ehem! Nanti kalau dia ada, suruh jumpa saya di bilik ni! Tapi sebelum awak pergi, nampak tu?” Wan Azman tuding ke arah sebuah tangki di sudut bilik.

Aimi menoleh. Seketika kemudian dia angguk.

“Saya nak awak kira semua ikan yang ada dalam tu! Tepat!” Wan Azman masih duduk di situ berpeluk tubuh.

Gila??? Kira ikan dalam akuarium tu??? Kalau ikan tu mati okeylah jugak…ni tengah riang berenang ke sana kemari!! OH! TIDAK!!!!

Aimi segera mendekati akuarium dan mula mengira ikan –ikan kecil yang seronok berenang. Aduh!! Ikan oi!! Freeze la!! Macam mana aku nak kira ni!!!

Wan Azman masih memerhati Aimi terbongkok-bongkok mengira ikan berenang. Dia gelak sendiri. Kiralah Aimi! Sampai esok pagi pun kau tak bleh kira dengan tepat!

 ***********

 

MALAM itu, sekali lagi Aimi sakit hati. Semalam dia kena kira lalat yang melekat kat lidi, hari ini pulak kena kira ikan berenang pulak!! Geram!!

“Mana Asha ni? Sebab kaulah aku kena kira ikan!!” Aimi pandang katil Asha yang masih kemas. Patung beruang yang dipeluknya diramas kuat sampai tercabut hidung hitam beruang itu.

Aimi segera mencapai novel dan terus menyambung kembali membaca di muka surat yang ditanda semalam.  Jam di meja  belajar sudah hampir dua belas malam. Dia segera ke bilik air bila terasa sakit perut. Terkocoh-kocoh dia berlari.

“Aimi! Kau nak ke mana?” Tiba-tiba Asha menegurnya.

Aimi pandang belakang. Dia mengerutkan kening. Tiba-tiba Asha muncul di situ. Aimi mula keliru. Tadi masa dia keluar dari bilik tadi, tak ada sesiapa pun  di situ.

“Bilik air! Sakit perut!” Aimi  terus berlari.

Sampai di bilik air, kakinya terhenti. Terkejut melihat Asha di sudut singki di hujung bench berhadapan cermin bilik air.

Err..Asha..awak kan tadi kat bilik?” Aimi garu kepala.

Asha diam. Dia hanya senyum.

Aimi semakin bingung. Ah! Biarlah! Aku sakit perut ni! Nanti terberak kat sini pulak! Dia segera masuk ke tandas.

“Kenapa dia ada kat sini? Tadi aku nampak kat bilik? Takkan cepat benar dia berjalan? Aku yang berlari bagai nak rak tadi pun..tak tertahan dah..” Aimi masih berfikir sambil meneran.

Lega. Dia tarik tali flush dan segala-galanya telah selamat. Aimi keluar dari tandas dengan perasaan lega. Matanya melilau mencari kelibat Asha. Tak ada. Dah masuk bilik agaknya! Fikirnya sendiri.

Dai terus meninggalkan bilik air dan melangkah ke arah biliknya. Kelihatan bilik lain kebanyakannya sudah gelap. Ada yang masih bersembang di sebalik pintu yang terbuka sedikit. Sesekali mereka senyum kepadanya.

Sampai di bilik, Asha telah pun tidur. Aimi duduk di katil sambil peluk patung beruang. Hidung beruang tadi dicantum semula. Kesian kau bear, hidung kau tercabut! Aimi masih betulkan hidung patung beruangnya.

Dia jeling Asha yang tidur membelakangkannya. Hmm..Asha memang cantik. Kulit putih, gebu, rambut panjang hitam berkilat. Mesti ramai yang jatuh cinta. Aimi masih menatap teman sebiliknya yang tidur lena mengadap dinding.

Ingin saja dia tanya fasal hal tadi tapi dibiarkan saja. Biarlah Asha tidur. Esok pagi, dia akan tanya. Aimi tutup lampu dan mula tidur.

 

 *************

“AIMI!”

Aimi berpaling.

Kumari senyum. Dia menginap di bilik berhadapan dengan bilik Aimi.

 Aimi turut senyum. Dia jenguk ke dalam bilik Kumari. Yvonne, teman sebilik Kumari turut senyum.

“Kumari, ada apa?” Aimi senyum. Dia berdiri di depan pintu bilik.

Err..kau masuk bilik aku jap!” Kumari tarik tangan Aimi masuk ke biliknya. Pintu bilik ditutup rapat.

Aimi duduk atas katil Kumari sambil memandang Yvonne yang duduk di katil sebelah.

“Siapa room mate kau?” Tiba-tiba Kumari bertanya.

“Asha! Kenapa?” Aimi senyum.

“Tak nampak pun?” Yvonne pula menyampuk.

“Ada! Malam tadi dia tidur kat katil dia!” Aimi senyum lagi.

Yvonne dan Kumari saling berpandangan. Aimi pula hanya senyum.

“Kau pasti?” Kumari bertanya lagi.

Aimi mula pelik. Pasti?? Apa pelik benar soalan?

“Ya! Kenapa?” Aimi mula bertanya kembali.

Err..tak ada apa..” Kumari bisik ke telinga Yvonne.

“Kau bisik apa? Tak baik tau bisik bila ada orang ketiga!” Aimi sengih.

“Tak ada apa..okeylah! Kejap lagi ada program kan?” Kumari cepat-cepat bersiap.

 *************

 

AIMI masih memikirkan kata-kata Kumari sebentar tadi. Dia mula termenung. Jenuh otaknya menafsir setiap  butir bicara Kumari. Pasti???

“Awak! Termenung dari tadi! Mari sini!” Wan Azman mengarahkan Aimi ke tempatnya.

Aimi hanya mengikut. Alamak! Mesti nak tanya fasal room mate aku ni!!

“Mana Asha?”

Aimi pandang Wan Azman. Sah! Dia tanya fasal room mate aku lagi!!

Err..dia ada malam tadi tapi sekarang dah tak ada..” Aimi tunduk.

“Awak ni ..berbelit tau tak? Macam biskut! Sekejap ada, sekejap tak ada!” Wan Azman marah Aimi.

“Kalau awak nak jumpa dia sangat, datanglah bilik saya malam ni!” Aimi mula geram. Teringat Asha hanya ada waktu malam saja.

“Apa??? Apa awak cakap?”

Aimi terdiam. Eh! Apa aku cakap tadi ek??? Aduh!!

“Awak suruh saya ke bilik awak malam-malam? Apa, awak nak serah body awak ke?” Wan Azman sengih.

Aimi dongak. Matanya bulat memandang Wan Azman yang tersengih.

“Gila!!!” Aimi ketap bibir.

“Habis, kenapa suruh saya datang bilik awak malam-malam?” Wan Azman sengih lagi.

“Asha! Dia hanya ada waktu malam!” Aimi mula sakit hati.

Wan Azman diam. Dia mula berfikir. Dia suruh Aimi duduk di situ sementara dia keluar sebentar.

 Aimi mula melangut di situ seorang diri. Gila!! Serah body??? OH!TIDAK!!!

*********

WAN AZMAN kembali semula ke bilik fasilitator bersama sebuha majalah di tangannya. Aimi masih di situ. Dia renung mata Aimi sekali lagi.

“Nama dia Asha kan?” Wan Azman pandang Aimi yang mula tunduk.

Aimi angguk.

“Nama penuh dia Asha binti Malik. Dia sebenarnya pelajar tahun satu di kolej ni dulu. Dia pernah duduk di bilik 4A di blok A.”

Aimi bingung. Itu bilik aku!

“Tengok ni!” Wan Azman suruh Aimi melihat majalah kolej yang ada gambar Asha.

Perlahan Aimi melihat gambar yang dimaksudkan Wan Azman tadi. Memang sah gambar Asha!

“Dia mati gantung diri di bilik tu setahun yang lalu sebab dirinya diperkosa teman lelakinya.” Wan Azman tutup semula majalah.

Aimi terkedu. Kaku. Kaget. Semua perasaan di hatinya kini sudah seperti nasi kerabu.

OH TIDAAAAAAAAAKKK!!!!!!

Aimi terus gelap mata.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Menarik pengakhirannya. Ingatkan cerita apa la tadi... Rupa-rupanya cerita seram. Haha. Saya bukannya jenis yang suka cerita macam ni tapi bila baca bahagian awal, rasa rilek je... Boleh tahan.

  • (Penulis)
    2) asconrobin..aak tak suka seram eh??...
  • 3) Menarik! Cerita suspens / seram adalah susah untuk ditulis. Pace dah okey dah tu. Mungkin boleh selit satu dua elemen seram lagi utk jadikan pace cerita lebih laju; tapi ini cerita yang perfek!

  • (Penulis)
    4) rearrange: thanks..akan saya perbaiki lagi masa akan dtg..
  • 5) betul kata rearrange tu.

    teringat pulak aku zaman minggu haluan siswa..hehe
  • 6) hmm .. karya akak sentiasa santai dibaca. tapi cerita yang ni agak tak fokus plotnya.
    dari segi hinting pun agak terbocor awal. dah boleh agak apa yang jadi

  • (Penulis)
    7) caha: hehhe..betul la...semalam hujan..atap bocor..patut la air banyak masuk cerpen ni..nak kena tampal tempat yg bocor tu..
    26life: minggu haluan siswa memangsakit hati..pengalaman saya sendiri..
  • 8) Kaksal punya cerita ni musti ada selit sentimental memori dia ni... hihi
  • 9) Kenangan ni kena buli. Haha. Manis tau dpt bawa pembaca dlm kenangan ni.

Cerpen-cerpen lain nukilan ciksal

Read all stories by ciksal