Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Azrul VS Alia

 

“Lepas ni apa pulak yang naik? Aku pun tak tahulah”rugut Azrul sebaik sahaja meletakkan akhbar di atas meja.
Aleya terhenti makan seketika. Dia sudah tahu berita tentang isu kenaikan harga minyak akan dibangkitkan oleh semua orang. Dia pada mulanya amat marah tetapi bila difikir-fikir semula, kenaikan harga minyak terpaksa dibuat untuk menangani kadar peningkatan harga minyak mentah.
“kalau ikutkan hati mahu saja nak wujudkan demotrasi bantah kenaikan harga minyak macam Indonesia”kata Azrul semakin tidak puas hati. Aleya terus tidak jadi makan.
“Buatlah, nanti tak pasal-pasal kau tu kena buang universiti. Kau tak berasa bersyukur ke hidup di negara ni? Negara kita aman damai, kau tu jangan pasal-pasal buat kecoh. Indonesia negaranya tak sama macam negara kita. Rakyatnya ramai yang miskin sebab itulah mereka bekerja di negara kita.”jelas Aleya
“Aku bersyukur Leya tapi banyak benda dah naik harga tahu tak, gara-gara harga minyak naik, semua barang naik. Tak bolehlah aku nak rempit selalu sebab harga minyak dah naik”kata Azrul kesal teramat sangat.
Aleya tergelak kecil. Merempit juga yang Azrul fikirkan rupanya
“hei, kau buat apa nak rempit-rempit? Bila kemalangan, patah kakilah, patah tengkuklah. Kau ni tak serik-serik lagi ke? Duduk hospital berbulan-bulan lamanya, degil! Kau tak ingat lagi kawan sekuliah kau, Nizam mati akibat merempit. Aku memang setuju kalau kerajaan naikkan harga minyak setiap tahun”
“Kau ni tak prihatin langsunglah keadaan rakyat”marah Azrul"
“Kau yang tak prihatin langsung. Berlumba tengah-tengah malam, buat bising, buat aksi maut, itu ke yang dinamakan prihatin? Orang menyumpah kau tengah-tengah malam adalah. kau kena ingat, kenapa harga minyak dinaikkan. Kau tahu kenapa?”soal Aleya pula.
Azrul menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Marah pandai. Tak tahu asal usul sebab, kau dah marah-marah. Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol dan harga runcit LPG untuk mengurangkan subsidi petrol dan diesel. Sebagai rakyat kita harus membantu kerajaan membendung pertambahan subsidi yang harus ditanggung oleh kerajaan. Kenaikan harga terpaksa dibuat untuk menangani kadar peningkatan harga minyak mentah dunia dan membendung pertambahan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan dah laburkan berjuta-juta ringgit untuk kita, untuk semua. Contohnya, Kerajaan berikan kita kemudahan jaringan jalan raya yang terbaik di dunia tapi kau sedikit pun tak hargai”jelas Aleya panjang lebar.
“Tapi negara kita juga mencatatkan jumlah kemalangan yang tertinggi di dunia”bantah Azrul selamba.
“Itu aku tahu, tapi kemalangan yang paling tinggi adalah kerana mat-mat rempit macam kau. Kalau Mat rempit yang tak mati, mat rempit yang menyebabkan kemalangan, menyebabkan kematian. Aku tanya kau, kawan kau tu, si Nizam mati sebab apa? Mati sebab langgar tiang lampu isyaratkan?betul tak? punca utama kematian akibat kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu itu sendiri”tingkah Aleya seperti meninggatkan. Azrul seperti termangu - mangu
“kau pun tak nak naik motor dengan aku pun sebab takut matilahkan?” ungkit Azrul tiba - tiba. Baru dia sedar kenapa Aleya tidak suka naik motor dengannya.
“Azrul, kematian ada di mana-mana. Dalam tidur pun kita boleh mati tau. Kau tu bawa motor macam pelesit. Lagipun mak aku tak kasi naik motor dengan kau sebab kau bukan mahram aku” balas Aleya.
“Nak pergi dating pun kena naik komuter dan bas, tak best langsung”Azrul merungut. Biarpun Aleya selalu mengawasi dirinya tetapi Aleya gadis yang tak sama dengan gadis-gadis yang dia kenalinya. Aleya berbeza sama sekali. Aleya seorang gadis yang pintar dan petah dalam berbahas. Aleya juga banyak membantu dia dalam pelajaran. Setiap semester Aleya akan merangkul anugerah dekan. siapalah tidak bangga mempunyai kekasih yang sebijak Aleya.
“Biarlah, lagi selamat sebab ramai orang. Lagipun mengurangkan kenderaan di jalan raya adalah mengurangkan kesesakan jalan raya”
“Dalam bas dan komuter ada orang raba-raba, ha, tak takut ke?” soal Azrul menakut-nakutkan Aleya yang merenung mukanya dengan mata tajam
“Aku tampar terus muka dia”Aleya mencerlangakn kedua-dua biji matanya
“kalau aku?” Azrul mengusik
“Aku tumbuk muka kau sampai koma!”marah Aleya dengan muka serius.
“sampai hati kau”Azrul buat muka sedih. Aleya menjeling. Kalau Azrul terasa hati pun dia tidak kisah. Sikapnya yang suka berterus terang adalah sikapnya dari kecil. Kalau Azrul minta putus pun dia tak kisah, lagi bagus. Dalam usianya yang muda dan masih belajar sebenarnya tidak layak untuk bercinta. Memandangkan Azrul selalu mendesaknya menerima dia melebihi dari seorang sahabat, Aleya terima walaupun dengan separuh hati. Dia mengenali Azrul sejak alam tadika dan mengenali salasilah keluarga lelaki itu, dia tidak teragak-agak menerima lamaran cinta dari Azrul. Walaupun Azrul selalu mengadu dia terlalu serius dan tidak pandai ambil hatinya, Aleya tetap dengan caranya. Dia tidak mahu terlalu lemah dengan pujuk rayuan lelaki.
“Biarlah, kau bukannya suami aku”kata Aleya terus meneguk minuman.
Azrul merenung wajah Aleya, cantik bertudung dan berpakaian sopan. walaupun wajahnya serius Aleya tidak sesombong mana kalau pertama kali bertemu“Kalau duit pinjaman dinaikkan pun bagus jugakan?”kata Azrul tiba-tiba.
“Apa? Duit pinjaman yang ada sekarang ni pun dah lebih dari cukup tau. Buat apa nak banyak-banyak? takut kau tu tak terbayar duit pinjaman, buat apalah nak duit pinjaman banyak-banyak? tukar motor baru? Telefon bimbit baru? Beli kereta? Pergi disko? Duit pinjaman tu duit belajar kita, duit beli buku, duit buku rujukan, duit makan, duit beli pensel dan pen. Kau tu aku tengok, pergi kuliah pun malas nak bawa pen, asyik minjam je. Ha, nanti keluar duit pinjaman nanti, beli stok pen banyak-banyak”sindir Aleya tergelak kecil. Azrul tercenggang. Aleya memang suka cakap lepas kadang-kadang Aleya lansung tidak memikirkan hati dan perasaannya. Kadang - kadang Aleya tidak seperti kekasihnya.
“Kau janganlah sindir-sindir aku. Aku Cuma terlupa bawa” kata Azrul dnegan sedikit marah.“Lupa ke malas? Pen tu ringan, motor tu berat, mana yang lebih senang bawa?”Aleya sengaja menambahkan sakitkan hati Azrul. Dia tahu Azrul tidak akan memarahinya malah Azrul cuba mahu memanjakan dirinya tetapi dia akan mengeraskan hatinya. Dia tidak akan mengalah
“Lagipun pada aku, sepatutnya tiada masalah dengan kenaikan harga minyak sebab rakyat Malaysia ni kaya”“Kaya kau kata?”Azrul tersentak. Alyea tersenyum“yelah kaya sebab banyak habiskan duit di program rancangan realiti. Hantar sms semata-mata minat dan fanatik kepada seseorang penyanyi. suara tak sedap pun kata sedap. Mengundi pun sebab dia pandai ambil hati, baik hati, sopan haa bila dah betul-betul jadi artis berlagak pulak. Orang kita dah kayakan sesebuah televisyen swasta berjuta-juta jadi tak ada sebab mengapa kita tak boleh membantu kerajaan. Tahu tak satu sms Cuma 50 sen sedangkan kerajaan naikkan minyak Cuma 30sen. Tiada masalah bukan?”“cakap memang senang”keluh Azrul. dia sebenarnay sudah terperangkap dnegan kepetahan Aleya.“cakap memaglah senang. Ada mulut, aku bercakaplah, tak susah pun. memang senang kalau kau tak selalu hantar sms kat rancangan program realiti tu kalau kat rancangan Bersamamu tak apa juga dapat kau pahala” Aleya mendengus.“pada kau harga kenaikan minyak ini membawa petanda positif ke?”soal Azrul yang semkain tidak puas hati, mahu menukar topik soalan.“Ya. Kerajaan bukan suka-suka tetapi terpaksa memandangkan harga minyak yang kadang-kadang tidak stabil.lagipun kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi petrol dan diesel untuk mengurangkan bebanan pengurusan kewangan negara. Bila aku fikir-fikirkan semula, rakyat yang banyak ambil kesempatan, contohnya, ada peniaga menjual harga ikan dengan nilai harya yang tinggi walaupun nelayan-nelayan kita juga diberikan subsidi. Kita harus membantu kerajaan kita, Azrul. Ingat tak apa kata Perdana Menteri kita?”kata Aleya bersungguh-sungguh. Sebagai pelajar Ekonomi dia juga banyak mengkaji tentang dunia ekonomi dan dunia perniagaan negara Malaysia. Azrul terangguk-angguk“Apa dia?”tanya Azrul seperti orang bodoh“Bekerja bukan untuk saya tetapi bekerja bersama-sama saya, itulah kata-kata Dato’ Seri Abdullah kepada rakyatnya. Ini menunjukkan dia mahu kita semua turut sama-sama memanjukan negara kita. Jangan terlalu bergantung pada PM dan kerajaan semata-mata.”tekan Aleya tersenyum bangga. Dia benar –benar berbangga dengan pentadbiran Perdana Menteri kelima itu. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu kepada negaranya sehingga kadang kala sanggup mengetepikan hal-hal peribadi dan keluarganya. Itulah idolanya, seorang toloh pemimpin yang tabah dan bersemangat di sebalik ketenangan wajahnya“Wah, kau betul-betul patriotik ye?”Azrul menyindir“Mestilah. Azrul, kau tak rasa bersyukur ke hidup di Malaysia ni? Aku rasa bersyukur sangat. Walaupun Kerajaan terpaksa naikkan harga minyak tapi banyak kemudahan dia berikan pada rakyat Malaysia. Terlalu banyak sangat. Macam yang terbaru RMK 9, banyak perubahan akan dilakukan seperti membanteras kemiskinan, meningkatkan taraf hidup wanita, meingkatkan pendidikan seperti mendirikan lebih banyak sekolah dan bermacam macam lagi untuk menyamaratakan kehidupan masyarakat agar tiada lagi masyarakat yang ketinggalan”
“RMK 9?”potong Azrul terpinga-pinga“kau nikan buat malu aku jelah. Nama je pelajar Universiti tetapi tak tahu apa-apa pun. Rancangan Malaysia ke 9 lah!”“Bosanlah cerita pasal minyak, RMK 9. kita ceritalah pasal kita”kata azrul tersengih-sengih.
“Cerita apa pulak tentang kita? Kitakan masih belajar”kata Aleya acuh tak acuh
“tentang kita,bila nak kahwin, berbulan madu di mana, nak anak berapa orang , beli kereta apa, nak beli rumah macam mana dan bermacam-macam lagi”kata Azrul merenung wajah Aleya. Dalam-dalam. Aleya menolehkan mukanya ke tempat lain.
“Azrul, kita masih belajar lagi. Jangan terlalu memberi harapan. Untuk pengetahuan kau, aku tak suka mengharap dan diharapkan. Kalau kita ada jodoh, itu semua kita boleh bincang bila kita dah nak kahwin”kata Aleya lembut.
“tapi apa salahnya kita merancang”tukas Azrul.“Memang, ALLAH yang menentukannya. Kita tak mahu kita memungkiri janji. Hati manusia mudah berubah-ubah. Manalah tahu kau akan jumpa wanita yang lebih baik dari aku suatu hari nanti”“kau yang terbaik, Aleya. Kau terlalu baik”“Tidak, apa pun, kita jangan mengharap sangat nanti kita juga yang kecewa”“Ataupun kau dah ada lelaki lain!?”suara Azrul mengeras“Selagi aku belum menjadi isteri orang, aku berhak berkawan dengan sesiapa yang aku suka. Apapun aku jujur dan setia pada hubungan kita dan selebihnya biarlah DIA yang tentukan. Okeylah, aku nak balik dulu. Aku ada latihan nyanyian sekejap lagi ni”Aleya merenung jam ditangannya.
“kau nak masuk Akademi Fantasia ke atau pun Malaysian Idol , betuk tak? Walaupun petah bercakap tapi tak sangka awek aku pun pandai menyanyi juga”kata Azrul tersenyum bangga.
Aleya mahu tergelak.“Apa barang Akademi Fantasia dengan Malaysian Idol, aku ada latihan koir untuk lagu-lagu patriotik untuk hari kemerdekaan tidak lama lagi”Aleya berkemas-kemas lalu berdiri.“nak aku hantarkan?”Azrul menawarkan diri, hampir mahu bangun
“Tak mahulah, aku tak mahu menyusahkan kau. Kenderaan awam banyak. bukan apa nanti kau terpaksa keluarkan duit minyak lebih pulak”Aleya menolak. Bukan niatnya untuk mengecilkan hati Azrul tetapi dia tidak mahu menyusahkan Azrul.
“Nah, tolong bayarkan nasi goreng dengan teh tarik ni ye”Aleya meletakkan sekeping note merah di dalam saku Azrul.“Hei, tak apalah. Biar saya bayar. Kau ni, janganlah macam ni. aku kan kekasih kau”Azrul menghulurkan semula wang merah itu. Aleya menggigit bibirnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Duit itu diotolak di hadapan Azrul
“Okeylah, duit ni aku guna untuk belanja kau tengok wayang nak tak?”
“Kau ni tak faham-faham lagi ke? kan aku dah kata aku takkan tengok wayang dengan kau. Kita jumpa keluar makan cukuplah. Kita bukannya suami isteri” kata Aleya sedikit marah. Lagipun emaknya selalu berpesan jangan selalu keluar dengan lelaki yang bukan muhrim. Kata emak lagi, kalau dah berdua macam-macam boleh berlaku“tapi..... kitakan pasangan kekasih”kata Azrul manja.“Kekasih kau yang ke berapa?”usik Aleya.
“Errrr yang lain-lain tu Cuma kawan je”kata Azrul takut-takut. Aleya terus berlalu selepas memberi salamSewaktu dalam perjalanan menuju ke ke stesen bas, Aleya berselisih dengan seorang gadis seksi, memakai jeans ketat dan baju tanpa lengan. Hati Aleya berdebar-debar. Dia pernah terserempak dengan gadis itu bersama-sama Azrul tidak lama dulu. Dia mengambil keputusan mahu berpatah balik.
Di belakang gerai Coffe bean, dia melihat gadis tadi begitu mesra dengan Azrul. Siap suapkan Azrul makan, Aleya tersenyum gelihati. Sudah ramai kawan-kawannya memperkatakan tentang kecurangan Azrul dibelakangnya. Sama ada percaya atau tidak, dia tidak sesekali mengugut Azrul untuk mengaku sebaliknya dia mahu melihat sendiri kecurangan Azrul. Aleya tersenyum nakal bila dia sudah mendapat idea untuk mengenakan Azrul.Kakinya perlahan-lahan menghampiri meja makannya tadi. Gadis itu terkekeh-kekeh ketawa bila di usik Azrul.
“Assalammualaikum, Azrul”sapa Aleya tersenyum
“A....A...Aleya...ke....kenapa?”tanya Azrul tergagap dalam ketakutan. Gadis seksi itu merenung tajam muka Aleya.“Abang, saya terlupa nak ucapkan terima kasih sebab sudi belanja saya makan. Abang jangan lupa tau telefon saya malam ni. Kan kita dah janji nak tengok wayang sama-sama!”kata Aleya dengan suara yang sengaja dimanjakan. Azrul meneguk liur saling berpandangan dengan gadis di sebelahnya. Muka gadis itu terus berubah menjadi marah. Aleya menahan gelak.“Rina, abang... abang tak kenal dia langsung!”kata Azrul semakin menggelabah. Aleya tersentak, sanggup Azrul berkata begitu tentang dirinya. Tidak salah kalau Azrul mengatakan dia cuma bersahabat. Azrul seperti sudah membunag jauh-jauh dirinya kerana gadis cantik itu. Aleya terus berlalu dengan langkah yang laju. Tiba-tiba dia menerima SMS dari Azrul.Saya tetap sayang dan cintakan awak. Jangan tinggalkan saya, Aleya!Pergi mampus! Kini hatinya tiada tempat untuk mana-mana lelaki lagi. Dia nekad, tiada cinta untuk sesiapa lagi selepas ini. Pengajiannya harus ditamatkan yang hanya tinggal lagi satu semester lagi. Selepas tamat pengajian dia harus mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan membayar semula wang pinjaman. Dia tidak mahu hidup dalam berhutang. Aku mahu berbakti kepada diri aku, keluarga aku, bangsa, agama dan negara aku yang tercinta. Dia bersyukur kerana tidak memberi sepenuh hatinya kepada Azrul. Tiada rasa kecewa atau marah kepada Azrul sebaliknya dia bersyukur mengetahui siapa Azrul sebenarnya. Mengenali lelaki itu sejak kecil bukannya lambang usia yang mengukur kesetiaan atau kejujuran seseorang. Langkahnya semakin laju. Tiada air mata sebaliknya senyuman yang semakin mekar. Dia hidup dalam ketenangan dan kedamaian. Tiada siapa lagi yang mengongkong dirinya lagi. Dia bercita-cita mahu menjadi pakar ekonomi dan membantu Malaysia menjadi rantau ekonomi yang terbaik di dunia suatu hari nanti. Saat itu dia merasakan langkahnya begitu luas di jalan yang sempit. Akan ku ukir nama aku di dada Malaysia!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kisah mengenai lelaki samdol yang tahu nak salahkan kerajaan, pentingkan diri, nak mudah dan senang je lepas tu jadi playboy low class VS seorang perempuan yang tegas, berpendirian, naif soal negara, sangat patriotik, mudah termakan propaganda, tidak begitu kritis dalam menganalisis keadaan selain yang terpapar di media perdana.

    ok .. dan tambahan seorang gadis bimbo yang seksi. hehehehe.
  • 2) Isu yg dikupas sgt menarik. Seronok membaca tetapi itulah, komen saya sekadar menyambun komen caha
  • 3) Cerita berteraskan 'fuel oil consumption' eh?

    Jaga-jaga typo.

  • (Penulis)
    4) tq semua atas kritikan,....saya masih belajar

Cerpen-cerpen lain nukilan idanardiel

Read all stories by idanardiel