Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hati Mati

 

Open Playlist Song. Searching track.

Set fire to the rain by Adele. *PLAY*

Bila bertemu matahari dia mengukir senyuman paling manis. Bila saat matahari hilang mentari, hatinya seperti turut sama pergi membawa gembira yg dialami tadi. Malam, kadang-kadang kau lakarkan rembulan yg mampu datangkan rasa puas hidup di dunia. Namun dalam duniaku, senyum tawaku walaupun kuat mengilai menggila, aku tetap rasa perit derita.

                Qisya. Nama gelaran yg berikan teman baiknya, Adzan.  Persahabatan jarak jauh. Wujud bagi mereka berdua yang tidak pernah berjumpa. Cukup sekadar berkongsi cerita melalui sms, kadang-kadang bila Qisya menggila, ada sahaja idea nak prank call Adzan.

                                10 things about me

SMS dihantar. Qisya menunggu. Sungguh kadangkala SMS dihantar kepada Adzan untuk menghilangkan rasa bosan.  SMS diterima.

                                 Friendly. Fun. Wise. Caring. Cool.

                      Chaotic. Speed talker. Weird.

                      Pitiful. Detailed *very*.

Qisya tidak puas hati dikatakan ‘pitiful’. Jadi Adzan gantikan ia dengan Handsome. “eh aku ni hensem ke?”, ngomel  Qisya.

Mungkin comel, ataupun cantik ataupun cun gila kan. Adzan ego la tu.”, Qisya tersenyum sendiri. Hilang rasa bosan tadi.

Adzan. dia pembawa semangat Qisya ketika Qisya hanyut dalam derita dek bahana putus cinta. Ayat Adzan mudah. Cinta Allah itu cinta sejati. Huluran pos buku Rabiatul Adawiyah daripada Adzan dari Sibu, menjadi teman ketika duka. Sekurang-kurangnya, ada ilmiah di isi daripada terus membazir menadah takungan air mata. Itu lah pendorong Qisya. Rabiatul Adawiyah. Serikandi Islam.

Shahrul Idham Abdul Hamid. Lelaki yang dulu dibenci Qisya gila-gila tak beringat bencinya, entah bagaimana bencinya itu diganti dengan bercinta. Betul kata orang tua, jangan dibenci sangat, takut nanti jatuh suka. Mulut masin si Angahdira, adik sepupu Qisya membuka satu deria instinct Qisya. Seminggu tidak mendengar khabar berita buat Qisya rasa kekasihnya seperti tiada. Orang putih kata, GONE.

                Betullah kata hati. Qisya membuat keputusan menarik diri dari cinta tiga segi seorang lelaki dan wanita yang usianya lewat 30-an, yang ‘matang’ seperti cinta monyet. Main-main. Seminggu Qisya diam, jadi zombie dalam rumah sendiri. Memerap tidak beragak. Kepam berlecak ketiaknya mungkin dalam bilik bahang, umpama hilang pedoman. Gila. Cinta itu boleh buat orang jadi gila. Betullah kata Adzan, sudah bercinta dgn Allah, baru Allah berikan cinta manusia. Ah, lambat benar Qisya nak paham benda mudah. “lampi kau Qish!”, Qisya melenting pada pantulan muka sendiri.

Open Playlist Song.  Give me some sunshine by Suraj Jagan. NOW PLAYING~

                Pencicit teman setia remaja 21 tahun ini. Dirinya tampak lebih berani bernada lantang setelah pelbagai masalah dia pernah harungi. Di blacklist sebagai ancaman kepada pihak pentadbiran di kampusnya, umpama di dahinya bertulis I AM A TERRORIST. Siapa sahaja pihak atasan yg tidak tahu menahu penulisannya di blog yg mendedahkan aktiviti  ‘bodohkan pelajar’ menggemparkan dan berjaya menakutkan semua staff pentadbiran di kolejnya. Apabila ke blok pentadbiran, langkahnya berlagak Nauzubillah. Puas hatinya dapat menghebahkan penipuan dan alasan belaka pentadbiran di kolejnya. Qisya Quraisya. Nama sole-author blog DiaryMurka. Hasil tulisannya di cetak dan diagihkan ke semua staff termasuk para pensyarah. Tapi betapa kukuhnya bukti dan padunya cynical Qisya Quaraisya ini, senior lecturers di kolejnya gelak terbahak apabila Unit Pentadbiran goyang lutut dengan penulisan umpama satu karangan 2 muka surat itu yg penuh cerita ‘sindiket’ Hal Ehwal Pelajar.

-------

                Perilaku seperti tidak pernah punya masalah, kelihatan sedikit berada dan tegas air mukanya. Siapa yang tak pernah kenal mesti first impressionnya anggap dia ni garang gila. Itulah yg kawan-kawan Qisya pernah katakan sepanjang perkenalan 3 tahun pengajian diploma bila mengungkit kembali zaman newbie dalam kampus. Sebalik wajah garang Qisya, dan tuturnya yg kasar, Qisya suka berjenaka dengan menyakat rakan-rakannya sehingga bergegar satu bangunan asrama perempuan tu dgn jeritan., “Qish niiii!!!!!!!”. Alah. Bergurau je..

“Sab, aku nak cerita something dengan kau.”

  “Cerita ape kau ni Qish? Serius je bunyik takut lah aku, tak penah2 kau ni.”

Malam itu malam Qisya ceritakan satu kisah sedih hidupnya. SATU sahaja. Sab menangis bila Qisya luahkan segala yg terbenak di hati. Sab, rakan sebilik Qisya tidak pernah menyangka, kawan yg riang di hadapannya ini harungi kisah hidup yang perit. Malam itulah Qisya lega. Dan sejak malam itu lah, Sab tidak akan biarkan Qisya duduk sendirian.  Takut menangis meroyan sensorang katanya. BAIKLAH.

-------

Earphone putih berjalur biru dipasangkan di telinga. Qisya rancak mendengar lagu dalam playlist handphone Android Xperianya. Menghadap siling putih ruangan bilik asramanya, Qisya menuruti lirik lagu dan bait melodinya.

Tuhan berikan aku cinta – AYUSHITA.  NOW PLAYING~

Bunyi esak tangis. Qisya terdiam. Terus menekan punat pause pada skrin sesentuh henfonnya. Qisya amati bunyi tangisan. “Ah. Ini realiti. Siapa pulak yang menangis?”  Qisya sering mendengar laungan pelik dari makhluk invisible di kampusnya. Makhluk halus orang kampung kata. Kadang-kadang namanya diseru. Kadang-kadang ada yang mebisik di telinganya. Terbiasa. Qisya meniarap. Menghadap Sabrina yang sedang amati skrin laptop.

“yang minah ni bukak Facebook pon nak menangis esak2 pehal”, sindir Qisya dalam hati.

Qisya menghampiri Sabrina dan terus duduk di sebelah menghadap skrin laptop milik Sab. Gugur jantung Qisya. Luruh hatinya seperti dia jatuh terjerumus. Ah! Tiada perumpamaan scenario yg sesuai nak digantikan dengan apa yang Qisya rasakan. Sabrina menangis teresak melihat gambar Shahrul Idham akad nikah dengan wanita yg Qisya pernah bertikam lidah dulu. Apa guna nak tahan sebak. Sedangkan Sab yang hanya tahu cerita kami, terus menangis melihat Shahrul Idham berjabat dengan Kadi.

“korang sayang sama sayang tapi betul-betul takde jodoh kan?”, jelas perkataan Sab hinggap di telinga. Dadanya sebak, teresak menahan tangis. Diam. Tiada jawapan. Hati mengiyakan.

“Sab, kau rasa mcmtu, aku ni, lagi sakit sab..”, pilunya hati.

Malam berlalu. Mereka sudah lena tidur kepenatan dgn rutin kelas. Qisya menangis di atas tikar sejadah selepas sujud terakhir Isyak. Bangun membetulkan diri dan mengangkat takbir. Allah, berikan khusyuk kepada solat hajatku . Mohon agar dikuatkan hati, jangan terima cinta manusia sebelum cinta Ilahi. Matikan Hati. Matikan hati.

_

Semester 6. Qisya berada di semester terakhir. Semua parut luka telah terubat. Qisya peroleh kekuatan seperti kereta mendapat enjin baru. Siap booster dan kuasa nos bagai.

“Jangan diungkit. Mati lu!”, jerkah Qisya  pada sahabat yg ada hati nak kupas cerita cinta mati tu.

~

Qisya terseksa dengan masalah keluarga. Bukan tidak sayang keluarga sendiri. Bukan tidak mahu pulang ke rumah dan salam cium tangan ibu bapa sendiri. Cukuplah sebelum ini, bila pulang disangkakan akan release segala beban belajarnya. Tapi yg diharapkan umpama menunggu jongkong emas timbul di kolah bilik air. Dibodohkan diri sendiri, “kau tahu kau bertambah tensi bila balik, kau nak balik jugak!”, marah Qisya. Sungguh selerak biliknya. Malas hendak mengemas. Mahu saja dia pacu kereta hijau kataknya segera pulang ke rumah sewa. Batin terseksa.

Qisya hidup dalam sebuah keluarga yang sedikit hampir dengan kemusnahan. Kebahagiaannya umpama di hujung tanduk seekor kerbau tua yg bakal jatuh terjelopok mati.  Sebatan tali pinggang, rotan keras, hanger, apa sahaja yg tidak pernah hinggap di tubuhnya? Lebam2 biru ungu merah, telinga berdesing di tampar kuat, terasa hampir berdarah rasanya perit sebatan bila pukulan kuat tali pinggang kulit hinggap di tubuhnya.

“Perempuan. Aku perempuan. Aku lemah. Tubuhku lemah..”, hati meronta sendiri, tidak didengari.  Bila di tumbuk, di tampar, sudah lali rasanya. Tidak berbisa cubitan kecil kawan-kawan bila hinggap di lengan, tidak perit sakit mengaduh bila tumbukan rakan hinggap di tangan. Kuat? Bukan. Inilah pengalaman dan pelajaran hidup namanya. Aku kuat seperti konkrit di luar, aku rapuh seperti kaca retak di dalam.

DiaryMurka selalu jadi mangsa aku tempiaskan marah, baran, sebak, tangis. Sungguh, tidak aku sangka, cerita hidupku yg aku coretkan di DiaryMurka dibaca sahabat-sahabat.

“Patutlah… aduh. Patutlah dorang concern semacam!”, keluh Qisya selepas dapat detect Sab dan lain-lain semacam perangainya. Qisya mengusap muka sendiri.

Qisya tidak mahu cerita hidupnya menjadi tumpangan simpati tagihan kasih rakan-rakan. “Berkawanlah dengan aku macam biasa. Jangan kasihan, jangan simpati.” Tak sangka Sab sanggup ceritakan semuanya kepada bondanya sehingga dikirimkan kepada Qisya sebuah bekal berisi nasi berlauk sambal ikan. Tersenyum girang Qisya menjerit, “wahhhh sedapnya!” padahal Qisya rindu masakan ibu sendiri. Tangis Qisya dalam hati tidak didengari.

Qisya conteng DiaryMurka dengan kisah mohon maaf Qisya kepada ahli keluarga. Itu yang menyayat hati mereka rupanya.  Kisah seminggu dengan RM1,  Qisya yang gagah puasa, bila berbuka ada je rezeki diberi oleh rakan-rakannya. Betullah. Cintakan Allah, Allah mudahkan, tolong hidup kita. Dia kekasih setia kita. Hati Qisya mati dengan cinta duniawi. Terkunci rapat sukar dicapai mana-mana lelaki.

A woman’s heart should be so close to God that a man needs to seek Him in order to find her.

Qisya pahatkan kata-kata pembakar semangat diri itu dalam diri. Cinta ilahi Cinta Mati. Hatiku mati pada cinta Sang Ilahi. Biarlah seorang lelaki mencari Allah sebelum bertemuku. Cintaku bersemadi dengan nama Ilahi. Hatiku mati.

 

 

Anak-anak,

Andai cinta manusia itu engkau katakan indah,

Kau baru merasa setitik air garam yang engkau cedok dari sebuah lautan luas.

Garam yg kau rasa masin dalam mulutmu,

Belom kau rasa masin yang di dalam lautan luas itu.

 

Anak-anak,

Cinta mati ku yang pertama milik Tuhanku,

Kemudian RasulKu,

Barulah lahir untuk ayahmu,

Ayahmu, yang memilikiku, milik anak-anakku.

 

Takkan aku didikmu dengan herdikan, cacian,

Ataupun  singgahan penampar yang menyakitkan,

Aku merasai keperitan itu dahulu,

Aku akan didikmu dengan sepenuh kasih cintaku.

 

Anak-anakku,

Jadikan cerita ibu pengajaran,

Ia separuh daripada pengalaman ,

Yang mengajarku apa kekuatan dan kelemahan,

 

Ibumu lemah tiada daya kerana kurang rasa cinta keluarga,

Ibumu kuat berdiri atas kudrat sendiri hadiah dari cinta Ilahi.

 

Anak-anakku,

Syukuri atas segala apa yang termampu,

Jangan pernah minta lebih ikutkan nafsu,

Amalkan cinta mati yang aku berikanmu,

Matikan hati untuk Tuhanmu.

 

Anak-anakku,

Banyak ilmu yang ingin aku ajarkan,

Andai mampu dan punya masa serta diizinkan,

Aku mahu engkau senyum ketawa bangga dengan semua bimbingan,

Yang telah ibu ayah berikan.

 

Pelihara imanmu anak. Pelihara akhlakmu sayang.

Pelihara akidahmu rinduku. Pelihara agama kita, cintaku.

 

 

Open playlist song. Something Super by Yuna. NOW PLAYING~

 

You will see

I am better

I am faster, stronger

I am happier when you by my side

 

The truth is

I was never more than this

Something kept me from reaching out

For something

But my heart is wanting

What it’s looking for

Then you came

You turn me upside down

I am no longer afraid of chasing

Possibilities

I’ll be the last one standing.

 

*stop playlist track*

 

Salam sayang dari ibumu,

Qisya Quraisya

 

Untuk anak-anakku,

King  & Queen of my heart.

 

 

Hati Mati.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Tak berapa nak tangkap cerita ini. Tapi ianya adalah percubaan menarik.

    lebam2 patut digantikan dengan 'lebam-lebam' , kan?

    good luck!
  • 2) Emosi ceritanya mengalir. Luahan yang saya kira sangat mendalam pendamnya
  • 3) Luahan rasanya cukup tapi silap saya mungkin, sedikit lost.

Cerpen-cerpen lain nukilan fazminin

Read all stories by fazminin
No stories.