Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Pulang

Cerpen sebelumnya:
Hati Mati
Cerpen selanjutnya:
Joyah, oh Joyah!

Setelah bersolat dia akan berdoa, membaca Al-Quran, berzikir dan memuji-muji nama ALLAH sehingga penat dia akan ke jendela usang itu. Air matanya menitis.rasa Rindu yang ditahan berpuluh-puluh tahun semakin menebal. Entah bilalah semua kerinduan akan terburai. Aku rindu pada Malaya, Abang Leman, walid dan Ummi yang sudah lama ditinggalkan. Adakah mereka semua masih hidup atau sudah mati? Air mata mengalir deras.

Al-Quran usang yang dimamah usia ditenung kemudian dipeluknya lama-lama. Ini saja harta peninggalan keluarganya yang dibawanya sewaktu meninggalkan Malaya dulu. Hadiah harijadi pemberian Walid sewaktu dia berusia 21 tahun. Sudah berkali-kali dia khatam hingga ke penghujung usia. Dia tidak ingat sudah berapa kali dia khatam Al-Quran.

“Mama!”satu suara wanita memanggil. Dia menoleh ke belakang, seorang wanita mirip wanita Inggeris berusia awal 40-an berdiri di sebelahnya sambil tersenyum.

“Benarkah mama mahu pulang ke Malaysia?”tanya Joanna sedih.

Mak Aya mengangguk lemah, “Mama mahu pulang ke Malaya, Anna. Tempat mama di sana. Marilah ikut mama pulang. Kita dah tiada sesiapa lagi di sini. Papa kau dah tiada lagi. Orang-orang di sini bukannya suka pada kita”Mak Aya menekan perkataan asing yang sebenarnya merujuk pada dirinya snediri. Anak tunggalnya ini lebih kepada orang Inggeris meskipun ada sedikit darah melayu yang mengalir. Dirinya pula tetap orang melayu. Melayu takkan mati!

“Mike?”

“Dia bukan suami kamu lagi, Anna. Kamu sudah lihat sendiri kecurangan dia bukan? untuk apa kamu merayu dan mengharap pada lelaki durjana itu”suara Mak Aya meninggi. Air mata Joanna menitis

“Saya masih sayangkan dia, mama”

“Dia sudah murtad, Anna. Dia bukan Islam lagi. Leen pun tidak mengaku Mike itu papanya” marah Mak Aya.

“Mama….”Joanna terus memeluk ibunya erat-erat.

“Saya fikirkan mama tak mahu pulang ke Malaysia”Joanna mendongak, merenung wajah mamanya dalam – dalam. Wajah yang suatu ketika dulu membuatkan dia terfikir kenapa wajah mama tidak sama seperti mama kawan – kawanya.

“Dulu Papa kau yang tidak benarkan. Joanna. Sekarang papa kau dah meninggal, biarlah mama pulang. Mama tak mampu berada di sini lebih lama. Kalau kamu tidak mahu ikut, hantarlah mama pulang. Biarlah mama mati di sana. Mama mahu mencari keluarga mama. Mama rindu sangat pada mereka semua”kata Mak Aya dengan suara melirih. Dia kembali termenung di jendela.

Sewaktu hayat suaminya ada, Johan tidak benarkan dia pulang sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaan Johan masih tidak mahu hantar dia pulang. Kata Johan, Leman dan keluarganya sudah mati. Dia tidak percaya! Leman seorang askar yang berani. Lemanlah pahlawan kampungnya. Sudahlah dia tidak dapat menyaksikan Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan buat pertama kalinya. Pasti Abang Leman dapat menyaksi saat-saat bendera Jack Union diturunkan. Akhirnya Malaysia dapat kemerdekaannya juga, Alhamdulilah…..air mata menitis lagi. Dia tidak dapat bagaimana melupakan Malaya diserang, di tawan dan dijajah Jepun. dia tidak sanggup melihat manusia-manusia mati bergelimpangan. anak-anak gadis ditangkap dan diperkosa. kaum-kaum Adam dipukul dan diseksa. dia tidak sanggup menggenang peristiwa itu lagi. Tidak sanggup!Saat matanya terpejam tangan Joanna sudahpun memeluknya sambil menangis.

Tangannya terhenti menconteng kanvas bila terlihat seorang gadis Inggeris tersenyum kepadanya. Rambutnya hitam pekat mengurai. Dia terpesona.  

“Boleh saya tengok potret tu”gadis Inggeris itu memuncungkan bibirnya ke arah satu potret yang tersandar di dinding.

Dia mencapai dan menghulurkan potret itu. Gadis manis itu tersenyum-senyum melihat potret itu. Lama ditenungnya. Dia hanya memerhati reaksi gadis Inggeris itu. Bagaikan ada sesuatu.

“Cantik gambar ni”puji gadis itu smabil tersenyum

“Wanita Melayu memanglah cantik”balasnya tenang. Setiap petang dia akan terserempak dengan gadis comel ini pulang berbasikal

“Saya pun ada darah melayu jugak”

“Oh ye ke?” lelaki terkejut. Matanya melorot dari atas hingga ke bawah tubuh gadis itu. Hanya rambut hitam pekat dan mengurai.

“Saya Adleen Maria. Awak?”sebelah tangan gadis itu menghulur tangan. Andrian sedikit gementar menyambutnya. Lambat –lambat dia berjabat.

“Andrian Yaakub. Kenapa suka tengok gambar tu?”

“Macam muka nenek saya”kata gadis itu tersenyum penuh makna..

“Ha, macam nenek awak?!” Andrian terperanjat.  

Gadis itu ketawa kemudian mengangguk laju.“Muka nenek saya masa muda-muda macam inilah. Saya ada banyak gambar dia. Matanya bundar, alis matanya lentik, hidung mancung, kulit sawo matang. Memang cantik sebab itulah datuk saya tak benarkan nenek saya pulang ke Malaysia”gadis itu petah berbicara. Andrian semakin berminat untuk mendengar.

“Siapa nama nenek awak?”

“Suraya Abdullah. Tapi macam mana awak boleh lukis gambar nenek saya masa muda-muda?”dahi Adleen berkerut.

Andrian tergamam. Suraya? Dia tersenyum. Barangkali pencariannya mungkin berhasil. Neneknya selalu bertanyakan dia tentang wanita bernama Suraya. Mana hendak cari? Negara  UK ni bukan macam Malaysia. Hendak di cari ceruk mana.

“Suraya? Itu adalah nama wanita dalam potret tu”Andrian menunding jari ke arah potret yang masih di tangan Adlee Maria. Adleen Maria tersentak, matanya merenung muka Andrian. Andrian tersenyum lega melihat rantai gadis itu sama dengan rantai wanita dalam potret itu. Andrian menjeling ke jari manisnya, Rantai berbatu zamrud sama batu dengan batu cincin milik arwah datuknya.

“Lari!!!lari!!! Suraya lari!!!”Leman memekik kuat. Suraya tidak berganjak. Masih kaki di situ. Johan juga berada tidak jauh dari Suraya yang berada di tengah-tengah antara dua pemuda itu. Suraya keliru. Bingung. Ketakutan turut ada dalam dirinya. Dia terkapai – kapai.

“Lari!!!! Ikut Johan!””suara Leman semakin kuat dan latang. Mukanya berubah marah bila Suraya masih menanti dia di situ. Leman terus berlari mendapatkan Suraya. Suasana menjadi kelam kabut. Teriakan dan pekikan manusia memenuhi ruang. Tangaisan bayi dan kanak-kanak berjela-jela seakan tidak akan henti. Manusia-manusia bertempiaran lari mencari perlindungan. Bunyi tembakan tidak akan berhenti.

“Lari Aya, lari!!! Selamatkan diri”Leman menggoncang bahu Suraya. Gadis itu membisu lalu memeluk Leman.

“Aya tak mahu. Aya nak ikut Leman. Bukankah kita dah berjanji untuk hidup dan mati bersama” Aya menjerit bersama air mata

“Aya kena selamatkan diri dulu. Sekarang tidak selamat Aya.!!!!”belas Leman dengan suara yang penuh kemarahan. Matanya merah menyala

“Tidak, Aya tetap mahu bersama Leman”Suraya meraung dalam tangisan. Johan hanya memerhati. Leman menarik Suraya menuju ke arah Johan, lelaki yang baru beberapa bulan memeluk agama Islam.

“Johan, bawa Aya pergi dari sini. Aku mahu berbakti kepada negara aku. Jagalah Aya sebaik-baiknya. Tolonglah bawa Aya pergi dari sini.”pinta Leman kepada Johan.

“Tak nak!”tangan Suraya mencengkam lengan Leman. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

“Aya, jangan begini. Aya mahu lihat Leman jadi pengecut? Leman mahu melindungi negara kita. Leman janji, bila negara kita merdeka, Leman akan cari Aya. Leman janji!”Leman mengankat tangannya seperti orang berikrar. tangisan Suraya teresak-esak lalu memeluk Leman. Mak Aya yang termenung dijendela menitiskan air mata.

“Awak pelajar atau pengembara?

“Saya baru saja tamat belajar di Universiti Harvard. Saya lukis di sini sekadar isi masa lapang. Awak?”

“Saya bekerja di kedai bunga sana tu. Saya baru tamat sekolah tinggi. Awak ambil jurusan apa?”

“Sains Politik. Awak tak sambung belajar?’

“Saya nak belajar di UIA”

“Universiti Islam Antarabangsa? Kenapa? Di sini kamu boleh berbangga dengan Universiti Oxford, Universiti Harvard”

“Kawan-kawan saya kata, pendidikan Malaysia bermutu. Kebanyakkan universiti-universiti di Malaysia adalah terbaik di dunia. Lagipun ramai kawan-kawan saya ke sana. Awak tentu bercita-cita nak jadi ahli Politik, betul?”

Andrian tersenyum sambil mengangguk, “Saya mahu berbakti kepada negara dan membantu mereka yang memerlukan. Inilah masanya negara kami menikmati kemerdekaan setelah beratus-ratus tahun dijajah. Bukan senang kami nak capai kemerdekaan, Adleen. Bila mengenangkan semula sejarah Malaysia, terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan. terlalu banyak darah yang telah mengalir di tanahair kami. Darah-darah manusia yang mati akibat penjajah itu yang mungkin doa yang terus berdoa agar negara kami negara terus aman dan damai”kata Andrian sayu.

“Awak terlalu cintakan negara kamu”kata Adleen dengan rasa kagum.

Andrian mengangguk. Arwah atuk selalu meninggatkan dia agar berbakti kerana agama dan bangsa. Arwah atuk juga yang telah banyak menceritakan jerih perih saat – saat getir negara mahu mencapai kemerdekaan.

“Nama nenek awak Suraya?” Tanya Andrian sengaja mahu meminta kepastian.

Adleen Maria mengangguk laju, “Dia orang Malaysia. Dia datang ke sini sewaktu negara kamu sedang dijajah. Nenek saya datang ke sini bersama datuk saya”

“Siapa nama datuk kamu?”

“Johan. Dia ke Malaya dulu kerana bekerja di sana. Nama asalnya John Andrew tetapi masuk Islam setelah bertahun – tahun duduk di Malaya”

“Awak rasa adakah potret yang saya lukis itu nenek awak?”

Adleen Maria terdiam. Lantas matanya merenung kembali potret itu kemudian mengangguk,”Sebab nenek saya pun ada simpan sekeping gambar begitu. Kenapa? Apa sebenarnya yang berlaku. Bagaimana awak boleh lukis gambar nenek saya?”

“Saya rasa nenek kamu mesti anak jati negeri Melaka. Orang kampung Merlimau bukan? Arwah atuk saya pernah menceritakan yang dia pernah cuba mencari tunangnya tetapi dapat tahu seorang lelaki mualaf telah membawa tunangnya ke London. Arwah atuk saya merasa amat kecewa sekali. Kemudian arwah atuk saya berkahwin dengan sepupu tunangnya”

“Ohhhh jadi gambar itu adalah bekas tunang atuk kamu?”teka Adleen Maria

Andrian mengangguk laju

“Andrian, saya mahu pulang”Adleen bangun dari bangku panjang. Andrian meneliti setiap inci di wajah Adleen. Wajahnya saling tak tumpah seperti Suraya terutama rambutnya yang mengurai dan hitam pekat

“Adleen, saya mahu menunaikan amanah arwah datuk saya”kata Andrian bila dia teringatkan sesuatu.

“Amanah apa?”Adleen menoleh dengan dahi berkerut

Andrian menyeluk saku jeans lusuhnya lalu mengeluarkan satu kotak kayu berbentuk hati lalu membukanya, sebentuk cincin disua ke muka Adleen. Dia teringat pesanan arwah datuknya, jika dia tidak menemui Suraya, berikan cincin kpada wanita yang bakal menjadi isterinya nanti. Tapi apakan daya pemilik cincin itu sudah pun ditemui. Dia mahu memulangkannya pada yang berhak.

“Untuk nenek awak”

“Ha?!”Giliran Adleen maria pula terkejut.

Andrian tergelak kecil, “Cincin ini adalah cincin yang sepatutnya dipakai oleh nenek awak pada hari pernikahan dengan datuk saya tetapi Jepun terlebih dahulu datang menyerang kampungnya. Berikan pada nenek awak”kotak itu dihulur tetapi Adleen Maria tidak menyambut. mata mereka berdua sekali lagi bertentangan.

“Johan saya mahu pulang, hantarlah saya pulang!”Suraya merayu.

“Tidak, Suraya. Kau tidak akan pulang. Tempat kau di sisi aku”tingkah Johan.

“Aku tak biasa duduk di London. Ini bukan tempat aku. Hantarlah aku pulang, Johan. “Aku mahu pulang”Suraya terus menangis.

“Suraya, aku cintakan kau. aku sayangkan kau. aku berjanji aku akan jaga kau dengan baik. Sekarang waktu tidak sesuai untuk pulang ke Malaya. Negara kau masih dalam peperangan, Suraya”pujuk Johan.

Suraya tersedu-seda. Johan mungkir janji, setelah Malaya mencapai kemerdekaan Johan tidak menghantar dia pulang. sudah bertaus-ratus surat dia kirim kepada Leman tetapi tiada balasan. Mungkin Leman sudah tiada lagi begitu juga dengan saudara maranya yang turut menjadi korban mangsa penjajah. Akhirnya lamaran Johan diterima walaupun hatinya masih setia pada Leman. Dia cuba belajar untuk mencintai Johan walaupun mengambil masa yang agak lama. Johan juga sepertinya, sebatang kara. Tiada sesiapa lagi di dunia ini.

“Nenek!”suara Adleen mematikan lamunannya. Adleen Mariasdudah pun memeluknya erat-erat. Wajah Adleen Maria ditatapnya dengan senyuman.

“Nenek, Adleen ada tetamu istimewa untuk nenek”kata Adleen Maria manja sambil merangkul leher Mak Aya. Kedua-duanya menoleh ke belakang. Seorang lelaki bertubuh lampai tersenyum kepadanya. Suraya tersentak. Dadanya berdebar

“Nenek, ini Andrian, cucu Leman”kata Adleen tersenyum.

“Cucu Leman?”Mak Aya hampir terbangun dari tempat duduknya. Matanya tepat memandang lelaki itu dalam tempoh yang agak lama. Tubuh, warna kulitnya dan ketinggiannya tidak ubah seperti Leman Cuma yang membezakan mata Andrian persis cina.

“Assalammualaikum, nenek”Andrian menghampiri Mak Aya

“Waalaikummusalam, kau cucu leman. Mana Leman sekarang?”tanya Mak Aya seperti mahu menangis.

“Nenek, datuk saya sudah meninggal dunia. Saya datang ni nak serahkan cincin ni kepada nenek”Andrian menghulurkan kotak kayu itu.

Mak Aya tidak menyambut sebaliknya merenung kotak itu kemudian merenung wajah Andrian dan wajah Adleen. Air matanya menitis membasahi pipi. Andrian mengangguk meninta dia mengambil kotak kayu itu. Tangannya menggigil sewaktu menyambut kotak itu. Perlahan-lahan kotak kayu itu dibuka. Sebentuk cincin emas dicapai dan diciumnya lama. Andrian dan Adleen berpandangan. Mak Aya menangis lagi. inilah cincin yang dipilih Leman untuk hari pernikahannya dulu.

“Leen, cincin ni untuk kamu.Nenek tidak layak untuk memakainya”tangan kanan Adleen dicapai lalu disarung ke jari manis Adleen. Mak Aya tersenyum sambil membelai rambut hitam Adleen Maria. Adleen Maria yang mulanya terkejut akhirnya tidak menolak sebaliknya ada sesuatu yang membenarkan dia merela menerima cincin itu dijarinya Adleen tersenyum lalu menoleh ke belakang, Andrian juga tersenyum malu kepadanya.

“Pilihlah lelaki Melayu, Leen”bisik Mak Aya ke telinga cucu kesayangannya. Adleen Maria  mengangguk laju bersama senyuman.

            Sewaktu dia tiba ke Kota London, raut wajah dan bentuk tubuhnya seperti Adleen. Kecil dan cilik. Sewaktu pertama kali menjejakkan kai ke Kota London, dia bagaikan orang asing. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia menguruskan kehidupannya di sini ini dulu. Dia langsung tidak tahu berbahasa Inggeris.

            Di sini, Adleen maria bijak dan berdikari, sanggup bekerja di kedai bunga waktu siang dan pada waktu malam bekerja di kedai makan semata-mata mahu mengumpul wang untuk menuntut ilmu di Malaysia. Adleen Maria juga berjanji kepadanya akan membawa dia pulang ke Malaysia bila wang sudah mencukupi

“Siapa nama nenek kamu?”Nek Aya mermandang Andrian.

“Halimah”jawab Andrian pendek

Mak Aya tersenyum. Halimah, gadis bertubuh gempal dan putih melepak suka mengusik Leman. Akhirnya sepupunya berkahwin juga dengan Leman. Inilah yang dikatakan jodoh. Dari dulu Halimah tergila-gilakan Leman tetapi Leman lebih menyukai dia. Halimah tidak bertegur sapa dengan dia bila dia ditunangkan dengan Leman

“Saya mahu pulang, pulang ke Malaysia hujung minggu ini”kata Andrian tiba-tiba
“Kenapa awal sangat?”soal Adleen tidak puas hati

“Minggu hadapan Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan. Setiap tahun saya mesti melihat sambutan merdeka. Begitu juga dengan arwah atuk, tidak pernah ketinggalan melihat sambutan merdeka. Setiap kali dia ke sana dia pasti  menangis lebih – lebih lagi bila laungan merdeka” Andrian merenung wajah Mak Aya

“Andrian, nenek mahu ikut kamu pulang ke Malaysia. nenek mahu pulang. Bawalah nenek bersama kamu”kata Mak Aya mengharap. Andrian mengangguk sambil tersenyum. Itulah yang diharapkan. Kepulangan Mak Aya sudah tentu dapat menjernihkan kembali hubungan neneknya dengan Mak Aya. Neneknya selalu mengadu rindu kepada sepupunya, Halimah. kata nenek, Suraya adalah sepupunya yang paling rapat. Akibat merebut cinta Leman, mereka menjadi musuh ketat.

“Nenek, Leen pun nak ikut. Leen nak duduk di Malaysia. Leen tak mahu duduk di sini”Adleen Maria terus memeluk Mak Aya erat-erat. Mak Aya mengusap-usap belakang Adleen Maria . Tiba-tiba Joanna datang mencium dahi Mak Aya.

“saya akan temankan mama di mama saja. Kata papa, tempat saya tetap di sisi mama”Joanna terus memeluk Mak Aya bersama tangisan. Mak Aya mengangguk laju. Dia tidak sabar-sabar mahu pulang ke tempat asalnya.

 

Cerpen sebelumnya:
Hati Mati
Cerpen selanjutnya:
Joyah, oh Joyah!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Ida Nardiel haji Rasid

DI BAWAH ADALAH ANTARA HASIL- HASIL KARYA YANG PERNAH TERSIAR DI DALAM MAJALAH DAN AKHBAR TEMPATAN- ARTIKEL GURU DAN MURID MANA LEBIH PENTING (I-REMAJA)- JANGAN SEKADAR TUTUP KEPALA (SEKACIP PINANG, JELITA, OKTOBER 2002)- BAHASA MELAYU TIDAK DISANJUNGI LAGI (FORUM, UTUSAN MALAYSIA, 5 MEI 2004)- CAMBAHKAN LAGI KESUSASTERAAN MELAYU (DEWAN SASTERA JANUARY 2000)-TERIMA KASIH AYAH (SEKACIP PINANG, JELITA JUN 2004)- BEKUKAN SEMUA BOLA SEPAK KE PERINGKAT ANTARABANGSA (22 NOVEMBER 2004)BELAJAR HIDUP SEBAGAI NOMAD( CABARAN HIDUPKU, KOSMO AHAD) - -MENCARI CINTA SEJATI (MAJALAH EH, JANUARY 2005)- TAK PERLU MACHO TAPI GENTLEMAN (MAJALAH EH, JANUARY 2006)- BELAJAR SELEPAS KAHWIN (AKHBAR MAHASISWA)TAK SEMUA CINTA ...
idanardiel | Jadikan idanardiel rakan anda | Hantar Mesej kepada idanardiel

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya idanardiel
Azrul VS Alia | 2094 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Pulang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik