Hilang

  • 6
  • ArepZul
  • 8 tahun lepas
  • 9551 Bacaan

 

Fauzi membuka mata. Ruang keliling tampak kelam. Kini dia berada dalam bilik, macam hotel. Di hadapannya terletak cermin berhabuk. Di sebelahnya terletak almari kayu besar berwarna hitam. Lampu yang terletak di atas meja kopi di sebelah katil, berkelip-kelip. Sudah rosak agaknya.

                Fauzi bangun dari tempat pembaringannya. Memorinya hilang. Dia tak ingat apa-apa. Dia mula berjalan ke arah pintu. Buka pintu. Jenguk. Kaki lima pun kelam seperti di dalam.

                Dia meneruskan perjalanan ke hujung kaki lima sehingga dia terjumpa sebuah bilik. Bilik 213. Fauzi pernah lihat nombor itu. Sangat-sangat familiar. Fikirannya menerawang. Mata ditutup untuk mendapatkan fokus yang maksimum. Otaknya bekerja keras, mencari cebisan-cebisan memori yang mungkin terletak jauh di dalam kotak memori otaknya.

                Sudah lima belas minit Fauzi berdiri di hadapan bilik itu. Fikirannya masih menerawang. Jauh.  Tanpa dia sedari, tangannya bergerak ke arah tombol pintu. Minda separa sedarnya sedang mengawal pergerakan badannya. Tombol pintu dipulas.

                 Matanya tertancap pada kerusi besi yang terletak betul-betul di bawah chandelier. Kerusi itu menarik minatnya. Berbentuk bujur di tempat sandarnya. Di tempat duduk terletak bantal empuk bersarungkan baldu warna violet. Mungkin kerusi ini mampu kembalikan memorinya yang hilang.

Fauzi bergerak perlahan, menghampiri kerusi tersebut. Selepas melabuhkan punggung, Fauzi dapat lihat yang kerusi itu punya butang yang banyak. Ada yang mengeluarkan warna hijau dan ada yang berbunyi ‘bip bip’. Fauzi menekan butang merah yang terletak di kiri armrest. Tiba-tiba satu suara perempuan senada bersuara “Selamat datang ke Mesin masa. Akan kembali pada satu jam yang lalu” diikuti dengan bunyi TING yang kuat. Pandangan Fauzi semakin gelap. Hitam.

Fauzi membuka mata. Ruang keliling tampak kelam. Kini dia berada dalam bilik, macam hotel. Di hadapannya terletak cermin berhabuk. Di sebelahnya terletak almari kayu besar berwarna hitam. Lampu yang terletak di atas meja kopi di sebelah katil, berkelip-kelip. Sudah rosak agaknya.

Comments
  • 1) cantik!! dan ada punggung yang dilabuhkan! yeah!

  • 2) yeahh haha

  • 3) sempoi. looping sampai merangka di hotel. hehe.

  • 4) haha thanks korang!

  • 5) 'you can check out but you can never leave' hotel California eh?

  • 6) fantasi yang kreatif! agaknya smpai bila dia nak duk kembali ke 1 jam yg lalu ek? huhu

Lain-lain karya ArepZul