Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Pertolongan Jamdol

Cerpen sebelumnya:
Hilang
Cerpen selanjutnya:
Elemen

Berikut adalah kejadian yang berlaku sehari selepas Ja’apoor si lembu ditangkap di atas tuduhan mengintai Leha janda.  Di antara waktu zohor dan asar, di kandang lembu pak Mustaji.

……………………...........................................................................................................................................................

“psst…psttt!! Ja’apoor!  Assalamualaikum!”

Tanpa memandang ke arah suara yang memanggilnya, Ja’apor menjawab salam.

“waalaikumsalam”

“eerrr…Ja’apoor,, tengoklah sini, aku datang nak selamatkan kau laa…pusinglah..”

“hmmmooohhhh..tak mauuuuhhhhh”

“alaaah..janganlah merajuk, huduh muka kau tu takkan berubah pun....err..aku …aku Jamdol …Jamdol Al-Jambari!!”

“mmmoooohh!!! JAMDOOLLL???”

………………………………..................................................................................................................

Petang hari yang sama, sewaktu Ja’apoor ditangkap oleh penduduk kampung, Jamdol sedang bergelak ketawa bermain konda-kondi di hadapan rumahnya. Jamdol  dan atoknya satu kumpulan. Gedegung, adiknya satu kumpulan dengan ‘Debok’ (kawan imaginasi Gededung). Waktu itu, Gedegung sedang mengukur jarak daripada batang kayu ‘ibu’ menuju ke arah lubang konda-kondi.

“lima belas, dua puluh!”

“kepala hotak kau lah! Lepas lima belas, tujuh belas lah!”

“atok! Tak baik cakap kepala hotak kat orang tau!”

“ek eleh! Atok cakap kat Debok je….dia mana ada otak..”

“Debok pun ada perasaan tau!”

“Jamdol!! Jamdol! Tolong! Tolong!!”

Tiba-tiba datang Tompok sambil berlari-lari ke arah mereka ‘berempat’.  Selepas tercungap-cungap membayar hutang oksigen dan setelah satu aun setengah asid urik terhasil di dalam tubuhnya, Tompok pun berkata lagi,

“Dol…kau kena tolong dia..”

“tolong siapa ni Tompok? Betty mana?”

“ahh!! Kau tak payah la tanya pasal betina tak guna tu Dol! Ni lebih penting!”

Atok Jamdol, mengarahkan gedegung yang masih mengukur jarak kayu konda-kondi supaya berhenti. Gedegung buat tak peduli je. Dia dan Debok terus saja mengukur jarak tersebut.

………………………………………...........................................................................................................


“hmmm..Jamdol…apasal kau datang bawak budak dua ekor tu sekali?”

Jamdol mengalihkan pandangannya ke kanan dan dia pun terkejut.

“eh! Gedegung! Apasal kau ikut sekali ni?”

“ki ki ki ki!! Debok yang nak ikut! Aku kan kawan baik dia, aku ikut la jugak!’

Jamdol pun berasa hairan. Macam mana Ja’apoor boleh nampak Debok? Ah! Tak kisahlah, mungkin sebab dia binatang kot! Kata jamdol di dalam hatinya yang nampaknya sedang sibuk memproses Glukagon. Setelah melupakan perkara yang tidak rasional itu berlalu, Jamdol terus menjegilkan matanya tepat ke biji mata Ja’apoor yang kuyu.

“macam ni Ja’apoor, cuba kau ceritakan cerita yang sebenar, sebelum pembaca membuat kesimpulan mereka sendiri. Sebelum mereka merasa bosan dan berkata..”

“cliché?”

“yup! Sebelum perkataan perancis yang itu!”

Ja’apoor tiba-tiba menjadi beremosi.

“macam ni Jamdol, pagi tu, Jam 5.43 petang waktu Ouagadougou, aku sedang enak bermimpi…mimpi main buih sabun pulak tu…seringgit je sebotol..best gila…guling-guling tepi bukit, tiup-tiup belon, cucuk-cucuk belon tu kasi pecah..”

“ye..lepas tu…fast forward sikit cerita kau tu..”

Jamdol mula tak sabar.

“selepas itu, belon buih yang aku cucuk tiba-tiba menjadi besar..sebesar rumah tan sri-tan sri dan ..POM!!!”

“apa yang meletup?!!”

“itu!!!”

Ja’apoor menunjuk ke arah belakang Jamdol. Rupa-rupanya Gedegung telah membaling seketul batu ke atas seketul tahi lembu yang masih panas. Meletup sikit la.

“Gedegung!! Janganlah main-main!! Taik Ja’apoor tu!!”

“ki ki ki ki!!! Debok yang ajak!! Ki ki ki!!”

Ja’apoor yang agak sensitive itu pun terus berkata,

“mainlah Gedegung,aku tak kisah. Jangan sampai habis sudahlah..Pak Mustaji nak buat baja”

Jamdol hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Dia seterusnya memberi isyarat kepada Ja’apoor agar meneruskan ceritanya.

“aku terjaga daripada tidur. Aku Nampak kelibat seseorang..eh! tak! Dua orang sebenarnya! Mereka terngendap-ngendap kat luar tandas bidan Lijah! Aku pun apa lagi..bangun dan meluru ke arah diorang..”

“dan kau langgar dinding tu sampai bocor?”

Celahan jamdol itu membuat Ja’apoor sedikit tersinggung. Mukanya sedikit berubah.

“diorang sempat elak dan terus lari!! Tak guna! Lepas tu kau tau apa yang terjadi kan?”

Jamdol menggaru-garu sikunya yang tiba-tiba terasa gatal dan pedih.

“adik kau ni Jamdol, memang suka gigit siku kau yea?”

“ha..ah! Gedegung blah la..!!”

Gedegung melepaskan gigitan pada siku abangnya sambil tertawa.

“Jadi, Ja’apoor, siapa lagi yang boleh mengkompemkan cerita kau ni?’

Ja’apoor terdiam sejenak. Gedegung kembali bermain dengan tahi Ja’apoor.

“hmmm…aku rasa takde..tapi aku rasa..aku kenal seorang daripada dua orang yang mengendap bidan Lijah tu..kau tolonglah tangkap orang tu..bawak dia ke muka pengadilan!! Kalau tak..”

“errmm..nanti! nanti! Aku nak tanya kau lagi…yang kau kena tangkap kat sungai atas tuduhan mengintai Leha janda tu macamana?”

“err…yang tu memang aku intai pun”

“pek!!!”

Seketul lagi tahi Ja’apoor ditujah batu. Gedegung dan Debok ketawa macam digeletek.

 

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Hilang
Cerpen selanjutnya:
Elemen

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3159 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3038 bacaan
Min patah hati. | 2538 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9470 bacaan
Misi penting | 8826 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9438 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2374 bacaan
Mak! dah bulat! | 2827 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4390 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2753 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Pertolongan Jamdol
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik