Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Elemen

Cerpen sebelumnya:
Pertolongan Jamdol
Cerpen selanjutnya:
Adam + Hawa

                Pintu putih di hadapan ku terbuka, cahaya putih menusuk mata. Aku melangkah masuk ke bilik putih yang menempatkan empat kerusi merah dan sinki di salah satu sudut bilik. Aku mengambil tempat duduk di salah satu kerusi merah, menyilangkan kaki. Selesa. Aku memainkan beberapa biji batu di tangan.

                Satu pintu di sebelah kananku terbuka. Keluar seorang wanita yang paling cantik pernah aku lihat. Kulitnya putih dan mulus dengan mekap yang tipis. Rambut hitamnya ikal, cantik beralun. Dia memakai dress berwarna putih bak awan yang sama padan dengan kulitnya. Rambut dan dressnya beralun-alun bagai ditiup angin, padahal bilik ini tiada kipas mahupun tingkap.

                “Hai, saya Elena,” dia senyum sekilas dan duduk di kerusi merah sebelahku. Aku senyum sedikit.

                Satu lagi pintu di hadapan terbuka. Seorang lelaki keluar dengan pakaian sut lengkap berwarna biru laut. Rambutnya tercacak di tengah, turut berwarna biru. Matanya hitam, berkilat. Sama kilat dengan kasutnya. Tampak segak, dia berjalan yakin dengan segelas air di tangan kanannya.

                “Daniel,” katanya selepas duduk.

                Dan pintu yang terakhir di sebelah kiriku terbuka, menampakkan sorang gadis genit dengan rambut kerinting yang menggerbang. Dia tersenyum girang. Pakaiannya sederhana, sweater oversized berwarna jingga paras paha dengan legging hitam di kaki. Dua gelang besar berwarna putih menghiasi kedua belah tangannya.

                “Hai! Saya Nima,” dia senyum lagi. Girang.

                Selamat datang pengguna-pengguna elemen sekalian. Hari ini adalah hari bertuah anda, kerana kalian merupakan pengguna elemen yang terpilih untuk memenangi hadiah 15 juta ringgit. Tapi hanya seorang sahaja yang boleh menang. Siapakah dalam kalangan kamu yang bakal membawa pulang  hadiah wang tunai ini?

                Suara perempuan senada memenuhi rengkungan bilik putih itu. Mata kami melihat sesama kami. Menantikan siapa di antara kami yang akan membuat langkah pertama. Nima di kiriku tersenyum sinis. Sepantas kilat dia melompat ke bahagian belakang kerusinya dan menyepak kerusi itu ke arah Daniel. Kerusi merah melayang di udara, laju meluncur ke arah Daniel. Daniel hanya tersenyum.

                Dengan satu gerakan tangan, sinki yang terletak di satu sudut bilik itu meletup. Air keluar melimpah ruah, membanjiri bilik putih itu sekelip mata. Daniel memusingkan tangannya perlahan. Air di kelilingnya mula memanjat dan membuat pusaran, membentuk perisai air di kelilingnya. Kerusi merah yang dibaling Nima terkena perisai air dan melantun semula.

                Elena di sebelah senyum. Ni apahal semua main senyum-senyum sebelum menyerang ni. Tiba-tiba angin bertiup kuat di dalam bilik itu. Warna rambut Elena bertukar menjadi putih sedikit-demi sedikit. Mata hitamnya turut bertukar putih. Gabungan mata yang putih dengan senyuman yang begitu mampu menakutkan mana-mana orang yang melihat.

                Kini, dia terapung di udara. Angin yang berpunca dari tapak tangannya bertiup kencang, menerbangkan kesemua kerusi merah ke udara. Elena menghayun tangannya ke arah Nima. Kesemua kerusi merah tadi sedang terbang laju ke arah Nima. Nima menggenggam kedua belah tangannya. Bilik itu serta-merta menjadi panas. Nima kemudiannya melompat ke udara dan menumbuk udara di hadapannya. Bebola api keluar menyerang kerusi tadi. Api marak, memakan kerusi tersebut sedikit-demi sedikit.

                Dari ekor mataku, aku nampak Daniel menggerakkan tangannya dalam satu bentuk yang pelik, seakan ritual. Tiba-tiba air di lantai mula menghambat kakiku. Air itu mula menjalar naik ke atas kaki. Aku tersenyum (nampak tak aku dah nak tunjuk kuasa aku?).

                Batu-batu kecil yang aku mainkan di tangan tadi, aku campak ke bawah. Kemudian aku menumbuk lantai bilik menyebabkan bilik itu bergegar. Daniel terjatuh, hilang imbangan. Air yang memanjat kaki aku tadi pecah dan jatuh ke lantai. Seterusnya aku mencantumkan kedua belah tanganku dan mula menumbuk lantai banyak kali. Bilik tersebut bergegar lebih teruk. Siling mula retak. Retakan tersebut menjalar-jalar ke seluruh bilik. Aku teruskan menumbuk banyak kali.

                KRAK!

                Serpihan-serpihan siling jatuh ke bawah. Daniel, Nima dan Elena kaget. Mereka mula meningkatkan kuasa mereka untuk melindungi diri mereka dari serpihan-serpihan siling yang runtuh. Daniel membuat gerakan tangan yang banyak. Air-air di lantai semakin banyak mengelilinginya sebagai perisai. Kemudian dia tiup perisainya. Serta-merta ia bertukar menjadi ais.

                Nima cuba mengelak dengan menumbuk batu-batu yang jatuh dengan tangan berapinya. Batu-batu tersebut bertukar menjadi debu. Elena pula bergerak ke kiri dan ke kanan secara lembut, seakan menari. Puting beliung terbentuk di kelilingnya. Batu-batu yang jatuh, ditampankan ke sekelilingnya. Mereka masing-masing tersenyum. Aku pun ikut tersenyum. Mungkin perlawanan ini bakal menjadi perlawanan yang sangat panjang.

AZ

Cerpen sebelumnya:
Pertolongan Jamdol
Cerpen selanjutnya:
Adam + Hawa

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Arep Zul

Meluahkan rasa hati dalam bentuk satira. Kadang kala suspens :)
ArepZul | Jadikan ArepZul rakan anda | Hantar Mesej kepada ArepZul

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ArepZul
Hilang | 8450 bacaan
Pimpin | 2107 bacaan
Lacur | 13655 bacaan
Filem | 2361 bacaan
Serang | 1974 bacaan
Pontianak | 4698 bacaan
Bisik | 2338 bacaan
maulud nabi | 2743 bacaan
Raya Terakhir | 3278 bacaan
Tutup | 4024 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Elemen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik