Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jam Tiga

 

Rita berdiri lagi di depan lif. Kaki mahu lari tetapi hati kata ‘ nanti’. Lengan baju diselak. Jam tiga.

Kedengaran bunyi tapak kasut menghentam marmar. Sepasang kasut yang Rita pasti (75%) adalah milik pemuda yang bekerja di pejabat sebelah. Mana mungkin dia tidak kenal akan wajah lelaki itu, malah sudah hafal semenjak setahun yang lalu.

Badan dipusingkan menjauhi cermin, seolah-olah ingin memandang ke bahagian ruang pejabat. Tiada apa-apa, masih lagi melihat susuk tubuh yang sama. Kali ini dengan kemeja lengan pendek berwarna biru tua. Seperti biasa, kemeja yang dipakai lelaki yang tidak diketahui nama itu bercorak kotak-kotak. Susah benar Rita mahu sorokkan senyum lalu di tundukkan wajah, seolah-olah mahu lihat sesuatu yang kotor di hujung kasut.

 Hati sebenarnya ingin sangat menegur atau sekadar senyum. Sekalipun sudah lebih kurang setahun lebih terserempak di ruang legar, tidak sekalipun Rita pandang wajah lelaki berambut lurus ini dan senyum. Peratusan malu adalah 35% dan yang selebihnya adalah malas. Sedangkan rakan di pejabat sendiri pun berat mulut ingin berbual, inikan pula jiran sebelah-menyebelah.  

 Rita akui bahawa dia tidak kisah langsung dengan polisi sebegitu. Namun, pada hari pertama dia terserempak dengan lelaki ini di depan surau, serasa hatinya jatuh. Pelik juga sebenarnya kerana itu bukan kali pertama Rita terserempak dengan lelaki yang ke surau.

 Entah. Malas mahu difikirkan kenapa. Yang paling penting sekarang adalah menggali keberanian untuk membuka mulut.

 Dengan lelaki ini, Rita tidak berani langsung angkat muka. Dengan jiran yang lain, sekurang-kurangnya, ada juga dipandang mata mereka. Tetapi bukan dengan dia. Malah, yang Rita perasan, si dia ini juga begitu. Sentiasa pandang terus ke hadapan kalau mereka bertembung. Tidak kiralah samada di depan lif atau di koridor.

 Lama-kelamaan, timbul rasa ingin tahu di hati Rita bagaimana reaksi lelaki ini kalau dia senyum dahulu? Adakah dia akan buat tidak tahu atau meneruskan gaya yang biasa di mana dia akan memandang terus, lurus. Mentang-mentang Rita rendah, pandangan lelaki ini memang terus melepasi kepalanya.

 Dari ekor mata Rita, dia jeling lagi lelaki di sebelah ini. Semuanya sama tentang lelaki ini setiap hari. Memang dia ini makhluk yang betul-betul mengikut rutin. Gaya rambut sama dengan kemeja pendek dan seluar panjang hitam. Pas masuk ke pejabat pula sentiasa di masukkan ke dalam kocek kiri.

 Isyarat lif berdenting. Tamat. Dua minit yang sepatutnya direbut untuk menegur bakal kawan baru ini sudah tamat. Lelaki itu cepat sahaja masuk ke dalam lif dengan Rita di belakang. Seperti biasa, butang aras tiga ditekan manakala Rita menekan butang aras dua. Pemuda itu bersandar di bahagian belakang lif dan Rita pula tidak berani untuk berpaling, kaku mengadap dinding.

 Senyap. Sunyi. Tiada perbualan sepanjang perjalanan dari aras lima belas. Melihatkan ini, Rita berkata sendiri:

 ‘ Tak boleh jadi. Aku mesti, mesti tegur dia hari ini!’

 Aras empat dan Rita genggam pas masuk di tangan. Lif berhenti dan lelaki itu melangkah keluar. Lebar langkahnya.

 ‘ Assalamualaikum,’ kata Rita. Lelaki itu berpaling dengan muka terkejut.

 Kerja Rita sudah selesai.

                                                 +          +          +

 Jam tiga lagi. Terasa berat benar kaki Rita mahu melangkah. Namun, tanggungjawab perlu dilunaskan.

 Rasa malu atas keberanian yang dibuat-buat semalam masih bersisa. Tetapi, apalah pilihan yang ada. Peristiwa sudahpun terjadi.

 Perlahan-lahan, kaki Rita melangkah ke ruang menunggu lif. Baru sahaja rasa lega ingin menerpa, terdengar satu suara;

 ‘ Assalamualaikum.’

 Rita cuma senyum. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jam tiga menuju aras tiga, lelaki tu tahu.. di antara dia dan rita dalam sunyi boleh ada orang ketiga
  • 2) salam bersambut tu ucu...
  • 3) ni kisah benar ni. Muahahaha

  • (Penulis)
    4) cahatomic: alhamdulillah. mana nak cari org mcm ni?
    ciksal: nampaknya begitulah
    IanSuffi: hamboih. pepandai je.
  • 5) xde smbgn??
  • 6) selalunya kalau disapa dengan 'Assalammualaikum', respons positif. cewah...
  • 7) cepat cepat la bertegur balik haaaaaaaaa.. oke dah boleh lari jauh jauh

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer