Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Elegi Ikan Puyu Tak Bernama Yang Mati Bawah Sinki

 

Semalam waktu aku ingin menukar air dalam tong cat tempat ikan puyu tak bernama tinggal, aku lihat ia terapung hampa, kaku di permukaan air.

Aku rasa hiba yang amat. Aku tahu ikan tu dah jumpa si malakatul maut. Tapi aku tetap rasa hiba.

Sebab jauh dalam gaung hati aku yang paling dalam, aku anggap yang ikan puyu adalah spesies hampir immortal. Tapi rupa-rupanya aku salah.

Ikan tetap ikan. Dibuang air, matilah ia. Ditahan makan, mampuslah ia.

Aku masih rasa hiba yang yang amat. Ayam itik belakang rumah bising mematuk-matuk tanah. Menguis-nguis pasir. Ibu adik makcik bising bergelak bertawa di ruang tamu menonton telenovela waktu orang sepatutnya bersiesta.

Matahari tersenyum riang. Awan tompok-tompok menyeretkan kecewa mereka pergi jauh ke lembah. Udara rasa ketat.

Hiba sebab aku seorang saja yang sedang berteleku meratap kematian ikan puyu tak bernama di sebelah tong cat lama yang hina bawah sinki putih bilik air kedua rumah. Sebab aku seorang saja yang menangisi permergian si ikan puyu tak bernama di bawah sinki itu.

Sebab aku tahu, itulah drama hidup manusia. Yang gemar menumpahkan emosi pada benda- benda, harta-harta dan haiwan semua. Tetapi bukan lama. Hanya sekejap cuma. Secangkir rasa cuma.

Dah bila sudah lupa akan rasa itu, akan hiba itu, akan mudah saja dilupa tentang benda yang rosak, tentang harta yang hilang, tentang kubur si ikan puyu tak bernama.

Manusia. Aku tahu aku pun sama. Sebab aku manusia. Sebentar lagi, selepas kukuburkan jenazah si ikan puyu tak bernama, mana tahu, mungkin dalam sejam dua, dalam seminit dua, bahkan mungkin dalam sesaat dua, aku dah lupa akan hiba ini. Akan rasa ini.

Sebab aku manusia. Dan sebab itu hanyalah si ikan puyu tak bernama.

Angin lalu bawa udara lembap. Terasa basah surat khabar yang aku pegang ini. Di depanku, Cicak, kucing belaan adik, sedang meratah lahap mayat si ikan puyu tak bernama.

P/S: Aku takut kalau aku tanam ia, nanti tumbuh pulak pokok ajaib atas kubur itu. Aku tak nak jadi macam kisah si Bawang Putih.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhu..ikan puyu kesayangan rupanya...teringat masa kecik dulu..tangkap ikan puyu dlm selut!

  • (Penulis)
    2) haha yep! true story. not fiction. whoa best ar ada pengalaman tangkap ikan puyu dlm selut. Saya budak bandar. Ikan puyu tu beli kat kedai ikan di antara deretan lot-lot kedai buruk kat Seremban.
  • 3) bestnya ada memori ikan puyu. dekat rumah ni sepupu je sedih kalau anak kucing mati. itupun dulu.

    eh seronoklah ada memori gini. jeles oke.
  • 4) IanSuffi: pengalaman tu memang seronok..beli kat kedai brp ringgit ya?
    Akak tangkap siap masak lagi..hehehe..
    Ucu: Boleh buat citer anak kucing mati pulak..

  • (Penulis)
    5) Ciksal: alah, seingat saya dalam rm4.00. beli seekor je. Asalnya beli tu untuk guna sebagai subjek eksperimen untuk mini thesis waktu buat IB dulu. Alih-alih, tak jadi. Terus dibiar hidup bawah sinki bilik air kedua rumah, jadi peneman saya mandi. Kah2!
  • 6) Wah, peneman mandi. Sure ikan tu banyak igauan erotik. Kiki.
    Dulu ambik IB, sekarang belajar UK ke?


  • (Penulis)
    7) Oh taklah. Sekarang belajar kat Australia. Mara mampu hantar ke sini je. Belajar di UK cuma tinggal confetti impian. haha (and no, ikan tu takde igauan erotik. Rasanya dia rabun. kah2!)
  • 8) Subjek eksperimen?..ada tak buat kajian mengapa ikan puyu dijadikan ikan belaan untuk mengelakkan pencuri dari masuk rumah??..hehehe..
    *susah makan ikan puyu..banyak tulang.
  • 9) memoriku hanyalah menanam berekor-ekor bangkai kucingku yg silih berganti mati. sedih jugak sebenarnya, tapi itulah, lama-lama rasa hiba tu hilang sendiri. tinggal kenangan sajalah

Cerpen-cerpen lain nukilan IanSuffi

Read all stories by IanSuffi