Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Tendangan 16 Julai

Cerpen sebelumnya:
Kosong vs Untuk Dia
Cerpen selanjutnya:
Kisah Benar Pertama Aku Cerita

15 Julai 1991 - Kampung Tanah Merah Jaya, Melaka

Nor bangun awal pagi itu. Hari ini dia ada temujanji di klinik kesihatan berhampiran. Kandungan sulungnya kini sudah menjangkau usia tujuh bulan. Suaminya, Joe, seorang pemandu bas sekolah sudah keluar awal pagi untuk menjalankan tugasnya. Nor setia menunggu kepulangan suaminya untuk ke klinik. Sementara menunggu, Nor membaca novel Hanya Aku Cinta Kau Seorang karya salah seorang novelis terkenal Malaysia. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. "Aduh! Mana U ni..", Nor mengeluh sambil mengusap perutnya yang memboyot.

 

Dia menoleh melihat jam yang tergantung di dinding rumah. Jaram jam sudah menunjukkan hampir pukul lapan pagi. Manakala, temujanjinya dengan Doktor Amira pada jam sembilan pagi itu. Dia masih ada satu jam dari sekarang. Bosan menunggu di dalam rumah, dia menunggu kepulangan suaminya dengan sabar di buaian besi bewarna hijau yang terletak di luar rumah. Beberapa minit kemudian, ternampak sebuah bas sekolah memasuki kawasan rumah keluarga suaminya. Bas itu diparkir bersebelahan dengan beberapa bas kilang dan bas persiaran milik bapa suaminya, Harun. Kawasan rumah yang besar dan luas itu bukan sahaja boleh memuatkan bas-bas, malah van, kereta dan teksi juga ada di situ. Nor tersenyum gembira.

 

Setengah jam kemudian, Nor telah selamat sampai ke klinik kesihatan bersama suaminya. Beberapa minit kemudian, nama Nor dipanggil oleh seorang jururawat yang berambut kerinting dan berpinggang ramping seperti kerengga itu. Nor melangkah berlahan-lahan, menahan bebanan perutnya yang besar. Setelah Nor selamat masuk ke dalam berjumpa dengan Doktor Amira, Nor menyuruh suaminya menunggu di luar. Joe sabar menanti diluar bilik doktor. Sudah berkali-kali dia mahu menemani isterinya itu ke dalam tetapi tetap dilarang wanita berbadan dua itu.

 

"Kak, darah akak tinggi ni, akak penat ke tadi?", soal doktor muda kecil molek itu.

 

"Tak lah. Biasa je..", jawab Nor tersenyum manis sambil tangan kirinya masih mengusap perut besarnya itu. Tidak sabar mahu melihat bayi sulungnya yang bakal dilahirkan. Lelaki atau perempuan? Namun Nor masih sabar menanti sehingga waktunya tiba kelak.

 

"Eh, kaki akak pun bengkak ni..akak ada buat kerja-kerja berat ke beberapa hari ni?", soal doktor bermata cantik dan berhidung mancung itu lagi.

 

"Tak, akak banyak habiskan masa akak dengan duduk membaca dan membuat kerja-kerja ringan je..kenapa doktor?", tanya Nor sedikit risau. Dia tidak melakukan kerja-kerja berat kerana orang gaji suaminya yang membuat semua kerja-kerja rumah dari mengemas sehinggalah memasak.

 

"Datang sini tadi naik apa?",

 

"Naik motor..", jawab Nor selamba.

 

"Naik motor?", doktor muda itu terperanjat. Dia sudah membayangkan motor besar berkuasa tinggi milik suami wanita yang hanya tua beberapa tahun dari umurnya itu. "Kenapa tak naik kereta? Tak apalah, lepas ni   tahan teksi dan terus ke hospital ye..?".

 

Nor hanya mengangguk.

 

"Nah, saya dah tulis surat ni, saya nak akak terus ke hospital jumpa dengan Doktor Tina ye?", jelas doktor berbibir merah itu sambil menghulurkan sehelai kertas untuk diberikan kepada doktor di hospital nanti.

 

**********

 

"U, doktor suruh pergi hospital sekarang.."

 

Kening lebat Joe terangkat. "Sekarang??",soal Joe sedikit hairan.

 

"Ye, sekarang..dia suruh tahan teksi terus ke hospital sana..", tutur Nor yang masih memandang tepat wajah kacak suaminya itu.

 

"Mana sempat..petang sikit la..lepas amik budak sekolah. Okey?", jawab Joe ringkas.

 

"Tapi...".

 

"suruh abah hantar U la..ok sayang?", cadang Joe lalu memimpin isterinya keluar dari klinik kesihatan itu.

 

**********

 

Nor dan Harun tiba di hospital lebih kurang jam dua petang itu. Joe tidak dapat ikut sama kerana tugasnya harus diselesaikan. Mereka terus ke kaunter di situ dan memberikan surat dari Doktor Amira.

 

"Eh! Ni surat pagi tadi kan? Kenapa dah petang baru datang?", soal jururawat separuh umur yang berbadan gempal itu. Keningnya dikerutkan.

 

"Err..", belum pun sempat Nor mahu menjawab, Harun dengan pantas memotong, "Ala, saya bawa teksi tadi, lambat balik..suami dia pulak belum balik..outstation!", Harun bengang kerana jururawat separuh umur itu memandang menantu kesayangannya atas bawah berulang kali. Mungkin berang dengan kelewatan Nor berjumpa dengan doktor yang telah dijanjikan.

 

"Hmm..duduk dulu..nanti saya panggil balik.". kata wanita gempal gempal itu lalu berlalu dari kaunter itu. beberapa minit menghilang, wanita itu muncul semula. "Doktor Tina nak awak mula masuk wad bersalin hari ni. Kejap lagi ada jururawat lain bawa awak.", terang wanita itu acuh tak acuh. Usai. Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.

 

"Abah..abah balik dulu la..nanti kalau Joe free suruh dia datang besok ye?", tutur Nor lembut pada bapa mertuanya itu.

 

"Ye la..abah pun nak balik ni, nak uruskan bas kat rumah tu..". Harun menyerahkan beg berisi keperluan Nor dan melangkah pulang selepas menantunya itu menyalaminya.

 

**********

 

Keesokannya, selepas mandi dan bersarapan, Nor berehat di atas katilnya sambil mebaca novel. Beberapa jam kemudian, dia berasa tidak senang duduk. Dia resah. Namun beberapa ketika kemudian, dia menyambung pembacaannya semula. Beberapa minit selepas itu, dia kembali memegang perutnya. Perutnya sudah berasa sakit. Anaknya menendang kasar perutnya sehingga dia berasa senak. Dia memanggil doktor. Beberapa saat kemudian doktor datang dan dia terus dimasukkan air di pergelangan tangannya.

 

"Saya masukkan air. Awak rehat ye. Kalau awak masih tidak ada apa-apa tindakbalas, kami terpaksa membedah awak melalaui perut.", jelas Doktor Tina. Doktor baru yang tinggi lampai dan berkacamata jernih.

 

Beberapa minit kemudian, Nor tidak sedar. Dia tertidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi. Tiba-tiba dia terjaga dari mimpinya. Serentak itu, perutnya juga terasa sakit. Dia memanggil doktor. Dua orang doktor kacak bersama Doktor Tina masuk mendapatkannya.

 

Doktor cantik dan tinggi lampai itu memeriksanya seraya tersenyum. "Puan dah nak bersalin ni. Wan, tengok dah berapa cm dah..jari aku tak sampai la..", pinta Doktor Tina kepada jejaka kacak yang merupakan rakan setugasnya.

 

Doktor Wan melemparkan senyuman. "Kak, buka kak..jangan malu-malu ye..", kata doktor muda yang bermata sepet itu. Nor berasa tidak selesa kerana ini merupakan kali pertama dia akan melahirkan. Sudah tentu dia berasa malu dengan tindakan doktor yang kaya dengan senyuman itu. Mana tidaknya, sejak dia masuk ke dalam bilik bersalin itu, wajah doktor tinggi lampai dan bermata sepet itu tidak putus-putus dengan senyuman.

 

Antara paksa dan rela, Nor pun akur dengan permintaan doktor itu. Dia sudah membuka sedikit kakinya. Dan sewaktu dua jari doktor itu dimasukkan ke dalam kain untuk mengukur jarak bayi yang bakal lahir itu, tanpa disedari Nor telah menendang kuat Doktor Wan sehingga tersandar ke dinding. Dia juga turut terkejut dengan tindakan spontannya itu. Doktor Tina dan seorang lagi doktor berambut tegak pantas mendapatkan Doktor Wan. Mereka juga terkejut dengan tindakan Nor. Sepanjang mereka bertugas, belum pernah ada doktor yang dibelasah oleh pesakit sebegini. Doktor Tina tertawa geli hati. Namun tawanyaitu hanya meletus di dalam hatinya sahaja.

 

"Kak..kak..sabar..saya nak periksa je..", kata doktor itu takut-takut. Badannya masih sakit setelah pinggangnya terlanggar bucu meja di tepi dinding itu. Dia mengusap perlahan pinggangnya.

 

"Sakit..", tutur Nor perlahan dengan wajah bersalah dan sedikit malu dengan tindakan spontannya.

 

"Ye, memang sakit. Sabar ye. Biar saya periksa sekali lagi.", pujuk lelaki berkulit sawo matang itu. Dia menghampiri Nor semula dan mengulangi perbuatannya sebantar tadi. Walaupun dilihatnya Nor masih takut-takut, jauh disudut hatinya, dia bimbang ditendang lagi kali kedua. Namun beberapa detik kemudian, dia tersenyum. "Kak..push ye. Jangan tahan-tahan. Tarik nafas dalam-dalam..lepas....tarik...lepas..", lelaki itu senyum lagi.

 

Nor akur. Dia menarik dan melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Setelah beberapa minit bertarung, akhirnya  pada jam 2.53 petang, dia terdengar suara bayi perempuan menangis. Dia tersenyum lega. 'Alhamdulillah!'.

 

"Kak..ini baby akak..baby girl..mesti dia ganas nanti kan..", kata lelaki bermata sepet itu lantas ketawa serentak bersama dengan doktor lelaki berambut tegak dan Doktor Tina. Mereka juga tersenyum puas kerana berjaya menyambut satu lagi nyawa yang bakal mewarnai dunia akan datang.

 

Beberapa ketika kemudian, Joe masuk bersama senyuman yang sangat lebar dan penuh bermakna. Dia terpegun melihat bayi perempuan yang sedang dibersihkan oleh Doktor Tina. Dalam hati dia bersyukur kerana isterinya sudah selamat melahirkan malah bayinya juga sihat. Beberapa detik kemudian, bayi perempuan itu bertukar tangan. Pantas Joe mengiqamatkan bayi perempuannya itu lalu menghampiri isterinya.

 

"Terima kasih sayang.. I love u dear..!", ucap Joe romantis seraya menghadiahkan kucupan yang hangat di dahi isterinya.

 

Nor tersenyum bahagia. Alhamdulillah semuanya selamat seperti kehendaknya. Terima kasih Allah!

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Kosong vs Untuk Dia
Cerpen selanjutnya:
Kisah Benar Pertama Aku Cerita

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
EzzaJoe | Jadikan EzzaJoe rakan anda | Hantar Mesej kepada EzzaJoe

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya EzzaJoe
Berkat Ibunda | 3012 bacaan
Sempurna | 2971 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Tendangan 16 Julai
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik