Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertandingan Cerpen @ Bangi - Aku Percaya

 

Aku tutup almari loker dengan perasaan terbuku di dalam hati.Pintu loker itu aku tenung dalam.Perlahan,jemariku mengusap permukaan loker yang telah menjadi ‘temanku’ selama dua tahun sepanjang aku berada di Sri Cempaka High School ini.Seketika,sebelum aku tersedar kemudian,aku mengeluh keras.Di tempat segah manapun aku berdiri,hakikat yang aku ini sebenarnya bukan siapa-siapa tetap tak boleh diubah.Berada di sini,aku sememangnya seperti makhluk asing yang berdiri di kalangan pari-pari.Seperti pipit kecil yang mahu terbang seiring dengan helang.Jikalau tiada bantuan biasiswa,memang kewujudan aku takkan pernah ada di sini.

………

Aku cuba membuat jaringan yang terakhir.Namun,hasilnya sama seperti balingan-balingan yang sebelum ini.Ah!Kalau dah nama ada masalah tu,memang satu benda pun takkan jadi.Aku gosok-gosok rambutku kasar.‘’Aku tak salah!!!’’Sekuat hati aku jeritkan perkataan itu.Biar satu dunia tahu bahawa aku sedang dizalimi.Aku telah dihukum atas kesalahan yang tak pernah aku lakukan.Akhirnya,aku terduduk di tengah gelanggang.Memeluk lutut dan merintih.

‘’Aku tak buat.Bukan aku yang ceroboh masuk bilik tu..Tolonglah  sesiapa..Tolong percayakan aku…’’Aku tersedu-sedan sendiri,mengharapkan akan ada keajaiban yang bakal berlaku.Tolonglah keadilan…berpihaklah pada aku..Aku tak bersalah.

‘’Ada orang yang masih percayakan kau.’’

Suara garau yang tiba-tiba kedengaran itu mengejutkan aku.Pantas aku bangkit berdiri.Mencari batang tubuh sesiapa.

‘’Kau siapa,hah?’’Aku pantas bertanya apabila aku melihat berdiri seorang lelaki berkemeja uniform sekolah.Silau cahaya mentari yang tersuluh daripada tingkap kecil atas ruang gelanggang ini telah sedikit menghalang pandanganku terhadap lelaki yang sedang berdiri dalam jarak lima meter daripadaku.

Aku terdengar lelaki itu tertawa sinis.

‘’Ada jugak orang yang tak kenal aku dalam sekolah ni,ya?’’Angkuh sekali intonasinya.

‘’Hei,jangan nak main-main ya!’’Lantas saja tangan aku mencapai bola keranjang di sisi lalu aku lontar dengan sekuat hati pada lelaki asing itu.Namun,bola itu berjaya disambutnya dengan tenang sekali.Siapa dia ni?Lelaki itu mara beberapa langkah ke hadapan.

Khalid Mukhsin?

‘’Lebih jelas,Cik Nur Aafiya?’’

Aku pandang wajah itu tak berperasaan.Ah,pastilah dia mahu menggunakan gelanggang ini.Lebih baik aku pergi.Nanti tak pasal-pasal dituduh menceroboh tempat orang lagi.

Aku terus mengambil kasutku di hujung dinding tanpa menghiraukan kewujudan lelaki itu.Lalu aku mara menuju lelaki yang sering dipanggil Tuan Muda oleh pelajar-pelajar di sini.Kini,aku betul-betul berdiri di hadapan lelaki bernama Khalid Mukhsin ini.

‘’Aku cuma tumpang main di sini.Satu barang pun aku tak ambil atau rosakkan.Jadi,tolong.Esok aku taknak dengar cerita heboh satu sekolah yang aku ceroboh gelanggang bola keranjang pulak.’’

Aku renung tajam wajahnya sebelum mengambil langkah untuk berlalu.

‘’Aafiya!’’

‘’Tentang hal kau ceroboh bilik seni tu,kau perlu tahu yang masih ada orang yang percaya bukan kau yang buat semua tu.’’

Langkahku semerta terhenti mendengarkan kata-kata yang terluah daripada bibir lelaki yang asing bagiku itu.Seperti ada sinar baru yang bercambah apabila mendengarkan kata-katanya itu.Tetapi,perlukah aku percaya?Hah,lelaki ini pasti bergurau.

Aku teruskan langkahku tanpa memberikan sebarang respons pada kata-katanya.

‘’Ada orang yang akan tolong kau selesaikan kes kau tu.Percayalah.’’

Sekali lagi,dia berjaya membuatkan langkahku terhenti di saat aku sudahpun berdiri di sisi pintu keluar.

‘’Tapi,ada harga yang perlu kau bayar dengan semua pertolongan tu.Itu pasti.’’

Aku mendesis sinis mendengarkan kata-kata terakhir daripada mulut lelaki itu.Dasar orang kaya.Sikap masing-masing sama.Aku memang tak sepatutnya terpedaya dengan setiap butir bicaranya.

…..

Aku ulang baca apa yang tertulis pada kertas memo kuning itu;

Send this file to Mrs.Liana .She need this by 11.30 am.So please make sure that she receives this earlier.Thank you.

-Mrs.Avril

Aku toleh jam di tangan.Sekarang jam sebelas.Haih..kena cepat ni.

Aku melajukan langkah mendaki anak-anak tangga menuju ke tingkat atas.Kata budak-budak ni tadi,Puan Liana selalunya berada di bengkel kemahiran lama.Kawasan koridor di tingkat empat ini sememangnya sunyi kerana jarang digunakan oleh pelajar.

Aku buka pintu bengkel kemahiran.Kepala aku intaikan ke dalam.’Kipas berpusing.Adalah tu..’

’Excuse me,Puan Liana..saya datang nak hantar fail yang Puan Avril kirim pada saya tadi pagi…’’bicaraku terhenti apabila menyedari tiada siapa yang menyahut panggilanku.Suasana di dalam bengkel itu juga sunyi.Hanya kipas saja yang sedang berfungsi.Keadaan di dalam bengkel  juga tidak menampakkan sebarang tanda ada seseorang yang sedang melakukan tugas di sini.Aku memanggil nama Puan Liana berkali-kali,namun tetap tiada sebarang sahutan.Ah,sudah.Aku memandang kipas yang sedang galak berpusing di siling.Jantungku sudah berdetak laju dan fikiran mula terganggu oleh momokan kisah seram yang pernah aku dengar sebelum ini.Liur aku telan sekali.Aih..tak boleh jadi ni!Langkah kaki aku undur beberapa tapak ke belakang sebelum aku pusingkan badan pantas mahu beredar.

Namun,belum pun sempat aku memulas tombol pintu,seseorang telah merempuhnya kuat dari luar.Aku beristighfar kuat akibat terkejut dek rempuhan tersebut.

‘’BINGO.Tak sangka mudah sangat nak perdaya kau ni,’’

‘’Apa kau cakap ni?Kau siapa?’’Aku mencerlung pandang pada lelaki di hadapanku kini.Aku diperangkap?

‘’Aku tak diupah untuk berborak dengan kau.Jadi,tolonglah jangan banyak tanya.Aku kena habiskan kerja aku cepat.Aku nak deal baik-baik dengan kau.Malas nak berkasar.Jadi tolong beri kerjasama yang baik ya,budak biasiswa.’’

Aku berkerut dahi mendengarkan bicara lelaki itu.Namun tidak lagi selepas itu apabila aku mula lihat dia mencabut satu-persatu butang bajunya.Serta-merta aku membuntangkan mata.

‘’Kau nak buat apa ni,hah?Kau jangan nak buat gila!Ni sekolah tahu tak??’’Aku berteriak kuat.Ya Allah.Tolonglah jangan…

‘’Kalau bukan sekolah,maknanya bolehlah,ya?’’Serentak itu,dia berdekah ketawa.

Aku membuka langkah apabila dia semakin menghampiri.Aku mengambil satu kerusi plastik lalu kupegang erat.Bersedia sekiranya lelaki itu mahu bertindak yang bukan-bukan.

‘’Beranilah dekat kalau kau teringin nak kena hentak dengan kerusi ni.’’Ugutku dalam nada tertahan.Detak jantungku sudah tidak teratur degupnya.Cemas dan bimbang.

Tolonglah sesiapa..Tolonglah muncul.

Entah bila masanya dia mendekat aku juga tidak tahu.Tahu-tahu saja aku telah jatuh ditolaknya ke lantai.Aku terjerit kecil apabila dia cuba menindih tubuhku.Aku cuba untuk melawan namun akhirnya kedua-dua belah tanganku dicekaknya kemas.

 ‘’Tolong!!’’Sehabis daya aku lontarkan suara berharap ada sesiapa yang akan mendengar.

‘’Kau memang cari nahas ,tahu tak?Masalah takkan timbul kalau kau tak wujud dekat sekolah ni. Kau nak suruh kitorang buat apa lagi pada kau baru kau nak berambus dari sini?’’Dia memaut daguku kasar.Jelas kulihat riak berang di wajahnya yang sudah kemerahan.Aku mendengus kuat.

‘’Kau nak suruh aku pergi?Aku takkan pergi dari sekolah ni melainkan kalau aku mati,tau tak??’’aku tersengih sinis di kala itu.

Aku tersentak apabila dia menarikku ke dalam dakapannya.Terasa bibirnya sudah mula mencari sasaran.Aku terus cuba membentak dan melawan sebelum tiba-tiba aku terasa tubuh lelaki itu terundur kasar ke belakang dan pelukannya padaku terlerai.Aku terjelepuk lemah selepas itu memegang dada yang terasa sesak dek pelukan erat lelaki tak guna itu sebentar tadi.

‘’Kalau dah teringin sangat nak mati,kau cakap terang-terang dengan aku.Tak payah susahkan diri buat benda bodoh macam ni.Atuk aku tak dirikan sekolah ni untuk golongan pendek akal macam kau,tahu tak?Back –off or today will be your last day here . ’’

Aku terdengar  suara seorang lelaki melengking memberi amaran keras.Seperti suara Mukhsin.Aku pejamkan mata dengan tanganku memegang dada.Ah..sakit itu datang lagi.Apabila terasa ada seseorang yang membalut tubuhku dengan sesuatu,aku lantas membuka mata.

‘’Aku hantar kau pergi bilik rawatan.’’Tanpa amaran,dia mengangkat tubuhku dan berjalan keluar dari bengkel itu.

‘’Sa-kitt…’’Tanpa sedar,sepatah perkataan itu keluar daripada mulutku sebelum pandanganku menjadi kelam sepenuhnya.

……….

‘’Aku dah pernah kata,ada harga yang perlu kaubayar atas semua pertolongan yang aku hulurkan pada kau,’’bicaranya tenang namun masih mampu menjengkelkan aku.Selepas sebulan peristiwa aku hampir-hampir menjadi mangsa Xander,lelaki tidak guna itu,Tuan Muda Khalid Mukhsin yang digilai ramai ini mula menjadi seperti bayang-bayangku tidak kira siang mahupun malam.

‘’Berani kau mengelamun waktu Tuan Muda tengah bercakap?’’Serentak itu,hidungku ditariknya ke depan.Aku mengaduh kuat.

‘’Sakitlah!’’Aku menolak kasar tangannya sambil menghadiahkan jelingan tajam.Dia sekadar tersenyum simpul.

‘’Fiya,’’

‘’Apa lagi?’’Soalku bersama nada seakan-akan bosan.

‘’Pasal kes kau ceroboh bilik seni KM tu dah selesai.Biasiswa kau pun akan diteruskan.Jadi,kau tak perlulah kusut lagi lepas ni,’’

‘’Aku tahu.Tapi pengetua dah bagi amaran larang aku berlegar-legar dekat kawasan sekitar bilik  tu.’’

‘’Bilik seni KM tu bilik rehat aku.’’

‘’Hah?’’

’No one knows about this except you and the principal.’’

’Bilik seni KM.KM stands for Khalid Mukhsin.’’

Oh,macam tu.Jadi ‘bilik seni KM’ itu sekadar nama palsu untuk membayangi status sebenar bilik rehat kepunyaan si Khalid Mukhsin itu?

’But then,kalau betullah kenapa kau bagitahu pada aku?Nak suruh aku ceroboh betul-betul ke?’’

Dia tergelak ringkas.

‘’Kalau kau ceroboh pun,aku tak akan dakwa kau,’’

‘’Hah?’’

‘’Aku percayakan kau.’’

‘’Hah??’’

Dia mengeluh sebelum sambung bicara.

’If once again you repeat that ‘huh’,siaplah.’’Dia bersuara sebal.

‘’Hah???’’Tanpa sengaja aku mengulanginya lagi.MasyaAllah,masalahnya aku memang benar tidak mengerti dengan apa yang cuba dia sampaikan.

’Good.Kau faham apa yang aku nak.Petang ni datang bilik rehat tu.There’s something special waiting for you there.’’

‘’Oh ya.Tolong jelas,ini adalah a-r-a-h-a-n.’’

Tanpa pedulikan bicaranya,aku membuat gaya ala-ala ada-aku-kisah dihadapan wajahnya.

’If you’re not coming,malam ni aku akan panjat tingkap bilik kau.’’Dia pula yang buat muka.

‘’Hei!Berani kau!’’

Macam mana boleh wujud Tuan Muda jenis macam ni di muka bumi ini?

‘’Aku pergi dulu.Petang ni.Or else,malam ni.Kau pilih.Chiao, my princess!’’

My princess??

……….

‘’Kau nak buat apa dengan potret yang kaulukis tu?’’Aku bertanya musykil.

‘’Simpan dalam stor.’’Selamba saja suaranya.Nada hampir tak berperasaan.

 Aku tersentak seketika.Ceh.

‘’Aku baru tahu yang orang kaya suka buang masa dengan buat perkara macam ni,’’

‘’Aku bagi kau peluang untuk bayar hutang budi kau pada aku,faham?’’

‘’Dengan buang masa tercongok depan kau macam ni?’’

‘’Bersyukurlah sebab aku tak suruh kau jadi model tak berbaju untuk lukisan aku.’’Sekali lagi kata-katanya membuat aku terpana.Lelaki ni!!

‘’Tak payahlah nak marah sangat.Aku gurau je.’’Nada tak berperasaan.Sepasang mata itu  merenung tepat ke wajahku sebelum menyambung kata-katanya,

‘’Lagipun,..aku taknak jantung kau ada masalah lagi.’’

Aku mengerutkan dahi tanda kurang mengerti.Apa kena mengena dengan jantung aku ni?

‘’Apa kau cakap ni?’’

‘’Mulai hari ni,tolong belajar kawal perasaan kau.Jangan terlalu sedih,terlalu marah ataupun terlalu gembira.Kalau ada masalah,jumpa kaunselor dan jangan pendam sendiri.Kalau ikutkan kata doktor yang rawat kau waktu peristiwa di bengkel kemahiran haritu,denyutan jantung kau kurang stabil.Sebab tu kau rasa sakit dekat dada.Jadi,kalau kau tak mahu penyakit lama kau datang lagi,pastikan kau ikut apa yang aku cakapkan tadi.’’

Aku terpana mendengarkan baris-baris ayat yang keluar dari bibir lelaki itu.

‘’Ma-cam mana kau tahu tentang penyakit lama aku?’’Tergagap-gagap mulutku mahu melancar ayat.

Namun,dia sekadar tersengih.

‘’Anggap sajalah yang kau bertuah sebab Tuan Muda ambil berat tentang kau.’’

Adakah ini boleh dipanggil tuah?Mengapakah lelaki berpangkat dan dipandang tinggi seperti dia perlu mengambil tahu mengenai setiap perincian kisah hidupku?

…………

Aku pantas menggerakkan langkah kaki menuju ke ruang pameran karya seni sekolah selepas si ‘Malik Pakistan’ mengkhabarkan aku mengenai sesuatu yang tak kuduga.Tercungap-cungap aku mengambil nafas sewaktu kaki sudahpun tiba di ruang pameran.Pandanganku terus terarah pada segerombolan pelajar yang memenuhi satu sudut ruang pameran tersebut.Aku melajukan langkah menuju pada mereka.Tanpa mempedulikan mereka yang sedang bersesak-sesak di situ,aku terus merempuh kumpulan pelajar tersebut dan berusaha mencari tempat di hadapan bagi melihat sendiri tentang lukisan yang diperkatakan oleh Malik Pakistan.

Kini,aku sudah pun berada betul-betul di hadapan lukisan yang diperkatakan itu.Mataku serta-merta membuntang menyaksikan lukisan potret itu.Apakah semua ini?Nafas aku tarik panjang dan seperti sudah melupakan tentang kewujudan para pelajar lain serta bingitnya suasana,aku mengangkat tanganku perlahan menyentuh lukisan bersaiz gergasi tersebut.Menggigil tanganku saat menyentuh potret wajahku sendiri.Mukhsin..Saat itu mindaku terus mencerna nama Mukhsin.Aku segera melepaskan usapan dan menggenggam jemari.Aku harus mencari si Mukhsin!Pantas aku berpaling ke belakang mahu pergi namun di saat itu jugalah aku tersedar yang semua mata sedang tajam memandang ke arahku dan suasana di ketika itu senyap tanpa sebarang suara.Sangat kaku.

Aku bungkam seketika sebelum mengambil keputusan untuk terus melangkah pergi.Namun,baru saja aku baru melangkah,aku sudah terdengar suara-suara sumbang cuba merendah-rendahkan diriku.

Ejekan demi ejekan disambut gelak ketawa oleh seantero ruang pameran karya seni itu.Aku cuba bertahan dan terus menyambung langkah.

‘’Kau sini kejap,perempuan!’’Tanpa isyarat,aku terasa tanganku direntap kuat oleh seseorang dan aku dipaksa membuntuti langkahnya.

‘’Kerjakan perempuan tu teruk-teruk,Xander!’’Lagi suara asing yang cukup menyakitkan hati kedengaran.Mampu aku sekadar memejamkan mata menahan rasa.

….

‘’Aku dah cakap dengan kau dulu,kan?Kenapa kau ni susah sangat nak faham ,hah??’’Tengkingan kuat itu lebih menyakitkan hati daripada telinga yang mendengarnya.

Aku sekadar merenung tajam wajah lelaki itu tanpa sebarang kata.Lelaki sama yang memerangkap aku di bengkel kemahiran lima bulan yang lalu.

‘’Kau siapa nak cakap dengan aku?Kau siapa sampai aku perlu dengar apa yang kau kata?’’Aku membalas kembali dengan soalan dalam nada tertahan.

Lelaki itu membuntangkan mata mendengarkan bicaraku.Nafasnya sudah kelihatan turun naik.Menahan marah gamaknya.

‘’Aku taknak kau bazirkan masa biarkan diri kau terseksa dalam sekolah ni.Ini bukan tempat kau.’’

‘’Aku yang tentukan dekat mana tempat aku.Kau tak payah nak menyibuk.’’Terus aku rentap tanganku kuat.

Ketika aku mahu berpaling untuk pergi,sekali lagi tubuhku direntap kasar.Tanpa amaran,Xander menolak tubuhku kuat melekat di dinding.Terasa bergegar jantungku beberapa saat.Aku mengaduh.Selepas itu,aku mula merasakan yang nafasku sudah mula turun naik tidak teratur.

‘’Aku belum habis lagi dengan kau!’’

Lengkingan kuat Xander sudah tidak kupeduli lagi.

Sebelah tanganku memegang dada apabila aku mulai sukar untuk bernafas.Sebelah lagi tanganku mencengkam kuat baju Xander.Menggigil aku rasakan pegangan aku di kala itu.

‘’Xander..’’bicaraku tersangkut apabila aku tercungap-cungap mahu mengambil nafas.

‘’Kenapa dengan kau ni?’’Ada nada bimbang dalam suara itu.

‘’Sakit..’’

Cuma itu yang sempat aku bisikkan perlahan sebelum aku terasa badanku mula melayang namun disambut oleh seseorang menyelamatkan aku dari jatuh ke tanah.

‘’Hei,budak!Kenapa dengan kau ni?’’

Aku masih dapat mendengar cemas suara itu memanggil namaku.Aku pejamkan mata apabila terasa perjalanan nafasku makin sukar.Aku dapat rasakan tangan Xander menggoncangkan bahuku sambil terus menyebut namaku cemas.

‘’Hei,Aafiya!Bangun!’’Pipiku ditepuk perlahan.Menggigil rasa tangan itu dipipiku.

‘’You bast#rd!’’

Tidak tahu apa yang berlaku,aku terasa tangan yang memangku aku sebentar tadi terlepas kasar bersama pekikan suara seseorang kedengaran.

’I’ve already warned you.Apa kau dah buat pada dia,hah?’’Suara itu kedengaran lagi.

‘’Argh..’’aku mengerang apabila terasa sakit di dada semakin menyucuk.

‘’Fiya!Aafiya!’’

‘’Sabar Fiya.Aku hantar kau ke hospital.Bertahan sekejap.Tolonglah..demi aku,Fiya..’’

Saat ini aku terasa seperti di awang-awangan.Mendengar suara si Mukhsin merayu-rayu aku bersama suara yang lirih.Sayup-sayup suara itu kedengaran di telingaku.Tuhan..mimpi apakah ini?Mengapakah suara itu merintih lirih memanggil namaku?

………….

‘’Macam mana?Rasa okay hari ni?’’Ringkas saja pertanyaannya sama seperti hari-hari yang lalu.Aku sekadar mengangguk,tiada rasa nak menjawab.

‘’Ubat ni,bila nak makan?Dari tadi dok pandang je,bukannya boleh terbang masuk mulut tu sendiri.’’Aku lihat dia mengambil segelas air lalu menghulurkannya kepada aku bersama bekas ubat-ubatan.Aku sekadar merenung kedua-duanya tanpa menyambut.Aku halakan pandangan ke luar tingkap.Tanpa amaran,aku ambil ubat-ubat kapsul tersebut lalu aku balingnya ke luar.Aku intai riak wajah Mukhsin yang kelihatan menahan rasa.Sebal mungkin dengan tindakan yang sudah lebih dari sekali aku ulangi sepanjang lebih seminggu aku berada di dalam wad ini.

Baru saja aku ingin meletakkan kepala ke bantal,dia terlebih dulu menarik tubuhku untuk duduk kembali.

‘’Ubat-ubat tu termasuk dalam hutang kau pada aku,kau tahu kan?Kalau rasa tak mampu nak bayar balik,lain kali tolong makan ubat tu.Sekurang-kurangnya hutang kau tu berbaloi.’’

‘’Kalau kau dah tahu aku tak mampu bayar,kenapa kau suruh jugak aku duduk dekat hospital mahal ni?’’

‘’Aku buat semuanya demi jantung kau tu.’’

‘’Kenapa kau tak habis-habis nak ambil berat pasal jantung aku ni?Kau boleh mati ke kalau jantung aku ni sakit?’’

‘’Harapan aku yang mati kalau jantung kau tu sakit.’’

‘’Apa kau merepek ni?’’

‘’Our heart give us a sign when we fall in love.But if it’s sick,how can we tolerate with those feeling?That’s why Im trying so hard to safe yours.’’

‘’Kenapa perlu selamatkan jantung aku?Jagalah jantung kau tu,bukan jantung aku.’’

‘’Sebab aku nak dengar bunyi degupan jantung kau waktu kau jatuh hati….’’

‘’..pada aku nanti.’’

‘’Apa yang kau cakap ni?’’Sesungguhnya aku terkejut mendengar penyataannya.

‘’Aku tak tahu sama ada kau yang buta atau aku yang tak cukup effort dalam mengambil hati kau tapi,tak apalah.Hari ini biar aku officially confess pada kau.’’

Err.Aku terdiam.

‘’I don’t know when,where or even why did I fall in love with this girl named Nur Aafiya.I’ve made up myself to trust her since the day I saw her crying all alone,begging for someone to trust her for once.Nur Aafiya,..please believe this bad guy for once..’’

Lelaki itu berjeda seketika.

’For all this while,Im badly crazy over you..’’

Serentak itu,tanganku dicapainya perlahan lalu diletakkan pada dadanya.Pantas degupan jantung itu dapat aku rasakan.Sama pantas dengan degupan jantungku di kala ini.

………

10 tahun kemudian…

Aku merenung langit bumi Malaysia selepas sekian lama.Cerah.Selepas sepuluh tahun berlalu,akhirnya semua penat lelahku terbayar.Sepuluh tahun lalu, satu perhitungan besar telah aku buat apabila aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah itu dan juga pergi meninggalkan lelaki itu dalam keadaan dia menagih jawapan pasti daripadaku.Tidak akan akulupa buat seumur hidupku bicara terakhir kami ketika itu..

‘’Kenapa kau suka buat aku berhutang pada kau benda yang aku tak boleh bayar balik??’’Dengan rasa berang,aku ajukan persoalan itu padanya.Sekali lagi dia membuat aku rasa terbeban dengan budi baiknya apabila dia telah membiayai segala kos rawatanku serta telah menghantar doktor peribadi untuk memeriksa tahap kesihatan jantungku setiap minggu.

‘’Siapa kata kau tak boleh bayar balik?Aku akan buat kau bayar balik semua hutang sekali gus dan lepas tu kau tak perlu nak sakit kepala lagi.’’

‘’Tapi macam mana?Cuba kau bagitahu aku supaya cepat aku boleh pergi dari sini dan tak perlu fikir pasal kau lagi.’’

‘’Kau fikir pasal aku?Hah,lagi senanglah maknanya urusan pembayaran hutang kau tu.’’

‘’Kau cakap apa ni?’’

‘’Belajar jadi kekasih aku.Dan segala hutang kau akan langsai.’’Redup pandangannya merenung tepat ke wajahku membuatkan aku semerta terkedu.

……..

‘’Cik,dah sampai.’’Lamunanku terhenti.Aku terus membayar tambang dan keluar daripada teksi.Bangunan gah dihadapanku kini aku pandang penuh rasa.Tujuanku bergegas ke sini terus dari airport kerana aku mahu mencari tahu siapa dia yang membiayai urusan pelajaranku di sini dulu.Aku harus tahu siapa gerangannya supaya aku boleh mengucapkan penghargaan.Tanpa dia,mungkin sekali aku tidak akan pernah mampu untuk berdiri seteguh sekarang ini.Aku berjalan masuk.Terus menuju ke arah pejabat Pengetua sekolah ini memandangkan aku telah mengatur temu janji terlebih dahulu.Pintu kayu berkilat yang menyerupai gerbang besar itu aku ketuk penuh debar.

‘’Come in.’’

Aku menyentuh dadaku yang gemuruh sebelum menolak daun pintu untuk masuk.

’Good evening,Mr.Principal.Sorry for disturbing your precious time.’’Aku menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat .

‘’Saya Aafiya yang hubungi Tuan beberapa hari lepas bercakap mengenai pembiaya biasiswa saya waktu saya menuntut di sini sepuluh tahun lepas.’’Aku menjelaskan kedatanganku ke sini apabila kulihat dia masih tetap diam berdiri merenung ke luar tingkap  membelakangi diriku.

Kata-kataku tidak disambut.Lama keadaan kekal sebegitu membuatkan aku terasa kekok.Rasa sebal pun ada juga apabila sewenangnya tidak dihiraukan.

‘’Err.. Tuan Pengetua?’’

‘’How dare you making me waiting for you here for a decade?Did you forget that I am your Young Master?’’

Aku menyentuh dada yang tiba-tiba berdegup kencang saat susuk tubuh itu mula bersuara.Dan saat dia mula memusingkan tubuhnya mengadapku,mataku membuntang.Nyata terkejut dengan pertemuan ini.

‘’What kind of reaction was that?Were you thinking that you’re not going to meet me again after ten years?Hutang awak dengan saya masih belum langsai.Awak dah lupa?’’

Dia sudah mula mara ke depan.Berdiri kini betul-betul di hadapanku.

‘’Jadi,selagi tu awak jangan harap awak boleh lari terus daripada saya.In fact,saya memang takkan lepaskan awak walaupun selepas awak dah bayar hutang saya.Faham?’’

‘’What-are-you-doing-here?’’Soalku bersama suara yang tersangkut-sangkut.

‘’Waiting for my heartless princess,of course.’’Dia terus merenung wajahku selepas itu tidak berkalih.

’Mana pengetua?Saya datang sini nak jumpa pengetua,bukan awak.’’Aku mengubah topik perbualan dalam gugup yang menggunung.

‘’Awak lupa agaknya yang pentadbiran sekolah ni amalkan sistem warisan.Atuk saya dah lama retired.Ayah pun sama.Are you expecting my sister to be the principal?Of course not.Sekolah ni akan jadi sekolah fesyen kalau bagi dekat dia.’’

 ‘’Jadi,awaklah pengetua sekolah ni?’’

Aku lihat dia mengeluh berat.Kembali memandangku dengan wajah serius.

‘’Drop the point.Lets talk about us.’’

‘’About us?Sorry,Im not here for that.’’Pandanganku menyapa wajahnya sebentar sebelum aku mula memusingkan badan untuk beredar.Tidak sama ada wajar atau tidak tindakanku ini.Yang pasti,rasa dalam hati memanggil aku untuk terus berada di sini,kekal bersama lelaki itu.

‘’Pertama kali saya jumpa perempuan macam awak.Awak dah buat saya separuh gila harapkan awak datang balik pada saya selepas awak pergi.Cuma selepas sepuluh tahun,awak kembali semula dan dalam masa yang sama,awak cuba untuk lari lagi.Berapa kali awak nak datang dan pergi?Berapa kali pulak awak nak buat saya rasa macam hidup cuma dengan bayang-bayang sendiri?Susah sangat ke awak nak tutup ego awak tu dan terus berada di sisi saya?What else you want me to do?’’Lirih suaranya membuatkan aku tersentuh.

‘’Awak tahu tak yang awak tu Tuan Muda dan saya ni perempuan miskin yang tak ada apa-apa?Berbaloi ke awak buat diri awak macam ni semata-mata kerana saya?’’

‘’Berbaloi kalau awak sudi untuk terus berada di sisi saya,Fiya.Dan kalau ditakdirkan awak menolak saya pun,saya tetap akan rasa semua yang saya lakukan demi awak adalah berbaloi.Saya belajar banyak perkara semenjak awak muncul dalam hidup saya.Hidup saya selama ni berpandukan pada wang semata-mata.Sejak awak muncul,barulah saya sedar yang duit tak boleh beli jiwa manusia.Samalah macam situasi kita sekarang ni.Cuma sekarang ni bezanya saya tengah buat tawaran untuk beli hati awak dengan keikhlasan saya.’’

Aku sudah tertunduk.Tersentuh.

‘’Dari mana awak belajar buat semua ni?’’

‘’Buat apa?’’

‘’Macam mana saya nak tolak awak lagi kalau awak dah cakap macam tu?’’

‘’Fiya…’’

‘’Maaflah sebab buat awak tunggu saya lama sangat.’’Aku mengangkat kepala memandang wajahnya bersama titisan air mata yang jatuh ke pipi.

‘’Saya akan mula bayar hutang saya pada awak mulai hari ini.’’Sambungku lagi dalam tangis gembira.

Dia tertawa nipis mendengar ayatku itu.

‘’I thought you’ve already forgotten about those words.Jadi,awak akan belajar jadi kekasih saya mulai hari ini?’’

Aku angguk penuh yakin.

‘’Really?’’Soalnya lagi mahukan kepastian.

Aku angguk lagi.

Dia merenung wajahku sesaat sebelum tubuhku ditarik masuk ke dalam pelukannya.Erat.

‘’Forever,Fiya?’’Bisiknya di telingaku.Aku angguk lagi dalam pelukannya.

‘’Thank God.And thank you so much,Fiya..’’

‘’Sama-sama.’’ucapku perlahan.

‘’Fiya..’’

‘’Hmm?’’

‘’Finally,I could hear your heart beating right now.Quite fast.Is it because of me,sayang?’’

‘’Stop pretending you,bad boy.You already know the reason.’’

Aku memukul dadanya perlahan.Dia tergelak.

‘’Saya sayangkan awak,Fiya.Saya harap awak takkan berhenti percaya.’’

Aku merenung dalam anak matanya.

‘’Saya percaya.’’

Dan InsyaAllah,aku takkan berhenti dari terus percaya tentang perasaan ini.

 

 

TAMAT.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ni citer budak sekolah anak orang kaya agaknya..sampai ada tuan muda pulak..mcm citer korea bila baca ni
  • 2) Betul ciksal... Macam cerita Korea atau citer Jepun. Si perempuan orang miskin dan si lelaki orang kaya dan dua-dua ada rasa semacam ego dalam diri. Tapi masih menarik jalan ceritanya. Cerita yang cukup rencah dan rasanya. Cuma bagi saya, lebih elok endingnya si Khalid Mukhsin melamar Fiya terus sebagai isteri berbanding kekasih sebab rasa cinta tu dah diketahui dan sudah 10 tahun terpisah. Tak elok tunggu lama-lama.

Cerpen-cerpen lain nukilan nami_kay

Read all stories by nami_kay
No stories.