Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertandingan Cerpen @ Bangi - Pengorbanan Seorang Sahabat

 

“Ina tunggulah aku!” jerit Maisarah. Salina tidak menghiraukan jeritan kawannya itu malah dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas. Maisarah dengan pantas melangkah laju untuk mendapatkan Salina yang sudah terlalu jauh di hadapan. “Kau kenapa Ina? Ada masalah ke? Aku tengok kau dari pagi tadi muram je” tanya Maisarah lagi. Salina tidak memberi apa-apa respon kepada pertanyaan Maisarah, dia masih bertindak mendiamkan diri. Maisarah tidak senang duduk melihat rakannya yang seperti mempunyai masalah besar itu. Maisarah tidak berputus asa, dia ingin bertanya lagi tetapi malangnya ketika Maisarah ingin mengajukan soalan tersebut kepada Salina, guru sejarah mereka iaitu Puan Suhaila telah pun masuk ke kelas mereka iaitu 2 Setia bagi memulakan sesi pembelajaran.

 

Selesai waktu persekolahan, Salina tidak menunggu Maisarah seperti sedia kala. Kebiasaanya dia akan menunggu Maisarah dan pulang bersama. Salina merupakan seorang yang periang serta suka menceriakan keadaan tetapi tidak pula pada hari ini. Dia meneruskan perjalannya ke pintu pagar sekolah tanpa berpesan kepada rakan-rakannya untuk memberitahu Maisarah bahawa dia ingin pulang dahulu. Maisarah yang baru sedar bahawa Salina sudah tiada di dalam kelas bergegas menyimpan buku ke dalam beg dan pantas menuju ke pintu pagar sekolah untuk mendapatkan Salina. Mujurlah Salina masih berada di situ, bolehlah dia meneruskan hasratnya untuk mananyakan apa yang mengganggu fikiran serta emosi sahabatnya ini.

 

“Ina, kau okay tak? Aku risau tengok kau macam ni. Kalau kau nak kongsi apa-apa, kongsilah, aku ada dekat sini” kata Maisarah. Secara tiba-tiba Salina minitiskan air mata. Maisarah cuba menenangkan sahabatnya itu. Akhirnya, Salina menceritakan apa yang tersurat di hatinya. “Aku tak tahu mengapa ayah aku boleh bertindak menjatuhkan talak kepada mama aku. Aku tak tahu apa salah kami sampai dia sanggup meninggalkan kami” kata Salina dalam sebak. Kini barulah Maisarah faham mengapa Salina menjadi murung sepanjang hari. “Aku tak kuat Mai, aku tak sanggup dan aku tak kuat nak menghadapi semua ini” Salina menyambung katanya. Memang benar apa yang Salina katakan itu, dia baru berusia 14 tahun dan dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya itu, sudah pasti dia tidak kuat untuk menghadapi masalah perpecahan keluarga ini seorang diri. “Sabarlah Ina, semua yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya. Allah memberi sesuatu dugaan kepada makhluknya yang mampu menghadapi semua ini. Itu bermakna, kau mampu menghadapi semua ini, Insyallah” pujuk Maisarah. Perbualan mereka terhenti apabila bas yang selalu dinaiki Salina sudah pun sampai.

 

Seminggu sudah berlalu, Salina masih tidak menghadirkan diri ke sekolah. Maisarah amat menantikan kehadiran teman baiknya ke sekolah. Pelbagai persoalan mula bermain di pemikiran Maisarah. Adakah Salina baik-baik sahaja? Apa yang sedang berlaku terhadap Salina sekarang ini? Segala persoalan telah terjawab apabila guru kelas mereka iaitu Puan Aina memberitahu 2 Setia bahawa Salina tidak lagi akan bersama 2 Setia kerana dia telah mengikuti ibunya berpindah. Maisarah amat terkejut mendengar berita yang di sampaikan oleh guru kelasnya itu.

 

Selesai waktu persekolahan, tanpa melengahkan masa, Maisarah menuju ke kereta yang mengambilnya pulang dari sekolah. Pemandu Maisarah terkejut melihat Maisarah yang sudah berada di dalam kereta. Kebiasaannya Maisarah akan menunggu Salina pulang dahulu barulah dia pulang ke rumah kemudian. Tanpa bertanya apa-apa, pemandu Maisarah menjalankan tugasnya sebagai pemandu. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Maisarah mendiamkan diri. Tidak seperti sedia kala, selalunya dia akan berbual apa jua topik bersama pemandunya.

 

Sebaik sahaja sampai ke rumah banglo milik ayah Maisarah, dia terus menuju ke biliknya. Aroma spaghetti yang melazatkan tidak berjaya memukau selera Maisarah. Dia lebih sanggup menahan lapar kerana ada satu misi penting yang perlu dia laksanakan. Dia menggapai telefon bimbitnya dan mula menaip mesej kemudian menghantarnya kepada Salina. Telefon bimbit Maisarah bergetar, menandakan bahawa mesej masuk. Balasan mesej Salina tidak dapat membuatkan Maisarah kembali tersenyum seperti sedia kala kerana Salina mengatakan bahawa dia sekarang berada di negeri Kedah. Maisarah dapat merasakan bahawa amat sukar untuk mereka yang masih lagi bersekolah untuk berjumpa. Namun itu bukanlah penghalang untuk mereka tidak berhubung. Maisarah terlelap selepas memikirkan nasib persahabatan mereka.

 

Setelah setahun berlalu, Salina dan Maisarah masih lagi berhubung melalui laman sosial dan telefon bimbit. Pada suatu hari, Salina pulang sebentar ke Kuala Lumpur kerana mahu mengambil folio dan kerja kursus di sekolah lamanya. Dia sengaja tidak mahu memberitahu Maisarah kerana ingin membuat kejutan. Di sekolah, selepas Salina mengambil folio serta kerja kursusnya, Salina mencari Maisarah. Salina terlihat Maisarah sedang ketawa riang bersama Izara iaitu rakan sekelasnya dahulu. Terdetik perasaan cemburu dan persoalan yang bermain di minda. Maisarah terkejut melihat kelibat Salina, dia melemparkan sekuntum senyuman dan merapati Salina. Mereka berdua berbual sebentar. Perbualan mereka terhenti apabila loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat telah habis. Maisarah sempat memberikan kata semangat dan satu pelukan yang erat buat Salina.

 

Dalam perjalanan pulang ke Kedah, Salina memikirkan mengenai Maisarah. Dia berasa Maisarah bakal melupakannya dan seorang yang tidak setia. Tatkala dia menjejakkan kaki di rumahnya, kedengaran suara ayah dan mamanya bergaduh mengenai hak penjagaan anak. Betapa dia mengharap agar Maisarah ada di sisinya tetapi apabila mengenangkan yang Maisarah kemungkinan sedang berseronok bersama Izara dan sedang melupakannya, dia bertindak keluar dari rumah kerana sakit kepala mendengar pergaduhan antara kedua ibu bapanya. Salina berputus asa untuk terus tabah menghadapi dugaan. Dia merayau sekitar taman perumahannya. Kelihatan sekumpulan remaja sedang melepak di taman, dia mendekati kumpulan itu. Dalam hatinya berkata “kalau Maisarah dapat menggantikan tempat aku sebagai kawan baik dia, aku pun boleh” . Dek kerana salah memilih kawan, Salina bertukar menjadi liar. Dia sering keluar malam dan mengabaikan pelajarannya.

 

Pada suatu malam, rakan lelaki yang membonceng Salina berhentikan motosikalnya di kawasan yang sunyi sepi. Dia menarik Salina ke dalam semak samun. Salina berasa tidak senang dengan tindakan rakannya itu. Dia menjerit tatkala rakan lelakinya itu cuba meraba tubuh badannya. Dia cuba melawan lelaki yang bertubuh sasa itu tetapi tidak berdaya. Apa yang Salina mampu ketika itu hanyalah menjerit dan berharap agar ada orang yang akan menolongnya. Mujurlah ada seorang jejaka yang datang menyalamatkannya. Mujur juga Salina tidak sempat diperkosa. Ketika itu Salina separuh sedar dan lemah. Jejaka yang menyelamatkannya membawa dia ke rumah. Pagi keesokannya, Salina sudah sedarkan diri. Dia berada di rumah jejaka yang telah selamatkannya. Ibu kepada lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Ummi dan kemudian menanyakan apa yang sebenarnya terjadi kepada Salina. Salina bertindak mendiamkan diri. Ummi tidak kecil hati dengan tindakan Salina kerana dia tahu pasti Salina dalam keadaan trauma sekarang. Setelah dapat menyesuaikan diri di dalam rumah itu, Salina lihat keluarga Rafiz, iaitu lelaki yang telah menyelamatkannya amat mementingkan ajaran Islam. Ketika itu barulah Salina sedar bahawa sudah lama dia tidak mendirikan solat. Rafiz yang sedar akan kehadiran Salina mengajak Salina duduk. Rafiz mengajukan seribu satu soalan, Salina menjawab soalan yang di ajukan. Lama juga mereka berbual. Kini baru Salina tahu bahawa Rafiz itu 2 tahun lebih tua darinya dan juga merupakan murid di sekolah barunya.

 

Setelah seminggu menumpang di rumah orang barulah Salina membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dia bersalam dan memohon maaf kepada mamanya serta berjanji untuk berubah. Janji itu dikotakan oleh Salina. Dia kini menjadi seorang yang fokuskan pelajaran dengan bantuan Rafiz. Setiap petang dia akan meminta bantuan Rafiz untuk mengajarnya mengenai subjek yang dia tidak faham. Dalam diam, timbul satu perasaan dalam diri Salina terhadap Rafiz tetapi dia memendamnya kerana dia tahu perasaan itu boleh menghancurkan persahabatannya dengan Rafiz.

 

Keputusan PMR sudah keluar, Alhamdulillah Salina telah dapat 6A2B. Telefon bimbit Salina bergetar. Terpampar di skrin telefon nama Maisarah, dia berasa sakit hati melihat nama Maisarah kerana dia fikir Maisarah tidak menganggapnya sebagai kawan lagi lalu dia mematikan telefon bimbitnya. Maisarah berasa sedih apabila panggilannya ditolak, sudah sekian lama dia tidak berhubung dengan Salina. Entah apa salahnya sampai Salina melakukan dia seperti itu. Rafiz mengucapkan tahniah dan memberi hadiah kepada Salina tatkala itu hati Salina berbunga-bunga. Rafiz memberitahu Salina bahawa selepas ini mungkin dia tidak dapat berjumpa dengan Salina lagi kerana dia sudah habis sekolah dan mungkin akan berkhidmat dalam PLKN. Kata-kata itu membuatkan Salina sedih.

 

Masa berlalu dengan begitu pantas, kini Salina dan Maisarah sudah pun menjejakkan kaki ke universiti. Salina menyambung pelajarannya di Universiti Putra Malaysia manakala Maisarah di Paris. Hubungan Maisarah dan Salina terputus begitu sahaja, Maisarah selalu menghantar pesanan ringkas dan menelefon Salina tetapi Salina tidak membalas semua mesej itu dan menolak panggilan daripada Maisarah. Pada suatu hari ketika Maisarah sedang berjalan di sekitar kawasan Eiffel Tower, dia terlanggar seorang lelaki. Habis baju lelaki itu dek kerana secawan kopi yang dibawanya tertumpah. Maisarah meminta maaf dan memberi sapu tangannya kepada lelaki tersebut. Maisarah pergi meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu ialah Rafiz. Sejak kejadian itu, Rafiz terbayang-bayang akan wajah jelita Maisarah. Dia ingin tahu siapakah gerangan gadis yang jelita itu. Secara kebetulan, Rafiz terserempak dengan Maisarah di sekitar kawasan universiti. Barulah Rafiz tahu yang mereka satu universiti. Pelbagai cara telah Rafiz lakukan untuk memikat Maisarah tetapi tidak berjaya kerana Maisarah ini seorang gadis yang mementingkan pelajaran daripada percintaan. Namun, Rafiz tidak berputus asa. Dia sanggup menunggu Maisarah tamat belajar.

 

Setelah selesai Majlis Graduasi, Maisarah diberikan sejambak bunga oleh orang yang tidak dikenali dan orang tersebut menyuruhnya membaca nota yang diselitkan. Nota itu mengatakan “Datanglah ke Eiffel Tower untuk dapatkan kembali rantai awak”. Barulah Maisarah teringat bahawa tiga tahun dahulu dia telah kehilangan seutas rantai yang diberi oleh mamanya selepas berlanggar dengan seorang lelaki. Selepas selesai menukar baju, Maisarah terus ke Eiffel Tower tetapi lelaki itu tidak muncul. Tiba-tiba Maisarah didatangi seorang budak dengan sekuntum mawar putih yang bernota. “ Majulah seratus langkah ke hadapan” tertulis di nota itu. Maisarah pun maju seratus langkah ke hadapan. Di masih tidak lihat kelibat lelaki itu. Kini dia didatangi pula seorang gadis yang membawa sekotak coklat Ferrero Rocher berbentuk hati bersama sekuntum lagi mawar putih. Dia segera ke taman berdekatan apabila diberitahu oleh gadis itu. Sampai sahaja di taman, Maisarah terkejut melihat lilin yang disusun menjadi perkataan iaitu “Will you marry me?”. Maka muncul lah Rafiz dengan sekuntum lagi bunga mawar putih. Maisarah tersentuh dengan apa yang telah Rafiz lakukan. Maisarah pun memberi jawapan ya kepada Rafiz.

 

Kini Maisarah sudah sah menjadi tunang Rafiz. Pada suatu hari, Salina muncul di pejabat Rafiz untuk menghadiri sesi temu duga. Rafiz terkejut melihat Salina, mereka berdua saling berpandangan. Kehadiran Maisarah membantutkan lamunan Rafiz. Rafiz pun mengenalkan Maisarah kepada Salina dan mengatakan bahawa Maisarah ini tunangnya. Maisarah terkejut apabila dapat tahu bahawa wanita di depannya itu ialah Salina. Satu pelukan erat dihadiahkan kepada Salina. Salina terpaksa menerimanya kerana ada Rafiz di situ. Memang betul Salina telah berubah tetapi perasaan bencinya terhadap Maisarah masih lagi ada. Pada suatu hari, Salina ternampak Maisarah keluar dari pusat beli-belah. Perasaan amarah serta cemburu membuatkan Salina menekan brek dengan niat untuk melanggar Maisarah kerana merampas Rafiz daripadanya tetapi lain pula jadinya, Salina dilanggar oleh sebuah lori. Salina cedera parah, kedua buah pinggangnya rosak dan dia juga lumpuh. Maisarah telah membuat keputusan untuk mendermakan sebelah buah pinggangnya buat Salina yang masih koma. Sebulan kemudian, Salina telah pun sedar dari komanya. Dia meraung seperti orang gila kerana keadaannya yang sudah lumpuh. Maisarah cuba menenangkannya tetapi dimarahi oleh Salina. Salina mengatakan bahawa dia benci akan Maisarah. Maisarah kata dia cuba menjadi semangat buat Salina tetapi Salina mengatakan bahawa Rafiz ialah semangatnya.

 

Maisarah sudah berfikir masak-masak, dia tidak sanggup melihat Salina hidup begitu. Maisarah menyuruh Rafiz berkahwin dengan Salina. Pada mulanya Rafiz menolak tetapi kerana sayangnya terhadap Maisarah membuatkan dia setuju. Sebelum hari pernikahan, Salina membuat perangai kerana tidak mahu menjemput Maisarah ke hari pernikahan mereka. Dek kerana tidak tahan  dengan perangai Salina, Rafiz menceritakan segala pengorbanan Maisarah terhadap Salina. Salina terdiam mendengar cerita Rafiz. Barulah dia sedar bahawa dia bagai kacang lupakan kulit. Pada keesokannya, sebelum di ijab kabulkan, Salina menghentikan majlis dengan mengatakan bahawa dia tidak jadi kahwin dengan Rafiz. Semua di situ terkejut mendengarnya termasuklah Rafiz dan Maisarah. Salina menambah bahawa majlis akan di teruskan cuma pengantinnya sahaja di tukarkan. Salina meminta maaf kepada Maisarah atas segala yang dia lakukan terhadap Maisarah. Akhirnya, Maisarah telah berkahwin dengan Rafiz dan dikurniakan 3 orang anak. Manakala Salina, telah bertemu jodoh di United Kingdom ketika menjalankan terapi. Hubungan Salina dan Maisarah kekal sebagai sahabat karib. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Haa..ni sahabat sejati..sanggup tukar pengantin saat ijabkabul tu...macam citer hindustan..anyway bagus! Saya suka persahabatan!
  • 2) Erm cerpen ni mempunyai nilai moral yang bagus, terutama sekali dalam isu persahabatan. Namun dari segi penulisan cerita, ianya tidak memberangsangkan lebih-lebih lagi mendekati penghujung cerita. Teknik dialog digunakan pada awal hingga pertengahan cerita, namun menjelang pengakhiran cerita, teknik dialog tidak digunakan walhal terdapat bahagian penting yang boleh digarap baik dengan menggunakan teknik dialog. Laras bahasa yang digunakan sudah sangat baik namun teknik penulisan perlu diperbaiki lagi.

  • (Penulis)
    3) Terima kasih @ciksal dan @acsonrobin atas comment nya. Saya tahu mungkin cerpen saya tak sebagus cepen lain tapi ini adalah hasil membuat cerpen last minute selama tiga jam sebelum tarikh tutup. Oleh itu, idea tidak dpt dikembangkan sgt. Insyallah saya akan perbaiki penulisan saya pada masa akan datang

Cerpen-cerpen lain nukilan athirahnz

Read all stories by athirahnz
No stories.