Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertandingan Cerpen @ Bangi - Maryam

 

Aku menutup pintu bilik dengan perlahan. Takut tingkahku disedari. Terus aku  menghenyakkan badanku, meniarap di atas katil sambil memeluk bantal. Air mata semakin banyak dicipta tapi aku masih mampu mengawal esakanku, takut terdengar oleh mak. Tiba-tiba aku terdengar suara mak dari bawah, “Ha,merajuk,merajuk. Tak boleh ditegur pula sekarang.” Aku dapat mengagak bahawa adik bongsuku, Daniel yang melaporkan perilakuku kepada mak. Dasar mulut tempayan. ‘Tak reti jaga tepi kain sendiri ke!’ aku bermonolog dengan penuh geram. Aku mengambil Teddy, patung kesayanganku dan memeluknya. ‘Teddy,akak gaduh dengan mak. Dia marah akak, dia ingat akak bermasam muka sebab akak tak dapat apa yang akak inginkan. Tapi, sebenarnya akak ada masalah di kampus tadi. Dia selalu salah faham dengan akak, akak hendak jelaskan perkara sebenar pun dah tawar hati sebab mak kalau dia marah memang angin satu badan. Tak boleh nak mencelah langsung.’ Aku cium Teddy berulang-ulang kali. Aku terlelap bersama linangan air mata yang ku rasakan perit sekali. Sedar-sedar sahaja sudah pukul 6.25 pagi. Ah! Aku tertinggal solat ‘isyak. Teruknya aku.Cepat-cepat aku menuju ke bilik air, hendak bersiap. Pagi-pagi macam ni ada kelas Puan Aisyah,singa di kampus. Naiya aku kalau lambat. Memang mantaplah! Mata aku ini dah bengkak macam beruang panda. Gerenti di kampus nanti aku kena bahan.

Aku meninjau-ninjau di bilik mak, tiada. Di dapur, tiada juga. Sudah satu rumah aku cari, mak aku tiada. Mana perginya mak aku ni? Adik aku Daniel itu memang masih terbongkang lagi lah di bilik dia. Geram aku pada dia masih berbaki. Aku rasa hendak buat ‘dajjal’ saja pada dia. Langkahku terhenti di depan televisyen, ada sekeping nota dan duit RM 30.

Nota: “Mak kena keluar pagi-pagi. Ada mesyuarat di syarikat. Duit belanja mak tinggalkan itu. RM 10 untuk adik kau. Kalau kau balik awal, tolong hantarkan dia ke sekolah.

 

 

 

Oh, aku ingatkan mak aku merajuk lepas itu lari rumah. Lantas aku pergi ke bilik Daniel dan aku memicit ubat gigi pada muka dia. Padan muka kau.Cari masalah lagi dengan aku. Kalau kau tak kacau aku, aku pun tak kacau kau. Aku pasti lepas dia bangun nanti, kepanasan muka dia. Aku gelak macam langsuir tapi dalam hati sahaja, takut dia terjaga. Aku tahu yang aku memang sudah terlewat. Aku mencapai telefon bimbitku dan terus mendail ‘Umai’, sahabat aku di universiti. “Umai, weh, tolong pura-pura jadi aku sekejap waktu Prof.Aisyah ambil kedatangan nanti.” Aku bercakap sambil mengunyah roti bakar dan minum air susu. “Okey,okey. Boleh sahaja.” Senang sahaja kalau hendak minta tolong daripada sahabat aku yang seorang ini. Belanja dia tat telur, jalan terus. Kira macam rasuah jugak. Aku dan Umai guna bahasa isyarat. Kalau okey sekali maknanya belanja nasi lemak. Kalau dua kali, belanja tat telur. Itu untuk Umai la. Untuk aku lain. Nantilah, bila-bila aku beritahu. Aku mengesat peluhku yang sudah mula meleleh ke mata. Nafasku tercungap-cungap. Mengapa? Apa yang berlaku? Kenapa semua pelajar memandang ke arahku dengan pandangan yang seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu. Alamak! Aku termasuk dewan kuliah ikut pintu depan. Memang sudah terang lagikan bersuluh aku lambat ke kelas. Prof. Aisyah sudah menjeling tajam ke arahku. Habis, lagi-lagi aku kena denda. ‘Ikan kekek mak iloi-iloi,ikan gelama mak ilai-ilai, lepas itu tak ingat lirik.’ Terburai ketawa satu kelas. Dahlah, aku didenda duduk bawah meja sambil nyanyi lagu ‘klasik’ itu, boleh pula aku buat loyar buruk. Sempat juga mata aku memandang sekilas ke arah Prof.Aisyah. Aku bernasib baik beliau tidak marah. Lepas itu, aku meluru ke depan dewan kuliah untuk menjalankan pelaksanaan denda yang kedua. Saya, Sarah Adeline binti Mokhtar berikrar dan berjanji yang saya tidak akan mengulangi perbuatan saya dan jika saya melanggarnya, saya bersedia menerima apa-apa sahaja denda dan hukuman daripada Puan Aisyah. Denda yang ini aku tidak pernah buat lagi. Oleh sebab itu, memang aku malu gila dengan rakan-rakan sekuliah aku. Memang hari ini hari korang bahan aku, tapi lain kali hari aku pula.

 

 

 

 Aku melayari internet untuk menghabiskan masa lapangku . Memang aku tahu ia salah untuk kita menonton video yang memudharatkan kita tapi aku tidak boleh! Aku  seperti ketagihan. Kalau penagih dadah, ketagih dengan najis dadah, perokok ketagih dengan najis rokok, peminum arak ketagih dengan najis arak, pemain judi ketagih dengan judi dan aku, aku ketagih tengok video lucah. Aku selalu buat kerja ini untuk menghilangkan ketagihan aku. Aku rasa aku mula ketagih waktu umur aku 18 tahun. Kalau tidak silap. Kata orang sekali kita buat,kita akan terus buat. Susah gila hendak tinggalkannya. Tiba-tiba telefon aku berdering. Umai. “Wa’alaikumussalam. Ada apa Umai? Ha? Senior kita meninggal? Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un. Nanti aku datang jemput kau.” Aku tak sangka senior aku, Kak Piqa pergi terlalu awal. Nampaknya makin kurang la ahli kelab seni. Sekarang hanya lima orang. Kelab seni tidak ramai orang yang mahu  masuk sebab bagi mereka kelab itu membosankan. Aku hanya menyarung ‘maxi dress’ yang aku beli minggu lepas. Cantik. Warna merah jambu dengan bunga-bunga halus.  “Umai, dah siap belum? Aku ada depan rumah kau ni.” Aku bercekak pinggang depan rumah Umai. Saja berlagak bengang.Umai keluar dengan kelam-kabut. Tapi aku tak dapat mentafsir riak wajahnya yang sedikit, entahlah. Kata tidak dapat tafsir, memang aku tak tahu la kan itu riak apa. “ Sarah, Kak Piqa meninggal sebab HIV. Aku tak tahu macam mana berita  ini boleh tersebar. Tadi pun Eca yang beritahu aku. Tapi aku rasa itu gosip sahaja. Tak baik mereka sebar fitnah sebegitu.” Umai terus meluncur kalimah-kalimah yang membuatkan dada aku seolah-olah berhenti berdegup sebaik sahaja kami melangkah masuk kereta Myviku. “Sarah, kau okey ke tidak ni? Semacam je aku tengok, pucat macam orang sakit. Lagi satu, lepas kita lawat arwah Kak Piqa, kita pergi kenduri kahwin tau. Pak cik aku menikah.” Umai memandang muka aku sambil bercakap. Bukan dia yang pandu pun. “Tiada apa-apalah. Cuma gastrik aku ini menyerang kembali. Sakit sangat. Ha, boleh je. Lagipun bosan aku duduk di rumah seorang diri.” Tiba-tiba aku terasa mata aku ini pedih sangat. Mengapa ni? Aku tidak boleh buka mata.Gelap. Dan aku mendengar Umai menjerit-jerit. Umai, tolong aku!

 

 

 

Kepala aku sakit sangat. Berdenyut-denyut. Aku berusaha untuk membuka mata. Tidak boleh. Cuba lagi, tidak boleh. Aku kat mana ni? Aku cuba bangun, tidak berjaya. Aku meraba-raba kakiku, ia seperti dibalut dan disimen. Aku berasa sesuatu yang buruk berlaku. Aku pegang tanganku, dicucuk wayar.”Sarah, Sarah dah sedar? Sarah kemalangan tadi.” Aku dengar suara mak cuba menenangkanku. “Umai, umai. Umai mana mak? Umai!” Lembut mak mengusap dahiku. “Umai dah tiada. Allah lebih sayang akan dia Sarah. Sarah kena tabah. Mak menolongku menolak kerusi roda, memasuki ruang tamu rumah. Rasa-rasanya lah. Sebab aku sekarang sudah buta. Aku meminta mak membawa aku kepada laptopku. Aku memegangnya dan kemudian, Prangg!  “Sarah, kenapa ni? Kenapa Sarah pecahkan laptop ni? Ya Allah.” Mak terus membawa aku ke. Ke mana aku tidak tahu. Oh. Ke kolam ikan di halaman rumah rupa-rupanya. Aku dapat mengagak kerana mendengar percikan air kolam ikan. Aku hanya membisu dan mak tiada berdekatan aku. Mungkin dia ingin memberi aku ruang untuk bernafas. Aku memegang mataku. Memang aku layak menjadi sebegini. Akulah puncanya Kak Piqa menghidap HIV. Aku dengan dia dah lama bercinta dan kami ada melakukan hubungan ranjang. Sayup sahaja aku mendengar azan dari Masjid Ar-Raudhah. Aku kesat air mataku dan terus ke bilik untuk mengerjakan solat. Aku tahu aku perlu teruskan hidup sehinggalah Allah benar-benar ingin mengambilku.

“Ya Allah, ya rabbi. Aku sudah banyak berbuat dosa. Dan Engkau masih memberi peluang kepadaku untuk berubah dengan memberiku nafas. Akan aku gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Akan aku abdikan seluruh hidupku hanya kepadaMu. Ya Allah, keranaku, sahabatku, Umai meninggal.Engkau tempatkanlah dia di samping orang-orang yang beriman dan Engkau kurangkanlah azab kuburnya. Ya Allah, kerana kau juga Kak Piqa meninggal. Engkau ampunilah dosanya dan kurangkanlah azab kuburnya. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan dan selama ini aku hidup bergelumang dosa. Kini Engkau butakan aku kerana Engkau tidak mahu aku mengulangi dosaku. Ya Allah, terimalah taubatku ini.Amin Ya rabbal ‘Alamin.” Lalu aku mencapai Al-quran. Sudah lama rasanya aku tidak merasakan kedamaian seperti ini. Damai sekali.  

Aku pulang ke kampung ingin menziarahi keluarga di sana. Aku hanya tidur sepanjang perjalanan pulang. Mak tak habis-habis berborak dengan ayah yang sedang memandu. Sesekali terdengar juga mak menyebut namaku. Malas aku mahu mengambil tahu. Apa salahnya mereka bercakap tentangku? Mereka sebagai ibu bapaku berhak berbincang tentang aku dan masa depanku. Kini, aku serahkan segala-galanya kepada mereka. Sampai sahaja di kampung, terus aku meluru ke sebuah bilik. Bilik yang hanya dikhaskan untuk anakku, Laila. Nenek memimpin tanganku. “Laila, Laila sihat, sayang? Maafkan ibu sudah lama tidak datang berjumpa Laila. Ibu agak sibuk sedikit minggu ini. Tapi ibu ada bawa atuk dengan nenek.”Aku menggendong bayi itu dengan penuh kasih sayang. Aku sangat sayang akan bayi itu walau pada mulanya aku tidak dapat menerima kehadiran dia dalam hidup aku. Memang mustahil aku ingin terima. Aku tidak pernah melakukan apa-apa hubungan seks  sehingga boleh mengandung. Tapi, inilah hakikatnya. Cerita Maryam berulang kembali. Aku akan terima anak ini kerana dia hadiah daripada Allah untukku. Baru aku sedar mengapa Allah kurniakan aku bayi ini 11 bulan yang lalu. Supaya aku tidak mengulangi dosa-dosaku yang amat menjijikkan itu. Tapi aku yang tidak sedar-sedar. Kerana itu Allah tunjukkan aku jalan lain. Dengan mengambil dua orang yang aku sayang dan membutakan mata aku. Ampunkan aku Ya Allah kerana aku sudah hanyut terlalu jauh. Walaupun siang dan malam aku menyembahmu tapi solatku tidak pernah khusyu’. Hatiku bukan mengingatMu. Ampunkan aku Ya Allah. Aku ke luar rumah sebentar untuk menghirup udara kampung. Tapi, udara di sini tidak berapa nyaman kerana rumah nenek betul-betul berhadapan jalan raya. Aku berjalan dan berjalan tanpa  mengetahui aku berada di mana. “ Sarah,buat apa berdiri tengah-tengah jalan tu?” Aku dengar seperti suara nenek. Di mana aku? Di tengah-tengah jalan? Aku mengorak langkah untuk pergi ke rumah nenek. Tiba-tiba aku mendengar bunyi lori semakin mendekatiku. Aku cemas tetapi malangnya, aku dilanggar! ‘Tolong selamatkan saya. Sakit.’ Aku tidak berdaya untuk menuturkan kata-kata itu. Sakit sangat. Aku terbaring di atas jalan dan aku memegang kepalaku. Berdarah. Nafasku semakin perlahan. Aku berasa tidak cukup oksigen untuk bernafas dan akhirnya nafasku berhenti. Akhirnya, Allah mengambil aku jua. “Sarah,Sarah,Sarah! Jangan tinggalkan mak Sarah!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Whoa... Cerita ni adalah cubaan untuk mengadaptasi kisah Maryam nampaknya... Namun Sarah adalah seorang pendosa yang sedang mula bertaubat.

    Teknik dialog dan penceritaan dah okey tapi ada dua perkara yang macam awkward sikit, iaitu perenggan yang besar-besar yang sebenarnya menunjukkan pertukaran plot dan juga sudut pandangan orang pertama yang mana si pencerita itu bercerita hingga saat dia mati.

  • (Penulis)
    2) Terima kasih komen,
    Saya pun tak prasan perenggan tuh jd besar-besar canggituh.
    Apa-apa pun terima kasih.
  • 3) kejap. yang part anak muncul tanpa seks tu khayalan dia atau memang dia diberi anak?

  • (Penulis)
    4) Yang itu memang betul2 bukan khayalan dia

Cerpen-cerpen lain nukilan Farahanim

Read all stories by Farahanim
No stories.