Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertandingan Cerpen @ Bangi - Erti Sekuntum Bunga

 

“Sabarlah wan…”pujuk Amir sambil menepuk-nepuk bahu kawannya.

“Aku..aku..aku bersalah dengan dia Mir..Aku tak patut tuduh dia sesuka hati.Aku menyesal dan aku terkilan dengan dia.Sampai hati dia buat aku macam ni…kenapa dia tak nak bagitahu aku yang dia tu sakit?? Masa akhir hayat dia pun dia tak mahu aku datang…”tanpa segan silu Izwan meluahkan segalanya pada Amir sambil teresak-esak.

“Wan..kau kena ingat,ajal maut tu ditangan Allah…Arwah tak nak kau susah Wan..dia sayangkan kau..Arwah taknak kau risau pasal dia..Dia tak nak kau sedih masa dia sudah tiada lagi..sebab tu dia tak bagitahu kau..”pujuk Amir lagi.

“Tapi Mir..tak adil dia buat aku macam ni..” tangisan yang tadinya kuat semakin perlahan.

Amir hanya melihat rakannya yang kesedihan itu bagaikan emak kehilangan anak.Dia tidak menyangka,pemergian Nur Amna Khaira dari hidup Izwan memberikan impak yang besar dalam diri kawannya itu.

Petang itu,Izwan pergi kesebuah tempat yang pernah mencoretkan 1001 kenangan pada dirinya dan arwah rakan baiknya,Amna.Tempat itu meninggalkan kenangan yang sangat bermakna,kenangan yang tidak mampu dicipta kembali,dan kenangan yang kini hanya tinggal secebis memori.

Mata Izwan kembali mengalirkan air mata.Hilang segala ego seorang lelaki dalam dirinya.Dia tidak peduli semua itu.Izwan terduduk kesedihan ditepi pohon tempat dia dan arwah Amna pernah duduk bersama dahulu.

“Sekarang,aku faham apa yang pernah kau tanya padaku dahulu,Amna…”ujar Izwan keseorangan.

Dari situ,Izwan melihat kearah taman bunga yang ada dihadapannya.Pelbagai bunga ada disitu.Tetapi,bunga yang paling menyentuhnya ialah 2 jenis bunga  yang membuatkan hatinya kembali menangis.Ingatannya kembali berputar dikala dia bersama Amna suatu ketika dahulu.

 

“Wan..aku mahu tanya sesuatu pada kau boleh??” laung Amna dari atas buaian yang tergantung pada pohon yang rendang itu.

“Apa kau ni Amna?Aku mahu melukis pun mahu kacau..Apa dia?” Izwan yang sedari tadi khusyuk melukis menoleh kearah Amna.

“Tuu…sana tu ha..kau nampak bukan pokok bunga mawar dan bunga kertas itu? Pilihan kau yang mana?” soal Amna.

“Hahahaha..apa sahajalah kau ni Amna.Kau ni..kalau akulah,mestilah bunga mawar..bunga tu cantik,harum,merah..sedap je mata memandang..Apa punya soalan ni?” Soal Izwan kembali.

“Oh..hahaha..ye ke? Bunga mawar pilihan kau?”Okay..Okay…” Balas Amna sambil tersenyum.

“Yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Apa pasal kau tanya aku? Cepat bagitahu..”desak Izwan.

“Suatu hari nanti kau akan dapat jawapannya.Tapi..pada masa itu,mungkin aku sudah tiada lagi bersama kau..”ujar Amna penuh berahasia.

Izwan kehairanan. “Apa-apa sahaja lah Amna. Mungkin dia hanya bergurau sahaja…”kata hati kecilnya.

Sungguh! Dia tidak menyangka,itulah pertemuan terakhir dia dan arwah Amna.

Setelah selesai Amna bertanya,dia berlari pulang ke rumah dengan senyuman yang terpaksa setelah menerima panggilan daripada umminya.Ya! Izwan masih ingat..ketika itu,muka Amna seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat.

Pada hari keesokkanya,Amna seolah-olah melarikan diri daripada Izwan.Sehinggalah pada suatu ketika,Izwan melihat Amna seolah-olah sedang dipeluk oleh pelajar lelaki senior.

Abang Faiz…Abang Faiz sedang memeluk Amna disebuah bilik darjah yang kosong.Tiada pelajar lain ketika itu.Ketika itu,dia sedar,muka Amna sedang berkerut-kerut menahan sesuatu.

Izwan yang terlihatkan Amna ketika itu berlari meninggalkan mereka.Pelbagai persoalan yang ada dimindanya.

Dia dapat mendengar jeritan Abang Faiz dan Amna dari jauh yang sayup-sayup kedengaran.Sungguh ! dia tidak mahu berpatah balik dan mendengar apa-apa penjelasan.Semuanya sudah jelas.Apa yang berlaku dihadapan matanya bukan drama tetapi realiti.Persepinya terhadap Amna telah berubah. Pada sangkaannya,Amna seorang budak perempuan yang pandai menjaga adab dan batas-batas seorang perempuan.Tetapi,jauh lebih teruk lagi.

Berminggu-minggu dia tidak bertegur sapa dengan Amna.Amna juga kerap tidak hadirkan diri ke sekolah.Sehinngalah Izwan dikhabarkan sendiri oleh Abang Faiz,yang Amna sedang sakit tenat disebuah hospital.

Ketika Izwan sampai dihospital,Amna sedang bertarung nyawa dengan penyakit yang dihadapinya.Semasa Izwan duduk kerisauan dihadapan bilik sakit Amna,Abang Faiz datang menghampiri Izwan.

“Wan..Abang nak bagitahu sesuatu dengan kau..”ujar Abang Faiz.

Izwan hanya mengangkatkan mukanya yang penuh kelesuan dan kerisauan.

“sebenarnya,abang ni abang sepupu Amna..apa yang kau lihat hari tu..bukan seperti yang kau fikirkan..Abang hanya memapah Amna ketika dia penyakitnya sedang menyerang..bukan abang seorang sahaja disitu..kawan Amna,juga ada..tetapi dia meminta bantuan ke bilik kesihatan..”terang Abang Faiz.

Tersentap jantung Izwan mendengar penjelasan Faiz.perlahan-lahan air matanya jatuh berjuraian.Ketika itu jugalah,ayah Amna keluar dengan muka yang sangat sedih dan pilu.

“Wan..Amna dah pergi..dia sempat berpesan kepada pakcik,yang dia minta maaf kepada kamu.Dia dah maafkan segala kesalahan kamu pada dia..dia ada juga cakap,yang dia sayang kamu sebagai sahabatnya dunia akhirat..”sayu kedengaran suara ayah Amna menuturkan kata kepada Izwan.

Izwan terduduk mendengar perkhabaran itu.Dia menyesal kerana menurut nafsu menuduh Amna sebegitu.Di sisi Abang Faiz,Izwan menangis semahu-mahunya.

 

 

“Pertemuan dan perpisahan perkara biasa dalam kehidupan kita. Kerana di setiap yang bermula pasti akan berakhir. Siapa sangka,ada kisah yang panjang di sebalik pertemuan singkat ini. Tatkala kita bersama,segalanya indah belaka walaupun kesusahan dan keperitan yang dialami itu perit tidak terhingga.kita laluinya dengan penuh ketabahan dan berjanji untuk setia bersama.kita ada lagu sendiri,ada tempat untuk kita luahkan rasa hati biarpun ianya tidak seindah istana kayangan.Cuma,ada ketikanya,aku merasakan yang engkau ada menyembunyikan sesuatu dariku. Mungkin aku tidak patut mentafsirkan sesuatu yang buruk kerana kita sentiasa serasi bersama.Tapi…kau pergi jua.Tinggalkan aku bersendirian di sini tanpa mengucapkan Selamat Tinggal.Akhirnya aku tahu apa yang engkau sembunyikan. Aku pasrah…Aku tidak dapat lagi melihat lagi senyum tawamu didepan mataku. Hati aku sunyi..Pernah terfikir untuk mencari jalan keluar,tetapi aku buntu.Kau masih teguh dalam jiwaku walaupun zahirnya engkau tiada disisiku.Tiada siapa yang dapat berbicara dengan hatiku ini.Aku lepaskan dirimu pergi dan redha dengan kehilanganmu.Semoga kita berjumpa lagi.Nantikan aku di sana,sahabatku.”

Sahabat yang sentiasa mengingatimu,

Khairil Izwan

 

Perlahan-lahan Izwan menutup buku catatan berwarna biru itu. Buku yang meninggalkan 1001 coretan pahit dan manis ketika bersama Nur Amna Khaira.

“Nur Amna Khaira,walaupun kau sudah tiada lagi bersama aku..kenangan kita tak akan pernah hilang dalam diri aku…sekarang aku faham maksud kau..walaupun bunga mawar itu cantik,merah,menawan,harum dan disukai ramai,tetapi ia mudah layu dan kelopaknya mudah gugur dan rosak.Manusia memang suka salah mentafsir dan menilai,Aku harap,persahabatan kita akan kekal utuh seperti bunga kertas.Walaupun buruk,tidak dipandang orang..tetapi ia akan sentiasa segar,dan kelopaknya tidak mudah layu dan rosak walaupun angin taufan datang melanda..”

Izwan mengesat air matanya yang sedari tadi mengalir.Kenangannya bersama Nur Amna Khaira masih diingatannya walaupun bertahun sudah berlalu.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Tak kesampaian...

    Oleh itu cintalah yang lebih berhak..insyaAllah..aman hati!
  • 2) Oh. Ini sebuah cerita yang sangat ringkas. Sebuah cerita biasa. Nak teka plot pun tak perlu sangat. Tapi sekurang-kurangnya ada mesej yang ingin disampaikan. Teknik penulisan pun dah okey. Kalau ingin terus menulis pada masa akan datang, pelbagaikan idea untuk cerita.

  • (Penulis)
    3) terimakasih sudi membaca
  • 4) walaupun bunga mawar itu cantik,merah,menawan,harum dan disukai ramai,tetapi ia mudah layu dan kelopaknya mudah gugur dan rosak.Manusia memang suka salah mentafsir dan menilai,Aku harap,persahabatan kita akan kekal utuh seperti bunga kertas.Walaupun buruk,tidak dipandang orang..tetapi ia akan sentiasa segar,dan kelopaknya tidak mudah layu dan rosak walaupun angin taufan datang melanda..%u201D

    Sangat bermakna

Cerpen-cerpen lain nukilan khairina

Read all stories by khairina
No stories.