Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertandingan Cerpen @ Bangi - Cinta Antara Laut dan Langit

 

Allah berkuasa dan telah menciptakan segala yang ada di muka bumi ini…begitu juga dengan kejadian laut dan langit…laut dan langit saling mencintai…laut sayang sangat dekat langit sebab itulah warna laut sama macam langit…langit pun suka sangat dekat laut sebab itulah warna langit sama macam laut. Pada setiap senja, laut akan membisikkan kata “aku cinta padamu” ke telinga langit…langit diam seribu bahasa…secara perlahan-lahan, langit bertukar menjadi kemerah-merahan…langit berasa malu…begitu kehidupan seharian laut dan langit. Suatu hari, awan tiba-tiba muncul…pertama kali awan terpandang langit, awan terus terpaut pada langit…awan cintakan langit, namun awan tahu bahawa langit cintakan laut…Awan memikirkan cara bagaimana hendak menarik perhatian langit…Akhirnya awan meliputi seluruh langit sebagai tanda awan benar-benar cintakan langit dan dalam masa yang sama menghalang laut dan langit daripada bertemu…Langit sedih sangat sebab tak dapat jumpa dengan laut, tapi langit diam sahaja. Tiba-tiba muncul pula angin…angin pelik kenapa laut dan langit tak bertemu…Akhirnya angin dapat tahu yang awan suka dekat langit juga…angin rasa geram sangat…sebab angin suka tengok laut dan langit bersama…jadi, angin tiup semua awan yang ada…akhirnya awan terpecah dan jadi gumpal-gumpal kecil…awan sedih sebab tak dapat buktikan cinta dia lagi tapi dia pasrah…Akhirnya, laut dan langit kembali bersama…jika kita lihat laut dan langit, pasti pasti ada satu garisan pembahagi antara laut dan langit di hujung sana…Disitulah tempat pertemuan antara laut dan langit…

Cinta itu sangat suci…janganlah kita mengotorinya…cinta itu boleh disamakan dengan fenomena alam…alam adalah ciptaan Allah SWT yang menakjubkan…begitulah juga perasaan cinta…Saidina Ali r.a. pernah berkata “cinta itu suci, Cuma orang yang bercinta yang bermasalah’’…mafhumnya…cinta itu suci…tak salah…tapi orang yang bercinta itu sebenarnya…mereka biasanya akan mengotori cinta yang suci itu…Nikmat cinta yang suci dan asli dah hilang…yang ada Cuma cinta yang suci dari nama dan terpalit dengan noda-noda…Misalnya…mutiara…mutiara itu sangat suci dan bernilai…kita gambarkan mutiara itu sebagai cinta…jika tiba-tiba mutiara itu tercalar walau sedikit pun, pasti kita terkilan dan sedih…ini kerana nikmat memiliki mutiara yang sempurna lagi bagus dan seronok daripada mutiara yang tercalar. Calaran itu boleh dianggap setiap perkara yang mengotori cinta itu macam dating, pegang-pegang dan seumpamanya…ingatlah..setiap perkara yang tidak elok kita lakukan pasti akan mencalarkan mutiara itu…banyangkanlah bagaimana rupa mutiara itu nanti…Dalam cerita tadi…kita boleh lihat langit diam sahaja apabila laut membisikkan “aku cinta padamu”…ini kerana langit mencintai laut juga, tapi langit tak mahu menjadi fitnah kepada laut…sebab itulah langit diam sahaja…Lagipun, kalau kita mencintai seseorang…lebih baik kita diam sahaja…itupun digelar jihad…lagi satu, apabila kita lihat awan meliputi langit…langit tak buat apa-apa pun…langit diam sahaja…lepas itu angin tiba-tiba datang tolong…begitulah juga kehidupan…kalau kita cintakan seseorang lepaskanlah dia…kalau benar dia milik kita…pasti dia akan kembali…begitu juga cerita tadi…Allah berikan angin untuk membantu laut dan langit…seseorang lelaki yang benar-benar menyanyangi seorang perempuan semata-mata kerana Allah pasti dia tak akan ajak perempuan itu dating atau terjun ke lembah kemaksiatan. Akhir sekali, garisan yang mempertemukan laut dan langit itu adalah destinasi dan impian yang sebenarnya…perkhawinan…ikatan yang halal antara lelaki dan perempuan…jadi…peliharalah cinta anda dan jangan hiasinya dengan noda…Sesungguhnya cinta itu benar-benar suci…

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Suka! Ada mesej dalam citer ni..
  • 2) Erm ini bukan satu bentuk cerpen yang biasa... Saya tahu sebab saya pun pernah buat perkara yang sama... Mesej sudah ada dan ianya cukup bagus. Cuma kurang olahan cerita yang kreatif. Cuba lagi untuk menulis cerpen yang lebih bagus dari segi penulisan kreatif.

Cerpen-cerpen lain nukilan Izzah123

Read all stories by Izzah123
No stories.