Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lima Saat

 

Lima saat. Untuk lima saat itu yang ada hanyalah mereka berdua, Aya dan Aril.

Saat Aya melangkah keluar dari pejabat, dia tidak menyangka bahawa Aril akan ada di situ. Sedang Aril bergurau dengan rakan dan berpaling ke belakang, kaki Aya bagai terpaku di depan pintu. Suara dalam pelbagai nada; langsing dan nyaring, juga dalam pelbagai bahasa terus lenyap. Mereka bagaikan masuk ke dalam ruang vakum.

Yang tinggal cuma mereka berdua.

Hilang sudah tubuh yang sedang sibuk berjalan menuju ke destinasi untuk mengisi perut sekalipun sebenarnya itu waktu puncak.

Yang ada hanya mereka berdua.

Aril memandang tepat pada Aya, sesuatu yang tidak pernah berlaku kerana seringkali dia akan berbicara dengan kasut. Dan Aya pula terpaku di depan pintu; bergerak tidak, berkelip pun tidak.

Aya pasti dia lihat Aril sedang berbual tadi namun perbualan itu mati saat pandangan mereka bertemu. Pandangan itu merenung terus ke dalam anak mata Aya, seolah-olah mencari sesuatu. Tanpa kata, ia cuba menebak apa yang Aya rasa. Mungkin juga cuba menyampaikan mesej dari dalam diri Aril sendiri.

Babak di layar perak yang selalu Aya tertawakan kini jadi sebahagian daripada sejarah hidup. Siapa sangka?

Saat-saat itu berlalu tanpa senyum. Mereka hanya merenung satu sama lain, mengharapkan bantuan angin untuk menyampaikan hasrat.

Seperti mana mulanya tanpa amaran, ia juga berakhir tanpa amaran. Aril memalingkan wajah. Aya seperti terjaga dari lena dan memulakan langkah yang terhenti.

Ada senyum menghiasi wajah. Kisah ini baru sahaja bermula. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Okay. Melayang terus nih. Wuhuu!

  • (Penulis)
    2) zaty: lain mcm dia punya pergi. mih mih mih.
  • 3) esok akan dipastikan saat menjadi enam!

  • (Penulis)
    4) cahatomic: kemain kemain!
  • 5) lima saat yang baru bermula..hihihi....dan enam saat akan sambung..

  • (Penulis)
    6) ciksal: lama sikit boleh tak? kbai.
  • 7) Hahaha...lima minit kut?..lima saat nak kenyit mata tak sempat..hahaha!

  • (Penulis)
    8) ciksal: sempat kot. tapi malu punya pasal.
  • 9) ini motion sebabak yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan. berbicara dengan kasut ialah kerja seorang shoegazer (boleh jadi background aril) yang mana dalam cerpen ini aku tidak pasti samada ianya real ataupun sekadar metafora.
  • 10) perlukan 30 second of courage!
  • 11) I am not a fan of romantic writing but this might convert me.....:-)

  • (Penulis)
    12) Nizaris: metafora sahaja. Nak tunjuk aril pemalu
    Kurusawa: mari kta doa!
    Skepticfoq: thank you for reading . Wow, I take that as a compliment
  • 13) dari kerana mataaaaa.. oke diam suara tak sedap. aya, sila stare aril bila jumpa dia lepas ni. oke?

  • (Penulis)
    14) Haanim: dia ckp dia tak berani sbb pandangan Aril sgt tajam
  • 15) I need five years to fall in love. How easy to find love nowdays.
  • 16) Allah kalau Dia nak sesuatu kejadian tu berlaku, sekelip mata pun boleh berlaku. Tak perlu lima saat, tak perlu lima tahun. Kejak nak kira sekelip mata tu berapa saat dia amik masa.

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer