Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Mikro Ramadhan

Cerpen sebelumnya:
Kembali ke langit.
Cerpen selanjutnya:
Juadah Berbuka Yang Telah Pupus

Ini adalah karya yang dihantar untuk Pertandingan Cerpen Bertema. Sila login untuk membaca cerita ini sepenuhnya.

Terima kasih ;)


Aku hairan apabila aku rasakan semakin lama semakin aku kurang mengenali manusia. Apakah kerana kurangnya perhatian menjadikan kehidupan hari-hari mereka mendesak kepada perhatian atau bagaimana, berkali-kali aku cuba jelaskan di sini bukan tempat untuk kamu berbogel hari ini dan beberapa hari kemudian kamu memetik firman. Di sini juga bukan medan untuk kamu melancarkan perang dan boikot terhadap Israel setiap kali Nakba namun beberapa jam kemudian kamu tewas kepada keluarga kamu yang merengek-rengek mahukan cheeseburger Mekdi. Lebih-lebih lagi hari ini apabila taring engkau sudah semakin panjang, maka air liur engkau berjejeran membasahkan bisa pada manusia-manusia yang engkau anggap tolol dan tidak berguna. Karena engkau fikir mereka itu pelajarannya tidak sampai ke bumi para anbia’. Lalu engkaulah yang paling benar dalam hal ehwal rohani dan jalan pulang kepada tuhan. Aku juga lelah setiap kali sepanjang tempoh aku bernafas modal kamu cuma berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Kurma sebagai makanan paling seksi dalam hirarki pemakanan yang bilamana kamu mahu realis, tanyakan pada diri kamu dan kamu sendiri akan tahu bagaimana kurma cuma berkhasiat pada bulan Ramadhan. Dan ibadah-ibadah mengejar Qiamullail buat pemalas-pemalas yang cuma mahu berdoa pada satu malam berharap pada malam itu pokok-pokok bersujud agar tuhan menganugerahkan kekayaan sekaya Firaun, kehebatan sehebat Daud dan ...
Cerpen sebelumnya:
Kembali ke langit.
Cerpen selanjutnya:
Juadah Berbuka Yang Telah Pupus

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
1 Penilai

Info penulis

Muhammad Nizari

I love Kapasitor
Nizaris | Jadikan Nizaris rakan anda | Hantar Mesej kepada Nizaris

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Nizaris
Zombi 1Malaysia (Z1M) | 1846 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Mikro Ramadhan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik