Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Berlumba ke Bulan

Cerpen sebelumnya:
Kuih! Kuih!
Cerpen selanjutnya:
Malam terawih

Komander Aiman melihat pada jam tangan klasik Ulysse Nardin Astrolabium Galileo Galilei pemberian dari arwah orang tuanya.

“Sudah jam enam  setengah petang”

Komander Aiman duduk sendirian dalam bilik yang dikhaskan untuknya, demi untuk merangka, meneliti dan memastikan segala persiapan misi berjalan lancar.

Petang Ramadhan ini , sama seperti petang-petang yang sebelumnya untuk tempoh dari dua tahun lepas.” Moga dapat sedikit keberkatan untuk meneruskan misi ini.”

‘Untuk sesuatu yang bagus demi masa depan’ menurut pekeliling yang diedarkan sepelusuk divisyen Kronos. Komander Aiman sedar, ini adalah misi yang teramat penting.

Negara-negara besar berlumba untuk menghantar kontigen untuk mewujudkan koloni-koloni di Bulan. Manakala Amerika Syarikat dan Russia sudah lama tiba di Marikh untuk misi percubaan. Ianya hanya akan mengambil enam hingga ke setahun untuk mereka mula membina reaktor nuklear disana.

Negara Arab? Mereka tak turut serta kerana masih sibuk lagi untuk hal ehwal carigali minyak yang masih tersisa dibumi mereka. Bumi Palestin masih lagi dibasahi dengan darah pejuang-pejuang mukmin.

“Tuan, semua tugasan hari ini sudah hampir selesai. Kita akan sambung semula latihan pengendalian selepas waktu berbuka nanti” Interkom dimeja Komander Aiman menjerit.

“Suara Sarjan Suriani. Sedap mendengarnya walau dalam keadaan dia menjerit.” Gelak kecil Komander Aiman.

“Orangnya pun sedap juga mata memandang” Bisik nafsu nakal Komander Aiman.

“Haaih, puasa aku hari ini..puasa..”Laju  minda Komander Aiman untuk cuba menafikannya kembali. Bertepuk didahi sebentar dibuatnya.

Tak sempat bertarawikh nampaknya dek kerana ada jadual ketat yang harus dikejar.

 “Demi hati dunia yang perlu aku puaskan, akhirat pula yang aku cuba tangguhkan.” kata Komander Aiman lagi.

Dibilik itu, Komander Aiman duduk sambil meneruskan tugasan merangka dan membelek segala persiapan. Ada sebulan lebih lagi sebelum misi ini benar-benar menjadi.

“Sarjan, bagaimana dengan juadah berbuka? Adakah semua makanan telah diedarkan kepada setiap ahli pasukan yang terlibat?” Komander Aiman bertanya kepada Sarjan Suriani.

“Sudah Tuan. Semua juadah makanan telah pun dihantar terus ke bilik ahli pasukan. ”

Berbuka dalam bilik seorang diri untuk setiap mereka. Kadang-kala banyak idea bangang yang datang berdasarkan macam-macam teori. “Aaah, bukan kuasa untuk aku persoalkannya” Kata Komander Aiman sendirian.

(Menurut pakar, makan secara bersendirian membolehkan setiap anggota menjadi lebih kental dan kuat semangat untuk mengharungi misi mencabar ini.)

 

“Nasib baik, sembahyang masih lagi dalam etika berjemaah, kan abang?…eh eh Tuan!” Perli Sarjan Suriani malam tadi selepas selesai solat Isyak bersama semua anggota terlibat.

Misi persiapan ke Bulan ini secara mutlaknya telah membuat Komander Aiman dan  Divisyen Kronos hampir separuh gila.

Indonesia dan Singapura telah pun berjaya mendaratkan kapal induk mereka seminggu yang lepas di Bulan. Arahan pemerintah supaya koloni diwujudkan disana dengan kadar segera harus dilaksanakan.

Atmosfera bumi bakal menjadi traffik yang sesak untuk tempoh setahun dua ini.

“Negara kita takkan kalah dalam perlumbaan angkasa lepas. Ini tahun 2040, bukan masa untuk  hal remeh-temeh” Pesan pemimpin negara dalam satu perhimpunan perpaduan tahun lepas.

Komander Aiman dan beberapa pegawai Divisyen Kronos tidak akan ke Bulan. Mereka cuma bertanggungjawap ke atas persiapan sahaja. Lepas selesai misi ini, dia akan masuk meminang Sarjan Suriani..hehehe

Kembali kepada misi asal;

Iya, Bulan. Tak perlu pergi terlalu jauh hingga ke Marikh.  Itulah yang dibisikkan ke telinga Komander Aiman oleh pegawai pemerintahnya.

“Selalunya kita terpaksa merangkak untuk tahu erti berjalan. Adakalanya kita perlu untuk berlari terlebih dahulu sebelum itu” . Tak masuk akal. Entah dari mana petikan tersebut datang, kata benak Komander Aiman.

“Tuan, maaf mengganggu. Nampaknya kita baru sahaja mendapat satu laporan negatif dari seksyen ‘Sedia Makanan’ ”

“Apa dia? Teruskan..”

“Errr terdapat kontaminasi pada juadah berbuka, yang..eh eh Tuan. Terutama pada lauk kari ayam.”

 

Komander Aiman menghela nafas panjang.

“Kita harus pastikan yang semua anggota pasukan misi ke Bulan adalah dalam tahap kesihatan yang maksimum. Hantar pegawai-pegawai seksyen ‘Sedia Makanan’ untuk kumpulkan semula juadah berbuka dan gantikan dengan lauk lain.”

“Baik, Tuan”

Komander Aiman cuba untuk  kembali melelapkan mata sebentar sementara untuk menyampaikan waktu berbuka.

Atas meja ada tiga biji kurma mengkal dan secawan air soya. “Cukuplah, sekadar untuk aku alas perut” . Nafsu makan Komander Aiman telah lama kurang semenjak diserapkan ke Divisyen Kronos. Tekanan yang dialaminya demi misi ini amatlah berat sekali.

Selang 20 minit, Interkom berdegung lagi.

“Tuan, err semua juadah makanan berbuka telah dikumpulkan semua dari 18 bilik anggota” Suara Sarjan Suriani berkumandang dari Interkom.

“Baiklah. Terima kasih. Harapnya juadah baru dapat dibekalkan kepada semua anggota secepat mungkin sebelum waktu berbuka puasa”

Komander Aiman cuba untuk lelap kembali, tapi beliau tiba-tiba bingkas bangun dari kerusi dan menghala kemeja  kearah Intercom.

 

“Sarjan Suriani, kita ada berapa orang yang berpuasa? Tolak lima anggota bukan Islam, sepatutnya ada 20 orang yang beragama Islam, kan?”

“Errr Iya, Tuan!”

“Ada yang diantara mereka yang datang haid? Setahu saya, ikut laporan kesihatan harian, tiada..kan? Mengapa hanya 18 bilik sahaja yang memulangkan kembali juadah berbuka?”

“Errr Iya..Tiada, Tuan!” Lagi sekali Sarjan Suriani mengiyakan pertanyaan Komander Aiman.

“Ada dua bilik yang tidak memberi respon untuk pemulangan semula juadah kontaminasi tersebut, Tuan!”

Komander Aiman geleng kepala.

Kita sudah bersedia dan tertekad untuk ke Bulan. Mampu dari segi ekonomi dan politik untuk cita-cita perluasan kuasa. Puasa juga yang berlubang sana-sini.

Beliau tenung semula pada jam tangannya.

“Demi masa, kita semua mungkin sengaja mahu lalai…”

Cerpen sebelumnya:
Kuih! Kuih!
Cerpen selanjutnya:
Malam terawih

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

26life

Mengada-ngada, merengek dan menyusahkan
26life | Jadikan 26life rakan anda | Hantar Mesej kepada 26life

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya 26life
Si Paris bayar zakat | 9359 bacaan
Billy dan Serina jadi rakyat | 2499 bacaan
Monolog orang yang ada rasa bersalah | 2886 bacaan
Dia, Bidadari Perjalanan | 3982 bacaan
Dia suka pada Milah | 20700 bacaan
Khayalan bernombor | 3072 bacaan
PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers | 3436 bacaan
Pra Ramadhan : Alam aku | 3005 bacaan
Cerita Bergambar : Aku Pulang | 5782 bacaan
PCB#5: Kegembiraan untuk 45 minit | 3811 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Berlumba ke Bulan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik