Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

luahan hati seorang anak

 

Papa! I miss u..

Walau hanya sebaris ayat, namun ia punya makna yang mendalam, yang tidak mampu dihuraikan. Dan, tiada siapa yang mengerti tentang perasaan ku saat ini. Namun aku tidak lupa, aku masih punya seseorang yang begitu memahami ku, yang sentiasa ada di saat susah senang hidupku dan sentiasa punya rencana yang tersendiri buat hidupku. Dialah TUHAN ku.

Di saat ku merindui papa ku, aku serahkan kerinduan ku padaNya. Aku tidak mampu berkongsi rasa dengan mama ku. Aku tidak mau dia semakin sedih. Abang-abangku seolah-olah tidak mengerti perasaan ku. Kakak ku juga. Mereka masing-masing sudah punya tanggungjawab sendiri.

Aku amat merindui papa ku. Sangat-sangat rindu. Walau aku dikenali sebagai periang, sentiasa ceria dan murah dengan senyuman, namun tiada siapa tau di hatiku terdapat luka yang amat mendalam. Entah bila dapat sembuh.

Papa! Walau berulang kali aku memanggil, dia takkan muncul lagi di depanku. Kerna itu aku rindu. Kerinduan yang begitu mendalam yang hanya dapat diluahkan melalui setiap titisan air mata. Siapakah yang akan mengerti???

Aku punya ramai kawan yang rapat denganku. Punya rakan yang sentiasa ada di saat senang dan susah hidupku. Namun tidak seorang pun yang mengerti hatiku yang begitu merindui kehadiran seorang papanya. Kadang mereka menyoalku apakah papa ku menjemputku pulang. Di saat pertanyaan itu dilontarkan, tiada siapa tahu begitu remuk hatiku. Papa! Andai kau masih ada….

Aku begitu rindu saat ku masih kanak-kanak. Engkau gemar mencium pipi ku. Engkau juga jadi guru matematik ku di rumah. Jua kerna engkau, aku meminati subjek matematik. Papa! Saat mama buat kuih, kita slalu bersaing siapa boleh makan lagi banyak. Di saat engkau ke kedai pasti tidak pernah lupa beli makanan ringan untuk ku. Dan, kita akan berkongsi makan. Alangkah bahagianya saat itu.

Saat keputusan PMR keluar, aku dapat lihat engkau sangat excited papa. Petang itu juga engkau pergi ke sekolahku bila aku tiada hati mau pergi. Juga saat keputusan SPM keluar, engkau juga yang terlebih excited papa. Dan, aku tau engkau kecewa kerna aku tidak dapat full A. Papa! Maafkan aku. Pasti engkau kecewa kerana subjek kimia ku dapat E. Tapi tahukah engkau papa, aku juga kecewa.  Aku masih teringat saat exam kimia, aku sakit perut setelah makan gula-gula yang kawanku beri. Aku tidak tau apa jenis gula-gula itu, namun ianya terlalu pedas sampaikan perutku ikut meragam. Belum pun habis menjawab mukasurat kedua paper kimia, aku sudah terasa mau pengsan kerna perut ku begitu sakit. Aku terpaksa pergi ke tandas. Papa, taukah engkau bila aku mintak ubat dari pengawas peperiksaan, dia beri aku panadol. Panadol untuk cirit-birit, entah di mana dia dapat teori sesat itu. Aku terpaksa balik kerna perutku begitu sakit. Dan aku tau, result kimia ku pasti hancur. Papa! Maafkan aku.

Kehidupan kita sangat bahagia selama ini. Namun, tiada siapa tahu bahagia hidup kita musnah di saat engkau disahkan menghidap kanser. Arghhhh! Aku sangat membenci perkataan itu.

Papa, aku rindu. Aku masih teringat di saat aku mendapat tawaran masuk politeknik, engkau menghalangku papa. Aku tau engkau takut aku tidak akan dapat menghabiskan pengajian ku nanti kerana tiada wang. Saat itu aku menangis papa. Kerna aku tau engkau pasti akan menurut apa saja pinta ku melalui air mataku. Aku tau sepanjang hidupmu engkau sangat membenci titisan air mataku. Ahhhh!!! Betapa kejamnya aku papa. Dan seperti yang aku sangka, engkau membenarkan aku masuk politeknik jua. Saat itu engkau juga menangis papa. Engkau meminta maaf padaku kerna tidak dapat membiayai persekolahanku. Papa! Engkau tidak layak untuk meminta maaf daripadaku papa. Aku ini anakmu, kenapa harus engkau meminta maaf dariku. Papa! Wang boleh dicari, kenapa harus bimbang? Aku rela berhutang dengan PTPTN papa, asal dapat sambung belajar.

Walau aku sangat gembira kerana dapat tawaran politeknik, aku tau papa, engkau kecewa. Engkau kecewa kerna aku tidak mendapat tawaran maktab. Sejak kecil engkau mau aku menjadi cikgu. Dan aku pulak mau menjadi engineer. Dan kita pernah bergaduh besar hanya kerana itu.

Papa! Aku teringat saat kita bergaduh. Begitu tegarnya aku untuk tidak memasak lauk untukmu. Dan engkau terpaksa bersusah payah untuk memasak sendiri bila aku tidak menyahut panggilanmu. Papa!!!!! Maafkan aku. Aku sangat menyesal papa. Ampunkan aku. walau sedulang pun air mata jatuh, namun masa tak akan boleh diputar kembali. Namun papa, sesungguhnya aku amat menyesal.

Papa! Kita sentiasa bersama setiap petang. Saat mama memasak, aku menemanimu. Aku mau bercerita denganmu tentang segalanya. Engkau slalu mengadu papa bahawa kesakitan yang engkau tanggung sangat menyeksakan. Dan aku hanya mampu memberimu kata semangat papa. Walau saat itu air mataku mengalir, engkau takkan tahu kerna hari sudah gelap. Dan kita jarang pasang lampu di bilik tamu.

Di saat engkau mulai lemah kerna tidak tahan dengan radioterapi, engkau tidak tau papa. Hancur hatiku bila melihat keadaanmu ketika itu. Aku langsung tidak kisah walau terpaksa tidur berlantaikan simen dan bertilamkan surat khabar. Semua itu hanya kerna engkau papa. Aku tidak mau membiarkan mama seorang saja menjagamu. Aku tidak mau nurse yang mencucimu kerna engkau masih punya anak, papa.

Aku tidak pernah terfikir bahawa engkau akan kecundang jua dalam perjuanganmu. Aku sentiasa berharap bahawa keajaiban bakal terjadi dan engkau akan sembuh. Namun, aku tidak pernah terfikir bahawa sebaliknya akan terjadi, papa.

Papa!! Pernahkah engkau tau bahawa aku mendapat tawaran masuk UiTM? Aku pernah membisikan di telingamu tentang hal itu papa, namun engkau tiada reaksi langsung.

Papa! Aku telah membatalkan untuk masuk poli. Aku terima tawaran untuk masuk UiTM papa. Dan papa, di hari yang sepatutnya aku mendaftar untuk menjadi pelajar politeknik, engkau telah pergi. engkau pergi meninggalkan kami tepat 8:15 pagi. Aku seperti bermimpi saat mama cakap engkau telah meninggalkan kami. Aku seperti tidak percaya kerna aku jua di sisimu saat itu dan aku langsung tidak menduga engkau akan pergi juga.

Papa! Aku sering menangis sendirian. Aku merinduimu. Kadang aku slalu termimpi akan engkau papa. Aku memelukmu erat. Kehangatan pelukanmu masih terasa walau saat itu aku sudah terbangun, dan aku akan menangis dan terus menangis sampai air mataku berhenti mengalir. Walau aku kelihatan kuat di hadapan keluargaku yang lain, namun tiada siapa tahu rasa hatiku. Aku tidak mau menangis di hadapan mamaku. Aku tidak mau dia menjadi lemah. Aku tidak mau dia makin sedih bila melihatku menangis. Aku mau dia kuat untuk meneruskan hidup walau tanpa papa di sisi kami sekeluarga. Biarlah aku menjadi hipokrit asal mamaku punya semangat untuk hidup.

Papa! Pemergian mu telah mengorbankan cita-citaku papa. Kerna di saat itu aku tidak mau meninggalkan mama ku bersendirian. Aku tidak mau berjauhan dengan mama. Aku pernah meminta untuk bertukar kampus namun course yang aku mau tiada di sini. Dan aku terpaksa bertukar course juga akhirnya papa. Aku tidak mau mama bersendirian. Dan cita-citaku sebagai engineering juga berkubur begitu sahaja. Aku tidak kisah semua itu asal mama happy.

Papa! Seandainya engkau dapat mendengar seruan hatiku yang merindui mu, bertandanglah ke dalam mimpiku. Biarlah saat jaga aku punya mama, dan saat lenaku engkau menemaniku.

Papa! I miss u..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Sebak pula membacanya
  • 2) sobss (
    kehilangan ibu atau bapa memang membawa satu perubahan besar dalam hidup. mereka adalah orang yang super bermakna kepada kita.

    ingatlah, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. papa dah selesai ujiannya. kita juga akan menurut itu janji Allah.
  • 3) hurm...papa..juga ayah...

Cerpen-cerpen lain nukilan miss_jojo

Read all stories by miss_jojo