Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

\\\\\\\\\\\\\\\'Hai!\\\\\\\\\\\\\\\' Sahaja

 

Malam, sinonim dengan sunyi setelah bertemankan hiruk-pikuk di siang hari. 

Dan Aya pula hanya bertemankan diri sendiri di bilik tidur sambil tersenyum memandang skrin telefon. Sekali-sekala dia memandang siling, melayan perasaan. Tanpa sedar, tapak tangan ditekup ke bahagian rusuk kiri. Seolah-olah terasa dek tapak tangan getar dek hentaman jantung yang kuat ke ruang rusuk. Namun, Aya tahu itu mustahil. Ini semua mainan perasaan. 

\\\\\\\'Mainan perasaan,\\\\\\\' Aya berbisik sambil senyum. Terbayang di ruang mata pula Aril sedang tersenyum hingga ternampak lesung pipit.. Manis, entah bila Aya akan ada keberaniaan untuk memuji sebegitu. 

Aya tutup muka dengan bantal. Seronok juga bila jiwa diperkosa rindu seperti ini. Sudah lama rasanya tidak punya perasaan begini. Perasaan rindu, suka (yang semakin ke arah sayang kalau tidak dibendung). Setiap hari terasa tidak sabar menunggu hari kerja sehingga hujung minggu dimaki-hamun kerana lambat sangat berlalu.

Mengusung rasa rindu ini berat juga sebenarnya. Kalaulah boleh dicicirkan keinginan untuk melihat Aril semata-mata, pasti semuanya lebih mudah. Tidaklah asyik mahu cari bayang Aril setiap kali mahu meninggalkan pejabat. Berat, berat. Dan itulah yang membuatkan Aya terasa sesak. Sesak bila semua rasa itu bercampur hingga pandai-pandai tanya soalan yang cacamerba.

\\\\\\\' Dia suka pada akukah? Dia teringatkan akukah? Bila dia mahu ajak aku keluar? Kenapa dia kelihatan seperti tidak mahu cakap dengan aku hari ini?

Soalan-soalan yang sangat merimaskan hingga menganggu setiap langkah. Ini bukan apa yang Aya mahukan.

Kerana waktu itu, yang Aya mahu adalah untuk ucapkan \\\\\\\'Hai\\\\\\\' sahaja.  

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Jika lidah kelu nak ucap 'Hai'..
    maka senyumlah..
  • 2) short and sweet. hehe.
    hailah aya. ucap dan terokalah kemungkinannya.
  • 3) kan, action louder than words. tapi still, tanpa perkataan semua rasa hanya berlandaskan andai-andaian saja.
  • 4) tak boleh cakap hai, hantar je la PM dekat facebook. kbai

  • (Penulis)
    5) Haanim: amboi. Amboi. Tak sayang jari sgt.

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer