Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Siri bercakap dengan maggi.

Cerpen sebelumnya:
\\\\\\\\\\\\\\\'Hai!\\\\\\\\\\\\\\\' Sahaja
Cerpen selanjutnya:
Kiting Ke Kedai

Tadi sempat berbual bual dengan maggi panas dalam mangkuk. Aku tanya dia, kenapa hidup aku mesti serabut dengan segala macam masalah. Maggi tersebut hanya tersenyum simpul. Aku tanya lagi kenapa hidup aku dipenuhi tekanan daripada segenap arah, sampai kadang kadang nak bernafas pun payah. Sekali lagi maggi hanya tersenyum simpul.

Aku angkat garpu tinggi dan lekas lekas dia membalas, kehidupan ini sebenarnya macam semangkuk aku juga. Serabut dengan kerinting kerinting kecil macam aku. Tapi kerinting itu lah yang akan kenyangkan kau nanti, keserabutan itu lah yang akan selamatkan kau daripada serabut serabut yang lebih besar di masa depan. Keserabutan beri kau pengalaman, satu pertahanan dalam semua ujian ujian Tuhan.

Sambung maggi lagi, tekanan itu pun macam semangkuk aku, panas. Tapi tekanan adalah benda yang kau mesti lalui dalam hidup, macam panas aku. Tak panas macam mana aku nak masak? Tekanan ini lah yang akan matangkan kau, yang akan jadikan kau seorang dewasa bila kau dah boleh fikir secara rasional tentang semua perkara yang berlaku di sekeliling kau.

Kau tengok aku, serabut dan panas. Tapi kau nak makan juga sampai habis walau perit panas walau susah serabut sebab kau sendiri tahu di penghujungnya nanti kawan, ada nikmat!

Cerpen sebelumnya:
\\\\\\\\\\\\\\\'Hai!\\\\\\\\\\\\\\\' Sahaja
Cerpen selanjutnya:
Kiting Ke Kedai

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik. | 4088 bacaan
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 3100 bacaan
Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam. | 2508 bacaan
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk. | 7694 bacaan
Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat. | 2814 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2558 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 4058 bacaan
Beruang Tedi Maisarah | 2748 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 14790 bacaan
Pari pari susu pekat manis. | 3359 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Siri bercakap dengan maggi.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik